DULU APU-ANGKATAN PERPADUAN UMMAH- SEKARANG KERAJAAN ISLE- DUA DUA LINGKUP JIKA BERKAWAN DENGAN PAS YANG GILA BERKUASA.

 

Melihat reaksi tindak balas pimpinan UMNO terhadap gelaran itik patah kaki yang diberi Presiden Pas, Hadi Awang kepada parti itu, satu perkara yang nyata ialah tiada langsung tanda keinginan untuk menjernihkan suasana.

Malah, serangan balas UMNO terhadap kenyataan Hadi itu lebih keras dan menyakitkan lagi.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak kisah walau digelar apa sekali pun.

“Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelaran seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya – gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.

“Tetapi, UMNO masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia,” ujarnya seperti menyindir Pas.

Malah, Mohamad yang juga popular dengan gelaran Tok Mat berkata, UMNO mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU14 bukanlah kerana ‘ubatan mujarab’ daripada PAS.

“UMNO bukan seperti parti lain. Tiada wala’ kepada presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya.

“UMNO adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja,” tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi.

Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin pula berkata, walaupun Pas sebuah parti yang kuat dan hebat, tetapi UMNO tidak mahu menumpang kekuatan dan kehebatan tersebut.

Khaled juga mengingatkan Hadi dan PAS bahawa “kluster mahkamah” tidak ada kena-mengena dengan PRN Johor.

Bahkan katanya, beliau sendiri berpendirian isu mahkamah membabitkan pemimpin UMNO wajar diselesaikan melalui proses perundangan.

Bagaimanapun, tegas Khaled, dalam keseriusan Hadi mahu menyatukan semua pihak di bawah kemajmukan PN dan MN, diharapkan Presiden Pas itu tidak lupa untuk turut menjemput Amanah dan DAP bersama sekali.

“Barulah benar-benar majmuk,” sindirnya.

Sementara itu, ahli MT UMNO, Shabery Chik secara sinis menempelak Pas yang disifatkannya suka bermain banyak kolam dalam politik.

Beliau berkata, mereka yang suka bermain banyak kolam umpama “berudu” yang bergantung kepada air sebagai punca kuasa.

“Bagi yang suka bermain di banyak kolam sepatutnya kenal apa itu berudu. Hidup berudu terlalu bergantung kepada air kerana banyak makanan di situ.

“Air itu seperti kuasa, kering air akan menyebabkan berudu mati.

“Berudu dalam masa beberapa minggu tumbuh kaki dan menjadi katak.

“Katak akan terus melompat dan mencari air untuk melahirkan lebih banyak berudu,” ujarnya lagi.

Dengan respon sedemikian rupa, malah reaksi pimpinan UMNO di pelbagai peringkat yang lain tentu lebih kurang saja nadanya, berbaik semula dengan Pas sudah seperti jauhnya panggang dengan api saja layaknya.

Dalam erti kata lain, laungan penyatuan ummah dan perpaduan Melayu yang didendangkan ketika berbaik sebelum ini sudah tidak bermakna lagi.

Ia umpama sudah hancur dan punah, walaupun tidak diumumkan secara rasmi oleh kedua-dua parti.

Barangkali, kalah dan hilang kuasa sekali lagi pun belum tentu mereka mahu berbaik kembali.

Setelah puluhan tahun bermusuhan, kemudian berbaik semula, akhirnya ternyata berbalah dan bergaduh lebih menyeronokkan buat UMNO dan Pas. – ShahbudinHusin 29/01/2022.

DENGAR RAKYAT MALAYSIA- JIKA ANDA MERASA SIHAT ANDA TAK PERLU AMBIL BOOSTER.


 

‘Tanpa Umno, Pas tak akan jadi sebahagian dari kerajaan’ – Tok Mat bidas Hadi


 


Oleh SURI LAILA / January 29, 2022

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan Pas bahawa tanpa Umno, Pas tidak mungkin akan berada di dalam kerajaan seperti hari ini.

Beliau berkata, Umno juga bangkit semula bukan kerana ‘ubat mujarab’ Pas, tetapi kerana sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

“Pas tahu, tanpa Umno dia tidak akan dapat kekal menjadi sebahagian dalam kerajaan persekutuan selepas PRU nanti.

“Jika Pas merasakan BN itu tidak lagi relevan, kita pulangkanlah kepada rakyat untuk memutuskannya. Dan biarlah rakyat juga memutuskan sama ada Pas dan PN itu relevan lagikah atau tidak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah disembuhkan mereka.

