
Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
12 April 2022
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak akan bertanding bagi merebut enam jawatan tertinggi dalam pemilihan PKR
kali ini.
Bekas naib presiden PKR yang melepas jawatannya pada 17 Dis 2018 memaklumkan walaupun tidak bertanding merebut sebarang jawatan dalam pemilihan parti kali ini, beliau sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti menarik pengundi atas pagar.
“Seiring dengan komitmen penuh saya kepada usaha melindungi masa depan parti serta perjuangan yang kita kasihi – saya akan menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada kempen memenangi hati pengundi atas pagar menerusi wadah Ayuh Malaysia.
“Meski, saya tidak terlihat di dalam pesta demokrasi parti, saya tetap mendokong rakan-rakan yang bertanding dengan penuh semangat setiakawan. Moga-moga PKR mampu membidani satu lapisan kepimpinan yang gah dan komited.
“Berikan saya ruang untuk memacu gerakan Ayuh Malaysia sepenuhnya. Titik pertemuannya adalah kejayaan kita meraih semula keyakinan rakyat yang telah banyak berkorban lalu menongkah badai sosioekonomi yang perit, lebih-lebih lagi selepas dilanda pandemik tetapi kecewa dengan kemelut politik negara,” katanya di Facebook.
Beliau turut mengulangi keputusan beliau meletak jawatan pada 2018 antara lain kecewa dengan pengkhianatan dalaman yang berlaku dalam PKR.
“Suara hati saya tuntas melahirkan penolakan kepada bahang khianat yang jelas dirasakan sebelum penggulingan kerajaan yang dipilih rakyat berlaku,” katanya merujuk kepada tumbangnya kerajaan PH selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya susulan beberapa wakil rakyat termasuk PKR menarik sokongan dan keluar parti.
“Peletakan jawatan tersebut bukanlah titik noktah akhir perjuangan di dalam parti. Sebaliknya ianya merupakan langkah introspeksi mengingatkan semua, termasuk diri saya sendiri tentang kepentingan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kita, serta kepimpinan parti kepada perjuangan asal reformasi,” katanya.
Nurul Izzah pada 2018 mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri serta Menteri Undang undang dalam perbincangan pagi tadi telah menyetujui 4 perkara berhubung tindakan seterusnya ke atas Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti.
Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, perbincangan tersebut yang telah diadakan di Parlimen sebelum sesi Dewan Rakyat bermula pagi ini membuahkan hasil amat positif.
“(Persetujuan dicapai bahawa) pindaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak berpersatuan perlu diperhalusi supaya ianya dihadkan kepada Rang Undang-Undang berhubung larangan melompat parti sahaja
“Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berhubung seseorang wakil rakyat yang melepaskan jawatan wakil rakyat hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun akan diteliti dan diusahakan penyelesaian, supaya selaras dengan semangat RUU Anti Lompat Parti
“Pindaan Perlembagaan yang dibentang hari ini akan dirujuk ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bersifat dwipartisan, melibatkan semua parti, dan ditugaskan meneliti, memperhalusi dan mencadangkan deraf Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ke Jemaah Menteri dalam masa satu bulan,” kata Majlis Presiden semalam.
Manakala Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti yang dipersetujui kedua-dua belah pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen yang akan diadakan sebelum penghujung bulan Mei 2022
“Majlis Presiden mengulangi pendirian bahawa RUU Anti Lompat Parti merupakan salah satu syarat utama Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU).
“PH komited kepada proses untuk memastikan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ini berjaya dibentang dan diluluskan di Parlimen, demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan seterusnya menjamin masa depan demokrasi di Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti yang menjadi tanda tanya sejak sebulan lalu hari ini telah menemui kepastian akan diluluskan sebulan daripada sekarang.
Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH – Kulim Bandar Baru) berkata, ucapan penghargaan wajar ditujukan kepada Perdana Menteri kerana telah memenuhi janji sebagaimana persetujui dalam Memorandum Kerjasama (MoU) Pakatan Harapan – Kerajaan Persekutuan berhubung masalah lompat parti.
Katanya, hanya takrif lompat sahaja selepas ini yang akan diperbincangkan sebelum RUU berkenaan dibentang dan diluluskan.
“Sebagai orang yang terlibat secara langsung mewakili PH, bermula kepada MoU sehingga terbentuknya Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal, saya dapati bahawa sesi libat urus itu amat menyeluruh.
“Hampir kesemua yang terlibat itu setuju peri pentingnya akta ini diadakan dan memahami sentimen rakyat yang mengkehendaki itu berlaku.
“Yang berbeza adalah definisi lompat itu. Hal itu mengikat perbincangan, ada beberapa kategori yang kita bincang,” katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat hari ini.
