AGONG DAN PERLEMBAGAAN

 

Tamrin Tun Ghafar

Khamis – 21/01/21

( 1 – 22 )

1. Thomas Sowell, seorang Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya berhubung politik :

” Politics Is The Art

Of Making

Your Self Desires

Seem Like

The National

Interest ”

ATAU

“Politik Adalah

Seni Menjadikan

Kepentingan Diri

Seolah – Olah

Mencerminkan

Ia Adalah Bagi

Kepentingan

Rakyat Dan

Negara”

2. Jika tidak ada sebarang PENAFIAN oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO maka apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai Muhyiddin bahawa Perisytiharaan Darurat itu adalah bagi KEPENTINGAN POLITIK Muhyiddin adalah BENAR.

3. Sebenarnya rakyat sudah LALI dengan sikap PEMBOHONGAN dan PENGECUT Muhyiddin yang membisu dan memekakkan telinga seperti burung kasawari membenamkan kepala ke dalam pasir apabila berhadapan dengan perkara – perkara yang tak boleh dijawab seperti TAKUT MENJAWAB CABARAN SAYA DI MAHKAMAH dalam kes hubungan seks beliau dengan Nika Gee yang ketika itu MASIH bersuami.

4. Sejak RAMPASAN KUASA pada bulan Februari 2020, TIDAK ada satu perancangan ekonomi jangka panjang yang boleh dibanggakan; yang dipersembahkan ialah bantuan jangka pendek atau sementara kepada Makcik Kiah, itu pun telah diperbetulkan oleh Menteri Kewangaannya selain dari bacaan doa bagi menutup KEKOTORAN yang dilakukannya.

5. Kini banyak kilang pembuatan dan industri lain ditutup dan berpindah ke Indonesia menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, walaupun Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan ekonomi negara kukuh dan masih banyak Pelabur Asing (Foreign Direct Investment) datang melabur di sini.


6. Nasihat saya hentikan tabiat membohongi rakyat jika tidak mahu dihumban pada Pilihanraya Umum akan datang.

7. Perlu diulangi lagi bahawa Sistem Pemerintahan Negara yang TELAH DIPERSETUJUI oleh semua pihak dan DIGUNAPAKAI berhubung kedudukan Raja – Raja Melayu sejak MERDEKA 64 tahun lalu:

RAJA

BERPELEMBAGAAN

bukun

RAJA MUTLAK

atau

CONSTITUIONAL

MONARCH

not

ABSOLUTE

MONARCH

8. Dalam lain perkataan PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI, justeru semua pihak sama ada rakyat negara ini termasuk orang asing, Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri mahu pun penyapu sampah di tepi jalan MESTI dan WAJIB akur dan menghormatinya.

9. Rakyat tidak mempersoalkan kuasa dan tindakan Agong berhubung PERISYTIHARAAN DARURAT yang diumumkan namun ingin mengingatkan SUMPAH yang dilafazkan semasa mengambil alih jawatan Yang Di Pertuan Agong


” Kami ……ibni …… Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan

WALLAHI ; WABILLAHI ; WATALLAHI

Maka Dengan Lafaz Ini Berikrarlah Kami Dengan Sesungguhnya Dan Dengan Sebenarnya MENGAKU Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILnya Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang – Undang dan PERLEMBAGAAN Yang Telah DiSah Dan DiMasyhurkan Dan Yang Akan DiSah Dan DiMasyurkan Di Masa Hadapan Ini. Dan Lagi Kami Berikrar Mengaku Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam Dan Berdiri Tetap Di Atas Pemerintahan Yang ADIL Dan Aman Di Dalam Negeri.

10. Sebenarnya rakyat TIDAK MENCABAR tindakan Agong namun ramai berpendapat Perisytiharaan Darurat itu TIDAK bertepatan dengan Perkara 150 (1 ) dan ( 2 ) Perlembagaan.

11. Perkara 150 ( 1 ) –

‘ Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar SEDANG BERLAKU yang menyebabkan Keselamatan atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana – mana bahagiannya terancam , maka YDP Agong BOLEH mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu Perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

11. Perkara 150 ( 2 ) –

‘ Proklamasi Darurat di bawah Fasal ( 1 ) BOLEH dikeluarkan SEBELUM SEBENARNYA BERLAKU kejadian yang mengancam Keselamatan, atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana – mana bahagiannya jika YDP Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

12. Persoalan yang berbangkit ialah:

i. Apakah BOLEH YDP Agong menerimapakai NASIHAT seorang Perdana Menteri yang HILANG sokongan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat?

ii. Amat Penting memahami

PERKARA 43 ( 2 ) ( a ) iaitu :

YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengurusikan Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada HEMATnya mungkin MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat itu.

iii. PERKARA 43 ( 4 ) :

JIKA PERDANA MENTERI TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri HENDAKLAH MELETAKKAN JAWATAN Jemaah Menteri melainkan atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.

iv. Apakah tidak mustahil mengadakan Piliharaya Umum dalam keadaan penuluaran COVID ini boleh MEMBURUKAN keadaan kesihatan seperti yang pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah beberapa bulan lepas.

v. Apakah TIDAK MUSTAHIL Proklamasi Darurat itu SEBENARNYA lebih kepada kepentingan diri Muhyiddin apabila Parlimen dan aktiviti politik digantung sehingga Ogos 2020?

vi. Salahguna kuasa dan rasuah PASTI akan terus meningkat tambah lagi apabila Parlimen digantumg – mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati sedangkan rakyat terus ikat perut akibat harga barang makan dan keperluan harian terus MENINGKAT.

13. Muhyiddin SUDAH pun HILANG SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN, justeru Agong PERLU

MEMPERTIMBANG SEMULA beliau sebagai Perdana Menteri dan Perisytiharan Darurat.

14. Jika sebelum ini 3 Ahli Parlimen Kerajaan yang telah disahkan POSITIF COVID 19 diarak masuk Parlimen dengan memakai PAKAIAN KHAS ( PPE ) COVID 19 semata – mata untuk mengundi menyokong Kerajaan dan pada masa yang sama semua Ahli Dewan patuh kepada SEMUA syarat yang diperintah termasuk PENGASINGAN diri dengan setiap Ahli Dewan dipisahkan oleh kotak cermin, maka APA PERLUNYA Parlimen digantung?

15. Sebenarnya penggantungan Persidangan Parlimen dilakukan bagi MENGGELAKKAN UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Muhyiddin.

16. Ada kemungkinan besar majoriti Perwakilan UMNO AKAN mengundi MENARIK sokongan terhadap Muhyiddin, justeru semua aktiviti politik TIDAK DIBENARKAN.

17. Mengapa Kompleks Beli Belah, Pasaraya dan Tadika boleh dibuka sedangkan Parlimen yang hanya mempunyai 220 Ahli TIDAK DIBENARKAN; bukankah ia satu tindakan yang tak masuk akal?

18. Diharapkan Agong dan Raja – Raja Melayu yang telah memberi persetujuan mengenai Perisytiharan Darurat ini MENIMBANG SEMULA keputusan tersebut, lagi pun ia lebih kepada MENYUSAHKAN rakyat terutama aktiviti ekonomi harian yang bertentangan dengan SYARAT-SYARAT Deklarasi Darurat seperti yang TERMAKTUB dalam Perlembagaan.

19. Kita berbangga Agong dan Raja-Raja Melayu TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK TERMASUK dalam kalangan ‘Scheme of Things’ yang dilakukan Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mengukuhkan jawatannya.

20. Kita bersyukur kerana rakyat hari ini masih mencintai dan menghormati Raja – Raja, tidak seperti sejarah Melaka di mana seperti Sultan ditikam mati akibat kezaliman terhadap isteri Megat Seri Rama, Laksamana Bentan yang begitu setia dan berakhir dengan kemarahan,

begitu juga apa yang berlaku terhadap Marie Antionette, Raja Perancis yang terakhir selepas rakyat bertindak ekoran kelaparan berlaku dalam tahun 1793.

