PMX HARUS UBAH MENTERI KEPADA ORANG LAMA YANG TAHU SOAL BERITA. WALAUPUN TAK ADA PHD.


 NAJIB Bakar


Salah satu sebabnya adalah masa pemilihan parti boleh pulak depa optimumkan penggunaan page agensi Kerajaan untuk attack Menteri.





Tapi tak guna energy sama bila melawan naratif pembangkang selama 2 tahun sebelum tu.


Masa pemilihan parti boleh susun kenyataan media dengan rapi, keluar berita, keluar TV secara sistematik.


Tapi bab melawan naratif pembangkang, bersepah-sepah.


Jadi, kita la ni dok tepi makan kuaci, buat kerja sendiri ja lagi happy.


😁




PELAQ NI DULU SOKONG PH... ADA LA TAK DAPAT HABUAN KA APA ENTAH LA.. TETIBA JADI TERUK SAMPAI TAHAP NI.


 

MASA JADI PEMBANGKANG, MEDIA PKR KUAT WALAU HANYA AKHBAR... BILA JADI KERAJAAN... KONONNYA DAH SUPPORT TV BAGAI.. KIRA MEDIA PROBONO NI TAK PAKAI.. UPAH YANG BERBAYAR... SO LA NI SEDAR MEDIA DAH KALAH DAH. SEBAB APA.? SEBAB LETAK ORANG YANG BUKAN BIDANG.. KUASAI MEDIA.

 

Ariff Kadir



HAA NAMPAK...





Baru malam tadi ana up pasal screen recording komen² AI 50sen. Tak sampai 18 jam PMX dah sebut. Komen² AI tu fungsi dia ialah nak tenggelamkan komen² 'sampah & maki hamun' tu sebenarnya. 


Tapi apabila komen² itu fake, daripada akaun fake & tidak ditulis dari fikiran sendiri, ia takkan membuahkan hasil yg baik. Bubuh laa komen AI sampai beratus pun. Kerah laa pegawai utk masuk utk Like, Komen, Share pun. Semuanya tak ubah seperti menipu diri sendiri yg akhirnya rebah tertomoih. Yang benar² berbakat, ditendang keluar. 


Apabila kita propose ambik bakat² cytro yg memang 24 jam online, allocate bajet utk mereka. Apa dinosaur buat? Mereka sibuk panggil geng parti utk buat kursus sana sini.  Sekali berkursus, kenyang sampai ke malam sebab 2 jam kursus, makan. 2 jam kursus, minum berbihun bagai.


Masa ana ke Jerantut bulan lepas, tuan rumah homestay yg kami stay tu pun boleh percaya fitnah BUDI95 tu adalah kencing sebab harga di pam masih mahal. Kenapa? Sebab masyarakat amat jarang dapat maklumat dari TV1, TV3. Mereka dapat dari media sosial. Dan kita dah kalah di media sosial sebab segalanya nak free & probono. 


Dan apabila kami nak perkuatkan jentera media sosial, datang la dinosaur-dinosaur yg memang tak berbakat langsung dalam media sosial ni utk jadi kacang hantu.


Lantak wokme laa nak makan penggal ni aje. Serangan luar & dalam ni makin kuat. Pertahanan dalaman cuma komen AI 50sen. Ingat, resipi sepenggal dah cukup lengkap ramuannya ni. Buatlah sesuatu sementara masih berbaki masa.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Lajnah Strategi Sosmed Yg Tak Sambung Kontrak Sehari Selepas Dapat Email Sambung Kontrak.




NAK PANJANG UMUR.



 Rahsia Orang Jepun Panjang Umur? Sebab makan Telur je guys!





Orang Jepun antara bangsa yang paling panjang umur dalam dunia. Ramai yang ingat semuanya sebab teknologi dan gaya hidup moden diorang,tapi sebenarnya salah satu rahsia terbesar datang daripada sumber pemakanan harian diorang yang ramai orang tak tahu.Diorang suka makan telur.Serius la!


Secara purata, rakyat Jepun makan sekitar 337 biji telur setahun, bersamaan dengan hampir 3 biji telur setiap 2 hari.Ringkasnya, hampir sebiji sehari. Sebab itu telur menjadi makanan asas dalam hampir semua hidangan mereka, daripada sarapan ringkas hinggalah bento dan masakan tradisi.

Jepun juga adalah negara kedua yang paling banyak makan telur dalam dunia selepas Mexico.


Telur kaya dengan Omega-3, yang membantu mengurangkan keradangan dalam saluran darah dan seterusnya menurunkan risiko sakit jantung yang merupakan punca utama kematian.Tak hairan la orang Jepun kurang kena heart attack! rakyat diaorang pun ramai yang tua bangka..


Jom kita start makan telur mulai hari ini,telur mata,burger telur,telur masak kicap,telur dadar,telur 3 rasa,telur stim limau....


#heartattack #gaya #telur #jepang



ORANG LAIN USAHA.. BILA BERJAYA MENGAKU PARTI DIA BERJUANG. TAKAT BERJUAMG TAK USAHA APA PUN, MANA NAK BERJAYA.


Syam Ghaz


 Dah agak dah PAS akan sedaya upaya akan cuba ‘claim’ mrka yang buat dulu, berkaitan tindakan pramugari Air Asia tutup aurat spt hasil usaha mereka.






Semalam Ameerah Pas Kelantan, Jabatan Khas bawah Muslimat Pas Kelantan buat posting.


W/pun mrka gagal saat YB Siti Zailah jadi Timbalan Menteri Wanita dulu, dah salahkan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong (yang PN tengah pujuk supaya joint PN). Akhirnya tak mampu buat Wee Ka Siong dan Zailah Gagal.








Semalam Tuan Ibrahim pun nampak nak ke arah aim juga. Waktu 33 bulan dia jadi Menteri Alam Sekitar hadir dalam Mesyuarat Kabinet tak berjaya buat pun.


Masa 33 bulan dulu 3 YB Pas jadi Menteri, Menteri Undang Undang dan Agama pun dari Pas, jika nak buat boleh sangat lah. 4 jadi Timbalan Menteri. 


Semalam Tuan Ibrahim pun nampak nak ke arah aim juga. Waktu 33 bulan dia jadi Menteri Alam Sekitar hadir dalam Mesyuarat Kabinet tak berjaya buat pun.


Itu pun tak mampu buat apa pun. Akhirnya Antony Loke Menteri Pengangkutan DAP (yang mrka selalu makin hamun tu) yang berjaya laksanakan.


Bila zaman PMX berjaya buat, pemimpin Pas lain sindir pula Air Asia yang buat sendiri2, bukan Kerajaan yang suruh. 


Depa tak baca kot buku MADANI dan Agenda Reformasi Pentadbiran Awam era Madani zaman Kerajaan sekarang ni nak buat banyak benda lagi, bukan itu sahaja. Terutamanya bab etika dan nilai.


Budaya politik sempit macam ini lah menyebabkan politik Islam asyik ‘berperang’ sepanjang masa, masa berkuasa tak laksanakan. 


Lepas kalah dia mengaku lebih Islam pada orang lain, sampai lawan kena lAnwar Ibrahimcam. W/pun sudah buat dan berjaya buat lebih baik dari mereka. Penat sungguh budaya mcm ni.


Kata lah terus terang, Pas reti ceramah je kerja tak reti buat kerja. Saat diberi kuasa pakaian pramugari Mas dan Air Asia tak berubah pun. Kini berubah.


Alhamdulillah Zaman Kerajaan Madani juga ia berlaku. Ini menunjukkan sinar Islam makin berkembang zaman Kerajaan sekarang. Tahniah PMX Anwar Ibrahim.


Apapun kita sepatutnya bersatu hati, tidak kira lah parti mana. Berterima kasih dan tak semua benda kena bergaduh, janji sinar Islam makin berkembang di Malaysia kan.


Buat PAS, ucap lah Terima kasih la sikit kepada Kerajaan skrg.


Pramugari Air Asia dan Mas tutup Aurat berjaya zaman Madani.




MENZIARAH KELUARGA BUNG MOKHTAR


 

ADA WALAUN KATA DULU KE AKU.. KONONNYA PENANG MINUM AIR BABI... DIA TAK TAU AIR PENANG MINUM DARI 49AN DULU DARI SG YANG MENGALIR DARI KEDAH MASUK PENANG. DIA MINUM AIR TAIK SELUT HARI HARI PATUT LA AKAI LESU.


 

RINGKASAN PLOT TWIST.

 


Bekas menteri kanan Rafizi Ramli mendedahkan apa yang dinamakannya sebagai plot twist (kejutan plot) dalam isu ‘surat sokongan’ bekas setiausaha politik perdana menteri Shamsul Iskandar Md Akin.






Rafizi berkata, Kamal Engineering–salah satu daripada enam syarikat yang namanya dimajukan kepada pihak menteri kesihatan–sebenarnya tidak pernah pun membuat permohonan prakelayakan.


“Jika Kamal Engineering tidak terlibat pun dalam projek itu, bagaimana dan siapa yang pandai-pandai guna nama syarikat hingga sampai ke Pejabat Perdana Menteri?


“Ia adalah satu kesalahan jenayah, menyalahgunakan nama orang atau syarikat tanpa kebenaran mereka."


Berita penuh: https://mk.my/vGs6uVF



KITA BUBAR JA LAH PKR.. SEMUA MASUK AMENO BALIK....

 Norshidah Md Daud


Nak cakap bodo kang terasa ati

Tapi tu la kan...





Punya ramai yang berkelayakan & berpendidikan dalam PKR, geng UMNO jugak dia nak.


X cukup bawak masuk Tengkujuh Zafrul join parti, berharap pulak KJ join kabinet


Pekejadahnya xtau la


Tu la orang tua2 selalu pesan...


Kawan dengan orang2 baik & cerdik, nescaya kita xkan tersesat


Selama ni beria2 jatuhkan UMNO 

Bila berkuasa, bodo p ambik pemimpin UMNO 


Elok Presiden PKR tu jadi Presiden UMNO lak

Xyah cover2 dah menyampah aku




SEJARAH TERCATAT BAHAWA KERAJAAN MADANI BERJAYA MENJADIKAN PRAMUGARI AIR ASIA MEMAKAI TUDUNG.



 Sejarah tercatat

1970 an zaman mak ayah kita pergi sekolah pakai skirt serta  tidak bertudung  dan pelajar lelaki hsnya memakai seluar pendek 






1986 menteri pelajaran masa itu mengubah dasar dengan menggalakkan pemakaian tudung di sekolah.. Dan pelajar lelaki  dibenarkan berseluar panjang..


2025 ; sejarah sama tercatat menteri pelajaran yang sama yang kini menjadi perdana menteri telah mengubah dasar pemakaian tudung untuk pramugari setelah bertahun2 tidak dibenarkan bertudung 


Alhamdulillah..tq pmx





KULIT TELOR BOLEH DIMANFAATKAN.



Rozmal Malakan






 Selalu buang kulit telur? Sebenarnya, bahagian yang sering dipandang remeh ini boleh jadi rahsia untuk tanaman lebih subur.


Setiap kali memasak, kulit telur yang dibuang menyimpan khasiat yang sangat berguna sebagai baja semula jadi.


Seorang lelaki berusia 50 tahun berasal dari Yogyakarta dan kini menetap di Jakarta Selatan tampil mendedahkan ideanya menjual kulit telur untuk pasaran dalam talian.


“Dapat 3.6 juta rupiah (RM943.31) sebulan hanya sebab suka-suka kumpul kulit telur. Jadi setiap kali makan telur, saya tak buang kulitnya.


“Tak sangka boleh jana pendapatan juga. Ini apa yang saya buat,” kongsi lelaki dikenali sebagai Waluyo di Thread.


Kisah ini bermula apabila Waluyo berasa sayang untuk membuang sisa kulit telur yang digunakan dalam penyediaan makanan di rumah.


Sejak tahun 2022, dia mula mengumpulkan sisa kulit telur tersebut.


“Waktu itu kira-kira dua hingga tiga tahun lalu, kebetulan saya ada jalankan perniagaan bakso telur di rumah. Kulit telur makin lama makin banyak terkumpul.


“Saya pun jadi buntu nak buang ke mana. Nak buang begitu saja rasa macam tak sampai hati, daripada situlah timbul idea,” kongsinya


Berbekalkan sebuah telefon pintar, Waluyo mula mencari idea di internet tentang apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada kulit telur.


Menurutnya, dia menggunakan pendekatan Search Engine Optimization (SEO) 


“Saya kaji melalui SEO, apa sebenarnya kandungan kulit telur ni/ Rupanya, kandungan kalsiumnya sangat tinggi. Ini pasti ada banyak kegunaan, dan tentu ramai yang perlukan,” jelasnya.


Tanpa berlengah, Waluyo mula membersihkan kulit telur, menumbuknya sehingga menjadi serpihan kecil, dan kemudian membungkusnya dalam plastik.


Waluyo turut berkongsi bahawa hasil jualan awal kulit telur itu digunakan semula untuk membeli lebih banyak kulit telur daripada golongan ibu-ibu dan tukang kek.


Dengan sistem perniagaan yang berasaskan kitaran ini, dia akhirnya berjaya menjana pendapatan tetap.


“Alhamdulillah, sejak tahun 2024, pendapatan bulanan daripada jualan kulit telur telah mencecah Rp 3.6 juta sebulan dan kekal hingga sekarang,” katanya.


Apa yang lebih mengejutkan, pelanggan Waluyo kini bukan sahaja dari kawasan sekitarnya, tetapi turut datang dari luar Pulau Jawa, menandakan permintaan yang semakin meluas.


“Tak sangka, sisa buangan macam ni boleh jadi rezeki. Cukup untuk menyara keluarga, anak dan isteri,” kongsinya.


https://www.malaysiadateline.com/dulu-buang-kini-jadi-sumber-rezeki-kulit-telur-bawa-pulangan-lebih-rm900-sebulan



TIMBALAN PRESIDEN KENA KETUAI KEMPEN.

 


KEH KEH KEH... PELAQ NI WAKALIAMPUT...

 


TUBUH PARTI BARU TAK MUDAH

 

Jamzuri Ardani


Tubuh parti baru nie tak mudah. Hati kena keras. Tokoh hebat macam Ku Li dan Tun M pun tersadai bila tubuh 46 dan Pejuang. Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang diasaskan oleh tokoh politik veteran Kadir Sheikh Fadzir pun tenggelam. Zaid Ibrahim tubuh Parti KITA pun tak kemana. Ini semua parti yang diasaskan oleh tokoh hebat dan punya sumber kewangan yang besar. 


Kawan-kawan dalam ISMA ambil alih Parti Berjasa pun semput. Kawan-kawan dalam IKRAM cuba tubuh parti Bahtera setakat ni belum nampak kelibat. Ini parti yang ditubuh dan digerakkan oleh aktivis organisasi yang telah melalui proses tarbiyah dan perkaderan yang panjang.


AMANAH, BERSATU, dan WARISAN adalah 3 parti politik baharu yang nampaknya masih teguh dipersada politik. 


AMANAH agak istimewa kerana parti ini ditubuhkan tanpa tokoh besar dan tanpa sumber kewangan yang banyak. Tetapi ia didokong oleh para aktivis parti yang tegar dan berpengalaman. 


Adapun ramai aktivis parti yang bersama Amanah ini kebanyakannya berpengalaman sebagai pembangkang. Mereka tahan ditekan dan tahan dicela. Dikafirkan pun ada. 


Bila parti ini jadi kerajaan, ada dikalangan mereka jadi kekok. Yang jadi menteri pun kekok, yang tak pegang jawatan dalam kerajaan pun jadi kekok. Masing-masing sedang mencari rentak tersendiri dalam dunia politik yang baharu. 


Kekekokan ini wajar difahami dan diurus dengan baik. Perspektifnya pelbagai. Kuncinya, jadilah pendengar yang baik.