KALAU ANAK KAYA RAYA SEMASA BAPAK JADI PM MACAMANA PULAK ?

 


Rakyat berhak anggap PM terima duit haram, jika dia kaya selepas jadi PM


RUU 355 MACAMANA ?

 

Kawal pengembangan agama bukan Islam antara 4 RUU Syariah baharu digubal, kata Ahmad Marzuk




Ahmad Marzuk Shaary berkata, penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah 2020 hingga 2025. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rang Undang-undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam antara empat akta baharu yang akan digubal untuk memperkasa perundangan syariah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, RUU bersabit pengembangan agama bukan Islam sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah selama lima tahun, dari 2020 hingga 2025.

“Dalam pelan pemerkasaan ini, kerajaan bercadang menggubal 11 Undang-undang Syariah utama, iaitu termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan lapan Undang-undang Syariah subsidiari,” beliau memberitahu Harakah.

Marzuk bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut, termasuk keperluan rang undang-undang berkenaan.

FMT sedang berusaha menghubungi beliau untuk mengulas lanjut.

Marzuk berkata, selain RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, tiga lagi undang-undang Syariah yang akan digubal adalah RUU Wakaf, RUU Mufti dan RUU Mahkamah Syariah.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebahagian daripada pelan pemerkasaan tersebut,” tambah beliau.

Perbahasan RUU 355 ditangguhkan sekian lama, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pertama kali membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat pada Mei 2016.

RUU 355 mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

KALAU MAHIADDIN GAGAL TADBIR NEGARA MACAM MANA BOLEH PULIHKAN NEGARA?


PM ISMAIL SABRI PUSING-PUSING ISU UNDI PERCAYA, TAKUT APA?


Datuk Mahfuz Omar : Malaysia Ditimpa Malang

Aminuddin still has majority support to lead Negeri Sembilan government,...

Siapa Sebenarnya Komunis. DAP Atau MCA? Beza Antara Keluarga DSAI Dan Ma...

WAH.....TERBAIK LAH....KERAJAAN PN MEMANG HEBAT

 


Terkini! SPRM bebaskan Azeez Rahim daripada tuduhan rasuah

Terkini! SPRM bebaskan Azeez Rahim daripada tuduhan rasuah

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu laporan analisis kewangan oleh SPRM sebelum ini membebaskan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim daripada dakwaan rasuah.

Peguam bela Amer Hamzah Arshad berhujah di sebalik laporan ini, anak guamnya Azeez masih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan projek jalan raya di Kedah dan Perak.

Mahkamah Rayuan mendengar hujah peguam itu atas rayuan Azeez untuk membatalkan 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haramnya.

Ahli parlimen Baling itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga tuduhan rasuah dan sepuluh tuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin antara lain memutuskan bahawa tertuduh gagal membuktikan bahawa tuduhan itu tidak berasas, cacat atau dilakukan dengan niat jahat oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Azeez untuk menangguhkan perbicaraan utama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Semasa prosiding dalam talian hari ini di hadapan sidang hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Kamaludin Md Said, Amer berhujah pertuduhan itu tidak dapat dipertahankan sekiranya laporan SPRM sendiri menyatakan Azeez tidak melakukan kesalahan.

“Ada laporan daripada (Unit) Analisis Kewangan SPRM mengenai Azeez menerima dana yang sah. SPRM membuat penemuan bahawa dia menerima pendapatan sah,” katanya.

Amer berkata SPRM mengakui syarikat Menuju Asas Sdn Bhd telah menggajikan Azeez secara sah, dan oleh itu, dia tidak dapat menerima hasil yang tidak sah daripada majikannya.

“Saya berhujah sekarang bahawa perkara (laporan siasatan SPRM) itu tidak boleh berubah-ubah. Sebaliknya, anda mengatakan dia (Azeez) menerima wang yang sah, kemudian anda mengatakan dia menerima hasil haram daripada majikan yang sama.

“Laporan ini tidak dibantah oleh SPRM. Tiada satupun pertuduhan yang dapat dipertahankan di mahkamah,” kata Amer.

