APA JASA MENTERI AGAMA YANG BARU ?


May be an image of text that says "SENYUM KAMBING Sejak PAS-UMNO jadi kerajaan banyak Pusat Tahfiz ditutup kerana tak dapat bantuan dari kerajaan, alasannya kerajaan kekurangan dana. SR suara akyat Tapi boleh pulak ada dana bayar gaji ratusan ribu ringgit sebulan pada 3 Duta Khas tak berfungsi tu?"



ZUWAIRI MOHD YUUSOF

Semasa Mujahid jadi Menteri Agama, antara jasa terbesar Mujahid ialah merealisasikan RUU Profesioan Guaman Syarie, dengan kata lain, ia adalah ia usaha memperkasakan institusi syariah di Malaysia.Ini ialah satu kejayaan. even PAS sendiri tidak pernah mengkritik dan menyerang Mujahid dalam isu ini.Masa Dzulkifli jadi Menteri Agama pula, aku tak pasti apa RUU yang dia pernah bawa selain daripada tulis buku pasal Fiqh SOP, pastu dia sendiri langgar SOP (dua kali pula tu), mencetuskan kluster Bah Kasturi menjangkiti hampir 40 orang.Boleh anggap dia gagal sebagai seorang Menteri Agama, tiada sebarang perubahan konkrit sepertimana yang Mujahid buat sebelum ini.Terbukti gagal.

Sekarang ni Idris pula jadi Menteri Agama, dan tiada alasan lagi untuk tidak membawa RUU355 sepertimana yang dilaungkan sebelum ini. Jika benar-benar mahu laksanakan, ia ambil masa lebih kurang 1 tahun sahaja.Ambil contoh RUU333, Jawatankuasa Teknikal bermula Januari 2020, diluluskan di Parlimen pada Julai 2020. Mudah dan sekejap sahaja.Sebab itu apa yang penting sekarang ini ialah, Idris Ahmad menubuhkan Jawatankuasa Teknikal RUU355 sebagai bukti permulaan serius.Jika tidak, anggaplah ia satu lagi penipuan dan pembohongan PAS.Tanaka Mustafa kena push Menteri Agama PAS agar segera tubuh kembali Jawatankuasa Teknikal RUU355 yang terbengkalai sejak 2015 kerana pengkhianatan PAS pada ketika itu.

Ada member dalam grup whatsapp kata cerita mengenai pondok/tahfiz diarah tutup sebab masalah kewangan tu adalah sekadar nak tipu je sebenarnya.Sebab geng-geng lebai ni nak buat naratif pondok/pusat tahfiz takde duit, sebab target belanjawan 2022 nanti akan dapat peruntukkan yang besar untuk mereka,lebih-lebih lagi selepas lebai PAS jadi Menteri Agama.Ini semua game lebai nak mengketedarah duit peruntukkan belanjawan 2022 dengan pura-pura takde duit.Belanjawan 2022 akan dibentangkan menjelang akhir tahun ini (November) dan sehingga ke saat itulah naratif pondok/pusat tahfiz takde duit akan dimainkan.

Mengandaikan bila kerajaan Ismail nanti umum "satu peruntukkan mega" untuk pondok/pusat tahfiz, maka yang paling untung ialah lebai ; imej lebai dilihat bagus dan dapat duit juta-juta pula.Apatah lagi menjelang PRU15 yang semakin dekat.Nampak tak permainan mereka?Hmm..takkan la lebai menipu? Description: 🙂

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

  

No comments: