KENAPA ORANG MELAYU MUDAH DIPERBODOHKAN






Norman  Radzuan


Senang je nak bodohkan pengikut atau orang Melayu. 17-17 seri betul… kalau PN menang jadi 18 dan BN 16 itu juga betul tapi PN jadi kerajaan negeri pembohong. 


Cuba la jangan suka bodohkan orang kampung atau jangan jadi bodoh, mesti ingat PH ada 8 DUN. Semua ini ajaran pemimpin depa yg suka bodohkan orang bila kononnya jual beras harga RM 7 sekilo org kampung percaya dia jual lagi murah.


Lepas itu bila dah menang minta tolong org Felda bukakan pejabat. “Saya tiada duit sebab kita pembangkang…saya tak boleh buat apa selain doakan sahaja sb kita pembangkang…” ini lah akibatnya bila pembangang diberikan mandat… 


Maaf emo betul saya bila dari pemimpin sampai ke bawah membodohkan orang Melayu macam bangsa ini tiada pendidikan dan maruah.



BUKAN NAK TAKUTKAN KAU. TAPI KAU HARUS RASA TAKUT SEBAB KALAU KAU BUAT. KALAU TAK BUAT JANGAN TAKUT.

 


Si Radzi yang perasan. Siasatan tentang cetakan buku J-QAF tu sudah bermula sebulan yang lepas. Bukan baru ni je. Boleh dia nak tuduh DS Anwar nak takutkan dia.


Kalau fikir logik pun, masa kejadian dalam dewan tu yang koyak rabak panas mendidih tu dia. DS Anwar cool je masa tu. Dia yang nampak meroyan macam kesurupan.


Kalau nak ikut dendam, logiknya dialah yang akan berdendam kepada DS Anwar. Bukan sikit-sikit dia kena. Sampai macam nak menangis la. Boleh dia pusing cerita.


Kalau macam tu, boleh ke kalau kita kata mamat sos tu sengaja buat isu sos di McD sebab nak balas dendam kepada PMX yang malukan pemimpinnya? Lagi logik, kan?


Tapi kita dah biasa dengan pemimpin PN ni. Baik lebai, baik yang liberal. Spin tu memang mainan dorang tiap hari. Sehari tak spin rasa macam tak bernafas je dorang. Guane boh?


 

Raja Gelap II



LAGI LUAR TABII SEMASA DIA JADI MENTERI AGAMA. JANGAN 3 HARI RUU355 HILANG TERUS. JOM BACA KISAH LUAR TABII MASA PN JADI KERAJAAN




Isu ketiadaan beras yang Idris sentuh ni dah banyak kali dijawab. Malahan aku sendiri pun dah dua kali tulis tentang isu ni. Jadi aku malas nak sentuh.

Aku share ni sebab tertarik dengan perkataan luar tabie yang lebai sagun ni guna. Entah kenapa lebai suka sangat perkataan luar tabie ni. Selalu sebut.

Sebenarnya isu beras ni tak ada la luar tabie sangat pun. Memang ikut teori ekonomi pun benda ni boleh terjadi. Ada yang lebih luar tabie sebenarnya.

Contoh pertama, cakap buat program untuk bantu kontraktor bumiputera. Sekali tengok yang dapat tu tauke perabot. Cina pulak tu. Tak luar tabie ke bila Cina pun jadi bumiputera?

Contoh kedua, nak cetak buku untuk J-QAF tapi beri kepada tauke kosmetik. Itu pun luar tabie. Macam mana syarikat kosmetik boleh cetak buku pulak? Sekali ,lagi, tauke Cina gak!

Contoh ketiga, bab saman. Biasa kita saman orang kita dapat duit. Tapi lebai dia saman orang dia yang bayar settlement luar mahkan. Luar tabie betul la!

Nak lagi? Ada lagi kalau nak. Contoh lain dia laung konon rakyat Malaysia yang bukan Melayu nak rampas negara ni. Sekali tengok dia beri tanah ke orang Cina dari Negara China.

Bukan kecik anak. Besar ko. Sampai jadi ladang musang king paling besar dalam Malaysia la. Ada tak orang Melayu dapat tanah besar tu agaknya?

Tuduh orang lain komunis. Sekali dia sendiri beri tanah kepada orang komunis. Habis hutan ditarah sebab nak bagi komunis tu jadi kaya. Apa cerita?

Bukan isu kaum pun. Tak ada masalah pun kalau berurusan dengan kaum yang pelbagai. Tapi yang jadi luar tabie sebab lebai ni cakap lain, buat lain.

Hari ni sibuk hasut rakyat jadi rasis. Esok dia pula yang bagi tanah kepada orang bukan Melayu. Dari negara komunis pulak tu. Begitulah lebai luar tabie.

Tu tak sebut cerita rasuah pilihanraya, dana judi, rasuah jadi sedekah dan macam-macam. Patut la lebai suka sangat perkataan luar tabie ni. Memang dia biasa buat.

Teringat pula kes lebai yang kantoi like posting gay porn. Ha tu real luar tabie. Yang tak luar tabienya, bila dah kantoi dia kata kena hack. Tu memang alasan biasa lebai. Dalam tabie. Guane boh?

Raja Gelap II

 

ANAK MUDA SEKOLAHKAN RAZMAN SI KAKI FITNAH


 

NETIZEN PERSOAL ISTERI RADZI JIDIN SEBAGAI PROKSI

\


Tangkapan dan tahanan reman Mohd Fahim Mohd Farid Bekas setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan menyebabkan Datuk Dr Radzi Jidin panik dan perlu mencari jalan menutup kes rasuah buku bernilai RM80 juta. Oleh itu SPRM digesa menyiasat Radzi Jidin.


 24 September Radzi terpaksa mengheret isterinya ke depan media menepis tuduhan Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar bukan bergelar Tengku atau keturunan kerabat raja.

Projek cetak buku J-qaf RM80 juta : Blog dedah siapa Tengku Rozitatoria

Katanya Balkis adalah anak kepada seorang ulama besar di Kedah. Berbuih mulut Radzi Jidin menceritakan keturunan isterinya semata-mata untuk untuk pengalihan isu.

Namun Radzi kantoi kerana persoalan besar Netizen ialah bukan mengenai isterinya TENGKU tetapi isterinya adalah proksi kepada seorang Tengku. Tangkap layar Aplikasi WhatApps terawal jelas membuktikannya..




Mesej itu mendedahkan Syarikat proksi kepada isteri Radzi ialah ATR One & Only Enterprise

Persoalan besar siapa Tengku yang menjadi proksi isteri Radzi?

Di kala Radzi membuat penafian pada sesuatu bukan isu para penyokong kuat Perikatan Nasional mengesahkan benarlah proksi isteri Radzi itu seorang Tengku iaitu TENGKU ROZITATORIA BINTI TENGKU ROSTAM.





Siapakah dia?

Tidak banyak maklumat mengenai Tengku Rozitatoria namun semakan menunjukkan beliau berasal dari Machang Kelantan dan menetap di Desa Pandan Kuala Kumpur. Adik beradiknya ada yang bergelar peguam.




Slot Biar Betul di RTM tangkis fitnah setiap hari








 Tindakan pihak pembangkang dan warga tidak bertanggungjawab mereka cipta tohmahan sebagai pekerjaan harian kini dijawab oleh Kerajaan Madani secara stesen penyiar RTM akan menerbitkan rancangan 'Biar Betul' bagi menjawab fitnah.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, slot tersebut yang akan mula bersiaran pada 1 Oktober ini akan diisi dengan jawapan kepada fitnah fitnah terbaharu yang tular di media sosial.


"Kita tidak akan kompromi dengan fitnah dan berita palsu


"Mulai 1 Oktober 2023, slot Biar Betul! akan dilancarkan dan disiarkan setiap hari di RTM untuk menangkis fitnah," kata Fahmi dalam catatan di Facebook.


Sebelum ini dalam sidang khas parlimen pada minggu lalu Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail telah mencadangkan agar stesen penyiar negara menerbitkan rancangan menjawab fitnah terancang yang tular di media sosial pada setiap hari.


Kepulangan PMX Disambut Meriah Pelbagai Lapisan Masyarakat



 Oleh: Noraini Nordin




ULASAN: Terpancar wajah-wajah ceria Wanita KEADILAN saat menanti ketibaan PMX daripada lawatan kerja setelah menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke 78 di New York petang semalam.



Kami berkongsi rasa bangga dan gembira untuk menunggu kepulangan PMX sebagai tanda menghargai kegigihan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha keras menjulang nama Malaysia ke persada dunia.



Turut bersama kami Ketua Wanita KEADILAN Pusat YB Fadhlina Sidek yang telah siap sedia menanti PMX 40 minit sebelum pesawat khas beliau mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA kira-kira jam 5 petang semalam.



Fadhlina menyerahkan jambangan bunga kepada ibu reformasi yang kami kasihi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut bersama PMX dalam lawatan kerja tersebut.



Antara pemimpin kerajaan yang menyambutnya ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.



Misi mencari pelaburan berjaya





Turut serta menyambut kepulangan Perdana Menteri pemimpin parti, NGO dan kira-kira 500 rakyat daripada pelbagai lapisan, kaum serta agama sebagai tanda penghargaan dan bangga dengan misi lawatan beliau yang berjaya mengharumkan lagi nama negara.

 

Semasa di Amerika Syarikat, selain menyampaikan ucapan di UNGA, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi negara itu untuk menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan ke negara ini.



Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat dengan 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500, termasuk Airbnb, Amazon, Perkhidmatan Web Amazon, Boeing dan Kimberly-Clark di Kelab Harvard.



Pada acara Invest Malaysia New York yang dihadiri para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah AS$40 trilion pula, beliau memberi penekanan tentang komitmen kerajaan untuk memastikan suasana pelaburan yang kondusif buat para pelabur asing.



'Jurujual Islam dan ummah'



Di samping itu, sempena lawatan berkenaan, PM turut dijemput untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York.

 

Penulis (kanan) mengangkat sepanduk mengimbau 25 tahun gelora perjuangan Anwar Ibrahim



Anwar merupakan pemimpin dunia Islam yang pertama dijemput menyampaikan khutbah di Pusat Kebudayaan Islam tersebut dan topik yang disentuhnya ialah tentang perdamaian, keharmonian dan toleransi sesama muslim.



Setelah selesai solat Jumaat, Anwar diminta oleh komuniti Islam New York menyempurnakan lafaz syahadah seorang saudara baharu, Andrew Vinals untuk memeluk agama Islam.



Ertinya, dalam lawatan ke New York, selain membawa misi negara dengan menyuarakan beberapa isu penting di pentas UNGA dan menjadi “jurujual” untuk menarik pelaburan, Anwar dalam masa yang sama juga menjadi 'jurujual Islam dan ummah' melalui kemunculannya menyampaikan khutbah dan mengislamkan seorang saudara baru di bumi Amerika Syarikat.



Selamat kembali ke tanahair PMX.



Kami sangat bangga memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia.



________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

 

RENTASAN 1456 | GEMPAR!! AKHIRNYA PEMBOHONGAN MB 'KEPALA BAPAK HANG' TER...




MENARIK DALAM RENTASAN 1456
1. KEPALA BAPAK HANG PEMBOHONG NOMBOR SATU 2. MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI 3. SISTEM BUSUK YANG PERLU DIPERBETULKAN 4. BILA KAKI MENCARUT DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN





GEMPAR TERKINIšŸ”„KJ "SEKOLAHKAN" SANUSI ? BERBOHONG LAGI ?



Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, menerima tepukan gemuruh sebanyak sembilan kali semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, AS. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi, yang berada di dalam dewan PBB ketika Anwar berucap, menyaksikan kenyataan itu dan menyangkal dakwaan Menteri Besar Kedah,

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor, yang mengatakan bahawa ucapan Anwar tidak disambut baik oleh perwakilan dunia. Puad Zarkashi menyatakan bahawa dia duduk di kerusi VIP bersama Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz, dan Exco Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Dia menegaskan bahwa ucapan Anwar telah menerima tepukan saat dia berbicara tentang Perang Russia-Ukraine dan isu-isu global lainnya. Puad juga mencatat bahwa tidak semua pidato pemimpin dunia di UNGA mendapatkan sambutan meriah. Dia mengecam Muhammad Sanusi Md. Noor atas pernyataannya yang meremehkan penampilan Anwar di UNGA ke-78, dan Puad mengklaim bahwa Sanusi menggunakan fitnah dengan tidak melakukan verifikasi yang tepat. Puad menunjukkan bahwa dia memiliki bukti dalam bentuk foto-foto yang diambil selama acara tersebut dan menyebut Sanusi sebagai "pemimpin pembohong" nomor satu di Malaysia.




Malaysian PM Anwar Ibrahim Takes Stock Of Progress 10 Months Into Term |...



Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim spoke with CNA's Melissa Goh and Afifah Ariffin on his policy framework and government slogan, Malaysia Madani or "Civil Malaysia", which was introduced by his administration after assuming power in November. In this interview on the sidelines of the Milken Institute Asia Summit 2023, Mr Anwar also discusses Malaysia’s challenging political landscape and its fight against corruption. On the international front, Mr Anwar touches on how the ASEAN bloc is managing its relations with China and the United States.





SEKALI LAGI MAHKAMAH MENDAPATI PAS PARTI PERASUAH! HANCUR SLOGAN BERSIH ...

PENJELASAN SPRM BUKTI SIASATAN BERKAITAN RADZI JIDIN BUKAN REKAAN


SPRM akhirnya tampil menjelaskan bahawa siasatan pihaknya ke atas projek per­cetakan buku bernilai RM80 juta yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pendidikan, Radzi Jidin sebenarnya telah bermula sejak kira-kira sebulan lalu, iaitu pada Ogos lagi.


Serentak dengan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menafikan siasatan kes tersebut berikutan adanya arahan daripada pihak atasan dalam kerajaan.


Beliau turut menafikan siasatan dijalankan disebabkan pertelingkahan antara Radzi dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Parlimen pada 19 September lalu.


“Kita telah mulakan siasatan membabitkan kes ini kira-kira sebulan sebelum ini. 


“Laporan yang dibuat oleh sekumpulan individu baru-baru ini hanya maklumat tambahan yang boleh diambil kira SPRM,” katanya sebagaimana dipetik daripada sebuah portal.


Setakat ini, lima saksi te­lah diambil keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek percetakan buku itu.


Kesemua keterangan saksi itu diambil selepas dua individu termasuk bekas Setiausaha Politik Radzi ditahan SPRM pada 22 September lalu.


Selain Radzi sendiri dijangka akan dipanggil oleh SPRM dalam masa terdekat ini untuk membantu siasatan, beliau dalam sidang medianya juga menyebut siasatan berkaitan kes tersebut adalah berikutan kejadian di Parlimen pada 19 September lalu itu.


Banyak pihak pro PN tidak terkecuali turut beranggapan yang sama iaitu siasatan tersebut sebagai tindak balas Anwar terhadap Radzi selepas kedua-duanya bertelingkah di Parlimen.


Tetapi, dengan penjelasan SPRM bahawa siasatan sebenarnya telah bermula sejak Ogos lagi, bermakna segala tohmah dan fitnah yang disebarkan selama ini adalah tidak benar sama sekali.


Kalau ikut logik pun, memang tohmah dan fitnah yang cuba mengaitkan siasatan SPRM itu sebagai misi balas dendam atas insiden di Parlimen sesuatu yang tidak masuk akal langsung untuk difikirkan.


Ini kerana penahanan bekas Setiausaha Politik Radzi bersama seorang ahli perniagaan dilakukan SPRM pada 22 Septemer, manakala insiden pertelingkahan Radzi dengan Anwar berlaku tiga hari sebelum itu iaitu pada 19 September.