21. Adalah lebih sempurna jika Yang Dipertuan Agong bertindak seperti SUMPAH yang dilafazkan dengan MENDENGAR sendiri pandangn Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mereka ini terlibat secara terus dalam apa yang sedang berlaku; jika tidak bantahan demi bantahan akan berterusan.

22. TERSERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM (Bar Council) dan PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN DUDUK BERSAMA MENGKAJI DAN MENGHANTAR RUMUSAN MEREKA KEPADA YDP AGONG.

Wassalam

Terima Kasih.






Dapat surat berhenti kerja 4 hari selepas PKP2.0, lelaki ini kongsi perasaannya

 

Dapat surat berhenti kerja 4 hari selepas PKP2.0, lelaki ini kongsi perasaannya

Apa perasaan anda bila dapat email ini dalam inbox? Terkejut? Takut? Keliru? Gelap masa depan?

Secara tiba-tiba dunia rasa gelap; segala nikmat dunia tiba-tiba hilang. Terbayang wajah isteri, wajah anak-anak kecil. Nanti hendak bagi makan apa bulan depan. Kereta pulak belum habis bayar, rumah pun ada baki 20 tahun lagi.

Ibu bapa di kampung siapa nak tanggung? Duit study universiti nak bayar macam mana? bil elektrik, air semua bermain di kepala. Kalau anak sakit tak ada lagi insuran kesihatan. Tiba-tiba rasa sesak dunia, dada kian menghimpit.

Kemelesetan ekonomi itu benar, bukan perkara main-main. Ribuan di buang kerja hari-hari tapi tak ada siapa yang peduli. Menteri kata impak PKP kecil. Ya kecil bagi menteri gaji ratusan ribu. Belum campur elaun bawah meja.

Mana agamawan yang sibuk sana sini menjanjikan rahmat tuhan di sebalik pengkhianatan? Yang gajinya sendiri di bayar oleh duit pembayar zakat tapi dia tidak amanah dengan ilmu.

Mereka bukan kisah rakyat kelaparan, yang mereka kisah kalau jawatan hilang. Mereka tidak kenal apa itu amanah, yang mereka kejar adalah ghanimah.

Anak-anak kecil bersusah payah belajar online, berkongsi tablet, telefon untuk mencari ilmu, tapi ahli parlimen boleh pula makan gaji buta sengaja di gantung dewan yang mulia. Kononnya nanti penyakit tersebar, tapi parlimen gantung kenapa ada MP yang masih terjangkit bala?

Benarlah kata Tuhan, tiada kebaikan dalam pengkhianatan. Sempurnakanlah perjanjian, kerna setiap yang berjanji itu kelak akan di tanya.

Mujurlah saya cepat sedar, penerima waitikah mohd mukhlis ini bukan saya. Nampak Allah masih bagi saya peluang, cuma mungkin peringatan untuk hambanya. Yang bala kalau datang, kelak terkena ke seluruh alam, tak kira alim atau pun petualang.

Untuk the other mohd mukhlis; moga Allah permudahkan urusan saudara. Allah menguji hamba sekadar dengan kemampuan mereka.

WAllahualam.

P.S email ini salah masuk ke dalam inbox saya, saya dah reply kata yang mereka salah hantar email ke mohdmukhlis yang lain. – GD




Panas! Malaysia perlukan menteri kesihatan yang baru

 

Panas! Malaysia perlukan menteri kesihatan yang baru

COVID-19 merupakan ancaman kepada kesihatan manusia dan kesihatan merupakan perkara asas bagi memastikan kesinambungan kehidupan.

Justeru itu dalam menangani pandemik Covid-19, sudah tentu Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai tanggungjawab dan peranan yang utama. Bagaimanapun, kementerian-kementerian lain juga mempunyai peranan tertentu dan  harus memberikan fokus kepada tugas masing-masing.

Di Malaysia terdapat 3 individu yang biasanya bersiaran berkaitan Covid-19, iaitu perdana menteri, menteri pertahanan dan ketua pengarah kesihatan.

Untuk meningkatkan keberkesanan usaha menangani pandemik Covid-19, KKM sewajarnya diberi kuasa lebih besar. Ini bagi memastikan perkara-perkara berkaitan kebajikan dan keselamatan barisan hadapan dapat diberikan perhatian yang serius serta lebih terjamin.

Kelemahan menteri kesihatan tidak boleh dijadikan alasan. Justeru, jalan terbaik adalah menukar menteri kesihatan sekarang kepada individu yang punya kewibawaan untuk memerangi Covid-19.

Mengambil New Zealand sebagai contoh terbaik, menteri kesihatannya meletak jawatan apabila terlibat dalam aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan berkelah di tepi pantai.

Jawatan menteri kesihatan New Zealand kemudian diberi kepada menteri pendidikan untuk memerangi Covid-19. Hasilnya, hari ini New Zealand menjadi negara terendah kes Covid-19.

Menunggu menteri kesihatan Malaysia meletak jawatan seperti menunggu “kucing bertanduk”, dan rakyat boleh menilai keupayaan beliau. Malahan perdana menteri sendiri pernah memberi contoh tidak baik kepada beliau.

Maka, Malaysia tidak boleh terus bergantung harap kepada menteri kesihatan yang lemah untuk menangani pandemik Covid-19 yang semakin membarah.

Tanggungjawab melawan Covid-19 melalui menteri pertahanan (pengumuman SOP, Perintah Kawalan Pergerakan) dan urus selia vaksin melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mesti ditamatkan, dan diserahkan sepenuhnya kepada KKM.

Malaysia memerlukan menteri kesihatan yang punya wibawa untuk menangani Covid-19. Kita sudah darurat, perdana menteri punya kuasa mutlak untuk melakukan perubahan itu. Justeru, menteri paling berwibawa harus mengambil alih tugas menteri kesihatan.

Sekiranya sukar untuk mendapatkan menteri yang berwibawa sebagai menteri kesihatan, saya ingin mengesyorkan supaya ketua pengarah kesihatan dilantik sebagai menteri kesihatan.

Alang-alang darurat, biarlah tenaga profesional membuat dasar dan melaksanakan proses memerangi Covid-19.

Jika kita masih ditakuk lama dan perdana menteri tidak bersedia menukar menteri yang lemah, maka, apa makna darurat kalau bukan kerana politik.

Ia sekadar mengesahkan perdana menteri lemah didukung oleh menteri yang lemah.  – 20 Januari, 2021.

* Adly Zahari, Adun Bukit Katil.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi Perak Insights. 



Tuduhan Annuar Musa Umno menderhaka melampau, kata Puad Zakarshi

 


Tuduhan Annuar Musa Umno menderhaka melampau, kata Puad Zakarshi

Tuduhan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) melampau, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Dakwanya, bekas Setiausahan Agung Barisan Nasional (BN) itu berniat jahat apabila beliau sengaja mentularkan surat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Selasa.

“Annuar boleh puji melangit Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Itu hak dia. Tetapi jangan tergamak tuduh parti sendiri menderhaka kepada Raja seperti mana dia pernah buat di Kelantan dulu,” katanya menerusi entri di Facebooknya pada Rabu.

Kata beliau, asas dan tujuan UMNO disebut dengan jelas dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO bahawa parti itu mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri dan Raja Berpelembagaan serta tiada kompromi mengenainya.

Katanya, tujuan ahli Parlimen menulis surat kepada baginda bagi memohon perkenan tuanku supaya satu sidang khas Parlimen dipanggil dan ia terpulang kepada budi bicara baginda.

“Kenapa itu dikatakan menderhaka? Ia termaktub jelas dalam Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Hanya YDPA berkuasa memanggil sidang khas semasa darurat bukan Perdana Menteri.

“Sebab itu yang dipersoalkan ialah gelagat Perdana Menteri, iaitu gelagat beliau semasa ‘proses’ memberi nasihat kepada YDP Agong. Ketika itu dia tidak ada sokongan majoriti. Apakah dia bercakap benar.

“Lagi pun dalam ‘Warta Ordinan Darurat’ yang disiarkan, disebut dengan jelas di bahagian bawah selepas tanda tangan PM ‘akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan’,” katanya lagi.