Namun, menurut beliau yang menjadi wakil utama perbincangan antara PH dan Kerajaan Persekutuan itu, ada beberapa perkara telah dipersetujui secara umum.
“Pertama, kita bersetuju seorang Ahli Parlimen yang tinggalkan parti masuk parti lain. Yang itu semua setuju adalah lompat parti. Kedua Ahli Parlimen dipecat, secara prinsip dia dipecat, atau pun seorang dipecat kerana mengundi dalam Parlimen bertentangan whip partinya. Contoh seperti di New Zealand, Britain India dan sebagainya boleh diperbincangkan.
“Dan ketiga, Ahli Parlimen menang dengan sesuatu parti kemudian pilih Bebas atau seorang individu Bebas kemudian menyertai parti politik. Ini antara syor yang kita mulakan.
“Juga jika sebuah parti terbubar apakah Ahli Parlimen kekal atau dianggap lompat. Itu kita anggap tak masuk kategori lompat,” katanya.
Bagaimanapun, beberapa tafisiran lain dalam kedudukan yang tertentu masih diperbincangkan terutama jika parti politik tinggalkan satu badan gabungan, misalnya Pas yang bersama PN namun beralih pilih masuk BN. Situasi seperti itu juga perlu diperbincangkan.
Saifuddin percaya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen selepas ini akan lebih mudah untuk memfokuskan perbincangan setelah mempunyai asas yang jelas dan mungkin boleh menyelesaikannya dengan cepat.
“Apabila kita bersetuju tubuh PAC, saya percaya prosesnya ringan dan tidak terbeban kerana kita dengan kosng bukan mula dengan vakum.
“Apabaila komitmen diberikan kerajaan untuk mengadakan sidang khas Parlimen akhir Mei, saya anggap ia satu tempoh yang agak munasabah untuk kita lakukan bersama.
“Kalau nanti diluluskan di Parlimen, berlaku pindaan Perlembagaan dan RUU anti lompat pendirian kita tidak berubah. Kita kekal menyokong usaha mewujudkan RUU ini,” katanya.
Selepas itu menurut Saifuddin, PH akan cuba mengusahakan negeri negeri di bawah PH segera meluluskan enakmen di peringkat negeri.
Sementara itu, Ahli Parlimen William Leong Jee Keen (PH-Selayang) pula berkata Akta Anti Lompat Parti bukanlah hal asing di mana mana negara di dunia.
Katanya, dalam negara Komanwel pun 50% daripada anggotanya mempunyai akta yang sedemikian.
“Pindaan Fasal 3a tidak akan menjejaskan kerangka asal Perlembagaan. Pindaan ini untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam kehakiman Mahkamah Persekutuan berkenaan Dewan Undangan Negeri Kelantan, kes Nordin Salleh.
JAMZURI ARDANI
Sebelum kita nak hentam sesiapa, elok juga kalau kita dapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang projek ini. Lokasi dan kos logistiknya, jenis kayu yang digunakan, spesifikasi teknikalnya, harga bahan mentah di tempat tersebut, dan seumpamanya.
Sesi perbicaraan di New York telah tamat dalam tempoh yang singkat. Pihak defendan tidak dibenarkan atau tidak dikurniakan layanan VIP dari pihak mahkamah untuk mengurus hal peribadi, mahupun diberikan akses kepada pasport untuk ke mana-mana tempat yang bukan mustahak. Selalunya untuk bermain golf.
Di Malaysia, seorang tokoh VIP yang juga seorang defendan mendapat layanan yang cukup istimewa dari mahkamah.
Maknanya, ada dua jenis peraturan di Malaysia – untuk yang kaya begini, dan orang lain begini.
Pengakuan bersumpah oleh saksi-saksi dengan secara menyeluruh menghapus dakwaan oleh pegawai-pegawai kerajaan Malaysia bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku di Terengganu Investment Authority, dan kemudian 1MDB.
Malah, gejala rasuah telah mula mengakar sejak hari pertama, dan berlanjutan terus kerana sistem yang ada ini terlalu rosak dan bobrok. Setiap sosok yang cuba untuk menghentikan kegilaan ini dari berlaku hampir pasti menemui kegagalan.
Sebagai mantan Menteri Kewangan, saya yakin jumlah dana yang sebegitu besar dengan potensi risiko yang begitu besar terhadap kewangan negara tidak akan boleh melepasi pengawasan dan penelitian negara tanpa tangan dan peranan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Rakyat Malaysia berhak marah dan sangat kesal dengan watak-watak yang punya kuasa yang mampu untuk menghentikan rompakan ini dari berlaku. Namun, ternyata mereka bungkam dan benarkan ia berlaku.