Beliau turut menyifatkan tindakan Umno meninggalkan mereka ketika sudah ‘sembuh’ sebagai tidak bermoral dan menganggap BN tidak lagi relevan.

Sementara itu, Mohamad Hasan yang turut dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau tidak kisah jika ada mana-mana pihak yang menggelar Umno dengan pelbagai gelaran seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya.

Ini kerana katanya, Umno masih lagi parti Melayu terbesar malah parti politik terbesar di Malaysia.

 

Muhyiddin semakin luka, kini bekas Adun Larkin pula tinggalkan Bersatu

 


Muhyiddin semakin luka, kini bekas Adun Larkin pula tinggalkan Bersatu


Seorang lagi wakil rakyat Bersatu mengumumkan langkahnya meninggalkan parti itu dan memberi alasan hilang keyakinan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai punca mengambil tindakan tersebut.

Mohd Izhar Ahmad yang sebelum ini menjadi Adun Larkin mengumumkan hal itu melalui sidang media di Johor Bahru sebentar tadi.

Dia juga memberitahu tidak akan mempertahankan kerusi Larkin atau mana-mana kerusi lain dalam PRN akan datang.

“Tindakan ini terpaksa saya ambil dengan berat hati setelah parti yang saya dukungi selama ini hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama Mohd Izhar menggesa pengundi Johor agar memberikan sokongan mereka kepada BN bagi memastikan kestabilan kerajaan selepas ini.

Untuk rekod dalam PRU ke-14 lalu Mohd Izhar memenangi kerusi Larkin dengan majoriti undi yang meyakinkan iaitu 8,590 mengatasi dua pencabar iaitu Yahya Ja’afar dari BN dan Zakian Tukirin (PAS).

Bagaimanapun dia ketika itu bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Menurut Mohd Izhar pada pandangannya Muhyiddin bukan saja gagal membawa Bersatu ke tahap yang lebih baik malah tidak berusaha memulihkan parti berkenaan selepas ia berpisah daripada kumpulan Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang berlaku itu, katanya, bukan saja merencatkan perkembangan parti malah menjejaskane idealism perjuangan mereka, sekali gus memberi kesan pada masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

“Dalam kata lain, antara faktor utama saya meninggalkan Bersatu ialah kerana hilang kepercayaan kepada presiden,” katanya.

Mohd Izhar yang sebelum ini menjadi exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor menambah, dia yakin BN perlu diberi laluan untuk menjadi kerajaan.

“Atas kesedaran dan keinsafan ini juga saya akan terus membantu Umno untuk kembali ke landskap asal, yang lebih baik dan untuk bersama-sama rakyat memperjuangkan agenda orang Melayu Islam dan keseluruhan rakyat negeri Johor,” katanya.

Pada 27 Jan lalu Ketua Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang, mengesahkan dia tidak lagi bersama parti berkenaan dan kini menyokong Hasni Mohammad sebagai menteri besar.

Sebelum DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lalu, Mazlan merupakan Adun Puteri Wangsa.


Tiada kerjasama tanpa DAP, tegas Anwar

 

PH tidak akan menerima cadangan kerjasama dengan PN bagi
 menghadapi menghadapi PRN Johor tanpa DAP, kata Anwar Ibrahim. 

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima cadangan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor tanpa DAP, kata Pengerusinya Anwar Ibrahim.

Anwar berkata DAP parti induk PH dan sudah membuktikan kesetiaan.

“Jika mereka hendak bincang secara berasingan dengan PKR atau DAP, kita tiada halangan.

“Tapi untuk memberikan syarat tanpa DAP atau tanpa PKR, sukar diterima,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada sesi dialog pada Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Port Dickson.

Terdahulu, terdapat pandangan dalam kalangan pemimpin komponen PN yang bersedia menjalinkan kerjasama dengan PKR dan Amanah bagi menghadapi PRN Johor, namun tanpa DAP.

Ia susulan cadangan bekas Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Mazlan Aliman, agar PH bekerjasama dengan Bersatu dan PAS pada PRN Johor bagi berdepan Barisan Nasional (BN).

Mazlan berkata, jika kerjasama itu mampu direalisasikan, PH berupaya membentuk pakatan terbesar sekali gus memberi cabaran buat BN.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan lambang berasingan pada PRN Johor, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, perkara itu tidak akan menimbulkan masalah dalam kalangan ahli gabungan PH.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia antara sebahagian daripada strategi pakatan itu untuk memenangi hati pengundi di Johor.

“Penggunaan logo ini sudah dipraktikkan sebelum ini seperti mana pada PRN Sabah dan Sarawak namun pada PRN Melaka kita kembali menggunakan satu logo PH.

“Tapi ia tidak jejaskan hubungan dan kepimpinan PH masih terus mantap. Jadi ada orang cuba hendak gunakan isu logo ini sebab tertentu sedangkan dasar sama, manifesto sama.

“Kita guna kerana sentimen terutama di desa, orang Melayu dan itu pandangan kita, jadi saya fikir ia tidak ada masalah dan mereka hanya cuba besar-besarkan perkara ini,” katanya.

PKR akan bertanding pada PRN Johor menggunakan logonya sendiri, manakala DAP dan Amanah menggunakan lambang gabungan parti pembangkang berkenaan.

Lebih baik Umno solo selepas ditikam Bersatu, Puad kesal PAS dah hanyut

 


Puad Zarkashi berkata PAS nampaknya tidak peduli Bersatu ‘menikam belakang’ Umno, seperti yang berlaku di Sabah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lebih baik Umno bergerak solo daripada bersama Perikatan Nasional kerana tiada kejujuran politik dalam gabungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, kata Puad Zarkashi.

Menjawab kecaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, terhadap Umno semalam, Puad berkata parti itu nampaknya tidak peduli Bersatu ‘menikam belakang’ Umno, seperti yang berlaku di Sabah.

“PAS tidak peduli itu semua. PAS tidak rugi. Maka perpaduan Melayu apa yang PAS harapkan kalau tujuan PPBM adalah untuk membunuh Umno melalui PN?” katanya dalam kenyataan.

Berlatarkan PRN Johor yang akan berlaku kelak, Hadi mengingatkan Umno bahawa parti itu diselamatkan oleh partinya selepas pilihan raya umum lalu.

Hadi mengumpamakan Umno seperti ‘itik patah kaki’ yang mahu tinggalkan PAS selepas sembuh, menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak bermaruh dan tidak betul.

Umno dan PAS mengadakan Muafakat Nasional selepas PRU14.

“Sebenarnya PAS yang lemahkan Muafakat Nasional bila sertai Perikatan Nasional dan ‘main dua lawang’,” jawab Puad.

“PAS hanyut kerana nikmat jawatan menteri…PAS sampai sanggup meminggirkan dua tiga orang pemimpin atasannya yang pro-MN.”

Pesan Puad kepada PAS, parti itu akan jadi itik yang patah kedua-dua kaki jika bersekongkol dengan Bersatu, yang didakwa didominasi ‘katak politik’.

“Sebenarnya susah berkawan dengan PAS,” katanya, mengambil maklum bahawa Hadi mengatakan BN yang ditunjangi Umno tidak relevan.

Bersatu khianat, rakyat meluat, bakal jadi parti yatim piatu?


 

Parti Bersatu yang pada Februari 2020 mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dengan alasan demi 'penyatuan ummah' kini mungkin dikhianati menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.



Keghairan Pas mahu berunding bersama Umno Johor tidak mustahil akan menyebabkan parti oportunis tersebut lari dan Bersatu menjadi 'yatim piatu' menjelang PRN bulan hadapan.



Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat, hal itu mungkin menjadi punca terdapatnya ura ura cadangan dalam kalangan sesetengah pemimpin Bersatu untuk kembali berkerjasama dengan PH.



"Bersatu telah khianat PH dan mandat rakyat atas alasan ‘Panyatuan Ummah’ tetapi sekarang terbukti alasan penyatuan ummah hanya untuk kepentingan diri demi kuasa dan kedudukan



"Tindakan pengkhianatan Bersatu telah mengkucar kacirkan politik negara sampai menyusahkan ummah. Hari ini Bersatu mungkin pula dikhianati rakan ‘penyatuan ummah’ itu sendiri dan akhirnya Bersatu akan menjadi ‘yatim piatu politik ‘ menjelang PRU 15," katanya.



Akibat tindakan politik tanpa berfikir panjang Bersatu, kata ADUN Hulu Kinta itu lagi, negara mengalami kerugian, kehilangan pelaburan asing dan suasana politik terus tidak menentu.



Katanya, Bersatu hanya mungkin boleh diterima sekiranya mereka sanggup memecat beberapa pemimpin khianat dalam parti itu bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu kini dipimpin oleh golongan yang boleh dipercayai.