Di mana logiknya dalam tempoh hanya tiga hari boleh dicipta atau direka sesuatu kes terhadap Radzi?


Sudah tentu, sebab utamanya ialah kes memang sudah ada dan sedang dalam siasatan SPRM.


Cuma, penahanan bekas pwgawainya yang berlaku tiga hari selepas pertelingkahan di Parlimen itu adalah suatu kebetulan semata-mata.


Jika tidak berlaku pertelingkahan di Parlimen pun pada 19 September itu dan memandangkan siasatan telah dimulakan sejak Ogos lagi, penahanan dua individu berkenaan pada 22 September barangkali tetap akan berlaku juga.


Tetapi, amat mustahil untuk mewujudkan suatu kes semata-mata kerana berlakunya insiden di Parlimen pada 19 September dan kemudian melakukan penahanan pada 22 September.


Apa pun, jika tiada rasuah, tiada salah guna kuasa dan tiada penyelewengan berlaku, jangankan sebagai menantu ulama besar, orang kecil di tepi jalan pun tidak perlu berasa ada walau sedikit rasa cemas dan takut untuk menghadapinya.


Lawanlah dengan bukti dan fakta, baik ketika proses siasatan atau ketika di mahkamah nanti.


Anak ulama, menantu ulama, bahkan ulama sendiri pun tidak autamatik terlindung daripada melakukan dosa, maksiat serta kesalahan. – ShahbudinHusin 27/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette



BAWA BALA GINI GAYA

 

Che Ibrahim


Ambo pun sedih macamana lebai Pas tergamak biarkan Dr Bala ajar orang Pas untuk tegakkan Islam, harap harap dia sendiri masuk Islam juga.




ELEH .MACAM LA KUAT SANGAT.





 Ko sendiri rasuah, beli undi, ko pulak yang marah keputusan PRU dibatalkan. Jenis-jenis geng RXZ jugak ni. Sendiri salah tak ada roadtax/insurans, marah pulak bila motor disita JPJ.


Ayat dia "apa susah nak batal satu-satu" tu macam dia nak kata DS Anwar yang batalkan keputusan tu. Bila agaknya kaum ni nak reti hormat keputusan mahkamah agaknya?


Apa kena-mengena PMX, aku pun tak tahu. Yang buat petisyen tu pun pengundi. Bukan arahan PMX. Senang cerita PN ni meroyan dah sampai tahap gila dah. Bukan bodoh je ni.


Kadang-kadang aku tertanya gak. Lebai dan walaun ni tahu tak Rukun Iman? Buat fitnah seolah-olah tak ada hari kebangkitan. Nak tebuk atap macam tak terima qada dan qadar.


Orang beriman sifatnya tak begitu. Orang beriman terima ketentuan Allah dengan  sabar dan tenang. Dia akan takut berbuat dosa apa lagi fitnah kerana tahu segalanya akan diadili di akhirat kelak. Tapi PN? Entah la... Guane boh?


 

Raja Gelap II 



KATANYA MANTAN CALON...SOS PUN DOK BUAT BANGANG...NAK BUAT STORY..

 





Ni penjelasan mamat sos McD tu. Betul macam yang dijangka. Ini kes bengang dengan staff McD sebenarnya. Reaksi dia tak mengejutkan. Rasanya ramai yang akan beri reaksi begitu.


Cuma masalahnya dia berkeras nak bayar. Staff tu dah betulkan kenyataan tu dah ok la. Yang dia nak berkeras sampai budak tu terpaksa key in dalam sistem tu kenapa? Berlebih sangat.


Tapi masalah yang paling besar bukan tindakan dia tu. Masalah paling besar dia buat posting tu. Niat dia nak fitnah kerajaan, nak fitnah PMX. Walaupun dia tahu sos cili tu memang percuma.


Niat asal nak burukkan PMX. Konon PMX tak reti jaga negara sampai harga barang semua naik. Tapi dia tak perasan dia burukkan nama McD. Ini jenama antarabangsa. Memang sensitif dengan reputasi.


Sekarang hadaplah. Itulah. Jahat sangat. Niat dari awal dah tak betul. Sekarang dah malu sendiri. Spin ikut mana pun, memang dah terlihat ko tu jahat dan kaki fitnah. Senjata dah makan tuan.


Mamat sos ni sebenarnya orang Bersatu. Mantan calon. Jadi memang sahlah orang PN ni kaki fitnah. Mereka sanggup halalkan apa cara demi nak capai matlamat. Dosa belakang cerita.


Buruk perangai. Herdik staf McD, menipu, membuat fitnah, eh teruklah. Inilah yang rakyat boleh dapat dengan menyokong PN. Hanya merosakkan negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MESEJ UNTUK LEBAI DERIS 3 HARI....KEH..KEH...3 HARI JAH SELESAI TU...

 



CHE IBRAHIM


Ustaz Idris... malam ni ambo dinner dgn ubi kayu sebab beras siam mahal sangat, tapi bukan luar tabi'i deh, biasa jah tu....

Beras tempatan takde sebab semua petani jual padi mereka ke cina, lagi pun di Kelantan ni hanya warga asing sahaja yang makan beras tempatan, orang Kelantan tak makan.



INI BUKAN KEMENANGAN YANG TERTANGGUH





 Ni bukan kemenangan yang tertangguh tapi inilah kemenangan yang dibatalkan.


Tapi aku tak rasa apa pun dengan keputusan ini. Tak ada beza apa pun. Buat PRK pun nanti menang puak ni juga. Selagi fitnah tak dikawal, begitulah keadaannya.


Cuma satu yang aku suka. Maka dengan ini jelas PAS parti yang tidak bersih, yang amalkan beli undi ketika pilihanraya. Bukan satu tapi dua keputusan sudah dibatalkan.


Maka dengan ini, sahihlah yang rasuah dah berakar umbi dalam parti yang guna label Islam tu. Jika begitu, Islam mazhab mana yang PAS ikut? Mazhab rasuah? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INNALILLAH PN-SUPAYA JANGAN LAGI MERACAU


 

KELAKU MB KEDAH YANG TAK ADA MORAL


 

JANGAN SALAH UNDI-SILAP HARIBULAN KENA BELA JA PULAK WAKIL RAKYAT SEWA PEJABAT


 

2,200 EKAR BAGI PADA CINA TAK BISING PULAK


 

DAPAT LESEN BERNIAGA PAJAK PADA BANGSA ASING. TARIK BALIK


 

US PRESIDENT NAK JUMPA ANWAR


 

BAGAIMANA SYARIKAT ENTERPRISE MILIK BANGSA CINA DAPAT TENDER CETAK BUKU AGAMA RM80 JUTA.



Gino Marvela.


Isunya di sini bagaimana syarikat kosmetik dan berstatus enterprise milik orang cina boleh dapat tender cetak buku agama harga RM80juta. 


Keduanya, Setia Usaha @ mana2 pegawai bawahan tak boleh sain harga kos projek cetak buku RM80juta. Itu hanya taraf menteri pendidikan saja di bawah kapasiti kuasanya meluluskan tender RM80j. Bukan setiausaha...bukan bendahari...bukan PPD. 


Kontrak tender Janawibawa PN beri ke apek cina jual perabut, lani kontrak cetak buku agama pula bagi ke apek cina kosmetik guna bawah status enterprise.


Parti bersatu, pas, parti cina gerakan ni nak selamatkan Melayu ka...atau memang perguna orang cina tekan masyarakat Melayu ni. 


Laung nak selamatkan Melayu Islam, cina kafir...cina kafir tak habis2. Rupanya beri tender ke apek perabut...apek kosmetik. 


Rosak negara di perintah tebuk atap. Rakyat ingatkan nak tolong bangsa Melayu, rupanya...puihhhh!!! *



LAGI LANGKAH SILAP RADZI JIDIN.

 

Ibrahim Mat Isa.


Baik terima kenyataan takdir, jangan putar belit wife cucu ulamak bagai. Dah la masa bercakap bawa wife duk sebelah macam kena hipnotis!