Semasa prosiding dalam talian di Mahkamah Rayuan, peguam itu juga mengulangi hujahannya bahawa 13 tuduhan terhadap Azeez itu cacat dan menafikan kemampuan perayu untuk memahami dan bertindak balas dengan betul.

Amer berpendapat 13 tuduhan itu harus digugurkan kerana mereka cacat, tidak berasas dan dibawa ke atas Azeez dengan niat jahat (mala fide) oleh pihak pendakwaan.

Peguam itu antara lain berhujah, ketiga-tiga tuduhan rasuah itu cacat kerana beberapa projek yang berlainan disenaraikan dalam satu pertuduhan.

Amer berpendapat ini bertentangan dengan undang-undang mengenai tuduhan bertindih, yang memperuntukkan tuduhan jenayah hanya menyatakan kesalahan yang didakwa berkaitan dengan satu transaksi atau kejadian sahaja.

Berkaitan dengan 10 tuduhan pengubahan wang haram, peguam itu berhujah ia cacat kerana pendakwaan tidak menyatakan dengan jelas kesalahan asas yang mendasari tuduhan pengubahan wang haram itu.

Di bawah konteks undang-undang antipengubahan wang haram di Malaysia, kesalahan predikat adalah kesalahan utama (biasanya rasuah) yang berkaitan dengan kesalahan pengubahan wang haram (kesalahan yang melibatkan jejak wang atau transaksi untuk menyamarkan asal wang haram dari kesalahan utama) .

Pada akhir prosiding petang ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Oktober depan untuk mendengar balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Azeez hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali antara hakim yang mendengar kes ini.

Pendakwaan hari ini terdiri daripada timbalan pendakwa raya Aslinda Ahad dan Nik Haslinie Hashim.

Azeez menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah RM5.2 juta berkaitan dengan projek jalan raya di Kedah dan Perak.

Dia juga menghadapi 10 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM13.9 juta, yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas.

Kesalahan rasuah itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor, pada 13 Jun 2017, dan 10 April 2018.

Berkaitan dengan tuduhan pengubahan wang haram, Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Lembah Klang, antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Abang Azeez Abdul Latif pada mulanya dituduh bersubahat dengan dua tuduhan memperoleh suapan RM4 juta, sebagai balasan kerana menolong Menuju Asas mendapatkan projek jalan raya melalui tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Namun, susulan permohonan oleh pihak pendakwaan pada 8 Februari, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan tetapi tidak membebaskan Latif daripada pertuduhannya (DNAA).

Terkini! MB Negeri Sembilan cemerlang, diakui Yang Dipertuan Besar

 

Terkini! MB Negeri Sembilan cemerlang, diakui Yang Dipertuan Besar


Merujuk Kenyataan Media yang tular sejak semalam berkaitan ‘Hilang Kepercayaan Terhadap Pengerusi MPN, KeAdilan Negeri Sembilan’ yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan. Pemuda Pakatan Harapan ingin menegaskan bahawa, perkara tersebut tidak sedikitpun akan menggugatkan kestabilan Pemerintahan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini.

Sehingga hari ini, pengurusan pentadbiran yang dipamerkan adalah begitu telus dengan akauntibiliti yang cermat dan tidak berlakunya sebarang salahguna kuasa. Ini juga diperakui oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, melalui titahnya dalam sesi pembukaan Sidang Dun pada Jumaat lalu, bahawa kerajaan Negeri Sembilan, pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun adalah sangat cemerlang dengan berusaha mengutip hasil ke paras yang membanggakan iaitu sebanyak 98%.

Kerajaan Negeri Sembilan juga telah berusaha dengan gigih dalam mengawal Covid-19 di samping mengeluarkan peruntukan sebanyak 5 juta Ringgit ke seluruh Negeri Sembilan, melalui ADUN dan Penyelaras Dun.

Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Amninuddin Harun bersama kakitangan awam khususnya ‘frontliner’ di atas kejayaan mencapai Imuniti kelompok di mana seramai 669,260 orang iaitu sebanyak 82.18% telah selesai divaksin. Ini merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan.

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan berpandangan bahawa, krisis dalaman parti yang sedang melanda Parti KeAdilan Rakyat, Negeri Sembilan ini merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti politik sekalipun. Diharapkan agar, krisis ini dapat diselesaikan dengan harmoni dalam suasana kekeluargaan sesegera mungkin agar fokus utama Kerajaan Negeri hari ini untuk mensejahterakan rakyat tidak akan terpesong jauh.

SEKIAN.

*MOHD HANIS ALIMIN*
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Negeri Sembilan


Vaksin Covid 19 : Kenapa Masih Ada Yang Menentang? #SKOPMG

ADAKAH BERBALOI MEMAKSA.

 

Virus tu bermutasi dan *Herd Immunity* adalah *Naratif* dan harapan *PALSU* yang menyebabkan penindasan dan paksaan terhadap orang yang TIDAK mahu ambik vaksin COVID-19 separuh masak itu sebagai *SIA-SIA* dan *ZALIM*.

Kredit: Zubaidi Sudin

 No photo description available.

APA JASA MENTERI AGAMA YANG BARU ?


May be an image of text that says "SENYUM KAMBING Sejak PAS-UMNO jadi kerajaan banyak Pusat Tahfiz ditutup kerana tak dapat bantuan dari kerajaan, alasannya kerajaan kekurangan dana. SR suara akyat Tapi boleh pulak ada dana bayar gaji ratusan ribu ringgit sebulan pada 3 Duta Khas tak berfungsi tu?"



ZUWAIRI MOHD YUUSOF

Semasa Mujahid jadi Menteri Agama, antara jasa terbesar Mujahid ialah merealisasikan RUU Profesioan Guaman Syarie, dengan kata lain, ia adalah ia usaha memperkasakan institusi syariah di Malaysia.Ini ialah satu kejayaan. even PAS sendiri tidak pernah mengkritik dan menyerang Mujahid dalam isu ini.Masa Dzulkifli jadi Menteri Agama pula, aku tak pasti apa RUU yang dia pernah bawa selain daripada tulis buku pasal Fiqh SOP, pastu dia sendiri langgar SOP (dua kali pula tu), mencetuskan kluster Bah Kasturi menjangkiti hampir 40 orang.Boleh anggap dia gagal sebagai seorang Menteri Agama, tiada sebarang perubahan konkrit sepertimana yang Mujahid buat sebelum ini.Terbukti gagal.

Sekarang ni Idris pula jadi Menteri Agama, dan tiada alasan lagi untuk tidak membawa RUU355 sepertimana yang dilaungkan sebelum ini. Jika benar-benar mahu laksanakan, ia ambil masa lebih kurang 1 tahun sahaja.Ambil contoh RUU333, Jawatankuasa Teknikal bermula Januari 2020, diluluskan di Parlimen pada Julai 2020. Mudah dan sekejap sahaja.Sebab itu apa yang penting sekarang ini ialah, Idris Ahmad menubuhkan Jawatankuasa Teknikal RUU355 sebagai bukti permulaan serius.Jika tidak, anggaplah ia satu lagi penipuan dan pembohongan PAS.Tanaka Mustafa kena push Menteri Agama PAS agar segera tubuh kembali Jawatankuasa Teknikal RUU355 yang terbengkalai sejak 2015 kerana pengkhianatan PAS pada ketika itu.

Ada member dalam grup whatsapp kata cerita mengenai pondok/tahfiz diarah tutup sebab masalah kewangan tu adalah sekadar nak tipu je sebenarnya.Sebab geng-geng lebai ni nak buat naratif pondok/pusat tahfiz takde duit, sebab target belanjawan 2022 nanti akan dapat peruntukkan yang besar untuk mereka,lebih-lebih lagi selepas lebai PAS jadi Menteri Agama.Ini semua game lebai nak mengketedarah duit peruntukkan belanjawan 2022 dengan pura-pura takde duit.Belanjawan 2022 akan dibentangkan menjelang akhir tahun ini (November) dan sehingga ke saat itulah naratif pondok/pusat tahfiz takde duit akan dimainkan.

Mengandaikan bila kerajaan Ismail nanti umum "satu peruntukkan mega" untuk pondok/pusat tahfiz, maka yang paling untung ialah lebai ; imej lebai dilihat bagus dan dapat duit juta-juta pula.Apatah lagi menjelang PRU15 yang semakin dekat.Nampak tak permainan mereka?Hmm..takkan la lebai menipu? Description: ๐Ÿ™‚

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

  

PERMINTAAN UNTUK DRON TENTERA BUATAN TURKI MENINGKAT MENDADAK SETELAH KEMENANGAN AZERBAIJAN DI NAGORNO-KARABAKH.

 


JAMZURI ARDANI


Sekitar 10 bulan yang lepas kita dikejutkan dengan kejayaan Azerbaijan mengambil semula wilayah Nagorno-Karabakh yang dikuasai oleh pejuang Armenia.

Setelah begitu lama, tentera Azerbaijan sering dikalahkan oleh Armenia tetapi kali ini ternyata kekuatan tentera Armenia di Nagorno-Karabakh yang menggunkan teknologi Rusia dengan mudah dikalahkan oleh Azerbaijan. Bagaimana ianya terjadi?

Jawapannya ialah teknologi dron milik Turki.

Azerbaijan tidak mendedahkan berapa banyak dron milik tentera negara itu yang dibeli dari Turki, tetapi mengakui bahawa kemenangan mereka ke atas Armenia bergantung banyak dengan bantuan dron tersebut.

Presiden Azerbaijan menyebut bahawa hanya dengan menggunakan dron yang dibeli dari Turki sahaja, pasukan tentera Azerbaijan berjaya memusnahkan peralatan ketenteraan Armenia bernilai USD1 billion.

Turki mula membangunkan sendiri teknologi ketenteraan berasaskan dron sejak beberapa tahun lepas dan ianya banyak membantu negara tersebut dalam beberapa operasi ketenteraan di dalam dan luar negara. Bagaimanapun, kejayaan Azerbaijan menguasai semula wilayah Nagorno-Karabakh adalah testimoni terbaik berkenaan teknologi kenteraan dron Turki.

Dron buatan Turki bukan sahaja berkesan, tetapi jauh lebih murah berbanding pesaingnya yang setara. Harga dron Bayraktar TB2 hanya sekitar USD 1 juta sebuah berbanding dron serupa buatan AS yang berharga USD20 juta sebuah.

Dron ini boleh membuat kerja-kerja risikan, melaksanakan operasi taktikal, dan operasi memusnahkan sasaran musuh. Ia boleh membawa peluru berpandu yang memusnahkan sasaran dengan ketepatan yang tinggi.

Selepas kemenangan Azerbaijan, Turki mula menerima tempahan dan permintaan yang meningkat terhadap dron ketenteraan buatannya. Antara pelanggan barunya ialah Ukraine, Poland, dan Albania.

 

APA PUNYA KERAJAAN.NAK BAGI PERCUMA PUN TAK MAHU.ATAU NAK BAGI KRONI KAYA KOT


 HAMZAH RIE NA


Punyalah tak ada achievement kerajaan sekarang ini sehinggakan Khairy turunkan harga home test kit ke RM19 pun disambut secara besaran. Harga itu untuk B40 yang ada ramai anak masih terlalu mahal.

Sedangkan Singapore telah mula berikannya SECARA PERCUMA kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan terhadap pada rakyatnya.

Bukannya mcm #KerajaanGagal skrg ni menekan rakyat mengaut untung dikenakan harga ketika rakyat sedang susah.

Jangankan nak bagi percuma 'test kid' tu, janji nak bagi 1 juta topeng muka pun GAGAL !!.. Sampai skrg pon gagal nak ditunaikan.

SR


May be an image of 2 people and text that says "SINGAPURA Dituduh Kerajaan Cina Komunis MALAYSIA THESTRAITSTIMES Kerajaan Melayu PAS-UMNO NASIONAL ST News Night: Free Covid-19 self-test kits for all households Harga runcit maksimum kit ujian kendiri COVID-19 ditetapkan RM19.90 Noor Atiqah Sulaiman September 8:12am ร›hnews@b my ST SR suara rakyot PUBLISHED AUG2 2021, SGT Kit ujian kendiri COVID-19 diberi percuma Kit ujian kendiri COVID-19 dikenakan harga!!"

TAK KAN LAH SEKEPING GAMBAR PUN TAK ADA...PEMBOHONG

 May be an image of 2 people and text that says "Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Ayah nak tanya .PAS kalau bagi bantuan beras pada penduduk pon kadang tepek gambar.Takkan Takkan jumpa 10 duta timur tengah takda sekeping pon gambar.Raky pon nak tengok juga Translate Tweet BERITA Hadi: Saya sudah bertemu 10 duta Timur Tengah"

ISMAIL SABRI TERBUKTI TIDAK LEBIH BAIK DARIPADA MAHIADDIN, UMNO LEBIH MUDAH KENA ‘TAPAU’

 

Hari ini adalah hari yang ke-17 Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.

Malangnya, sehingga hari ini tiada sebarang perkara baru yang berjaya ditampilkan dalam kerajaan pimpinannya, malah dengan barisan kabinet kitar semula daripada lantikan Perdana Menteri gagal sebelumnya, Mahiaddin Md Yasin, kerajaan yang ada sekarang dirasakan sama saja seperti kerajaan PN dahulu.

Tidak saja hampir 100 peratus anggota kabinet kerajaan PN dikekalkan, malah jumlah dan nama kementerian juga tidak ada yang berbeza.

Yang berbeza, cuma ditukar-tukar kementerian saja.

Paling ketara, mereka yang dilantik memegang jawatan menteri kanan juga adalah orang yang sama seperti dalam kerajaan PN sebelum ini.

Jika ketika Mahiaddin yang juga Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri, mungkinlah boleh difahami mengapa sampai dua pemimpin Bersatu diberikan jawatan menteri kanan, tetapi tidak bolehkah UMNO pula yang mengambil alih dua jawatan menteri kanan setelah parti itu melalui Ismail Sabri berjaya merampas kerusi Perdana Menteri?

Lagi pun apalah sangat istimewanya Radzi Jidin untuk terus dikekalkan jawatan menteri kanan sedangkan bertanding dalam PRU14 lalu pun kalah dengan teruk di Ketereh, selain beliau adalah menteri yang paling banyak dirungutkan ibu bapa dan guru-guru kerana gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan di Kementerian Pendidikan.

Begitu juga dengan Azmin Ali, dengan mengekalkannya sebagai menteri kanan lagi, apakah Ismail Sabri sebagai salah seorang pemimpin kanan UMNO sedang meraikan dengan istimewa mereka yang khianat dan melompat parti?

Lebih parah lagi hakikat kerajaan yang ada sekarang adalah kesinambungan kerajaan PN apabila Mahiaddin sendiri dilantik oleh Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara atau PN.

Kalau ketika Mahiaddin jadi Perdana Menteri, jawatan Pengerusi MPN itu dipegang olehnya, kini setelah jawatan Perdana Menteri beralih kepada Ismail Sabri pun jawatan Pengerusi MPN masih dipegang oleh Mahiaddin.

Kalau pun Ismail Sabri tidak mahu jawatan itu, tidak bolehkah dipilih individu daripada UMNO sendiri yang ada rekod cemerlang dalam menjalankan tugas untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi MPN?

Kenapa mesti diberi kepada Mahiaddin yang gagal dan dicemuh dalam menangani Covid19, sehingga Parlimen yang tiada dengan wabak pun sanggup didaruratkannya?

Ternampak di sini kebergantungan kepada Mahiaddin atau sekurang-kurangnya perasaan ingin terus memberi nyawa kepada Bersatu masih kuat ada dalam jiwa Ismail Sabri.

Sebab itu, tidak menghairankan, bukan saja penerimaan rakyat masih negatif terhadap Ismail Sabri, malah dalam UMNO sendiri, rungutan yang kedengaran terhadap kerajaan tidak berkurangan berbanding ketika kepimpinan Mahiaddin sebelum ini.

Berikutan tidak ternampak ada pembaharuan yang ditampil Ismail Sabri, ramai dalam UMNO masih kabur dengan kemampuan parti itu untuk menang dengan lebih selesa dalam PRU15 akan datang, walaupun setelah jawatan Perdana Menteri berada dalam dakapan.

Kebolehan Ismail Sabri yang sekadar mampu meneruskan kegagalan kerajaan PN sebelum ini, mahu tidak mahu, akan mengakibatkan beban kegagalan itu ditanggung oleh UMNO sepenuhnya berbanding ketika jawatan Perdana Menteri dipegang oleh Mahiaddin.

Selain tiada pembaharuan, Ismail Sabri juga bermula dengan buruk sebagai Perdana Menteri serta tidak menampakkan beliau lebih baik daripada Mahiaddin apabila menjemput kawan-kawan Ahli Parlimen daripada UMNO menaiki jet eksekutif milik kerajaan bersamanya dalam lawatan ke Kedah pada hari pertama beliau mula masuk pejabat dan dalam lawatan pertamanya juga sebagai Perdana Menteri.

Jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Perdana Menteri dan semua Perdana Menteri faham kedudukan itu, sebab itu ada Perdana Menteri sebelum ini tidak membenarkan anaknya sendiri naik jet tersebut bersamanya.

Pegawai kepada seorang Perdana Menteri yang lain pula pernah menolak permintaan seorang Ketua UMNO Bahagian yang kebetulan ada urusan di ibukota untuk menumpang jet eksekutif berkenaan ketika Perdana Menteri dalam perjalanan pulang daripada lawatan di sebuah negeri.

Realitinya begitulah cara bekas Perdana Menteri sebelum ini menjaga intergiti dan harta kerajaan, sebaliknya Ismail Sabri seperti menjadikan jet eksekutif itu sebagai barang permainan untuk ditunjuk-tunjuk dan dikongsi dengan kawan-kawan.

Tiada pembaharuan, bermula dengan buruk, mewarisi kegagalan kerajaan PN dan memindahkan beban kegagalan kerajaan yang dulunya ditanggung Bersatu kepada UMNO, dengan fakta tersebut setakat ini, jalan menang memang belum kelihatan lagi buat BN.

Kata seorang pemimpin UMNO – kalau begini gaya Ismail Sabri di hari-hari seterusnya sebagai Perdana Menteri, alamatnya kena “tapaulah” BN dalam PRU15 nanti. – 


ShahbudinHusin 06/09/2021.

Panas! Ini dua sebab Ismail Sabri takut hadapi undi percaya

 


Panas! Ini dua sebab Ismail Sabri takut hadapi undi percaya


Dua kesimpulan dapat dibuat jika Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob enggan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa perdana menteri kesembilan, Ismail Sabri Yaakob tidak perlu mengadakan undi percaya di Parlimen bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

“Namun dengan pelantikan kabinet yang mengekalkan sebahagian besar watak-watak yang gagal (termasuk perlantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara) sebelum ini dan keengganan melakukan undi percaya – boleh disimpulkan ada dua kemungkinan.

“Pertama, Ismail Sabri tidak yakin sokongan BN, Perikatan Nasional (PN) dan GPS untuknya di dalam Parlimen.

“Kedua, Ismail Sabri langsung tidak mahu mempertimbangkan sebarang penambahbaikan yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 4 Sep, Idrus berkata pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong telah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu kepada undi percaya di Dewan Rakyat.

Dia berhujah undi percaya perdana menteri boleh menjejaskan kuasa Seri Paduka.

“Sekiranya pelantikan perdana menteri yang baru masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” kata Idrus pada satu kenyataan, sebelum ini.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata undi percaya bukan perkara luar biasa bahkan perdana menteri ketiga dan kelima pernah melaluinya di Dewan Rakyat.

Menurutnya, perdana menteri ketiga, Hussein Onn dan perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini juga telah mengadakan undi percaya di Parlimen dan ini bukan perkara yang luar biasa.

Katanya, PH telah menyatakan kesediaan memberikan komitmen untuk tidak menyulitkan proses undi percaya bagi pentadbiran Ismail Sabri dengan syarat beliau melaksanakan agenda penambahbaikan dan dasar-dasar yang bersifat pro-rakyat.

“Sekalipun tidak diadakan undi percaya, Ismail Sabri akan berhadapan undi ucapan titah Tuanku dan Belanjawan yang dilihat sebagai menyamai undi percaya juga.

“Ismail sepatutnya mengambil peluang di awal pentadbirannya, membuka lembaran baru untuk bina kepercayaan dan keyakinan di kalangan semua pihak, sebagaimana dibuat di dalam pertemuan dengan PH, bukan dengan meneruskan tindakan Muhyiddin membelakangkan Parlimen,” katanya lagi.

Sumber | MK


[[LIVE]] 5.9.2021 Peguam Negara derhaka titah YDPA! Sebab sebenar Ismail...

SIRI AKHIR KERAJAAN AFGANISTAN

 


NORMAN RADZUAN

Siri akhir ini saya akn bercerita mengenai masa depan Afghanistan dibawah pimpinan Taliban. Amerika dikhabarkan telah membeku aset Afghanistan, jadi mampukah Taliban utk membangunkan atau menguruskan sebuah negara dlm keadaan aset dibekukan? Menurut IMF rizab kasar aset Afganistan yg dibekukan di Bank Pusat berjumlah RM39 billion.

Sebelum kita lanjutkan, ada yg bertanya kenapa Amerika menawan Afghanistan. Adakah hanya kerana hak asasi wanita diperjuangkan?Tentu bukan, tahukah anda Afghanistan kaya dgn sumber alam seperti tembaga, batu bara, merkuri, emas dan byk lagi yg dianggar bernilai RM 4 trillion.

Selain daripada itu kedudukan negara ini yg strategi bersempadanan dgn negara seperti China, India, Pakistan, Iran, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan.

Berbalik isu pembekuan aset Afghanistan. Jadi apa masa depan Afghanistan? China, Russia dan Pakistan dikhabarkan telah menghulurkan tangan utk membantu membangunkan ekonomi Afghanistan.

Cuma saya agak steptikal dgn komitmen China. Perlu kita tahu China memang dikenali bijak mengambil peluang apatah lagi melihat kekayaan sumber alam negara ini mampu memberi pulangan yg baik kpd pelaburan mereka. Presiden Russia pula, Putin dikhabarkan serius utk menarik Afghanistan bergabung dlm blok perdagangannya yg dinamakan Eurasian Economic Union.

Apa yg kita harapkan pemimpin Taliban 2.0 perlu berhati hati. Kita bimbang keluar mulut buaya masuk mulut harimau melalui penjajahan ekonomi. Langkah segera China dan Russia utk mengambil hati Taliban dgn mengekalkan pejabat kedutaan mereka. Malah kerajaan China mengarahkan rakyat mereka di Afghanistan berpakaian secara Islamik.

Bijak..bangsa Cina bab berniaga sukar ditandingi. Teringat saya seorang rakan di KL berbangsa Cina yg mempunyai rangkaian perniagaan di Indonesia. Dia bercerita mengenai peristiwa ala 13 Mei yg berlaku di Indonesia.

Ketika rusuhan Mei 1998 di Jakarta kedainya antara terselamat dari dipecah atau dibakar. Dia memberitahu rahsianya ketika itu di pintu kedainya dia meletakkan ayat2 suci Al Quran...lucu dan bijak strategi perniagaannya.

Bagaimana dgn pendekatan dasar luar negara terhadap Taliban 2.0? Jika kerajaan Afghanistan dpt dibentuk semula, sebaiknya kita menjalinkan hubungan diplomatik dgn negara tersebut kerana byk peluang pelaburan yg boleh diambil dan diterokai di sana.

Negara kita tersepit dgn persepsi yg dilakukan media barat selain hubungan diplomatik negara kita dgn negara barat. Sebab itu kita dilihat mengambil jalan berkecuali terhadap isu Afghanistan.

Ini kerana imej Taliban sudah teruk dimanipulasi atas kesilapan Taliban 1.0 dan juga propaganda barat. Hingga org Melayu jika marah harga mahal menyebut 'harga mcm Yahudi' dan jika marahkan AJK Masjid mereka akn menyebut 'perangai macam TalibanDescription: ๐Ÿ˜‚'

Sebenarnya imej Islam bukan sahaja teruk kerana agenda propaganda barat tetapi ditambah sikap umat Islam sendiri. Kita ambil contoh umat Melayu di negara kita. Ada yg kononnya berjuang utk agama tetapi kerjanya mengkafirkan sesama Islam. Malah berperanan melahirkan perasan benci kpd kaum lain.

Sebab itu puak ini juga dipanggil ‘perangai mcm Taliban 1.0’. Ekstrimis dan membawa Islam cara sempit. Mereka hanya obses memandang agama sebagai hukum hakam yg ketat berbanding sebagai panduan kehidupan.

Kita jgn sibuk bicara soal polisi Islam apabila kita masih bertelagah siapa yg boleh dijemput ke majlis Iftar. Ada sebab masjid dinamakan rumah Allah dan bukannya rumah manusia. Ini kerana pintunya terbuka utk sesiapa termasuklah pendosa seperti kita. Ia sesuai dgn ajaran agama ini iaitu Islam rahmat utk semua.

Umat Melayu di negara kita membawa Islam cara pemikiran yg sempit. Malay first, Muslim second. Jgn kita hanya berpihak kpd sebangsa dan seagama sahaja tetapi membisu apabila hak golongan lain kita tidak memperdulikan mereka. Islam mesti adil kpd semua kaum. Sebab itu kaum lain di negara kita tidak berminat dgn Islam.

Undang2 Islam sepatutnya tidak dilihat dari segi undang2 sahaja sebaliknya fokus kpd nasihat dan petunjuk kpd manusia. Dlm erti kata lain syariah itu bukanlah bersifat kuasa tetapi pembimbing manusia. Contoh solat lima waktu satu kewajipan tetapi bukan tugas kita menghukum kpd mereka yg enggan berbuat demikian.

Di barat Ulama dan org Islam di sana membawa Islam dgn akhlak dan keterbukaan. Disebabkan itu di barat walaupun propaganda utk melahirkan persepsi negatif terhadap Islam kuat dimainkan oleh media massa tetapi sejak 30 tahun lalu kemasukkan umat Islam di Eropah dan Amerika meningkat 300%.

Ia jauh berbeza dgn negara kita yg kononnya sebuah negara Islam. Ini kerana seperti saya sebutkan di atas, umat Islam di negara kita telah membuatkan kaum2 lain merasakan Islam ini tidak adil, perkauman dan ekstrim. Kita jgn ulangi ideologi ekstrimis Taliban 1.0.

Jerman adalah negara yg paling ramai penduduknya memeluk agama Islam di Eropah. Ada mengatakan lebih 5 juta umat Islam di negara tersebut. Ia diikuti France dan Britain. Di Britain juga begitu byk gereja telah bertukar menjadi masjid.

Kita kena rajin membaca, duduk dgn cerdik pandai walaupun kita tidak pandai, berfikir dan travel. Bak kata org Melayu jgn duduk di bawah tempurung. Barat kata Taliban militan kita pun percaya bulat2. Pemimpin kata Cina Dap akn kristiankan Malaysia kita percaya bulat2.

Org Melayu ini sejarah negara sendiri pun dia keliru dan byk tak tahu sb dia malas berfikir dan ambil tahu. Kalau tak percaya cuba secara spontan tanya mereka nama negeri2 Melayu tidak Bersekutu, negeri2 Melayu Bersekutu dan negeri2 Selat...confirm mereka samada tak tahu atau tidak pasti.

Jadi jgn hairan jika mereka keliru bagaimana utk membawa agama Islam, mereka keliru isu politik luar negara dan mereka keliru apabila diperbodohkan pemimpin Melayu yg kononnya berjuang utk bangsa dan agama.

Saya sgt mengingati hadis ini. Sabda Baginda di akhir zaman, “Akn tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu org berbohong dianggap jujur. Org jujur dianggap bohong. Org amanah dianggap pengkhianat.” Jelas ia berlaku di depan mata kita skg. Cuma org Melayu tak mahu berfikir utk melihat pembohongan pemimpin2 Melayu ini.

Akhir kata penulisan 3 siri mengenai Taliban 2.0 ini adalah pandangan peribadi saya. Anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju dgnnya. Wasallam dan terima kasih sudi membaca.

 

(function() { var d = document, w = window; w

RENTASAN 1161 | PANAS!! KINI HADI AWANG, MENTERI PAS DIHINA UMNO?

MENARIK DALAM RENTASAN 1161 1. MENTERI PAS CAP AYAM, KATA UMNO 2. PERPADUAN UMMAH ATAU PEREBUTAN GHANIMAH? 3. APA KOS TERSIRAT KENAIKAN INF...