RAZMAN NAK SELESAI KES LUAR MAHKAMAH? BENAR ATAU TIDAK SURAT INI?

http://wrlr.blogspot.my/2015/09/ambik-kaufitnah-bawa-ke-mahkamah.htmlhttps://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/v/t1.0-9/12003294_940845842627953_8959809365400504458_n.jpg?oh=8961f495f3b7c68a5f1c454a37661456&oe=56A635BC

Surat Husam Musa kepada MB Kelantan – Husam Musa...TOLONG JAWAB.JANGAN BUAT BODO

 

Surat Husam Musa kepada MB Kelantan – Husam Musa

Pagi ini saya membaca berita mengenai Kedudukan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) diperintahkan membayar sebanyak RM 2.3 juta kepada Encik Tien Chuan Sen.
Ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan KPK terhadap dua keputusan asal Mahkamah Tinggi Kota Bharu ke atas tuntutan yang dibuat Encik Tien sejak 2013.
Ia menggerakkan saya untuk bertanya lebih lanjut beberapa isu mengenai KPK supaya saya selaku ADUN dan rakyat Kelantan keseluruhannya mengetahui kedudukan sebenar KPK sekarang.


A. Penyerahan Konsesi Tebangan KPK
 
Saya difahamkan kawasan konsensi KPK dengan kuota tebangan sebanyak 2,000 ekar setahun diserahkan kepada sebuah syarikat iaitu Souncern Timber Sdn Bhd.
Saya difahamkan  Souncern Timber dikehendaki membayar pulangan kepada KPK hanya sebanyak RM 1,700 seekar. Ini bermakna, untuk kawasan konsensi seluas 2,000 ekar, KPK hanya akan mendapat RM 3.4 juta!
Ditambah sedikit dengan hasil sewaan kilang KPK kepada Souncern sebanyak RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun sahaja!
Pertanyaan saya ialah:
i. Adakah pemilihan syarikat kontrak tebangan konsensi penuh KPK ini dibuat secara tender terbuka atau tidak?
Jika tidak, apa kriteria yang digunakan untuk memilih syarikat ini?
ii. Kenapakah bayaran yang diterima KPK hanya RM 1,700 seekar?
Adakah konsensi yang diberikan termasuk hutan dara?
Semakan saya  di pasaran menunjukkan, bagi kawasan KPK yang dikira prime dengan sebahagian mengandungi kayu prime seperti meranti merah, ia boleh mencapai sebanyak RM 4,000 hingga RM 5,000 seekar atau lebih. Lebih-lebih lagi bila kawasan yang luas seperti itu diberikan.
iii. Adakah penilaian dibuat terhadap kawasan konsensi yang diserahkan kepada Souncern?
Berapa nilaian itu?

Siapa melaksanakan nilaian tersebut?

Jika nilaian tidak dibuat, mengapa?

iv. Memandangkan kedua-dua anak syarikat Souncern Timber Sdn Bhd yang berurusan dengan KPK dari segi tebangan, pengilangan dan penanaman ladang atas tanah KPK iaitu KPK Sk Timber Sdn. Bhd. dan KPK Sk Plantations Sdn. Bhd. dimiliki 70% Souncern, siapakah pemilik  30% lagi saham bagi kedua syarikat tersebut?

Apa tujuan Souncern menubuhkan anak syarikat dengan kaitan nama KPK ini?

v. Memandangkan Souncern ada menubuhkan syarikat perladangan atas nama KPK Sk Plantations Sdn. Bhd.,adakah Souncern juga akan diberikan konsensi membuka ladang atas tanah-tanah KPK?

Jika ya, berapa keluasannya? Apakah terma-termanya?

Adakah ini juga bermakna Souncern akan diberikan hak untruk menebang habis mana-mana kawasan yang diberikan kepadanya? Jika benar, tentulah bayaran hanya sebanyak RM 1,700 seekar akan menjadi teramat rendah berbanding jumlah balak yang dikeluarkan melalui tebangan habis.
Pohon penjelasan.

B. 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Rakyat Kelantan

Seingat saya, kerajaan memutuskan untuk KPK mendedikasikan kawasan konsensinya seluas 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan sekitar tahun 2012.

Kerajaan mengarahkan pengurusan KPK melaksanakan tender terbuka di mana dianggarkan harga tawaran antara RM 3,000 hingga RM 5,000 seekar. Dengan itu, KPK boleh mengutip anggaran antara RM 60 juta hingga RM 100 juta.

