Rundingan PKR-Pas: Anwar hanya beri garis panduan, bukan arahan, tegas Rafizi


Anwar Ibrahim
Penasihat umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memberi garis panduan berhubung rundingan antara PKR dan Pas dan bukannya merestui usaha itu sehingga menjejaskan kepentingan Pakatan Harapan (PH).
Malah naib presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan, dalam isu rundingan kerusi dengan Pas, Anwar yang menjalani hukuman penjara mempunyai keterbatasan maklumat dan satu-satunya saluran maklumat adalah melalui para peguam beliau iaitu Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang diketahui pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan Pas untuk mengelak pertandingan 3 penjuru.

Sehubungan itu, katanya kenyataan Anwar semalam tidak boleh disalahertikan sebagai persetujuan untuk terus menggantung rundingan kerusi di peringkat Pakatan Harapan demi memujuk Pas sehingga ke saat akhir penamaan calon.
Rafizi menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap kenyataan Anwar yang dilihat sebagai merestui rundingan Pas-PKR yang diusahakan timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dakwaan bahawa usaha itu direstui Anwar.
"Saya mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu rundingan kerusi di antara KEADILAN dengan Pas yang banyak membantu menjelaskan latar belakang persetujuan beliau mengenai rundingan tersebut (ketika isu ini timbul dua tahun lalu) dan pandangan mutakhir beliau setelah dua tahun perkara ini berlanjutan.
"Saya ada pilihan untuk tidak mengulas lanjut kenyataan tersebut, namun saya khuatir ia disalah erti sehingga menyebabkan Datuk Seri Anwar menjadi sasaran cemuhan rakyat apabila kenyataan itu ditafsirkan secara sekerat-sekerat sehingga ia keluar dari konteks sebenar.
"Sejak semalam, saya lihat ada pihak yang mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar itu menjadi bukti bahawa strategi berunding dengan Pas hingga ke saat akhir itu datangnya dari Datuk Seri Anwar sendiri. Ramai penyokong Keadilan (PKR) dan PH serta rakyat terbanyaknya yang kecewa, tidak kurang juga yang menyerang Datuk Seri Anwar," ujar Rafizi dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Rafizi,  pandangan Anwar dalam sesuatu perkara ketika beliau terpenjara adalah berbentuk panduan umum yang memberi garisan jelas pertimbangan-pertimbangan yang mesti diambil kira dalam membuat keputusan.
Anwar, jelas Rafizi menyenaraikan sempadan-sempadan (parameters) supaya keputusan yang dibuat mengambil kira perkara-perkara penting yang ditetapkan oleh sempadan-sempadan itu.
Bagaimanapun tambah beliau, keputusan diserahkan untuk dibincangkan dan dimuktamadkan oleh pemimpin PKR dan Pakatan Harapan kerana Anwar mempunyai keterbatasan dari segi maklumat terkini yang diperolehi.  