Menurut Mohd Puad, ahli Parlimen bertindak mengikut klausa itu kerana Perdana Menteri dituduh melakukan ‘darurat politik’.

“Apa stabiliti yang beliau mahukan melalui darurat dan menggantung Parlimen.

“Apakah tempoh tujuh bulan sehingga Ogos pelabur asing akan masuk ke Malaysia? Darurat hanya menambah ketidaktentuan. Tiada ‘check and balance’. Pelabur tidak akan menunggu tujuh bulan lagi untuk datang,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri bahawa melalui darurat, Pusat Kesihatan swasta boleh dikerah membantu memerangi pandemik Covid-19 juga mengelirukan.

“Apakah Perdana Menteri tidak percaya komitmen mereka untuk membantu? Di samping itu tidak ada yang baru dalam Pakej Rangsangan yang diumumkan oleh PM.

“Inisiatif yang diumumkan kebanyakannya sudah ada dalam bajet 2021. Moratorium automatik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun macam bukan PKP. Orang bebas ke pusat membeli-belah dan tempat terbuka.

“Justeru tidak timbul soal menderhaka kepada YDPA. Tetapi Perdana Menteri tidak boleh dibenarkan berbohong dan menjadi semakin autokratik,” tegasnya.



[[LIVE]]20.1.2021 DSAI dan pembangkang cabar gantung parlimen di mahkama...

KENAPA PAS SEKARANG AMAT MEMALUKAN islam ?

 

Image may contain: 2 people, text


Penulisan Terbaik untuk direnungkan...

Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam ?

Dr Nazmil Aril Osidea.........Description: ✍️

1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib sahabat sejati'.

Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.

2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.

3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.

4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek.

5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima UMNO.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.

6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya)

Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.

7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.

Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.

8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran.

9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam. Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.

10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik' sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik.

11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut 'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas hanyalah laluan yang menyesatkan.

12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam Pas.

Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan impresi yang salah terhadap Islam.

Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk.

Dr Nazmi Aril Osidea

 

PH dan UMNO diambang perpecahan...

 

Image may contain: 1 person, text that says "Guna logo Warisan atau Amanah mungkin pilihan terakhir Pejuang -Mahfuz Abd Hadi Che Awang Januari 19, 2021 14:33 MYT"


NORMAN RADZUAN

4 SOALAN UTK DIJAWAB MAHFUZ

Kita sudah jemu menjelaskan kpd puak2 ini bahawa Mahathir dan Muhyiddin berbalah itu hanyalah sandiwara. Kita juga sudah jemu memberitahu bahawa Mahathir hanya mahu memecah belahkan PH dan di pihak lagi satu tugasnya hanyalah utk memecah belahkan UMNO.

Strategi pecah dan perintah sgt popular dimainkan oleh Mahathir sejak sekian lama. Bila PH dan UMNO berpecah sokongan ahli dan penyokong mereka berpecah dan ia akn memberikan kelebihan kpd PN terus berkuasa.

Atau UMNO akn cuba dihijack oleh PN dgn menggunakan kekuatan yg ada pada Hishamuddin, Annuar Musa, KJ dan barisan Menteri yg setia. Perkara ini akn cuba dilakukan sepanjang tempoh darurat. Begitulah juga PH akn cuba dihijack Mahathir dgn membawa masuk gabungan baru iaitu Bersatu+Pejuang, DAP, PAN, Warisan.

Tapi pemikiran Mahfuz tak akan sampai level itu utk memikirkannya. Jadi kita sudah penat. Sekadar ingin bertanya kpd Mahfuz 3 soalan...

1. Jika Mahathir & The Gang mahu menggunakan logo Amanah dlm PRU15... Amanah mahu gunakan logo apa bersama PH dlm PRU nanti... ?

2. Sewajar Mahathir yg keluarkan kenyataan tentang logo ini... Mahfuz kamu siapa menjadi jurucakap kpd Mahathir & The Gang? Ahli Pejuang pun bukan, Presiden PAN bukan? Jgn jadikan permuafakatan PH seperti AJK Kampung buat keputusan sesuka hati.

3. Mahfuz kena faham kita dpt anggarkan 1-2 juta pengundi akan buat undi protes jika Mahathir dibawa ke dlm pasukan PH atau kini namanya GC... Soalannya kamu mahu 4 org yg tiada ahli dan pengikut dgn menolak kehendak berjuta penyokong PH?

4. Berikan jumlah penyokong dan ahli 4 'Pejuang' ini yg dirasakan sgt penting utk menolak kemahuan berjuta penyokong PH?

 


NI CERITA MAT JENIN...

 Image may contain: 1 person, text that says "RUU355 DIJAJA KEMBALI MAKNANYA PRU DAH DEKAT LAH TU Sinar Harlan Selasa 19 Januari 2021 >> BERITA> NASIONAL> Tumpu darurat, Pas tangguh dulu perjuangan RUU 355 Tumpu darurat, Pas tangguh dulu perjuangan RUU 355 355 NURUL HUDA HUSAIN 19 Januari 2021"NI CERITA

HADI STATUS UMNO MACAM MANA?


Image may contain: 2 people, text


MOHD MUKHLIS


adi sekarang ini status UMNO macam mana

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

? Dulu Kak Wan di tuduh tolak RUU355 dan hendak di maqam kan di jirat cina, Ahli Amanah pula di kafirkan sebab kritik RUU355.

Tapi bila Guru bentang olok-olok tajuk Akta 355 lepas tu tangguh kiranya boleh berkongsi jirat yang sama tak? Bukankah menipu itu salah satu sifat nifaq yang

Drmaza

terangkan tempoh hari. Tapi kini Guru sendiri kata UMNO tolak RUU355, jadi adakah amanat paradong akan berkumandang semula?

Persoalan dia, adakah PAS takut pada UMNO lebih daripada Allah?

Adakah PAS redha dengan perlembagaan penjajah dan thoghut?

Bukan calang-calang bila agamawan fatwanya terkena atas batang hidung sendiri; tapi sebagai pemilik teropong maksum, takkan guru tak nampak?

Mungkin kita bertuah menjadi saksi hidup kebenaran sabda Nabi SAW yang mana akan datang ulama berhati serigala, yang menjual ayat-ayat Allah demi habuan dunia, di jadikan tandingan terhadap Allah oleh pengikut taksub mereka.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

(H.R Termizi)

 

KAH....BANGSA MELAYU MANA ADA SENANG HADI..MELAYU NI KELAS KE 3 DI TANAH AIR SENDIRI

 Image may contain: 4 people, text that says "ihatnenek tinggal kandang kambing [.EROTV] (Tinggal di kandang Kambing) Menangis nenek kandang kambing' KELANTAN MUNDUR TAPI RAKYAT SENANG Hadi Awang Presiden PAS KELANTAN dln KELANTAN mundur bukan kerana kegagalan pentadbiran barisan konsep dihormati oleh Presiden 映 lembu berteduh (Tinggal di kandang Lembu) federalisme yang kerajaan terdahulu, PAS Abdul Hadi Awang. Tambahnya rakyat negeri juga hidup senang biarpun kemajuan tidak setanding negeri lain, katanya dalam satu forum yang disiarkan dalam talian hari ini. The MalaysianInsight kira-kiralapantahulalu BULETIN jadi rumah 4beranak (Tinggal di reban Ayam)A *Statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga mempunyai 6,218 orang miskin tegar, manakala lagi tergolong kategori miskin"

LEMBU PUNYA SUSU SAPI NAK NAMA

 

MOHD SHAH RIM


At least bagilah kredit pada Persatuan Buddhist Tzu Chi Kelantan, kerana

 menyumbang, katil, tilam dan bantal..jika dak, pesakit nak baring macam mana 

kat  PUTIK..??