RM 50 juta adalah dikhususkan kepada Dana Perumahan berkenaan.

Saya difahamkan, hingga kini, sumbangan KPK dari kawasan berkenaan untuk Dana Perumahan adalah kosong sedangkan kelulusan kawasan berkenaan bertukar tangan dan segala macam didengar mengenai bagaimana ia diuruskan.

Melalui surat ini, saya mohon satu penjelasan terperinci apa yang terjadi kepada kawasan berkenaan.
Saya juga ingin tahu, selepas hasrat kerajaan gagal sepenuhnya bagi kawasan berkenaan, adakah pemeriksaan odit forensik dilakukan untuk mengesan kesilapan atau salah guna mungkin berlaku?

Apa hasil semakan odit itu?

Apa firma odit yang melakukannya?

Jika belum dibuat, adakah kerajaan bercadang berbuat demikian?

Jika odit forensik akan dilakukan, saya mencadangkan beberapa projek KPK yang terbengkalai dan membazir turut sama diperiksa. Seperti Bandar Baru Dabong yang terbengkalai dan berbagai perbelanjaan/pelaburan hangus KPK ke atasnya, pembinaan galeri pameran di Stong yang tidak digunakan dan pembinaan pejabat baru di Stong yang berakhir dengan VSS hampir semua staf kini dan lain-lain.
Pemeriksaan odit ini adalah penting untuk membersihkan nama baik Kerajaan dan kegunaan YAB untuk menapis mana-mana elemen yang merosakkan aset-aset Kerajaan negeri bagi mengelakkan kerosakan yang lebih banyak.

C. Saya difahamkan, ada satu lagi kes saman yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi sekarang dengan tuntutan RM 7 juta.

Saya berharap, Lembaga KPK dan Lembaga PKINK tidak memandang remeh tuntutan seperti ini. Jalan penyelesaian yang sebaiknya harus difikirkan supaya ianya tidak merugikan Kerajaan.

Saya difahamkan, baik kes yang sedang berjalan mahu pun kes di mana KPK sudah kalah, semuanya adalah kes yang mudah dan lurus berkait jual beli pembalakan yang biasa.

Saya tidak faham mengapa KPK tidak boleh menguruskan dengan sebaiknya.

Jiika KPK tewas sekali lagi dan diperentahkan membayar RM 7 juta, pendapatan dua tahun KPK dengan menyerahkan konsensi kepada Souncern tidak cukup untuk membuat pembayaran itu!

D. KPK satu masa dulu adalah syarikat flagship kepada PKINK dan juga Kerajaan Negeri.

Dengan kawasan konsensi yang begitu luas, bernilai dan strategik, ia berakhir dengan menjadi kucing yang keletihan.

Kenapa ini boleh terjadi?

Saya difahamkan dengan perkembangan  terbaru ini, semua kakitangan KPK kecuali kurang dari sepuluh orang, diberikan pemberhentian pilihan. Pemberhentian kerja pilihan ini akan menambahkan rakyat tanpa pekerjaan di negeri kita.

E. Saya yakin YAB berpegang kepada prinsip akauntabiliti sebagai satu dari teras UMI di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Tentulah tidak keberatan untuk YAB menjelaskan beberapa persoalan yang saya bangkitkan ini.
Mengambil kesempatan ini juga, suka saya sebutkan dua surat saya masing-masing kepada YB Datuk Haji Hanipa Ahmad (surat kedua) dan Tuan Pengarah Jabatan Perhutan Negeri   sejak pertengahan Ogos lalu mengenai isu tebangan haram di Ulu Sat masih belum berjawab.

Surat itu disalinkan juga sebelum ini kepada YAB.

Saya pohon YAB ingatkan mereka untuk bersikap telus dan bertanggung jawab dengan menjawab surat saya.

Perhatian YAB terhadap surat saya ini sangat saya hargai.

Saya menunggu jawapan balas dari YAB.

Sekian. Terima kasih. – 9 September, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri

PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri
PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri

PR 2.0: Amanah sedia kerjasama dengan Pas, Hadi ingin bersendiri

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mencapai kata sepakat untuk sedia menerima PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu namun parti Islam itu nampaknya mahu hidup bersendirian kerana merasakan mereka sudah cukup kuat, kata pemimpin.

Ahli Jawatankuasa Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam membentuk hubungan baharu memang ada perbezaan pandangan antara mereka dan ia diraikan dalam parti baharu itu.

“Namun secara majoritinya kami sedia menerima PAS jika sudi untuk bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR2.0) untuk sama-sama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.

