GAGAL TEBUK ATAP APA LANGKAH TERDESAK PAS DAN BERSATU PN! BERSATU ALA KO...



Ketika Kerajaan Madani memasuki tahun ketiga pentadbirannya, Bersatu mula melakukan persiapan jenteranya dengan jangkaan berlaku pilihan raya mengejut penghujung tahun ini. Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali berkata, presiden parti itu, Muhyiddin Yassin menegaskan semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya itu. “Dalam perbincangan pagi ini (semalam), YB presiden menegaskan bahawa semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi. Menurutnya lagi perbincangan juga memberi tumpuan kepada "perkembangan yang amat meyakinkan" susulan perbincangan khas di kalangan pimpinan tertinggi Bersatu dan PAS pada Rabu lalu. Perbicangan khas itu turut dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin.





No comments: