AIKKKK....


 

BILA PERANG DUNIA KE 3 MELETUS


 

PODCAST RAFIZI HAMBAR DAN TAK CUKUP ‘MENGGIGIT’

 


TUNGGU LAGI EPISOD SETERUSNYA.


21 June 2025


Tidak kira daripada PKR, UMNO, PAS, DAP, Bersatu atau kelompok mana jua, termasuk mereka yang tidak berparti, pasti sebahagian daripadanya adalah penonton podcast Rafizi Ramli malam semalam.


Episod pertama podcast “Yang Berhenti Menteri” malam tadi adalah program yang dinanti-nantikan oleh ramai orang sejak bekas Menteri Ekonomi itu mengumumkan kemunculan semulanya secara aktif di dunia maya sejak memutuskan meletak jawatan.


Lebih menarik dan menjadi perhatian lagi apabila Ahli Parlimen Pandan itu juga mengumumkan beliau akan muncul pada setiap Jumaat malam melalui podcastnya itu.


Selepas kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR dan kemudian meletakkan jawatan daripada kabinet, manakala sebelum itu Jelajah HIRUK yang digerakkannya menjadi sensasi dengan kritikan yang berterus-terang terhadap PKR, kerajaan serta Perdana Menteri, pengumumannya akan muncul setiap minggu dalam podcast adalah penantian yang ditunggu-tunggu sepertimana ghairahnya orang menunggu tibanya hari siaran Akademi Fantasia sebelum ini.


Sebab itu, ramai yang menanti dan mahu melapangkan masa sejak awal lagi untuk menonton podcastnya itu.


Bagaimanapun, sejak malam semalam iaitu sebelum siaran podcast itu berakhir lagi dan sehinggalah sekarang ini, ramai rakan dan kenalan menghubungi dan menghantar mesej meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


Kata mereka, walaupun  Rafizi dalam temubual podcast itu ada menyentuh berkaitan Anwar Ibrahim, kerajaan, PKR, menteri sebab beliau meletak jawatan dan pelbagai lagi, tetapi program itu secara umumnya boleh dikira hambar dan mengecewakan.


“Kata-kata dan ucapan Rafizi tidak cukup “mengggit” sebagaimana beliau berucap dengan keras dalam Jelajah HIRUK sebelum ini.


“Beliau sepatutnya lebih lantang, keras dan kuat “menggigit” kerana beliau sekarang bukan lagi menteri.


“Apa-apa yang terbuku di hatinya, inilah masanya untuk diluahkan dan itulah yang didengar oleh audien,” kata mereka.


Rafizi juga kata mereka, patutnya lebih banyak bercakap mengenai kepincangan pemilihan PKR baru-baru yang mungkin tidak diketahui ramai serta tidak ragu-ragu untuk memberitahu perancangan masa depannya dalam politik.


Ini kerana kata mereka, masa depan Rafizi sebenarnya sudah habis bersama PKR dan beliau harus ada perancangan lain untuk masa depannya.


Seorang pemimpin UMNO dan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan pula, ketika berbual-bual dengan saya, menyarankan agar Rafizi mencari moderator yang benar-benar mampu memberi soalan kritikal kepadanya bagi episod seterusnya.


“Daripada soalan-soalan kritikal itulah nanti akan lahir jawapan yang sensasi dan bermutu tinggi,” tambah kedua-dua mereka.


Apa pun, kehambaran podcast Rafizi semalam sebenarnya masih boleh diterima memandangkan ia adalah episod pertamanya.


Bak kata orang, enjin belum panas lagi.


Tetapi, untuk minggu depan dan minggu-minggu seterusnya, Rafizi tidak boleh kekal dengan kehambaran seperti yang dihidangkannya semalam.


Beliau harus tampil keras, lantang dan pedas sebagaimana karektor biasanya sebelum  bergelar menteri, bahkan kalau “menggigit”, biarlah “gigitan” itu benar-benar berbekas dan menguji mereka yang sedang berkuasa di Putrajaya.


Jika itu dapat dilakukan, barulah kerinduan kepada Rafizi yang dahulu terubat dengan sendirinya. – ShahbudinHusin 21Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/podcast-rafizi-hambar-dan-tak-cukup-menggigit/




PUNYA LA BELIT... ADOI LA...



KAPAL PERANG RADAR CHINA DI TELUK PARSI

 


Bassir Ahmad Hassan




Dua biji kapal radar dan elektronik China di Teluk Parsi ni adalah GAME CHANGER pada Iran.


Radar dan elektronik nya yang powerful boleh kesan dan track apa sahaja yang dalam linkungan dua tiga ribu km dan boleh bagi target solution pada sistem pertahanan udara Iran.


Kehadiran dua biji kapal ni akan buat Amerika fikir dua kali untuk hantar pesawat pengembom B-2 nya untuk serang fasiliti nuklear Iran di Fordow.


Malu besar Trump kalau pengebom stealth canggih B-2 Amerika yang berharga USD2 billon sebiji di tembak jatuh oleh Iran. Lagi pun Amerika cuma ada 15 biji jer B-2. Yang lain ialah pesawat B-52 yang dah berusia lebih 50 tahun.



NAK SEMBANG BAB EKONOMI. TAPI CONTOH TAK ADA PUN NAK TUNJUK..APA PUN TAK ADA...KECAM SAJA PANDAI


 

JADI MENTERI TAK BOLEH SENTUH KERJA MENTERI LAIN.


 

EKONOMI PARAH? PATUT LAH RATUSAN RIBU DARI SG4 BERHIJRAH KE NEGERI KAPIAQ PENANG


 

TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN LA KAN.? TAK BERANI ATAU TAK ADA KEUPAYAAN NAK MELIHAT PERKARA INI BERULANGKALI

 


TAK ADA PARTI BARU. KECUALI PARTY MAKAN MAKAN.

 


KITA LIHAT LA NANTI 1 JULAI. PEMBANGKANG BIASA TAK ADA ISU PUN.


 

BANTU FAM 15 JUTA USAHA PM ANWAR UNTUK KEMAJUAN BOLASEPAK. SELEBIHNYA USAHA SWASTA. ADA JUGA USAHA MEMBANTU


 

ORANG BIASA PANDAI LAK SAMAN SANA SINI. HABIS AKHBAR NI MACAMANA PULAK. BUKAN SEKALI DUA.. BANYAK KALI DAH... TARIK JA LESEN. BANYAK LAGI AKHBAR LAIN BOLEH SIAR BERITA YANG BAIK BAIK

 


KENCIN BERCABANG LAGI....


Ibrahim Mat Isa


Jari nak menulis posting bukan main menggelitik lagi, sekali orang viralkan terus deactive akaun. Ni yang aku meluat perangai walau nih!




HIDUP MELAYU


 

SAJA DIA BUAT TAK PAHAM..WALAUN MEMANG GITU

 


BETUL KAH NAK ANWAR TURUN ? SIAPA NAK GANTI. KALAU PAS BUAT PERHIMPUNAN...ADALAH HADI AWANG AKAN JADI PM ? ATAU TAKIYUDDIN ATAU SIAPA? YELLEK...KIOK


 

HIMPUNAN TURUN ANWAR’…BENARKAH ORANG MELAYU SUSAH?



ORANG  MELAYU BELANJA RM120 JUTA DLM TEMPOH 3 BULAN UNTUK MENONTON FILEM


TURUN ANWAR.. SEBAB APA? SEBAB EKONOMI OK ANWAR DIPERSALAHKAN… KEGILAAN APAKAH INI?




Badan Lesu, Mata Berdenyut… Mungkin Bukan Sekadar Penat



Awalnya, dia fikir cuma letih biasa.

Balik kerja, terus baring. Tapi malam, susah pula nak tidur. Asyik terjaga. Esoknya, rasa cemas datang tanpa sebab. Dada berdebar, tapi tak tahu kenapa.


