PENGKHIANAT PKR MENERIMA PERKHABARAN BURUK! MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK P...


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang yang memohon kebenaran merayu keputusan berhubung kesahihan usul diluluskan DUN itu yang mengisytiharkan kerusi mereka kosong. Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim memutuskan tiada merit dalam permohonan yang difailkan bekas ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim dan bekas ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin itu. Hasnah yang bersidang dengan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera tidak membuat sebarang perintah mengenai kos. Kedua-dua bekas ADUN itu menerusi peguam mereka Tan Sri Azhar Azizan Harun memohon mahkamah memberikan kebenaran untuk merayu dengan alasan terdapat empat persoalan undang-undang baharu untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun peguam A. Surendra Ananth mewakili DUN Pulau Pinang dan speakernya Datuk Law Choo Kiang membantah bahawa pemohon gagal memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Pada 8 Dis 2023 Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Anand Ponnudurai memutuskan bahawa Zulkifli dan Dr Afif telah hilang kelayakan dengan cara yang betul untuk berada dalam DUN selepas mereka dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang melarang tindakan lompat parti. Selepas dipecat daripada PKR, Zulkifli dan Dr Afif menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyebabkan usul dikemukakan agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing.




No comments: