UMNO BAGI TANAH DI PAHANG, DAP YANG SALAH

INGAT DUDUK DI KOLOMPO CERDIK....


TARMIZI MOHD JAM

Lorrrr..kena kencing dengan bangsa sendiri jugak ya....duk percaya parti Pas dan Umno ini la jadi nya...best kan kena kencing dengan bangsa dan agama sendiri...

Image may contain: 2 people, text that says "AKIBAT KENA KENCING NAJIB.. Najib Razak Penduduk Kg Bharu terkejut Perikatan tak boleh tawar harga RM3,000 Tanah Kar ampung Baru adalah dekat dengan KLCC. Harga tanah KLCC cecah RM3,000sat kaki persegi tingg yang dalah Jabatan RM850 satu dan Diyana Ibrahim Dikemas 3jam yang Diterbitkan pada Sep 2020 7:00AM Komen berdasarkan Harta Bukan biasaji ada bawah harga pasaran harga PPH Kampung Bharu terus Perikatan Gambar pertikaian selepas tinggi. The Malaysian Insight, 2 September, 2020."

Image may contain: ‎outdoor, ‎text that says "‎i הועור AFf Abd Halim THE MALAYSIAN NSIGHT THEMALAYSIANINSIGHT.COM Penduduk Kg Bharu terkejut Perikatan tak boleh tawar harga RM3,000 The Malaysi...‎"‎‎

HANGPA KENAI KA DEPA NI.....

Image may contain: 7 people, including Asrie Mat Lipan, people standing, suit and text

HUKUM BERUBAH IKUT KEPENTIGAN PARTI?


Image may contain: 1 person, text that says "Harakahdaily இன்ள Langkah politik disusun ikut panduan Nabi 2020 September f Harakahdafly KUALA LUMPUR: Langkah diambil dalam menggerakkan perubahan politik negara yang berlaku mutakhir ini adalah menerusi hikmah daripada petunjuk Allah S.W.T sebagaimana dilaksanakan Nabi Muhammad S.A.W."

Petik lagi nama Nabi. Dulu petik nama malaikat bertakbir. Waktu kerajaan perak bawah YB Nizar (Pas) tumbang kerana beberapa Adun lompat dan khianat pada tahun 2009 dulu, Umno ambil alih MB waktu itu kiranya ikut panduan Nabi la ye? Masa tu kenapa keluar ayat lain dan kutuk rampasan kuasa? 

Sebab yang dirampas di Perak itu milik Pas? Sekarang ini kerajaan PH dirampas dan Pas pula subahat jadi perampas, maka hukum berubah?
Wahai walaun, korang masih tak nampak lagi ke penjual-penjual agama ini memperbodohkan korang. Yang untung mereka, dapat jadi menteri. Korang tukang jerit takbir, pacak bendera dan hulur derma je? Akan datang jangan terperanjat kalau hukum berubah lagi jika mereka hilang kuasa.

WFAUZDIN NS


MELANGGAR UNDANG UNDANG BUKAN KESALAHAN MORAL?



ZAHARIN MOHD YASIN

Image may contain: 2 people, text that says "KHAIRUDDIN TAK SALAH, YANG LALAI ADAKAH KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KEMENTERIAN LUAR Khairuddin tidak patut dipersalahkan kerana tidak memakai gelang merah jambu- yang diwajibkan kepada mereka yang pulang dari luar negara dan menjalani kuarantin- selepas kembali dari Turki bulan lalu. "Kementerian Kesihatan ada kelalailanlah, bukan ada apa, kelalaian, begitu jugak Kementerian Luar, menyebabkar Khairuddin menjadi mangsa dan diserang. Mursyidul Am PAS Hashim Jasin BULETÄ°N"
Pada Hadi Awang  dari PAS melanggar undang-undang dan peraturan menyusun dan mengatur masyarakat bukan kesalahan moral.

Ohhh begitu ya. Al-Quran, hadis dan sunnah tidak mengajar kelakuan itu satu kesalahan moral dari ajaran Islam dari pandangan Lebai Pas. Termasuk tidak mematuhi kurantine yang dibuat secara undang-undang.
Tafsirkan kenyataan Lebai ini.
PAS hari ini menegaskan parti itu sangat mementingkan isu moral dan maksiat dalam kalangan pemimpin serta anggota partinya.
Jika didapati ada antara mereka melakukan kesalahan membabitkan moral atau dosa, maka tindakan tegas termasuk pecat akan diambil, kata presidennya Abdul Hadi Awang.
"Yang penting moral dulu... kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral, kita pecat dia," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Sumber: Malaysiakini.


Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini me BERITA Mukhriz Hazim malaysiakini.com Menteri PAS langgar kuarantin: Yang penting moral dulu, kata Hadi"

OWHHH...ASALKAN PROJEK..BANYAK MACAM INI




NIK ISMAIL

Dengar cerita mamat ni koyak. Kita bangsat kan dia sebab dia menyepi bila PN nak tambah sekolah vernakular, sekali dia kona kita jeles dia dapat projek shoot video PM. Kepala bana betul hahahahhaa







Jangan suka hati halang, Sabah ada kuasa Imigresen sendiri, kata Shafie

Jangan suka hati halang, Sabah ada kuasa Imigresen sendiri, kata Shafie

INIKAH SEBAB MUSA AMAN TAKUT SYAFIE APDAL BERI GERAN KEPADA RAKYAT SABAH?


Menjelang PRN Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini, bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman nampaknya semakin tidak senang duduk dan kepanasan punggungnya.
Ini berikutan dengan langkah Ketua Menteri Sabah interim, Shafie Apdal yang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri memberikan geran tanah kepada rakyat yang sudah memohon sejak berpuluh tahun lamanya.
Ketika era pemerintahan Musa Aman sekitar 2003 sehingga 2018, isu geran tanah kepada rakyat Sabah gagal ditangani oleh beliau dan isu itu menjadi tertunggak sehinggalah Warisan menjadi kerajaan dan Shafie Apdal telah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Mungkin ketika Musa Aman menjadi Ketua Menteri, beliau sibuk dengan urusan lain, termasuk untuk dirinya sendiri sehinggakan terlupa rakyat bawahan di Sabah yang saban tahun menanti geran tanah terus terbiar tanpa pembelaan.
Lebih-lebih lagi disebabkan oleh kronisme dan birokrasi kerajaan UMNO dan BN pimpinan Musa waktu itu telah menyebabkan isu tersebut gagal diselesaikan.
Kini, susulan kecoh isu geran tanah yang diselesaikan oleh Shafie Apdal, timbul pula bukti baharu mengaitkan Musa Aman yang didakwa menyalahgunakan kuasanya memohon tanah negeri untuk pemilikan peribadinya melalui syarikat yang dimilikinya sekitar tahun 1997 sehinggalah 1998.
Beberapa bukti dan dokumen yang diperoleh mendapati Musa Aman sebenarnya pernah memohon tanah negeri sebanyak 20,000 ekar pada tahun 1998 menerusi syarikat miliknya di mana beliau ketika itu adalah salah seorang Pengarah Syarikat Corak Nakhoda Sdn Bhd.
Lebih menarik lagi, permohonan tanah  itu dibuat ketika Musa Aman menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah sejak Mac 1995 sehingga beliau meletakkan jawatannya pada Mac 1999 selepas bertanding atas tiket UMNO di DUN Sungai Sibuga.
Dalam dokumen (disertakan bersama) tersebut, Musa Aman menerusi syarikatnya Corak Nakhoda memohon seluas 20,000 ekar di wilayah Tongod, Kinabatangan untuk tujuan pembangunan pertanian.
Persoalannya disini, mengapa Musa Aman yang pada ketika itu memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah memohon tanah negeri untuk kegunaan syarikatnya sendiri?
Bukankah ini sudah menjadi suatu kesalahan kerana wujudnya “conflict of interest”!dan semestinya kes ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa?
Untuk rekod, Corak Nakhoda semasa permohonan tanah itu dilakukan mempunyai dua pengarah yang lain, iaitu Mohamad Sari Nuar dan Ajit Galun.
Lebih menarik lagi, individu yang memberikan kelulusan permohonan tanah tersebut pada ketika itu adalah seorang rakan karib Musa Aman yang juga merupakan ADUN Balung, Osman Jamal di mana beliau ketika itu adalah Pengarah Tanah dan Ukur Sabah.
Dalam dokumen permohonan tanah tersebut, Osman telah meletak minitnya “sila ambil tindakan” dan dipercayai ia bagi memberikan kelulusan kepada permohonan yang dibuat oleh syarikat milik Musa Aman itu.
Siapa Osman Jamal ini?
Beliau merupakan calon BN di DUN Balung pada pilihan raya 2018 lalu tapi kemudiannya pada Mac 2019 melompat menyertai PKR, kemudian melompat sekali lagi menyertai WARISAN dan kini terbaru melompat buat kali ketiga menyertai Musa Aman untuk menjatuhkan Shafie Apdal melalui sokongan Akuan Bersumpah atau SD.
Osman Jamal ini juga selepas melompat menyokong Musa Aman, turut lantang mengkritik tindakan Shafie Apdal yang memberikan geran tanah kepada rakyat Sabah.
Sekarang, baharu kita tahu mengapa beliau sangat marah apabila kerajaan Warisan memberikan geran ini kerana beliau juga salah seorang yang terkait dalam skandal tanah negeri Sabah yang diluluskannya kepada rakan-rakan politiknya, termasuk Musa Aman.
Jadi, sekiranya benar dakwaan ini maka sahihlah rakyat Sabah sebenarnya sudah tertipu sejak berpuluh tahun oleh bekas pemimpin negeri yang berhasrat untuk menjadi Ketua Menteri sekali lagi.
Jadi, siapa sebenarnya yang membela rakyat Sabah – adakah Musa Aman yang terbukti memperolehi 20,000 ekar untuk dirinya sendiri atau kerajaan Warisan pimpinan Shafie yang meluluskan permohonan tanah kepada rakyat Sabah yang memerlukan?
Renung-renungkanlah wahai rakyat Sabah sebelum mengundi pada 26 September nanti!! 
(Shahbudindotcom 02/09/2020)

INJIL TERPESONG: JANGAN FANATIK BERAGAMA – ANWAR

Bukan sahaja mesin untuk air. Mesin pelitup muka layan diri sudah ada di Pulau Pinang



26 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL





SILA KE OLDER POST DENGAN TEKAN BUTANG >   UNTUK BERITA AWAL . 

MISTERI KERETA TUN M DI GUDANG UK…

Merdekakan wanita daripada keganasan rumah tangga - Fadhlina Siddiq





Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan selama 63 tahun, golongan wanita masih belum 'merdeka' dalam beberapa perkara.

Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata segelintir golongan wanita masih lagi menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

"Kemerdekaan ini dipertahankan agar wanita dan anak-anak kita tidak lagi dihujani dengan butir peluru dan dipukul oleh tentera asing.

"Namun demikian, pasca enam dekad menyaksikan isu keganasan rumah tangga masih lagi membejat dalam komuniti. Tidak diganasi oleh tentera, tetapi dipukul oleh suami sendiri.

"Laporan terkini pada 30 Ogos lalu dan tular di laman sosial menyaksikan seorang wanita telah dipukul dan dikasari oleh suaminya.

"Suspek yang juga merupakan seorang penganggur telah menyebabkan mangsa hampir jatuh dari kereta dan masih terus memandu di atas jalan raya ketika kejadian," katanya dalam kenyataan.

Fadhlina berpandangan isu keganasan rumah tangga masih berlaku kerana ia berkait rapat dengan isu pengangguran dan ekonomi keluarga.

"Statistik tahun 2019 menunjukkan punca utama keganasan rumah tangga adalah atas faktor individu dan faktor persekitaran.

"Melihat kepada punca tersebut, dapat difahami mengapa boleh berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga sewaktu pandemik adalah kerana masalah kewangan serta ketidaktentuan masa depan menimbulkan konflik yang ketara.

"Walaupun kes ini telah dalam tindakan pihak berkuasa, usaha berterusan dalam membendung isu keganasan rumah tangga dan pemulihan ekonomi pasca pandemik harus digiatkan.

"Peningkatan kes berikutan penurunan kualiti hidup dan keresahan ekonomi ini wajar diberikan perhatian serius," katanya.

Justeru, Fadhlina menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada sama ada benar-benar memberi perlindungan yang sewajarnya.

Beliau juga menyeru badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan komuniti masyarakat bertindak sebagai petugas barisan hadapan dalam membendung isu keganasan rumah tangga.

"Misi memperkasakan komuniti dan badan bukan kerajaan sebagai kumpulan barisan hadapan dalam menangani isu keganasan rumah tangga perlu disegerakan.

"Kerajaan juga digesa agar mempercepatkan Rang Undang-undang Akta pekerja sosial serta melakukan semakan terhadap Akta Keganasan Rumahtangga khususnya berkaitan perlindungan dan pembelaan untuk mangsa.

"Usah kita lalai dalam usaha mempertahankan kemerdekaan ini. Jangan sampai wanita kita merdeka sebagai warganegara tetapi tidak sebagai warga-rumah sendiri," katanya.


LOGIK AKAL YANG SUKAR DISANGKAL





Terbaik hipothesis ini.Description: 👍Description: 👍Brader kita bawa hujah pencerah minda, keberangkalian yg make sense, masuk akal dan sukar disangkal.

Apa guna nak paksa majoriti tunduk pada minoriti hanya kerana nama dan sokongan yg ntah ke mana?

Jangan kerana nak kejar sokongan yang kecil kita hilang undi yang jauh lebih besar.
Kita dah pernah tekena. Kita dah tahu perangai dan silap pejuWANG, kuatkan dulu rumah PH dan mereka perlu ikut syarat kita. Take it or we break..!!!

PH punya bargaining power jika bersatu. Tak payah le kita tunduk kepada tuntutan dan pe'el angkuh orang luar.

- Zus Din
02 September 2020

'Selesaikan isu tanah, majukan potensi komoditi durian' - KEADILAN





Pertikaian tanah antara pekebun durian Musang King dan Kerajaan Negeri Pahang tidak wajar dipanjangkan sehingga menjejaskan sektor peladangan durian.

Bagi pemimpin KEADILAN, sektor perladangan durian yang telah menghasilkan gred premium Musang King dan mendapat sambutan luar biasa di negara China tidak wajar diganggu gugat dengan kemelut pemilikan tanah seperti yang berlaku hari ini.

Kemelut, kata mereka, hanya akan merosakkan pasaran dan menjejaskan industri durian negara pada jangka masa panjang.

"Demi memajukan industri durian maka sebarang permasalahan antara pihak kerajaan negeri, petani dan pihak korporat harus diselesaikan secara adil dan harmoni tanpa sebarang penindasan demi kestabilan industri yang baru sahaja berkembang maju.

"Kami juga menolak persepsi sesetengah pihak bahawa ini adalah isu perkauman. Kami dapati pekebun-pekebun yang terlibat terdiri daripada pelbagai bangsa. Ada pekebun Melayu yang terlibat. Maka, isu ini tidak harus dilihat dengan kanca mata perkauman, ia seharusnya dilihat sebagai isu kemanusiaan dan masalah petani.

"Masalah tanah yang dihadapi oleh pekebun Durian di Raub bukan unik. Ia juga dihadapi oleh petani pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit, padi, sayur-sayuran, ternakan ayam, lembu dan sebagainya di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Malah di merata dunia, petani juga hadapi masalah yang sama.

"Maka KEADILAN menyeru Kerajaan Negeri Pahang mengambil sikap terbuka dan berperi kemanusiaan menangani masalah antara pekebun dengan syarikat besar dalam operasi pemutihan tanah. Kerajaan negeri harus ingat No Farmers, No Food," kata mereka kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Pengerusi MPN KEADILAN Pahang Fuziah Salleh, Pengerusi Biro Pertanian KEADILAN Pusat Sim Tze Tzin dan ADUN Teruntum Sim Choon Siang.

Menurut mereka, Kerajaan Negeri harus mengambil langkah proaktif menjadi pemudahcara antara pihak pekebun kecil dan syarikat supaya mencapai situasi menang-menang.

Manakala untuk para pekebun, pemimpin KEADILAN merakamkan rasa simpati terhadap masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun, mereka menyeru supaya pekebun bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mencapai situasi menang-menang.

"Kami telah mencadangkan penubuhan koperasi pekebun-pekebun durian yang boleh dinamakan Koperasi Durian Pahang dan terbuka kepada pekebun pelbagai bangsa dan agama.

"Mereka boleh mengambil model Sunkist Growers Cooperative dari Amerika Syarikat atau Dutch Lady Cooperative dari Belanda. Di mana petani-petani kecil dan petani keluarga (family owned farms) bergabung meningkatkan mutu bagi menembusi pasaran dunia.

"Kami rasa syukur cadangan itu diterima secara positif oleh AJK SAMKA yang hadir bersama dengan semalam, termasuk pengerusinya En Chang.

"Tiba masanya pekebun kecil durian ini bergabung tenaga dan meningkatkan mutu, kualiti demi meningkatkan persaingan durian kita di pasaran antarabangsa," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, KEADILAN menyeru semua pihak bertindak secara tenang, rasional serta membuka pintu perbincangan demi menyelesaikan masalah yang berbangkit.


(function() { var d = document, w = window; w

Sajat ‘Kebal’ Di Thailand, Dapat Perlindungan Bukan Calang-Calang Orang.

  P𝚎𝚛𝚍𝚊𝚗𝚊 𝙼𝚎𝚗𝚝𝚎𝚛𝚒 𝚃𝚑𝚊𝚒𝚕𝚊𝚗𝚍 𝙼𝚊𝚜𝚞𝚔 𝙲𝚊𝚖𝚙𝚞𝚛? 𝙳𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚙𝚎𝚛𝚕𝚒𝚗𝚍𝚞𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚔𝚎𝚛𝚊𝚓𝚊...