"Dalam isu rundingan kerusi dengan Pas ini, keterbatasan maklumat itu lebih meruncing kerana satu-satunya saluran maklumat beliau yang paling kerap ialah melalui peguam-peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang ketiga-tiganya adalah pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan Pas untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru," ujarnya.
Kenyataan Anwar semalam, ujar Rafizi mengulangi perkara-perkara prinsip yang telah ditegaskan sejak dua tahun lalu iaitu;
1. Segala bentuk kerjasama dengan Pas, kalau pun berlaku, mestilah dalam bentuk kerangka komitmen PKR dengan PH (dan bukannya atas dasar PKR bersendiri dengan Pas).
2. Segala bentuk kerjasama dengan Pas, kalau pun berlaku, mestilah dalam konteks strategi pilihanraya nasional (yang merangkumi semua parti di dalam PH dan semua kerusi di seluruh negara) dan bukannya terbatas kepada Selangor semata-mata.
3. Pendekatan PKR untuk tidak memusuhi Pas bagi tujuan berunding adalah bersyarat kepada kesediaan Pas untuk saling berunding; dan (penilaian sama ada Pas masih bersedia untuk berunding itu) tertakluk kepada penilaian pimpinan PKR dan PH dari semasa ke semasa.
4. Kebimbangan mengenai sikap Pas terhadap Umno dan kemungkinan kerjasama di antara dua parti itu adalah satu pertimbangan penting; dan Datuk Seri Anwar berpegang kepada penafian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini.
5. Tempoh masa rundingan yang lama yang tidak membuahkan hasil membawa risiko besar kepada persediaan menjelang PRU14.
"Kesemua perkara di atas adalah panduan-panduan yang telah digariskan oleh Datuk Seri Anwar sejak dua tahun lalu. Oleh sebab itulah, Keadilan (PKR) mengambil pendekatan untuk membidani penubuhan PH dan pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan dengan Pas selepas itu," jelas Rafizi.
Beliau turut menyenaraikan perkembangan terkini yang membolehkan PKR membuat keputusan segera berpandukan garis prinsip yang ditetapkan Anwar iaitu:
i. Segala bentuk kerjasama dengan Pas mestilah dalam kerangka komitmen PKR dalam Pakatan Harapan – Majlis Presiden PH telah membuat keputusan muktamad menolak sebarang bentuk rundingan kerusi dengan Pas pada saat ini memandangkan ia akan melengah-lengahkan persediaan di peringkat PH jika pembahagian kerusi tidak dapat dimuktamadkan.
ii. Segala kerjasama dengan Pas mestilah melibatkan seluruh negara dan bukannya terbatas kepada Selangor sahaja – kenyataan pimpinan Pas secara berterusan mengesahkan parti itu akan bertanding di kesemua kerusinya semasa bersama Pakatan Rakyat di seluruh negara. Kenyataan terkini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menegaskan rundingan hanya boleh berlaku jika kerusi-kerusi Pas tidak disentuh di seluruh negara. Ini menyebabkan mustahil boleh berlaku sebarang kerjasama kerana tidak ada ruang langsung untuk AMANAH dan PPBM bertanding, sedangkan dua parti rakan PH ini wajar diberi ruang sebaiknya untuk sama-sama membantu menjana kemenangan.
iii. Rundingan dengan Pas adalah bersyarat kepada kesediaan Pas untuk saling berunding dan tertakluk kepada penilaian pimpinan PKR dan PH dari semasa ke semasa – Sehingga hari ini, Pas terus berpendirian untuk tidak berunding dengan PKR atau PH. Malah, Pas Selangor yang merupakan sebahagian dari Kerajaan Selangor telah mengisytiharkan untuk bertanding di 42 kerusi Dun Selangor, termasuk Parlimen Gombak yang diwakili Datuk Seri Azmin Ali sendiri.  
iv.  Kebimbangan rakyat mengenai sikap Pas terhadap Umno. Sehingga kini, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum menafikan perbincangannya secara berterusan dengan presiden Unmo Datuk Seri Najib Razak mengenai kemungkinan kerjasama Pas-Umno untuk merampas Selangor dalam PRU14 seperti laporan media baru-baru ini. Malah jika timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mampu mempengaruhi keputusan JK Pas Pusat, kenyataan beliau yang "berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB" selepas mengadakan pertemuan dengan CEO 1MDB (Arul Kanda Abdullah) tidak membantu meredakan kebimbangan rakyat mengenai sikap Pas terhadap Umno.
v. Tempoh masa rundingan yang lama dengan tiada sebarang kemajuan apabila wakil PKR yang diberi tanggungjawab berunding dengan Pas iaitu naib presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin tidak mengemukakan laporan yang kukuh sedangkan PRU14 semakin dekat.
"Justeru, saya mengalu-alukan saranan Datuk Seri Anwar supaya segala keputusan perlu dimuktamadkan segera memandangkan PRU14 yang terlalu dekat.

"Membawa isu rakyat adalah strategi yang lebih baik untuk memenangi undi penyokong Pas, bukannya rundingan dengan pimpinan yang secara jelas telah menemui jalan buntu," tegas beliau.

TIDAK MENGHAIRANKAN JIKA ANWAR DAN TUN MAHATHIR TIDAK DIPANGGIL OLEH RCI FOREX




KENYATAAN MEDIA

Pada 30 Ogos 2017, peguam saya di Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) ke dalam kerugian matawang asing Bank Negara Malaysia memohon pengesahan bahawa saya akan dipanggil sebagai saksi.

Saya cukup terkejut apabila pengerusi Tan Sri Sidek menjawab bahawa mereka 'belum memutuskan' sama ada akan memanggil saya atau tidak.

Memandangkan saya merupakan Menteri Kewangan pada ketika kejadian tersebut berlaku, sudah pasti ini bukan suatu keputusan yang sukar untuk dibuat!

Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya.

Oleh kerana sepanjang pendengaran ini diadakan nama saya telah dipetik beberapa kali, maka amatlah mustahak untuk saya dibenarkan memberi keterangan.

Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini. Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan.

Tugas dan matlamat sesebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bukanlah untuk membuat kesimpulan atau keputusan pramatang atau memfitnah mana-mana pihak, tetapi untuk menegakkan kebenaran.

Anwar Ibrahim
2 September 2017

Ulasan - Sejak awal lagi tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkaitan forex ini memang sudah diragui. Ia bukan untuk mencari kebenaran, tetapi semata-mata untuk menggali kesalahan Tun Mahathir Mohamad.

Jika bersama kesalahan Tun Mahathir itu, kesalahan Anwar Ibrahim dapat dicari sama , ia tentulah lebih menggembiran Najib kerana kedua-duanya kini merupakan gandingan yang sudah menjadi musuhnya.

Oleh itu, tidak menghairankan jika Anwar dan Tun Mahathir tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI forex. Tahu-tahu nanti, kedua mereka terus diputuskan bersalah atas kerugian urusniaga forex itu.

Maka dengan keputusan itu dapatlah Najib dan seluruh jentera UMNO menggunakannya sebagai modal kempen pilihanraya nanti. Lalu, dalam masa yang sama terlupalah rakyat kepada skandal 1MDB, kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun Najib, hubungannya dengan Jho Low, kekayaan mee segera Riza Aziz,  himpunan barang kemas yang diterima Rosmah sebagai hadiah, cukai GST yang mencekik setiap hari, beban kos sara hidup kian melambung dan pelbagai isu lainnya lagi.