"Akibat tindakan ‘penyatuan ummah’, negara telah hilang stabiliti politik, pelabur lari, hilang pekerjaan, rakyat bertambah miskin, peniaga gulung tikar, indeks rasuah jatuh, pembaziran ratusan juta PRN yang terus menyusahkan rakyat



"Justeru, Bersatu harus memecat wakil rakyat pengkhianat PH dan Umno yang telah lompat masuk sebelum ini serta mohon maaf secara terbuka kepada rakyat terlebih dahulu, sebelum berusaha ke arah berkerjasama dengan PH pada PRN Johor," kata Arafat lagi.



Teori Bersatu kembali kepada PH untuk menghadapi BN berlegar sejak selepas PRN Melaka. Namun PH tidak pernah melayan persekongkolan dengan parti Tan Sri Mahiaddin Yassin berkenaan berikutan penolakan kuat dari ahli ahli akar umbi yang masih terasa pedihnya dikhianati oleh barisan kemimpinan Bersatu.

 

Isu logo tidak jejaskan perpaduan PH - Anwar


 

Isu KEADILAN menggunakan logo parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak menjejaskan perpaduan dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu berkenaan sengaja diperbesar besarkan seolah olah sebelum ini tidak pernah berlaku dalam gabungan pembangkang menggunakan logo berasingan.

"Masalah logo tidak menjejaskan hubungan. Pilihan Raya Umum 2013 kita guna logo masing masing. Pakatan Rakyat masa itu mantap.

"Kemudian PRN Sabah, KEADILAN pakai KEADILAN, DAP guna Warisan tetapi tidak menjejaskan hubungan. Kemudian Sarawak.

"Hubungan pimpinan PH masih mantap. Ada orang cuba nak guna isu logo ini sebab memecah (PH), tidak. Dasar sama, manifesto sama," katanya.

Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, strategi pilihan raya ada pelbagai pendekatan dan tidak salah sesebuah parti politik yang lebih dikenali kerana logonya menggunakan logo itu untuk meraih undi.

"Kita guna kerana sentimen di desa, terutama orang Melayu, itu pandangan kita. Bila bincang itu disepakati, saya fikir tidak ada masalah

"Bagi kita lebih mudah, orang dah kenal logo itu di kawasan desa. Orang di bandar dan pinggir bandar lebih mudah menerima perubahan (logo baru).

"Yang pentingnya untuk bersama lawan, menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan fahaman perkauman sempit dalam negara kita," kata Anwar lagi.



MEMBALAK BERSAMA ULAMAK : MEMBALAK PATUH SYARIAH

 Membalak di Pantai Timur! (imej dari drone)

APA KOMEN ANDA?
More / support @ www.zunar.my


JANGAN JADI BERUDU : NAK MAIN SEMUA KOLAM. UMNO BOLEH BAGI DUIT TAPI BUKAN KUASA.

 

UMNO BOLEH BAGI DUIT.. TETAPI BUKAN KUASA...PAS HARUS KENANG PESAN TG NIK AZIZ..


Antara ungkapan yang aku ingat dari kata Almarhum Tg Nik Aziz sehingga hari ini tentang kerjasama dengan UMNO.., Kata Tok Guru Nik Aziz.. :

" KAMI sudah masuk BN (Barisan Nasional), rapat dengan UMNO tetapi UMNO tendang kami. Semasa UMNO cemas dalam 13 Mei (1969), dia (UMNO) cari PAS. BILA GEMUK SIKIT..DIA GIGIT BETIS PAS... "

“Kalau nak berunding dengan UMNO, saya tak setuju, terang-terang saya tak setuju, kalau nak berunding dengan individu UMNO, tak apa...”

Hari ini PAS sudah rasa bagaimana dituduh Pelacur..Jalang...Bohsia oleh pemimpin UMNO.. Itulah Penghinaan yg diterima atas pengkhianatan mereka.. Itu yang diperingatkan Almarhum TG Nik Aziz...Tetapi mereka lupa kerana terbuai dengan duit dan jawatan dari UMNO..

Aku berpandangan, PAS memang Ikhlas atau jujur dalam menyatukan , Melakukan penyatuan Melayu Islam antara PAS, Bersatu dan UMNO.. Memang depa nak orang Melayu Bersatu .. Apa yang salah, Bila niat dan tujuannya jahat.. itulah kesilapan besar Haji hadi..

Silap mereka penyatuan itu mahu dilakukan semata mata,, dendam kepada Ds Anwar, Dendam pada DAP.. dendam kepada pemimpin amanah..dan akhirnya masuk kepada perangkap UMNO.. Ia seperti kemarahan isteri diceraikan, akhirnya berdendam, cari peganti dan masuk perangkap Buaya darat, Playboy..