Terdapat banyak jaminan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa bahawa Jho Low dan gerombolannya akan diberkas. Namun, sehingga kini ia belum terhasil.
Watak-watak ini bergerak bebas di Malaysia bertahun-tahun sehinggalah beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lepas. Berapa banyak peluang telah terlepas untuk mengheret para konspirator ‘scam’ ini ke muka pengadilan?
Saya tidak akan berdiam diri selagimana mereka ini tidak muncul di mahkamah di Malaysia.
Seorang pegawai dari Goldman Sachs telah disabitkan dengan jenayah dalam skandal 1MDB. Untuk menyebut bahawa keadilan telah ditegakkan sangat tidak jujur.
Kenyataan para saksi sepanjang perbicaraan ini hanya mengungkapkan kesalahan dan peranan banyak orang. Pegawai-pegawai kanan Goldman Sachs yang terlibat dengan skandal 1MDB tidak boleh melepaskan diri dari kelalaian mereka serta kerosakan dan kerugian yang diakibatkan kepada Malaysia.
Atas keterlibatan yang jelas Goldman Sachs dalam ‘scam’ ini, saya ulang pendirian saya bahawa penyelesaian yang dicapai antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs pada tahun 2020 adalah pramatang dan gagal untuk mengambilkira tahap kerugian yang sedang dan akan terus ditanggung rakyat Malaysia.
Sekalung penghargaan kepada pihak pendakwaan di Eastern District New York atas usaha dan upaya mereka dalam mengheret salah seorang dalang skandal 1MDB.
Sekarang kita mahukan keadilan untuk rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang.
Macai-macai Najib perlekehkan Rafizi. Katanya, ada hati nak
sembang pasal Sapura, walhal startup sendiri pun rugi.
Saya pun hairan.
Seorang ex-PM, sembang kuat hal ekonomi dan tadbir urus negara,
tetapi beliau juga-
- dah disabitkan jenayah rasuah dengan hukuman 12 tahun penjara
- satu keluarga tak bayar cukai kepada Kerajaan
- kes2 beliau masih banyak lagi beratur di mahkamah tunggu
bicara
- pernah dinobatkan Menteri Kewangan terteruk di Asia
- terkenal sebagai Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia, buat
malu Malaysia.
Yang mangkuk2 ni masih lagi gelar dia Bossku dan angkat dia
macam dewa
The power of propaganda…
Jangan la kita tertipu pula…
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim sekali lagi kekal sebagai Presiden PKR selepas tiada pencabar apabila proses penyerahan borang pencalonan pemilihan parti bagi penggal 2022/2025 ditutup jam 11.59 malam tadi.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ia mengulangi sejarah pemilihan PKR pada 2018 apabila Ketua Pembangkang itu menang tanpa bertanding.
“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi Keadilan.
“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim,” katanya di Facebook.
Saifuddin pula berentap dengan Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Zaliha Mustafa ketika dihubungi memaklumkan Shamsul Iskandar Md Akin menjadi calon terakhir menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan Naib Presiden.
“Ya, beliau menjadi calon terakhir menghantar borang pencalonan secara atas talian beberapa minit sebelum pencalonan ditutup,” katanya kepada FMT.
Ketua Penerangan PKR itu menghantar borang pencalonan pada jam 11.46 malam, kira-kira 13 minit sebelum proses pencalonan tamat pada 11.59 malam.
Jawatan yang menjadi tumpuan muka baru dan lama itu menyaksikan pertembungan 18 penjuru.
Antara individu yang mengesahkan penyertaan mereka merebut empat jawatan naib presiden adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; bekas ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh; bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador; Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Calon lain adalah Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chah Lih Kang; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai; ADUN Hutan Melintang, G Manivannan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; bekas timbalan pengerusi PKR Perak, M A Tinagaran, ADUN Sentosa, G Gunarajah; bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; bekas naib presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub; bekas naib ketua Pemuda PKR, S Thiban; ADUN Chuah, Yek Diew Ching dan ADUN Bukit Selambau, R Summugam.
Pemilihan PKR bagi penggal 2022/2025 ditetapkan bermula 13 hingga 18 Mei ini.
MOHD AFFENDI ABAS
Hingga kini, kenapa pihak TH & kerajaan tak pernah berani
nak dedahkan kos terperinci sebenar bagi setiap kos pengangkutan, penginapan,
makanan dll bagi seorang jemaah haji sehingga boleh cecah melebihi RM25k tu
terhadap rakyat?
Adakah sesuatu yang hendak disembunyikan?
Jika libatkan duit rakyat mesti Malaysia handal, kenapa ?