Minggu-minggu berlalu, kelopak mata pula asyik berdenyut. Kadang tangan kejang masa angkat barang.


Semua gejala ini… sebenarnya boleh berpunca daripada satu perkara yang tidak di sangka, kekurangan magnesium.

.

Magnesium banyak dalam sayur hijau, kekacang, biji labu, dan koko asli. Tapi gaya hidup hari ini buat ramai kekurangannya tanpa sedar.


Kalau badan dah bagi isyarat, cuba tingkatkan pengambilan makanan seimbang kaya Magnesium.



KESAN PERUBAHAN IKUT UMUR

 




34, 60, 78: Umur Biasa, Tapi Tubuh Kita Bertukar Wajah


Pernah tak tiba-tiba rasa cepat letih masa umur 30-an?

Atau perasan mak ayah berubah banyak bila masuk usia 60-an?


Rupa-rupanya, tubuh kita memang berubah.

Bukan perlahan. Tapi dalam gelombang.


Kajian besar dari Stanford yang diterbitkan dalam Nature Medicine temui sesuatu yang mengejutkan:

Kita tak menua sikit-sikit. Kita menua dalam tiga fasa besar, pada umur 34, 60 dan 78 tahun.


Pada umur-umur ini, ratusan protein dalam darah kita berubah mendadak.

Bukan sikit-sikit. Tapi macam tubuh ‘tukar gear’.

Organ mula lemah, hormon berubah, sistem badan perlahan-lahan masuk fasa baru.


34: tubuh mula tunjuk tanda awal penuaan

60: sistem badan mula perlahan

78: risiko penyakit meningkat mendadak


Dan semua ini berlaku tanpa kita sedar.

Kita mungkin fikir badan masih kuat. Tapi darah kita sedang beritahu sebaliknya.


Kalau anda, atau orang yang anda sayang, sedang berada di salah satu fasa ini,

Mungkin ini masanya untuk beri perhatian lebih.


Tubuh kita berubah, sama ada kita bersedia atau tidak. Kesedaran hari ini, mungkin menyelamatkan nyawa esok.




𝐘𝐁𝐌 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚-𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧”

 

Faudsii Zaki Al Yameni




“𝐘𝐁𝐌 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐜𝐚-𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧”


Episod pertama podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) oleh Rafizi Ramli yang disiarkan pada 20 Jun 2025 telah membuka satu lembaran baru dalam landskap wacana politik Malaysia. Dibarisi dengan nada yang berani dan jujur, podcast ini bukan sekadar medium penerangan dasar atau imbasan pengalaman mentadbir, tetapi lebih kepada medan luahan sentimen politik dan refleksi peribadi seorang pemimpin yang telah meninggalkan pentas kerajaan. Fokus utama episod ini secara jelas tertumpu kepada dua perkara: sentimen terhadap dirinya pasca-peletakan jawatan, dan landskap politik semasa yang semakin kabur arah.


𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐡𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤


Rafizi membuka perbincangan dengan mengupas pelbagai sentimen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya sejak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Antara yang paling mencuat adalah tuduhan bahawa beliau “merajuk”, “gagal sebagai menteri”, dan dakwaan liar bahawa beliau merancang untuk menubuhkan parti baharu. Dalam nada sinis tetapi terkawal, beliau menjelaskan bahawa peletakan jawatan itu bukan disebabkan kekecewaan politik, tetapi kerana beliau yakin dirinya kini lebih berguna sebagai suara bebas dalam masyarakat – bukan lagi dikekang etika kerajaan yang membisukan kritikan dalaman.


Kenyataan ini mencerminkan satu bentuk pembersihan imej politik. Rafizi secara tidak langsung sedang menstruktur semula naratif dirinya – daripada tokoh kerajaan yang dilihat tenggelam dalam kerangka pentadbiran, kepada seorang pendakwah data dan suara alternatif untuk rakyat biasa. Dalam suasana politik negara yang semakin dicemari dengan persepsi bahawa “semua pemimpin hanya gilakan kuasa,” Rafizi cuba tampil sebagai pengecualian – seorang yang sanggup melepaskan kuasa demi kejujuran dan idealisme.


𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐦𝐮𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐀𝐫𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚


Dalam podcast ini juga, Rafizi memberikan sindiran tersirat terhadap politik arus perdana yang menurutnya telah tersasar daripada tanggungjawab sebenar kepada rakyat. Beliau tidak menyebut nama mana-mana tokoh secara langsung, tetapi retoriknya jelas menyentuh tentang kegagalan kerajaan – termasuk kerajaan yang baru sahaja ditinggalkannya – untuk memahami sentimen rakyat marhaen. Beliau menyebut bahawa selama menjadi menteri, terlalu banyak hal “tidak boleh dikritik secara terbuka” atas nama menjaga imej dan disiplin kabinet.


Inilah titik peralihan besar dalam nada politik Rafizi: dari seseorang yang dulu dilihat sebagai jurutera dasar dalam kerajaan perpaduan, kini berubah menjadi ‘pendakwah politik’ yang mahu mendidik rakyat tentang hakikat sebenar di sebalik tabir kuasa. Kritikan beliau terhadap “penjagaan persepsi semata-mata” memberikan isyarat bahawa politik Malaysia sedang kekurangan suara tulen yang berani berterus-terang – dan beliau menawarkan podcast YBM sebagai ruang untuk itu.


𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧: 𝐆𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚


Apa yang menjadikan pendekatan Rafizi unik ialah caranya memanipulasi sentimen dengan pendekatan data. Beliau tidak sekadar membuat kenyataan bersifat emosi, tetapi berjanji bahawa setiap ‘bakar’ dalam podcast ini akan disertai ‘pencerahan’ – berpandukan data, statistik, dan analisis. Ini merupakan satu bentuk politik baharu yang cuba menggabungkan kredibiliti intelektual dengan komunikasi populis. Ia seakan-akan respons kepada kejayaan tokoh seperti Khairy Jamaluddin dalam medium podcast, tetapi dengan pendekatan yang lebih analitik dan teknokratik.


𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐋𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐅𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮?


Podcast YBM menandakan kemunculan semula Rafizi dalam bentuk yang lebih bebas dan kritikal. Namun persoalannya – adakah ini satu bentuk pencerahan baharu yang mampu memulihkan kredibiliti politik Malaysia, atau sekadar kesinambungan permainan naratif yang kini beralih ke platform digital? Apa yang pasti, episod pertama ini telah berjaya memancing perhatian bukan kerana sensasi, tetapi kerana ia menyentuh akar sebenar masalah politik negara – kelesuan moral, kekangan bersuara dalam sistem, dan kegagalan mendengar denyut nadi rakyat. Rafizi meletakkan dirinya sebagai penawar kepada semua itu, dan hanya masa akan menentukan keberkesanan dos politik baharu ini.



MAKLUMAT SALAH TENTANG KPN YANG TERSALAH CETAK

 

Spark Nauza


Nak kata tak semak dulu...

Takkan la bodoh sangat.. 


Ye la.. kita bersangka baik je la.. buat last minit.. staff pulak ada 2 orang je .


Graphic designer dan editor


Kan.......




Friends Of PDRM


Belum apa-apa dah tersebar info salah.

Hati-hati, jangan jadi tukang sebar. 


Tu Admin dah semak sendiri, memang kesilapan daripada side mereka.




Kupasan EP 1 Yang Berhenti Menteri oleh DSA

RAFIZI DEDAH ADAKAH IZZAH BERTANDING DAPAT RESTU PRESIDEN PARTI & PM ?

RAFIZI DEDAHKAN PMX RESTU IZZAH LAWANNYA SEBAB ITU DIA HALANG PERTANDINGAN

RAFIZI DEDAH ADAKAH IZZAH BERTANDING DAPAT RESTU PRESIDEN PARTI & PM ?

RAFIZI : KECUALILAH AKU NAK JADI MENTERI PASU BUNGA

SAYA BUKAN 'YES MAN', SAYA TAK SUKA BUDAYA BODEK & KIPAS

HRC LIVE!! - RAFIZI KEMBALI MENYENGAT - SIAPA YANG KENA?



Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri ekonomi dan kehilangan jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kini kembali seperti zaman pembangkang. Meleondehkan mereka yang tak tau buat kerja dan kembali menyerang pembangkang yang selama ini bermaharaja lela menyerang kerajaan.





MAMAT NI MAKI KETUA POLIS JUGA SULTAN KAH NI.?

 

Nor Adni Adnan







Abis la nkau.

Kuning pun nkau carut.

Tunggu aje kena kutip...


#MCMC 

#pdrmmalaysia 

#pdrmbukitaman 

#PDRM

#istananegara 

#istananegaramalaysia 

#Istana




Pantang Larang Bila Reunion




Baru-baru ini kami mengadakan reunion bekas pelajar Hastings College, St. Leonards-On-Sea, East Sussex, England.


Pada tahun 70-an, kami yang ketika itu masih belasan tahun, dihantar oleh kerajaan selepas MCE (kini SPM) untuk melanjutkan pelajaran A-Levels dan OND di England, sebelum meneruskan pengajian ke universiti-universiti di seluruh England, Scotland dan Wales.


Betapa seronoknya dapat bertemu semula rakan-rakan lama yang kini kebanyakannya sudah bersara dan bergelar warga emas. Dulu, semasa zaman remaja, kami berkawan tanpa syarat - tulus dan jujur.


Namun begitu, ada beberapa pantang larang yang kami pegang agar reunion kekal menjadi medan menyambung silaturahim, bukan medan perpecahan:


1. Jangan bincang hal politik


Setiap orang ada pegangan politik tersendiri, dibentuk oleh pengalaman, pergaulan dan pemikiran mereka.


Perbincangan politik terutama jika berbeza pandangan selalu membawa kepada ketegangan, apatah lagi jika ada yang terlalu taksub.


Adalah pantang besar untuk berbicara soal politik ketika bertemu kawan lama, kecuali anda tahu pendirian kalian serupa.


2. Jangan tanya secara terperinci hal pekerjaan


Ada antara kita mungkin tidak sempat mencapai kerjaya cemerlang seperti yang lain.


Rezeki setiap orang berbeza, dan tahap pelajaran juga tidak sama.


Jangan sesekali membezakan kejayaan kerjaya sekarang dengan memori kita yang dahulu sama-sama duduk di dalam kelas yang sama.


3. Jangan bercerita tentang kejayaan anak-anak


Kejayaan anak-anak juga topik yang sensitif.


Bukan semua bernasib baik dalam bidang akademik atau kerjaya.


Berhati-hatilah apa yang kita anggap sebagai kebanggaan, mungkin menjadi duri dalam hati orang lain.


4. Jangan menunjuk kemewahan


Ada yang hadir reunion dengan kereta Porsche (mungkin dipinjam), memakai jam tangan Audemars Piguet atau Richard Mille, berbaju Burberry, dan wanita membawa tas tangan Versace Fendace La Medusa.


Tiada keperluan untuk menunjuk-nunjuk.


Tujuan kita berreunion adalah menyambung silaturahim, bukan untuk membuat ‘statement’ bahawa anda telah berjaya dalam hidup.


Jadi, apa yang patut kita buat semasa reunion?


✅ Bertanya khabar.

✅ Sembang santai.

✅ Imbau kenangan manis zaman muda bersama.


Itu sahaja. 


Itu sudah cukup dan memadai. 


Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar

FB: Zainuddin Omar


Dalam gambar: Dari kiri, Mazlan, Ardzi, Zakaria, Zakiyuddin, Illias, Azman, A. Rahim, A. Rahman, yours truly, dan Ghazali.



𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐚𝐩





Muklis Eddie


𝐀𝐥-𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩, 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐨𝐤𝐨𝐡 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐡𝐮𝐫, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐥𝐦𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐍𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐨𝐤 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐭𝐚, 𝐥𝐢𝐜𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐭𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐢𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧.


Tok Ustaz bukan calang-calang orang. Status Facebooknya sering mendapat ribuan tanda suka. Setiap minggu ada video motivasi, disulam ayat-ayat Al-Quran, dan tak lupa nombor akaun bank. Projeknya? "Dataran Musolla As Sobirin", tapak suci yang kononnya bakal menjadi pusat ilmu dan dakwah tersohor.


 "𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘶 1900 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 5000 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘍𝘉 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘙𝘔60 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 1 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘨𝘪. 𝘈𝘺𝘶𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢."


Waktu itu, semua percaya. Penduduk kampung, pengikut media sosial, malah golongan luar yang tak pernah jejak kaki ke kampung pun teruja nak menyumbang. Mereka kata ini peluang pahala, peluang 'tiket ke syurga'.


Mak Rie Na jual kuih naik bas ke pekan semata-mata nak bank in duit. Pak Hassan korek tabung ayam. Anak-anak muda sanggup buat kutipan amal. Semuanya demi 'dataran ilmu'.


Tapi masa berlalu.


𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡.


Yang kelihatan hanyalah seketul jentera tua berkarat dan gambar Tok Ustaz bergaya di atasnya, seolah-olah sedang mengendalikan projek mega dunia akhirat. Padahal, dari jauh pun orang nampak jentera tu dah lama tak bergerak.


Namun, kempen kutipan tidak pernah berhenti. Tahun demi tahun, Tok Ustaz tetap muncul dengan nada lembut dan senyum suci.


 “𝘗𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯. 𝘚𝘢𝘵𝘶 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘔60. 𝘔𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱...”


Orang kampung mula pelik. Dah berapa ribu kali kutipan dibuat? Ke mana perginya duit? Bila agaknya dataran itu nak jadi?


Dalam diam, satu demi satu kisah mula terbongkar.


Rupa-rupanya, Tok Ustaz bukan hanya aktif di kampung. Beliau 𝐫𝐚𝐣𝐢𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮, 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐝𝐚 '𝐛𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐮𝐝𝐚'. Cantik orangnya, pandai bergaya, dan katanya tinggal di rumah yang ‘dibeli secara tunai’.


 “𝘜𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘣𝘢𝘥𝘪, 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘧𝘪𝘵𝘯𝘢𝘩,” 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘛𝘰𝘬 𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘬, 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨, 𝘸𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘛𝘰𝘬 𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪, 𝘵𝘦𝘭𝘦𝘧𝘰𝘯 𝘣𝘪𝘮𝘣𝘪𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘫𝘶 𝘫𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘭.


“Dataran tak siap, tapi ustaz siap-siap beli rumah,” sindir seorang pemuda kampung yang sudah lama tawar hati.


Namun, siapa yang berani bersuara? Menegur ustaz dianggap biadab. Mempersoal duit derma dianggap kufur nikmat. Maka yang bersuara disenyapkan, yang bertanya disindir, yang kecewa dibiar berundur.


𝐋𝐚𝐦𝐚-𝐤𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐥𝐮𝐧𝐭𝐮𝐫.


Dataran Musolla menjadi bahan sindiran:


 “𝘋𝘢𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘞𝘢𝘬𝘢𝘧 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘴-𝘸𝘢𝘴?”

“𝘐𝘯𝘪 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘳𝘶?”


Tok Ustaz tetap meneruskan ceramah di kampung, di seberang, di media sosial. Tapi kali ini, ramai yang hanya menonton... bukan untuk dapat ilmu, tetapi untuk melihat lakonan.


Dataran itu akhirnya menjadi simbol, bukan lagi tempat menuntut ilmu, tetapi peringatan bahawa tidak semua yang berserban membawa berkat, dan tidak semua yang meminta derma benar-benar membina.


Dan kampung itu terus menanti... Dataran yang tak kunjung jadi.


p/s gambar sekadar hiasan 😋




INI PUNCANYA!! - KENAPA STATUS AYOH CHIK DI IJN TIDAK DIUMUMKAN | Hadi A...

\



MENYOKONG KHALID, MENGHARGAI AYOB"


Shahril Abdul Kadir





Terjawab sudah teka teki yang sebenarnya bukanlah satu 'teka teki' pun - Datuk Seri Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Para petugas media menghidu nama Khalid bakal menerajui Bukit Aman bukan baru, cuma baru hari ini nama tersebut dinokhtahkan.


Kenapa saya katakan bukan 'teka teki', ini kerana nama Khalid tiba-tiba 'menenggelamkan' nama Tan Sri Ayob Khan untuk pusingan akhir mengisi kerusi KPN.


Khalid adalah orang lama dalam Cawangan Khas (SB). Berpuluh tahun dalam jabatan tersebut. Kelayakan akademiknya pun hebat. Ada diploma, ada ijazah sarjana muda, ada master.


Beliau juga pernah dihantar bertugas sehingga ke London. Dalam erti kata lain, atas kertas, tak nampak ada cacat cela anak jati Perak itu untuk sampai ke tahap ini.


Cuma maaf cakap, public belum dapat melihat kemampuannya hingga mampu 'mengetepikan' nama besar seperti Ayob yang memang jelas terbukti kemampuan dan kepimpinannya dalam pasukan.


Nama Ayob Khan cukup sinonim dengan keberaniannya ketika mengetuai unit anti keganasan di Bukit Aman. Namanya terus harum bila menjadi Ketua Polis Johor, malah dilihat 'lain macam' hingga sanggup memburu ketua penjenayah Datuk Nicky Liow sampai ke Lembah Kelang walaupun beliau dikritik kononnya 'langgar kawasan'.


Begitu juga ketegasan Ayob ketika menjadi Pengarah Narkotik, dengan pegawai anggota sendiri 'disapunya' jika mereka didapati bersekongkol dengan sindiket.


Semua ini rakyat tengok dan sudah tentu ramai yang tidak sabar-sabar untuk beliau menjadi KPN, apatah lagi ini adalah masa terbaik memandangkan beliau masih lagi ada cukup baki tahun perkhidmatan.


Namun 3.22 petang tadi menoktahkan Ayob hanya kekal di tempat lama dan Khalid yang menjadi pilihan.


Apa selepas ini?


Untuk berlaku adil pada Khalid juga, masyarakat kena memberi peluang padanya. Masih terlalu awal untuk menidakkan kemampuan beliau, berilah ruang untuknya menyusun atur dan memperkemaskan lagi pasukan yang berusia 218 tahun ini.


Sudah tentu perlantikannya juga BUKAN melalui proses yang 'biasa-biasa'. Ini bukan nak pilih bakal konstabel nak ke Pulapol, ini nak pilih orang nombor satu dalam PDRM.


Memandangkan pelantikan dah pun dibuat, ini bukan masa untuk mencari ruang lompong di tubuh Khalid, ini adalah ketika untuk semua pihak terutama mereka yang dalam PDRM untuk bersama beliau mengangkat kegemilangan pasukan ini.


Selepas ini Ayob boleh saja pilih jalan selesa, bersara awal contohnya kalau beliau mahu, tetapi pilihan itu tidak ada di tangan Khalid sekarang.


Baton sudah di tangan, kerja kena jalan.


Selamat bertugas Datuk Seri Khalid Ismail, terima kasih Tan Sri Ayob Khan!


SAK




PERINTAH AM BAB D


 Che Ibrahim


Setahu ambo larangan ke atas penjawat awam dari membuat pernyataan awam telah termaktub dalam Bab D, Perintah Perintah Am Kerajaan semenjak berzaman.