Penulisan Terbaik untuk direnungkan...
Kenapa PAS Sekarang Amat Memalukan Islam ?
Dr Nazmil Aril Osidea.........
1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun
dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi
Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib
sahabat sejati'.
Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin
Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.
2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah
mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang
Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya
didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya
mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk
dengan ditutup dengan kain.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan
kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka
tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan
kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.
3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah.
Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji
setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas
yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang
Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi
meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria
dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira
halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi
sokongan kepada yang memberikan jawatan.
4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab
di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun
soalan dengan rasional.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan
elemen fikiran, rasionaliti dan intelek.
5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang
arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan
Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima
UMNO.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan
prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung
politik.
6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar
kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes
ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana
melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke
mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka
sebabnya)
Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan
integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.
7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000
hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk
membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji
dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan
potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.
Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri
sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan
sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan
menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk
tidak berfikir dan terima semuanya.
8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas
yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh
kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian
nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran.
9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang
kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam.
Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan
sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan
kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang
Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang
di seluruh dunia.
10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak
dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik'
sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik.
11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut
'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka.
Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar
untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya,
dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan
luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas
hanyalah laluan yang menyesatkan.
12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan
pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah
dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat
ini tidak ada dalam Pas.
Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah
teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan
impresi yang salah terhadap Islam.
Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat
kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk.
Dr Nazmi Aril Osidea