Bukan hanya PAS, Hatta PN yang dipimpin Mahiaddin hari ini.. Jangan Harap depa nak bagi kuasa dan kawasan kepada PN dan PAS...

Itulah UMNO sejak dulu.. Mengungkap kepada satu kajian Sejarah.. Apa yg dilakukan Najib membawa PAS menyertai mereka, Itu dilakukan Ayah dia dulu ketika PAS menyertai UMNO..Licik..Masa tu pun sentimen perkauman di mainkan terutama sentimen 13 Mei..

Cuma kelicikan Tun Razak tertutup dek kerana zaman ketika itu media dan informasinya tertutup.. Bagaimana Tunku Abd Rahman yang mahu mengubah Negara berpaksikan kepelbagaian bangsa, tersisih ketika itu, permainan kaum juga digunakan.., Tunku Abd Rahman dijatuhkan UMNO sendiri.. Tunku Membawa diri diakhir hidupnya.. Nasib Tun Mahathir sama seperti Tunku Abd Rahman..

Bila Tommy Thomas, dan beberapa penulis Sejarah menulis satu sisi lain di era Tun Razak..Biarpun Ds Anwar tak setuju pengkisahan Sejarah itu atas Tun Razak, Aku cenderung bersetuju.. Zaman Tun Razak ia mungkin hanya kelicikan Politik..Era Najib ia melibatkan wang..

Bayangkan di Melaka, Johor, sah sah MB dan KM dari UMNO..tetapi itu tidak memuaskan mereka.. dalam pada berkongsi kuasa, habis Pasir, tanah dan balak tergadai.. Jadi kuasa besar itu diperlukan untuk hidup senang sebagaimana dahulu..Orang dah bisa Tamak hidup mewah sukar berkongsi kuasa..

Pada UMNO, Takda deal Kerusi Parlimen atau Dun.. Kalau mahu duit, depa boleh suap dan bagi.. Tetapi tidak kuasa.. Dari kuasa itulah pintu kepada kemewahan sebagaimana kes yang disabitkan keatas Najib..

Itu sebab sebelum PRU 14, sebagaimana didedahkan Sarawak report, Bagaimana disebutkan.

." Najib has worked to exploit the leaderless situation confronting the opposition ever since and BN/UMNO smugly talk of divisions faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap). "

Ramai dari kita percaya... UMNO bagi Duit pada PAS RM 90 juta dalam Bentuk Cek, Perpindahan duit tidak..Flow dia sama saja duit yang sampai kepada UMNO..MCA dan pelbagai NGO.. Flow yg sama rantaian Duit 1MDB itu mengalir dengan beberapa penama dan urusniaga....

Itu sebab dulu ada Tokoh Ulama PAS seronok..Pondok Pondok mereka dibiayai atas nama Infaq biarpun mungkin duit 1MDB.. Seronok pakai kereta mewah, Vellfire dan Merc kononnya pemberian atas nama menghormati tok Guru.., Senang senang belikan isteri dengan SUV Audi secara Cash.. Mana datang duit tu semua..? parti seperti UMNO tahu bagaimana melakukannya..Hanya jangan ganggu mereka dipuncak Kuasa...

Itu sebab Tun secara jelas menolak UMNO dalam satu siaran langsung di TV pada 26 FEB 2020 mengajak semua parti bersatu....Menyebut tentang Cash Is King.. malang, ramai ketika itu terpedaya dengan kuasa dan jawatan..

Malangnya..UMNO sudah Gemuk semula.. Yang lebih mengecewakan,UMNO berjaya memperdaya bukan hanya PAS,Bersatu..Tetapi sesetengah pemimpin PH untuk menjadi batu loncatan mereka berkuasa semula.. Description: 🙂

Ipohmali

 

ARWAH TOK GURU DAH CAKAP. SAPA SEKONGKOL DENGAN UMNO KHIANAT PERJUANGAN PAS. HANGPA KEJAR LAH RETA DUNIA....

 

Teringat dulu arwah tok guru Nik Aziz dah cakap sape bersekongkol dengan umno mmg akan diludah dan selagi arwah hidup mmg menentang habis² sekarang diorang khianat amanah arwah tok guru Nik Aziz syukur alhamdulillah anak sulung beliau ustaz Nik Omar meneruskan legacy amanah arwah ayahnye dengan tinggalkan geng² ulamak suk yang kejar harta dunia 




Almarhum TGNA yg dikasihi dulu dah berpesan, tapi Ular2Makk jahat yg tinggal dlm #pas nii lebih pelahab dedak #UMNO , rakan yg ikhlas berjuang dibuang..akhirnya hariniii depa digelar pelacur, terhegeh2, bohsia oleh penyamon2 Umno..malanggg..sungguhhh malangggg..



Pas sokong rasuah! "Kalau sayalah Perdana Menteri saya pecat Tuan Ibrahi...

LIVE!! HADI KATA UMNO IBARAT ITIK PATAH KAKI?

RENTASAN 1061 | GEMPAR! KINI KERAJAAN KANTOI BERI PINJAMAN TANPA JAMINAN...



MENARIK DALAM RENTASAN 1061
1. PAK KADUK DAN LEBAI MALANG DALAM PELABURAN 2. RASUAH BANYAK SEBAB IA DIDEDAHKAN, KATA MENTERI 3. APABILA KOLAM-KOLAM DI JOHOR MULA BERKOCAK 4. APA KHABAR KAPAL TEMPUR PESISIR PANTAI (LCS)?




APAKAH PROJEK PAS MAKI HAMUN UMNO SUDAH KEMBALI BERMULA?


PADAN MUKA HANG HADI. SEMUA YANG BERKAWANG  DENGAN PAS SEMUA BLAH. UMNO PUN TAU, SEBELUM KENA KENCIN DENGAN PAS BAIK UMNO KENCIN DULU...KAH....KAH....



 Marah benar Presiden Pas, Hadi Awang kepada UMNO berikutan parti itu ingin bertanding solo dalam PRN Johor dan enggan bekerjasama dengan sesiapa.

Dengan pendirian tersebut sekaligus bermakna UMNO menolak sama sekali untuk menjalin apa-apa kerjasama dengan Pas.

Kali ini, selain mengatakan BN sudah tidak relevan, Hadi juga mengungkit bagaimana pihaknya bermurah hati menyelamatkan UMNO sebaik parti itu hilang kuasa dalam PRU14 lalu.

Menyifatkan UMNO sebagai itik patah kaki yang kemudian diselamatkan melalui persetujuan membentuk Muafakat Nasional atau MN, tetapi setelah pulih, mereka katanya, mula tidak sedar diri.

“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki dalam PRU14.

“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.

“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita.

Hadi selama ini memang terkenal dengan kegemaran mengumpamakan nama binatang untuk menyerang dan menyindir musuh-musuh yang tidak disukainya.

Tikus, tupai, kera, buaya, anjing dan lain-lain adalah antara binatang yang pernah dijadikan perbandingan oleh Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah itu.

Ada pula yang nakal menambah, sepatutnya itik patah kaki itu dibuat rendang, bukannya diselamatkan.

Sebelum Hadi, seorang lagi ulama Pas, Mokhtar Senik lebih dulu menyerang UMNO berikutan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Pas.

Menyifatkan UMNO mula dijangkiti penyakit angkuh, beliau seterusnya menambah, hanya kekalahan saja yang dapat mengajar dan mengubati apa yang dialami UMNO itu.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak ketinggalan menyerang UMNO berikutan laporan yang mengatakan parti itu hanya disediakan empat kerusi jika ingin bekerjasama.

Kata beliau, pemberian empat kerusi oleh UMNO Johor itu tidak memadai, malah tidak menunjukkan sikap yang baik kepada Pas.

“PAS menghormati pendirian UMNO BN untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah.

“Tetapi menawarkan 4 daripada 56 kerusi itu, saya fikir bukan cara baik,” tambahnya lagi.

Kecuali Tuan Ibrahim, cara serangan Hadi dan Mokhtar, selain keras, juga ternampak sedikit kasar.

Selepas ini, entah bagaimana pula cara serangan pemimpin Pas lain terhadap UMNO.

Melalui rentetan yang berlaku, apakah semua ini menunjukkan tanda-tanda projek memaki hamun UMNO oleh Pas sudah kembali bermula sepertimana era bermusuhan sebelum ini? – ShahbudinHusin 29/01/2022.




Itulah dia Anwar yang di kata tidak relevan, yang di kata gila nak jadi PM.


 

MMMS


Itulah dia Anwar yang di kata tidak relevan, yang di kata gila nak jadi PM. 


Tapi masa berkuasapun dia masih menjaga amanah rakyat dan berprinsip selama 22 tahun walaupun yang minta itu kawan-kawan. Tak ada dengar pun anak beranak Anwar yang kaya. Yang bercerita pada MSO in adalah aktivis kuat UMNO bukan orang PKR.


Sebab mereka tahu Anwar ini amanah dan berprinsip, jadi nak jatuhkan melalui rasuah tak jalan, itu mereka merekayasa cerita lendir dalam kain. 


Itu yang mereka ini takut sangat kalau Anwar jadi PM, sebab mereka tahu dia tak akan kompromi dengan rasuah. Sebab itu yang dah jadi PM 2 kali mahu jadi PM selama-lamanya, yang pandai baca pdf rakus nak jadi PM, yang 20 tahun berjuang bersama pun rakus berkhianat hanya kerana ingat akan di lantik jadi PM. 


Lagi best ada tukang sertu tuduh Anwar rakus, tak bermoral pun turut sama terciduk. 


Benar doa orang alim ATGNA (moga Allah cucuri rahmat beliau) tentang siapa yang khianat Anwar akan dapat balasan "tiba-tiba orang tak nak beri dia jadi Perdana Menteri, macam-macam ikhtiar, macam-macam sekatan di buat, Allah Taala akan JAHANAMKAN ORANG JAHAT, InsyAllah"


Kini ke semua mereka semua tengah menghitung pembalasan atas khianat yang mereka lakukan, moga Allah kumpulan mereka ini dalam satu kumpulan di bawah panji yang sama. Janji Allah itu pasti, cuma cepat atau lambat sahaja.


NASIB BERSATU BAKAL SEPERTI S46

 

PAS selamatkan UMNO... kini dilupakan😂

MUHYIDDIN KHIANATI KINI

 DIKHIANATI...


Norman Radzuan

Bila baca artikel mengenai PAS dari hari ke hari...saya mesej saudara saya yg ekstrim dgn parti agama ini utk mencari jalan pintas ke syurga... langsung tidak berjawab hanya blue tick saja kelihatan.


Mana tidaknya Tuan Ibrahim kata PAS sanggup bekerjasama dgn UMNO demi sebuah kemenangan walaupun mereka di dlm PN😂. Selepas kalah teruk PRN Melaka, Pas ingin bekerjasama dgn UMNO pada PRN Johor. 


Puas Pengerusi Pas Johor, Abdullah Hussin ingin bertemu mantan MB Johor tapi masih tidak mendapat ruang utk berunding🤣. Mcm tak faham2 kenapa tiada ruang pertemuan utknya. Peminta sedekah pun kalau ketuk pagar rumah tak dibuka mereka tak ganggu lagi.


Persoalannya dah berkali kali UMNO maklumkan tidak mahu kerjasama dgn PAS... kenapa terhegeh hegeh mahu bekerjasama? Takut kalah hilang kuasa utk berlagak dgn Velfire 😂 Tak kan nak lupakan Bersatu?


Dulu PAS bersama PR, kemudian bersama BN/UMNO, kemudian bila Bersatu berkuasa mereka sertai PN. Bila Muhyiddin jatuh dari takhta mereka nak kembali kpd UMNO. Betul2 'pelacur' politik bak kata Ku Li.


Ok kita bicara tentang Muhyiddin Yassin. Muhyiddin bukan sahaja mungkin bakal menjadi PM paling singkat dlm sejarah negara malah beliau akn dikenang sebagai individu yg telah merosakkan sistem perlembagaan dan pengkhianatan terbesar amanah yg telah diberikan oleh rakyat Malaysia.


Tidak pernah terjadi dlm sejarah negara atau dunia parti yg kalah menjadi kerajaan atau pembentukkan kerajaan di dlm sistem negara kita dibuat melalui SD. Lebih parah tidak pernah dibuktikan SD yg diperolehinya sehingga beliau 'gugur' dari jawatannya sebagai PM.


Tak sampai 22 bulan Muhyiddin mengkhianati amanah rakyat dan PH, giliran beliau pula dikhianati oleh UMNO. Malah satu persatu pengkhianatan yg dilakukan ditarik dari kekuasaannya melalui cara yg sama iaitu pengkhianatan bermula dgn jawatannya sebagai PM. 


Partinya iaitu Bersatu semakin lama semakin menguncup. Jelas yg bersama Bersatu sebelum ini hanya mereka yg ingin kuasa dan ingin mendapat laba politik bukan kerana sebuah perjuangan membela nasib rakyat.


Pastinya Muhyiddin tahu masa depan karier politiknya akn berakhir. Bersatu tidak akn ke mana buktinya dlm mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sempena PRN Johor strategi mereka ialah menjalankan kerjasama dgn PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tanpa DAP.


Bersatu tahu silap gaya mereka akn dpt telur ayam di Johor. Ia bukan sekadar keputusan tetapi bakal membuatkan dari pimpinan hingga ahli akn beralih kembali kpd UMNO. Itulah yg kini sgt ditakuti oleh Muhyiddin.


Anda boleh lihat kemasukkan Azmin Ali dan Zuraida langsung tidak membawa impak. Azmin langsung tidak kelihatan memperjuangkan parti tersebut. Sedangkan dia masih berstatus Menteri Kanan. 


Malah rakan2 Zuraida kini bersama parti baru iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM). Khabarnya di Sabah ada pemimpin2 tertentu cuba menubuhkan parti baru apabila menyedari parti Bersatu yg disertai semakin tenggelam. Bersatu akn senasib S46.


Jadi lihatlah kekuasaan Allah. Nikmat yg mereka perolehi hasil sebuah pengkhianatan hanya bersifat sementara. Jgn terkejut nasib Azmin, Zuraida dan rakan2 mereka akn jadi seperti Zulkifli Nordin, Gobalakrishnan dan lain2... dilupakan atas pengkhianatan.


Bagi saya disebalik penolakkan UMNO terhadap PAS ia hanya sekadar satu berita gembira. Gembira kerana UMNO mengajar PAS pentingnya erti sebuah amanah, prinsip, persahabatan, jgn rakus kuasa dan tidak menggunakan agama utk kepentingan politik peribadi. 


Arwah TGNA telah lama berpesan jgn kerjasama dgn UMNO. Jgn percaya dgn UMNO... mereka hanya perlukan PAS bila mereka lemah. Jelas kali kedua UMNO lakukan kpd PAS. Bila dgn bantuan PAS mereka berjaya kembali menjadi kerajaan tanpa pilihanraya kini mereka menolak utk kerjasama lagi.


Di Melaka, Johor, Kelantan dan Terengganu UMNO tanpa berlindung menolak utk kerjasama dgn PAS. UMNO 'khabarnya' sanggup bekerjasama dgn PH di Kelantan dan Terengganu utk menjatuhkan kerajaan PAS. 


Jika UMNO menang bergaya di Johor nasib PAS bukan pemimpinnya hilang jawatan, kemewahan dan kemegahan sebagai Menteri tetapi bakal hilang kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah. Hadi kononnya berikan kata dua😂😂😂 bagi kata 10 pun UMNO tak hairan sb PAS kini sgt lemah.


Sememangnya selepas kemenangan PAS di Kelantan sejak 1990, PRU15 ini adalah peluang terbaik UMNO dgn kerjasama PH utk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan kerana begitu byk isu yg membuatkan rakyat Kelantan mulai berang dgn sikap pemimpin2 PAS.


Namun ada cerita disebalik cerita yg lebih menarik. Kita sambung keesokan hari. Antara topiknya benarkah PKR cuba disisihkan dari PH?... Cubaan utk ambil alih PH ?



Mandi jenazah: Akhirnya Daniel dan AJK Masjid bermaaf-maafan

 


Pemuda yang dimandikan umpama jenazah selepas didakwa mencuri wang tabung masjid semalam bermaaf-maafan dengan ahli jawatankuasa masjid.

Menurut Hasbie Muda, antara pihak yang awal membangkitkan isu ini, Daniel Iskandar dan pihak AJK Masjid bertemu dan bermaaf-maafan.

“Terima kasih Malaysia kerana memberikan peluang kedua kepada beliau.

“Semoga Allah membantu kita semua untuk memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik,” kata Hasbie yang merupakan seorang penulis buku dan juga Ketua Pemuda AMANAH itu.

Kesah Deniel yang dimandikan umpama mayat selepas didakwa mencuri wang tabung masjid telah menjadi kecoh dan ramai beranggapan ia tidak sewajarnya berlaku.

Deniel kemudiannya didakwa ke mahkamah dan jatuhkan hukuman denda.

Namun selepas rayuan dibuat, mahkamah memutuskan Deniel hanya perlu menjalani kerja-kerja kemasyarakatan ekoran tindakannya itu.

Iman masjid yang terlibat memandikan Denial umpama jenazah telah meletakkan jawatan.


(function() { var d = document, w = window; w

SATU DAH KELUAR MENINGGALKAN PN

  IBRAHIM MAT ISA Teringat lagu sepuluh budak hitam. Satu sudah keluar meninggalkan gerombolan pengkhianat tebuk atap (PN). Syabas kepada ...