PANTUN DARI USIN UG CEROI



Udah lama rasanya tok tak berpantun pantan semenjak dapat jadi kerajaan langit ni. Tok nak try sket kot-kot ada lagi skill tok, ok

Waktu PH jadi kerajaan,
Guru tok sokong Si saka tua,
Kelate ganu mudah dapat pinjaman,
Tok wakil pakai mercedes belaka.

Waktu Bn royalti dirampas,
Waktu PH dipulangkan semula,
Lepas tu berpakat amno dan pas,
Kita rampas putrajaya.

Guru tok hadir di hotel sheraton,
Lengkap pakai jubah dan serban,
Di situ berkumpul iblis dan syaiton,
Bercampur gaul dengan puak taliban.

Abah dan semburit buat rancangan,
Khianat PH nak rampas kerajaan,
Guru tok mula start berangan,
Jadi TPM dalam tangan.

Kerajaan Perak dulu di bawah Nizar,
Dirampas juga secara khianat,
Guru tok maki berdegar2,
Habis amno disumpah laknat.

Kali ini guru tok pula bersubahat,
Rampas kerajaan ikut atap,
Guru tok kata bukannya khianat,
Ini bertepatan ikut syariat.

Guru tok diberi jawatan Duta,
Duta pula ke negeri Arab,
Guru tok tersenyum macam unta,
Lupa habis Quran dan kitab.

Ostat Tuan Berahim jadi menteri,
Tugasnya jaga tong-tong sampah,
Wartawan soal dia tak reti,
Musang king punca banjir dan bah.

Ostat Takiri juga dapat jawatan,
Pergi ke Turki berbulan madu,
Langgar SOP Covid dia tak hairan,
Bayar seribu setel selalu.

Bersama amno muafakat nasional,
Bermadu pula dengan Perikatan,
Guru tok ni siapa tak kenal,
Apa yang penting dapat jawatan.

RUU 355 hilang ke mana,
Hudud pula dicampak lama,
Bukan susah jual agama,
Selagi ramai walaun percaya.

Cukup dulu takat ini,
Malam esok malam jemahat,
Tok perlu rehatkan diri,
Malam esok tak le penat.

Nanti free tok sambung lagi,
Kisah Tar snake belum disentuh,
Tok nak buat raptai malam ini,
Malam esok nak menutuh.

Wassalamu.


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

(LIVE) Dr Mujahid: Jet Mewah, Iklan Judi, Kakitangan Awam Wakaf Gaji & T...