MALAM MALAM NI KALAU DENGAQ LAWAK ELOK JUGA


 

MESYUARAT DUA HALA BERKAITAN BEBERAPA BIDANG UTAMA.

 


Saya dan Presiden Recep Tayyip Erdoğan kemudiannya terus mengepalai delegasi negara masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.







Dalam pertemuan ini Malaysia dan Türkiye sepakat untuk menggandakan kerjasama strategik komprehensif meliputi bidang: 


✅ Pelaburan dan Perdagangan

✅ Pertahanan

✅ Kesihatan

✅ Semikonduktor

✅ Sains dan Tenaga

✅ Pengurusan Bencana

✅ Industri Halal

✅ Kesalinghubungan (Pelancongan, Komunikasi Digital dan Pendidikan Tinggi)


Bagi membolehkan kesemua urusan ini berjalan lancar, saya dan Presiden Erdoğan bersetuju menubuhkan Kerjasama Strategik Tingkat Tertinggi yang akan dikelola sendiri oleh kami berdua.


Kami juga membincangkan soal keterlibatan pelaburan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGIA) yang mana Malaysia komited untuk terus bersinergi bersama Türkiye bagi meneruskan operasi di lapangan terbang tersebut.


Malaysia dan Türkiye juga senada soal Gaza yang mana ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam melancarkan urusan pembangunan semula kawasan yang musnah selain memudahkan penghantaraan bantuan kemanusiaan.


Turut dibangkitkan semasa mesyuarat ini adalah terkait situasi yang berlaku di Timur Tengah khususnya Syria selain penderitaan etnik Rohingya yang mana Malaysia dan Türkiye akan terus mengunakkan kapasiti masing-masing dalam memastikan sokongan berterusan disalurkan kepada pihak terlibat.


Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama erat Malaysia dan Türkiye akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara.


======


President Erdoğan and I then led our respective delegations in a bilateral meeting to discuss key areas of mutual interest.


During the discussion, Malaysia and Türkiye reaffirmed our commitment to enhancing the Comprehensive Strategic Partnership across a wide range of sectors.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja


🇲🇾🇹🇷



Apa kata Erdogan kepada PMX dan Tok Mat? Sebar video ini elak walaun memfitnah

 



Tular ungkapan mesra yang diucap Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam lawatan rasmi Presiden Türkiye itu ke Malaysia.

“Kamu jangan berpisah antara satu sama lain, ok?” kata Erdogan serentak merapatkan dua jari telunjuknya simbol agar bersatu-padu.

Reaksi spontan sahabat baik Perdana Menteri berkenaan sejurus bersalam dengan Mohamad yang juga dikenal sebagai Tok Mat.





Erdogan, 71, kemudian dilihat turut menepuk bahu kiri Anwar dan dalam masa sama kedengaran Tok Mat ketawa.


Kenyataan pemimpin yang memperkenalkan lebih banyak elemen Islam dalam dasar pentadbirannya, termasuk membenarkan wanita memakai hijab dalam perkhidmatan awam dan universiti itu dilihat
sebagai nasihat supaya Anwar dan Tok Mat mengekalkan penyatuan Kerajaan Perpaduan.


“Isyarat yang jelas untuk semua. Bersatu kita kuat, bercerai kita roboh. Malaysia dikagumi di bawah pimpinan PMX dan Kerajaan Perpaduan Madani,” kata netizen.





Penterjemah cantik Erdogan ini ada sejarah panjang di Malaysia


 

Oleh MOHAMED HADI



“You do not separate from one another, okay?”

Penterjemah yang segak kepada Presiden Erdogan ini namanya ialah Fatima Abushanab.


Fatima merupakan anak sulung Dr Merve Safa Kavakcı yang pernah berkhidmat sebagai Duta Turkiye di Malaysia dari Disember 2017 hingga Jun 2022.


Selaku Duta Turkiye ke Malaysia, Dr Merve juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Dr Merve ada sejarah panjang dalam dunia politik Turkiye, menjadi ahli parlimen wanita pertama Turki yang dipecat dari jawatan kerana berhijab memakai tudung pada Mei 1999.


Keakraban hubungan diplomatik Malaysia dan Turkiye dalam beberapa tahun kebelakangan ini ada kaitannya dengan peranan ibu dan anak ini.


Foto ini dirakamkan selepas Dr Merve menamatkan tugas beliau sebagai Duta Turkiye ke Malaysia pada penghujung Julai 2022.

Empat bulan selepas itu Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.





PAS PN YANG SEMAKIN TERDESAK.



 Parti PAS mutakhir ini kelihatan agak terdesak untuk meneruskan survival dan kekal relevan di Pahang.Eksploitasi mereka bukan sahaja isu berkaitan agama, kes berprofil tinggi mahkamah, malah yang terkini mereka memuat naik ke media sosial video  berkenaan Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menumpangkan Ketua Pembangkang DUN Pahang YB DS Tuan Ibrahim Tuan Man. 






Keadilan Pahang menjunjung tinggi Tuanku Al-Sultan sebagai seorang Sultan yang mesra rakyat. Adalah wewenang Tuanku untuk bersama dengan mana-mana pemimpin dan rakyat.


Namun Keadilan Pahang kesal dengan sikap segelintir penyokong parti pembangkang yang memanipulasi perkara ini dengan menggambarkan seolah-olah KDPB Al-Sultan Abdullah lebih mengutamakan Ketua Pembangkang berbanding YAB Menteri Besar Pahang.


Perkara ini bukan sahaja tidak benar malah menunjukkan sikap gopoh dan tidak menghormati institusi Di-Raja apabila cuba mengaitkan pihak istana dan mencemar nama baik Tuanku. 


Keadilan Pahang berharap agar Parti Islam Se-Malaysia PAS dapat menasihati para penyokong mereka agar tidak melibatkan pihak istana dalam politik sempit mereka.


Sultan adalah payung negeri dan kedudukannya lebih tinggi dari politik. Oleh itu wajib kita menjaga keharmonian negeri dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.


YB Rizal bin Jamin

Pengerusi MPN Keadilan Pahang merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Pahang

10 Februari 2025



DATO KAMAL RESPON BERSATU GERAK JENTERA, JANGKA PRU MENGEJUT HUJUNG TAHU...

DATO LOKMAN RESPON RAFIQUE - “PERTUKARAN PM BOLEH BERLAKU SELAIN PILIHAN...

PENDEDAHAN PANAS LOKMAN BETAPA HIPOKRIT LEBAI LEBAI PAS INI! JANGAN TERJ...

Ustaz 3 suku ni sudah sudah la UP dia ....

PMX DAH ARWAH, RINDU PMX, OSTAT FAWWAS KECEWA PMX TAK BANTU PARLIMEN PER...



Fawwas Mad Jan Menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan membaca komen dia social media Kononya Anwar Ibrahim sudah Meninggal Dunia dengan Memanggil arwah kepada ds anwar Ibrahim,. Politik sempit beginilah yang memundurkan negara dan fikiran Rakyat Malaysia.. ucapan Dalam Parlimen Sepatutnya Memikirkan Soal Pengurusan negara dan Pentadbiran serta semak imbanh, Bukannya Gelar menggelar dan Megambil Komen-komen di media social yang tidak membina dan membantu Negara, ini komen-komen negatif komen-komen buruk Yang Di Petik dibawakan dalam parlimen untuk waktu perbahasan. Jom kita kupas pelbagai perkongsian akan dibuat di dalam live video ini, Pelbagai video-video-ulasan video-video mengkritik dan video-video menjawab daripada kawan-kawan dari pihak pembangkang dan kawan-kawan dari pihak kerajaan madani jom kita kupas jom support solihin sabudin hadiahkan superchat super sticker dan super thanks serta join membership channel solihin shabudin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang support channel solihin shabudin.



WOIII- HANG BIKIN MALU KAUM GURU. SEKOLAH DI ULU GANU TU 90AN TAK ADA LETRIK LAGI..PATUT BENGONG

Apa kata Erdogan kepada PMX dan Tok Mat? Sebar video ini elak walaun memfitnah




Tular ungkapan mesra yang diucap Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam lawatan rasmi Presiden Türkiye itu ke Malaysia.

“Kamu jangan berpisah antara satu sama lain, ok?” kata Erdogan serentak merapatkan dua jari telunjuknya simbol agar bersatu-padu.

Reaksi spontan sahabat baik Perdana Menteri berkenaan sejurus bersalam dengan Mohamad yang juga dikenal sebagai Tok Mat.


Erdogan, 71, kemudian dilihat turut menepuk bahu kiri Anwar dan dalam masa sama kedengaran Tok Mat ketawa.

Kenyataan pemimpin yang memperkenalkan lebih banyak elemen Islam dalam dasar pentadbirannya, termasuk membenarkan wanita memakai hijab dalam perkhidmatan awam dan universiti itu dilihat
sebagai nasihat supaya Anwar dan Tok Mat mengekalkan penyatuan Kerajaan Perpaduan.

“Isyarat yang jelas untuk semua. Bersatu kita kuat, bercerai kita roboh. Malaysia dikagumi di bawah pimpinan PMX dan Kerajaan Perpaduan Madani,” kata netizen.


Singapura Usir Pasangan Malaysia, Iran Ancam Keselamatan Dalam Negara

 


Parvane Heidaridehkordi, 38, dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling, 65, kehilangan status penduduk tetap.

SINGAPURA, 11 Feb – Singapura mengusir seorang wanita Iran dan suaminya warganegara Malaysia serta melarang mereka memasuki negara itu selepas didapati terbabit dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Singapura.

Menurut laporan The Straits Times (ST) yang memetik kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin, Parvane Heidaridehkordi, 38, dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling, 65, kehilangan status penduduk tetap.

Parvane terbabit dalam operasi sebuah agensi pelancongan berdaftar di Singapura yang menaja permohonan visa warga asing berkaitan keganasan untuk memasuki negara itu.

Siasatan mendapati agensi pelancongan itu, yang kini telah dibatalkan pendaftarannya, sebenarnya berfungsi sebagai samaran bagi operasi yang dikendalikan oleh warga asing di luar negara.

ST melaporkan, Soo mencuba dua kali untuk mendaftarkan sebuah syarikat bagi menjalankan perniagaan agensi pelancongan di Singapura selepas pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap agensi pelancongan pertama.

Menurut MHA, Soo merancang untuk membolehkan Parvane mengendalikan perniagaan itu, yang berkemungkinan terus menyokong kemasukan individu berkaitan keganasan ke Singapura.

Bagaimanapun, kedua-dua permohonan pendaftaran syarikat yang dikemukakan Soo ditolak atas faktor keselamatan negara.

MHA memaklumkan Parvane diisytihar sebagai ‘pendatang tidak diingini’ kerana terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan negara, manakala Soo diisytihar sebagai ‘pendatang terlarang’ atas dasar anggota keluarga Parvane.



Pemilihan KEADILAN: Jame Tekankan Kepentingan Demokrasi Pastikan Pilih Kepimpinan Matang

 


Ketua Cabang Penaja KEADILAN Bintulu Jame Stephen menekankan bahawa semua ahli parti perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menunaikan hak sebagai pengundi berdaftar. Foto Facebook Jame Stephen

BINTULU, 11 Feb – Ketua Cabang Penaja Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Bintulu, Jame Stephen, menegaskan bahawa demokrasi dalam parti harus terus subur dan matang bagi memastikan kepimpinan yang dipilih benar-benar mewakili suara akar umbi.

Dalam satu kenyataan berhubung pemilihan KEADILAN yang bakal berlangsung, beliau menekankan bahawa semua ahli parti perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menunaikan hak sebagai pengundi berdaftar.

Menurutnya, setiap undi yang diberikan bukan sahaja mencerminkan pilihan individu, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan kestabilan parti pada masa hadapan.

Anggota KEADILAN digesa mengundi dalam pemilihan parti bagi memastikan proses demokrasi terus subur dan matang bagi meneruskan kelangsungan pentadbiran parti dan negara. Foto Facebook Jame Stephen

“Demokrasi yang matang perlu dibina dengan komitmen setiap ahli untuk terlibat secara aktif dalam proses pemilihan. Hak mengundi bukan sekadar satu keistimewaan, tetapi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kepimpinan parti sentiasa segar dan relevan dengan aspirasi rakyat,” ujar Jame.

Beliau turut menyeru semua ahli agar tidak bersikap sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Setiap undi mempunyai nilai yang besar dalam mencorakkan hala tuju perjuangan parti. Oleh itu, semua ahli harus tampil dan menggunakan hak mereka untuk memilih kepimpinan yang terbaik,” katanya lagi.