“Namun terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian sebagaimana dinyatakan oleh presidennya,” kata Dzulkefly.
Semalam di Kuala Terengganu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan tidak mustahil parti Islam itu akan bergerak bersendirian tanpa bekerjasama dengan BN ataupun pembangkang.

Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata semalam, mereka bersedia menerima PAS jika parti Islam itu mahu bersama PR2.0.

“Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya Amanah terbuka untuk berunding, termasuk dengan PAS atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.

“Bagi Amanah, jiwa besar kami adalah mahu menggembleng semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerajaan BN,” katanya.

Sebelum ini, ahli Parlimen Sepang yang juga ahli jawatankuasa parti baharu itu Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam PR2.0.

Hanipa mengulas kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk bersama PAS di samping Amanah dan DAP bagi membentuk pakatan baharu yang dinamakan PR2.0 selepas gabungan sebelum ini terbatal.

Dalam responsnya kepada kesediaan Amanah dan PKR itu, Hadi berkata, PAS sudah cukup kuat untuk bergerak bersendirian.

Katanya, PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan itu.

Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar PAS supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

“Sehingga ini PAS dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan konsisten dengan pendirian selama ini,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.

Sebelum ini, Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ia kemudiannya disahkan Majlis Syura Ulama parti itu.


Parti Amanah Negara selesai isu teknikal, dilancar 16 September



Parti Amanah Negara selesai isu teknikal, dilancar 16 September

Parti Amanah Negara selesai isu teknikal, dilancar 16 September

Parti Pekerja-pekerja Malaysia semalam meluluskan pertukaran namanya kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di samping menukar logo dan benderanya pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata logo dan bendera baharu parti itu akan dilancarkan sepenuhnya pada satu perhimpunan yang bakal diadakan 16 September ini.

EGM semalam adalah yang kedua diadakan parti itu selepas yang pertama pada bulan lalu.

Pada EGM Ogos, mereka mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti itu kepada kepimpinan baru iaitu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi membolehkan mereka mengambil alih parti itu daripada kepimpinan lamanya.
Anuar yang sebelum ini terlibat membentuk Parti Keadilan Nasional (PKN), menceritakan bagaimana pihaknya boleh mengambil alih parti itu.

“Apabila kami berusaha mencari satu wadah baharu untuk bergerak, kami temui nama parti pekerja ini yang ditubuhkan sejak 1978 dan pernah bertanding di Sungai Besi dalam pilihan raya umum selepas itu.

“Kami jumpa setiausaha agungnya, Gopalan K Papachan. Beliau seorang yang sangat dinamik.

“Apabila mendengar hasrat kami itu, beliau sendiri sedia serahkannya kerana percaya kami akan meneruskan perjuangan untuk memberikan hak kepada rakyat dengan sewajarnya,” kata Anuar.

Selepas beberapa siri perbincangan, Gopalan menyatakan persetujuan rakan-rakannya yang lain dan beliau sendiri akan turut serta dalam parti ini bagi meneruskan kesinambungannya, kata Anuar.

Sebelum ini, beliau berpengalaman menguruskan pembentukan PKN yang ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat atau PKR sekarang, daripada parti asalnya iaitu Parti Ikatan Masyarakat Muslim Malaysia pimpinan Abdul Wahad Yunos.

Parti Pekerja, kata Anuar diambil alih tanpa sebarang syarat daripada pemilik asalnya serta tanpa sebarang bayaran satu sen pun.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Parti Pekerja tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Oleh itu, katanya, GHB tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Berdasarkan nasihat Nur Jazla kata Anuar, EGM pertama itu diadakan bagi menukar struktur parti itu.
“Permohonan pertukaran ini akan diserahkan kepada RoS yang akan berjalan serentak dengan pelancarannya,” katanya.

Beliau yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Perlis dan bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pihaknya sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada para pegawai dan kakitangan RoS dan ia adalah satu amalan biasa di negara ini.

“Harap mereka terima permohonan kami dengan baik dan kami percaya pegawai RoS adalah penjawat awam yang akan menjalankan tugas mengikut peruntukan dan menjaga hak rakyat untuk berpersatuan dengan baik,” katanya.

Anuar berkata, negara akan mencatatkan sejarahnya tersendiri pada 16 September ini apabila Amanah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.

“Kami jangka kira-kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara dan pemerhati akan menyertai perhimpunan yang akan diadakan di Shah Alam itu,” katanya mengenai pelancaran parti baharu itu.