Image may contain: text that says "PENYUMBANG PERALATAN BUKAN HOSPITAL (KATIL, TILAM DAN BANTAL) ADALAH BUDDHIST TZU CHI KELANTAN Markaz pas di kelantan digunakan utk kuarantin pesakit covid. Pas adalah satu2 nya parti memberikan markaz mereka pada KKM. Pas adalah parti yg menjaga kebajikan rakyat. Saya salute. DAN Lan .com KotaBharu Alhamdulillah. PUTIKKelantan di jadikan tempat Kuantin COVID19. #Terbaik. UNTUK Sekian "BERKHIDMAT (PKRC) TABHARU.K PAS JAGA KEBAJIKAN RAKYAT KEPALA HOTAK MU!! BULETIN"



WEIIII KERJA TAK SIAP . BARU BUKA TUTUP DAH..BUKAN WAN SAIFUL KA NIH?

 Baru sahaja dibuka untuk permohonan, sitem penangguhan PTPTN kini ditutup semula

sinarplus.sinarharian.com.my
Baru sahaja dibuka untuk permohonan, sitem penangguhan PTPTN kini ditutup semula
KERAJAAN amat prihatin dan menyedari bahawa terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 ini untuk membuat bayaran balik pinjaman pada tahun ini.

Arahan flip flop, Menteri Pendidikan menyusahkan mak bapak

 

Arahan flip flop, Menteri Pendidikan menyusahkan mak bapak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil kira kedudukan ekonomi rakyat sebelum membuat keputusan yang selalu tidak konsisten, kata Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan.

Zahida berkata, pada 11 Jan KPM mengumumkan bahawa persekolahan akan dibuka pada hari ini (20 Jan) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun menjelang tarikh itu keputusan yang sebaliknya pula diambil.

“Setelah perintah kawalan pergerakan (PKP) diumumkan pada 11 Jan, kementerian menegaskan sekolah tetap dibuka seperti dijadualkan dengan mematuhi SOP, maka lebih rancak ibu bapa membuat persediaan persekolahan, walaupun di sesetengah kawasan, banjir belum reda.

“Mereka perlu juga membeli peralatan rumah yang telah rosak akibat banjir.

“Tiba-tiba sebelum sekolah bermula, KPM sekali lagi mengumumkan penangguhan persekolahan secara bersemuka kecuali mereka yang akan mengambil peperiksaan.

“Yang lain-lain nya disarankan mengikuti kelas secara atas talian! Apa dah jadi? Mengapa membuat flip-flop dalam masa yang singkat?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 16 Jan, KPM mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka dijadualkan bermula pada 20 Jan di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa Covid-19.

Menurut KPM sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Semua murid sekolah rendah dan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Zahida berkata, ramai ibu bapa meluahkan rasa tidak senang mereka dengan keputusan saat akhir yang diumumkan KPM.

“Bagi golangan B40 dan M40, keputusan ini sangat menyusahkan selepas ibu bapa sudah membeli barangan sekolah, bayar yuran, beli baju sekolah, kelengkapan dan macam-macam lagi walau ketika menghadapi PKP, ekonomi yang tidak menentu dan mengharungi bencana alam.

“Saya menyeru pada menteri yang berkuasa, fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat arahan yang melibatkan rakyat, terutama golongan B40 dan M40 ini.

“Menteri-menteri tidak akan faham kesengsaraan mereka, tapi sekurang-kurangnya faktor ini harus diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya lagi.



RAKYAT MALAYSIA DAH MULA 'MUAK' DENGAN GELAGAT MUHYIDDIN…

 

Image may contain: 1 person, sitting

BOB KELANANG

Rata-rata orang ramai mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu.

Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Lebih menyakitkan hati orang ramai apabila tiada tambahan bantuan yang sewajarnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak 13 Januari lalu.

Kecaman warganet tersebut dilihat membanjiri ruang komentar Facebook rasmi Muhyiddin.

“Ini apa bendalah. Ulang balik apa yang dah dibentangkan pada pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan. Ini bukan bantuan tambahan,” tegas pengguna Facebook, Jeff.

Sementara itu, Anita Edwin berpendapat Muhyidin tidak sewajarnya sesuka hati mengadakan perutusan untuk menyatakan perkara yang sama.

“BPN (Bantuan Prihatin Nasional) pun dari tahun lepas untuk bayaran bulan ini. Sebenarnya, umumkan pakej baru BPN 3.0, rakyat baru lega,” ujarnya.

Hal berkaitan BPN juga disebut ramai warganet lain termasuk Faizal S.

“Benda ulangan. Tak menarik. BPN pun memang bayar bulan Januari, tapi abah (gelaran untuk Muhyiddin) menipu kata dipercepatkan,” tempelaknya.

Dalam masa sama, langkah pemberian moratorium turut dibangkitkan.

“Pengumuman yang tiada perincian. Cakap bolehlah kata moratorium diteruskan tapi adakah bersyarat atau sebaliknya?

“Baik tabur duit dan gula-gula atas jalan raya. Bertabahlah kepada rakyat yang terus dibebani pelbagai masalah sama seperti isu KWSP yang tiada kesudahan,” kata Muhammad Hafiey.

Malah, ada yang secara sinis mengaitkan penampilan Muhyiddin dengan situasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

“Tiada apa pun yang menarik perutusan PM tadi. Ianya hanya sekadar hadir di depan TV untuk menunjukkan bahawa Malaysia masih ada Perdana Menteri yang sama sebelum PKP dan semasa PKP,” sindir Hafis Ayob.

 

DUNIA BERSEKONGKOL FITNAH TERHADAP P FIZER

 









ZUBAIDI SUDIN

LOGIK KE KALAU KITA KATA SEBAB DUNIA SANGAT BENCI DAN DENGKIKAN PFIZER MAKA MEDIA DUNIA BERSATU "BERKONSPIRASI" BUAT "NEGATIVE FAKE NEWS" TERHADAP PFIZER DAN GEMBAR GEMBURKAN KEMATIAN YG KEBETULAN SELEPAS AMBIL VAKSIN ITU? MASUK AKAL KE?

Dah banyak sangat berita NEGATIF pasal Pfizer COVID-19 Vaccine ni tapi ada je penafian. MACAMNI LAH...Sape yang yakin sangat silakan...TIDAK DIHALANG untuk jadi guinea pig dulu buat Rakyat Malaysia.

Harap-harap  batch awal yang ambil vaksin tu ok lah, tak mampus atau cacat. Mereka yang tak yakin nak tengok keadaan dulu, boleh gitu?

Wallahualam.

- Zus Din

20 Januari 2021

**********************

FYI....... wallahuaalam

IT'S NOT LOOKING GOOD FOR THE PFIZER VACCINE.

FROM THE CDC; 3,150 people vaccinated in ONE DAY are "unable to perform normal daily activities, unable to work" after vaccination.

This is a massive 2.7% of people who can no longer work after having the Pfizer vaccine.

https://www.cdc.gov/.../slides-12-19/05-COVID-CLARK.pdf

Portuguese health worker, 41, dies two days after getting the Pfizer covid vaccine as her father says he 'wants answers'

https://trib.al/eEWi66p

Mexican doctor hospitalized after receiving COVID-19 vaccine

https://www.reuters.com/.../health-coronavirus-mexico...

Hundreds of Israelis get infected with Covid-19 after receiving Pfizer/BioNTech vaccine.

https://www.rt.com/.../511332-israel-vaccination.../

Wife of 'perfectly healthy' Miami doctor, 56, who died of a blood disorder 16 days after getting Pfizer Covid-19 vaccine is certain it was triggered by the jab, as drug giant investigates first death with a suspected link to shot.

https://www.dailymail.co.uk/.../Miami-doctor-58-dies...

75-year-old Israeli man dies 2 hours after getting Covid-19 vaccine.

https://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/293865

Death of Swiss man after Pfizer vaccine.

https://www.reuters.com/.../us-health-coronavirus-swiss...

88-year-old collapses and dies several hours after being vaccinated.

https://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/293952

Thousands negatively affected after getting Covid-19 vaccine.

https://m.theepochtimes.com/thousands-negatively-affected...

Hospital worker with no prior allergies in intensive care with severe reaction after Pfizer Covid vaccine.

https://metro.co.uk/.../hospital-worker-in-intensive.../

4 volunteers develop FACIAL PARALYSIS after taking Pfizer

 

(function() { var d = document, w = window; w

Ordinan Darurat | Jangkaan pasca titah YDP Agong - Penganalisis Politik