Ketua Cabang Penaja KEADILAN Bintulu, Jame Stephen menyarankan agar sistem pemilihan parti dapat ditambah baik bagi membolehkan lebih ramai anggota menyertai secara lebih inklusif. Foto Facebook Jame Stephen

Jame turut mengingatkan bahawa amalan demokrasi yang sihat dalam parti akan menjadi cerminan kepada perjuangan KEADILAN dalam memperjuangkan hak rakyat di peringkat nasional.

Justeru, beliau berharap agar pemilihan kali ini dapat berjalan dengan telus, adil dan berintegriti bagi memastikan KEADILAN terus kukuh sebagai parti yang memperjuangkan keadilan dan hak rakyat.

Beliau juga menekankan bahawa pengemaskinian maklumat anggota parti harus dilakukan dengan segera bagi memastikan semua layak untuk mengundi dalam pemilihan ini.

Jame Stephen Anggota parti perlu memastikan butiran mereka dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal yang boleh menghalang mereka daripada menunaikan hak sebagai pengundi. Foto Facebook Jame Stephen

“Anggota parti perlu memastikan butiran mereka dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal yang boleh menghalang mereka daripada menunaikan hak sebagai pengundi,” tambahnya.

Pemilihan KEADILAN dijangka menarik perhatian ramai dengan pelbagai calon yang menawarkan diri untuk bertanding di pelbagai peringkat kepimpinan.

Dengan sokongan dan penyertaan aktif semua ahli, diharapkan proses ini akan berjalan lancar dan melahirkan kepimpinan yang mampu membawa parti ke arah yang lebih baik di masa depan.



TAHNIAH !! Tahun Depan Dijangka Sibuk Bagi Tudm, Kerana Bakal Mula Terim...


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, kerana tidak mematuhi perintah mahkamah. Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membuat keputusan itu selepas pendengaran permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh peguam Raam Kumar dan Norleena Jamal, yang mewakili Razarudin. “Tarikh pendengaran permohonan komital inter-parte (kedua-dua pihak) akan ditetapkan kemudian,” kata Gan. Prosiding komital adalah satu prosiding untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap seseorang yang dikatakan menghina mahkamah dengan melanggar perintah yang telah dikeluarkan. Razarudin memfailkan permohonan komital terhadap Wan Muhammad Azri pada 24 Jan lepas memohon agar defendan dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah berikutan tidak mematuhi perintah injunksi pada 10 Jan lepas dengan membuat hantaran terhadap Razarudin di aplikasi YouTube, TikTok, X serta akaun Telegram. Pada 10 Jan lepas, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi melarang dan menghalang Wan Muhammad Azri atau wakilnya daripada menerbit atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin, sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan oleh mahkamah. Selain itu mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi yang melarang dan menghalang defendan atau wakilnya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan, video dan status serta komen atau sebarang bentuk rujukan kepada plaintif. Kenyataan, video status serta komen itu berkenaan kedudukan Razarudin sebagai Ketua Polis Negara dan secara peribadi sama ada secara bertulis, lisan atau dalam talian di platform media sosial dan melalui aplikasi pesanan ringkas, seperti Telegram dan WhatsApp. Wan Muhammad Azri juga diperintahkan menarik balik, menurunkan dan memadamkan penerbitan siaran video di YouTube, TikTok, Facebook, Telegram dan X miliknya bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Dis tahun lepas yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap Razarudin. Pada 26 Dis tahun lepas, Razarudin memfailkan saman RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah yang turut membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.





TAK SANGKA !! PRESIDEN TURKIYE ERDOGAN DATANG JUMPA DATUK SERI ANWAR IBR...

PADAN MUHA HANG - KEBIADAPAN PAPAGOMO BAKAL BERDEPAN DENGAN MASALAH BESAR! KPN MULAKAN PRO...



Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, kerana tidak mematuhi perintah mahkamah. Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membuat keputusan itu selepas pendengaran permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh peguam Raam Kumar dan Norleena Jamal, yang mewakili Razarudin. “Tarikh pendengaran permohonan komital inter-parte (kedua-dua pihak) akan ditetapkan kemudian,” kata Gan. Prosiding komital adalah satu prosiding untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap seseorang yang dikatakan menghina mahkamah dengan melanggar perintah yang telah dikeluarkan. Razarudin memfailkan permohonan komital terhadap Wan Muhammad Azri pada 24 Jan lepas memohon agar defendan dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah berikutan tidak mematuhi perintah injunksi pada 10 Jan lepas dengan membuat hantaran terhadap Razarudin di aplikasi YouTube, TikTok, X serta akaun Telegram. Pada 10 Jan lepas, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi melarang dan menghalang Wan Muhammad Azri atau wakilnya daripada menerbit atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin, sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan oleh mahkamah. Selain itu mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi yang melarang dan menghalang defendan atau wakilnya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan, video dan status serta komen atau sebarang bentuk rujukan kepada plaintif. Kenyataan, video status serta komen itu berkenaan kedudukan Razarudin sebagai Ketua Polis Negara dan secara peribadi sama ada secara bertulis, lisan atau dalam talian di platform media sosial dan melalui aplikasi pesanan ringkas, seperti Telegram dan WhatsApp. Wan Muhammad Azri juga diperintahkan menarik balik, menurunkan dan memadamkan penerbitan siaran video di YouTube, TikTok, Facebook, Telegram dan X miliknya bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Dis tahun lepas yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap Razarudin. Pada 26 Dis tahun lepas, Razarudin memfailkan saman RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah yang turut membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.




KES DALAM SIASATAN. WALAUN JANGAN PERASAN TANDER RUNDINGAN TERUS YANG DAPAT MENJIMATKAN RATUSAN JUTA JIKA BEEHATI HATI MEMBERI TANDEE.

 

Andy Bogart


2-3 hr nie bebudak WALAUNG upload kisah 40 projek tebatan banjir yamg DILULUSKAN PN dan sebahagiannya DIBATALKAN PMX. Dikatanya MEMTERI KASA PN BERFIKIRAN JAUH dalam isu banjir





Bila kita baca balik alasan PMX batalkan. rupanya Projek  MEE SEGERA…. pakat lulus dengan kaedah tender RUNDINGAN TERUS… patutlah boleh lulus sampai 40 Projek😆😆😆



DULU UMNO LANTIK DIA NI.. MASA PN.. LA LETAK JAWATAN PULAK. NOHHHH..


 

Skandal sakau minyak masak PN.


Kami Viral





Rakan subahat anak Ketua Pembangkang PN telah mengaku salah di mahkamah. 


Manakala anak Ketua Pembangkang PN berdegil tidak mahu mengaku bersalah.


Rakyat Malaysia bersyukur PN tidak lagi jadi kerajaan, kalau tak habis harta rakyat disakau mereka.


Jika PN kembali jadi kerajaan, sudah pasti 100% PN akan kembali menyakau harta negara.


PNyakau Nasional.



JUAL TAPAK RAMADAHN PULOH TAHUN DAH. KINI SELESAI.


 Arif Kadir


Berpuluh tahun, baru kali ni masalah kartel tapak bazar selesai. Teringat zaman PN-PAS tebuk atap, bazar Ramadan pun mereka tutup. Cukup sengsara rakyat menyambut Ramadan ketika PN-PAS berkuasa.



Alhamdulillah PMX selesaikan masalah ini. Jadi, bagi Ramadan tahun ni peniaga tak ada alasan nak balun harga makanan mcm nak pegi haji balik hari lagi. Sewa tapak dah murah. Apapun, ana dah bertahun tak pegi bazar Ramadan.



DIA PUN NAK TUMPANG NAMA GAK MASA PRESIDEN TURKI DATANG. APA PUNYA SEMBURIT LA KO.



 𝘿𝙚𝙨𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙚 '𝙡𝙞𝙡 𝙈𝙁.


Kebencian aku kepada 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 ni memang tak boleh nak terjemah dengan perkataan. Berdekad lamanya dia menipu penyokong kononnya dia pejuang Reformasi. Rupanya dia 𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 je.




HANG TAK CERITA KA SEMBURIT... PRESIDEN TURKI SAMPAIKAN SALAM PADA ANWAR. 



Hakikatnya, 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗽𝘂𝗸𝘂𝗹 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Dia dengan Zuraida sama je. Tamak haloba sampai mengkhianat parti. Tapi 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗶𝗿𝗮𝗮𝗻. Kini laluan politik mereka sempit dan berliku.


Namanya dah hampir tenggelam. 33 bulan dia berada dalam 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻, langsung tak ada 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘦𝘴𝘴. Tak ada apa pencapaian yang boleh diceritakan. Apa lagi yang boleh dibanggakan. Itu yang dia 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗮 Erdogan pulak.


Konon nak cerita dia pun ada 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸 dengan 𝗘𝗿𝗱𝗼𝗴𝗮𝗻. Ungkit konon dia pun ada berjumpa dengan Erdogan dulu. Tapi dia lupa, ini cerita dia pergi jumpa Erdogan. Sekarang Erdogan 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.


Perbezaannya macam 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗺𝗶!


Cerita dia sama macam presiden dia juga. Dia sendiri yang telefon 𝗝𝗼𝗸𝗼𝘄𝗶 nak beritahu 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 dan jadi PM ke-8. Sedangkan Jokowi sedikit pun 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝘁𝗮𝘀 nak telefon dia ucap tahniah.


Kononnya lagi, Azmin cerita hasilnya kerjanya 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴. Untuk makluman, hubungan Malaysia dan Turkiyé ni dah berlangsung sekian lama. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽.


Dan hubungan DS Anwar dan Erdogan juga dah terjalin ketika kedua-duanya 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝘀𝗮𝘁𝘂 negara masing-masing lagi. Ia satu persahabatan yang 𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀, bukan 𝗹𝗮𝗸𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 macam Azmin.


Ikut celah mana pun, Azmin takkan mampu menyaingi 𝘄𝗮𝗶𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Mana mungkin najis babi nak menyaingi 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗺. Tak payah la jual cerita memualkan begini. Najis tetap najis walaupun dibungkus dengan emas. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Harini ada tiga berita menarik untuk Malaysia. Jom!


Najib Bakar


Satu. 


Kedatangan Presiden Erdogan dari Turkiye untuk memantapkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Turkiye.




Presiden Turkiye sebut, keluar dari mulutnya sendiri, yang Turkiye berhasrat meningkatkan perdagangan dengan Malaysia daripada USD 5 billion kepada USD 10 billion.


Dari bidang teknologi semikonduktor, automotif, teknologi pesawat, ke simulator penerbangan awam.


Salah satu teknologi hebat yang Turkiye ada adalah drone Bayraktar yang cost effective untuk pertahanan negara.


Alhamdulillah, ngam!


Dua.


Kedatangan rombongan dari Arm Limited bertemu PMX Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.



Nak tau tak Arm Limited ni siapa?


Depa ni syarikat besar dari UK, player utama dalam industri semikonduktor. 


Tapi awat tak pernah dengar nama depa?


Sebabnya depa ni fokus kepada chip design dan IP(Intellectual Property) licensing market.


Maksudnya depa reka dan cipta chip tertentu, kemudian jual IP chip tu kepada syarikat-syarikat besar dunia.


Syarikat yang guna chip design depa adalah seperti Apple, Samsung, Qualcomm, MediaTek.


Chip dari Arm meliputi 99% daripada chip smartphones dan tablet. 


Untuk IoT, chip design depa control 70-90% market. 


Padu gila weh.


Depa mai Malaysia dan bertemu PMX merupakan satu signal yang sangat baik. 


Insya Allah, doakan satu berita baik antara Arm Limited dan Kerajaan Malaysia nanti.


Tiga.



Kadar pengangguran Malaysia pada Disember 2024 adalah yang terendah selama 10 tahun.


Maksudnya anak-anak muda kita sekarang ada lebih banyak peluang pekerjaan berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.


Ya, mungkin orang akan cakap yang sesetengah pekerjaan yang diperolehi tu tak berpadanan dengan status pendidikan.


Perkara inilah yang sedang diteliti oleh Kerajaan secara serius.


Sebab itu, Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan yang dilancarkan PMX pada Mei 2024 antara salah satu kaedah penting mewujudkan peluang pekerjaan high value high demand.


Malaysia memang dah ada ekosistem semikonduktor selama ini, tapi kita cuma pasang dan bungkus.


Kali ini, Malaysia mahu fokus tentang reka cipta chip yang merupakan pekerjaan bernilai tinggi, bergaji tinggi.


Sebab itu ketiga-tiga berita penting harini saling berhubung kait antara satu sama lain dan penting untuk hala tuju serta masa depan negara.


Nampak dah kan kapal yang dibawa PMX ini nak ke mana?


Ini baru dua tahun, belum lagi cukup sepenggal. Bayangkan dua atau tiga penggal, insya Allah.


Yang penting, terus fokus buat kerja. Bila ada kuasa, buatlah sebaik mungkin. 


Yang memekak tu akan terus memekak, tapi suara mereka akan pupus sedikit demi sedikit bila nikmat mula dirasa semua.


Najib Bakar 

10 Februari 2025



HAKIM-HAKIM YANG PERNAH MEMALUKAN NEGARA, DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN RAKAN HAKIM


Tarmizi Mohd Jam




Hari ini pada 2015. Ku simpan di sini untuk ku fahami erti perjuangan. Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 Hakim:


1- Arifin Zakaria

2- Abdul Hamid Embong

3- Md Raus Sharif

4- Suriyadi Halim Omar 

5- Ramly Ali




Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.


Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.


Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.


Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!


Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.


Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.


Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.


Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.


Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.


Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.


Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.


Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.


Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.


Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.


Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.


Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!


ANWAR IBRAHIM

10 FEBRUARI 2015



PESAWAH RAJIN DAN TIDAK. MAT SABU TURUN PADANG SENYAP SENYAP


 

KENAPA PN GELABAH. SEBAHAGIAN BESAR SEDANG MENUNGGU DAKWAAN DAAN HUKUMAN.

 

𝗠𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸-𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗯𝘂𝗻𝘁𝘂 dalam 𝗣𝗡 sering mainkan naratif 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺. Tapi dunia antarabangsa menyatakan sebaliknya. Nampak sangat pemimpin PN ni 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 atau paling tidak pun 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸.





Mereka terdesak. Jelas 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 berjaya perbetulkan ekonomi negara yang 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗡. Mereka tahu jika ia berterusan, harapan untuk mereka kembali 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻. Sebab itulah mereka cipta naratif palsu.


Selain PN, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 pun tak suka juga berita ini. Sebab mereka kalau boleh nak tunjuk kononnya cuma 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 boleh jaga ekonomi. Padahal Najib tu kepakarannya cuma 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂. Sebab tu mereka nak sangat tengok ekonomi teruk.


Sayangnya pentadbiran Madani ni 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻. Selain tak ada sakau, PM tak ambil gaji, ekonomi juga 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿 selain pelaburan masuk banyak bersama peluang pekerjaan yang bertambah. Sekarang mereka cuma boleh 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗰𝗮𝘂.


Ni sibuk sebar 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 kononnya parlimen akan 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿 𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗶𝗻𝗶. Sengaja cipta situasi  𝙝𝙖𝙫𝙤𝙘 untuk 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿. Mereka nak sabotaj ekonomi kita. Begitulah jahat mereka. Demi kuasa, mereka sanggup 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 dan disahkan rakyat. Maka bodoh la siapa yang menyokong mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Walaun tak ‘berbunyi’ bila Samsuri hadiri sambutan Tahun Baharu Cina

 

Seperti kelazimannya, penyokong tegar Pas yang juga dipangil walaun tidak ‘berbunyi’ apabila pemimpin mereka sendiri menghadiri sambutan perayaan masyarakat bukan Islam.

Kehadiran Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam majlis Tahun Baharu Cina menarik perhatian selepas seorang pendakwah menegaskan sambutan Tahun Baharu Cina didasari dengan kepercayaan.

“Terima kasih Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) atas jemputan ke Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2025,” tulis Samsuri di akaun X miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyindir di mana suara walaun memandangkan Firdaus Wong Wai Hung sudah pun menyatakan tarian singa dan yee sang mempunyai unsur-unsur kepercayaan khurafat.

“Tak langgar syariat ke tu? Maklumlah kalau Pas, semua halal. Orang selain Pas je tak boleh. Haram.

“Tiba-tiba halal. Orang lain sambut dia cop haram.



“Aik. Takde ‘bunyi’ pulak? Mana walaun tak nak komen ke?” demikian antara sindiran warganet.

Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang menganggap boleh sahaja meraikan perayaan bukan Muslim asalkan tidak terlibat dalam aktiviti keagamaan.

Walau bagaimanapun, Samsuri yang dilabel sebagai ‘centrist’ dinasihatkan agar berhati-hati dengan gejala berpuak dalam Pas.

“Good.. YAB sorang centrist. Perkara mudah dalam hidup jadi sukar bila kumpulan rightist & leftist dalam Pas buka mulut. Hati-hati YAB. Dalam Pas, centrist dilabel sebagai Pro-DAP,” tulis pengguna X, Abdul Aziz bin Abdullah.