Setelah pelbagai kejadian pelik seperti hilangnya enjin jet, nama Altantuya terpadam dalam rekod Imigresen, ada Pak Arab kononnya sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta tanpa mengharapkan balasan, tidak dipanggilnya  Anwar dan Tun Mahathir untuk memberi keterangan kepada RCI forex dan kemudian terus diletakkan segala beban kesalahan kepada mereka, mungkin satu lagi kejadian pelik yang bakal disaksikan dunia akan berlaku di Malaysia.

Barangkali hanya dengan tidak memanggil mereka saja lebih memudahkan urusan mencari kesalahan itu. Tun Mahathir, sebagai membuktikan keberaniannya, pada 24 Ogos lalu telah hadir dengan kerelaannya sendiri dalam sessi pendengaran RCI forex yang diadakan  di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Kesediaannya hadir menunjukkan beliau tidak pernah takut dengan apa juga ancaman yang cuba dihadapkan kepadanya, meskipun sedar namanya masih tidak disenaraikan untuk dipanggil memberi keterangan.

Dan jika dipanggil, tidak mustahil Tun Mahathir bukan saja akan menjawab segala soalan yang ditanyakan kepadanya dengan mudah, malahan akan "melibas" dan "membelasah" sekali sesiapa yang berkenaan dalam jawapannya.

Apakah Pengerusi dan anggota RCI forex sedia menghadapi situasi itu?

Begitu juga dengan Anwar, sebagai Menteri Kewangan ketika itu, beliau tentu saja lebih mengetahui banyak perkara dan tidak memanggilnya untuk memberi keterangan pasti saja lebih memudahkan kesalahan ditujukan kepada sasaran yang telah diputuskan.

Jadi, walaupun Anwar sekali lagi menawarkan dirinya dan Tun Mahathir perlu untuk dipanggil memberi keterangan, hasrat itu mungkin tidak kesampaian sehingga ke akhirnya.

Di ulang sekali lagi, lebih mudah untuk membuat keputusan tanpa memanggil kedua-tokoh tersebut, biar pun keputusan RCI forex nanti hanya akan ditertawakan oleh dunia.

Najib tidak akan peduli semua itu kerana selama beliau menjadi Perdana Menteri ini pun, dirinya memang sudah terlalu kerap diketawakan dunia.  (ShahbudinHusin 02/09/2017)

AZMIN ALI MERANCANG PECAT RAFIZI RAMLI DAN SAIFUDDIN NASUTION??? BIAR BETUL





AZMIN ALI MERANCANG PECAT RAFIZI RAMLI DAN SAIFUDDIN NASUTIONOLEH:  Azhar Achil



Dengan kemelut isu rundingan Pas - PH berterusan, Azmin dan kabilah kartelnya dikhabarkan sedang merancang untuk;


a) Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution menerima nasib sepertimana yang dialami Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim.

b) Jika tidak berjaya juga, mereka cuba membina persepsi kedua-dua tokoh ini kelihatan menyanggahi dasar parti. 

Jika berjaya, Azmin akan meletakkan kartel-kartelnya pada jawatan-jawatan strategik dalam KEADILAN untuk jawatan dalaman parti dan juga untuk calon-calon PRU. Ia sebagai projek jangka panjang mengurangkan kuasa Anwar Ibrahim dalam parti secara terancang dan sistematik.

Nota Anwar baru-baru ini ternyata dimanipulasi oleh Azmin + Kartel. Sebab itu, tak tersebar langsung tulisan tangan Anwar sebagai bukti dan tersebar pula status di Facebook Latheefa Koya yang dia berjumpa Anwar dua hari sebelum nota dari penjara disebarkan. 

RAFIZI DAN SAIFUDDIN NASUTION AKAN BERTAHAN

Setelah nota penjara itu dimanipulasi, Rafizi dan Saifuddin diserang bertubi-tubi oleh kartel yang merupakan radio buruk Azmin. Ia sebagai tekanan untuk mendorong keadaan bahawa kedua-dua tokoh ini akan meletakkan jawatan dalam parti. 

Namun kedua-dua tokoh ini masih tegap dan tegas berdiri. Mereka tetap dengan pendirian bahawa tiada rundingan dengan Pas lagi, bahkan terus dengan agenda memperkasa PH dan agenda PRU tanpa melibatkan Pas kecuali jika Pas melutut dengan PH dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PH, bukan sebaliknya.



60 tahun Merdeka, tetapi ruang demokrasi sempit seperti dijajah UMNO



KLANG, 3 Sept : Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 esok bagaikan hilang ertinya apabila kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) menyatakan hasrat untuk mengawal kebebasan media atas talian di negara ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan MultImedia (SKMM).
Datuk Seri Salleh Keruak seperti dilaporkan kelmarin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan portal berita atas talian yang mempunyai jumlah pengunjung yang tinggi untuk berdaftar dengan agensi berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengendali media atas talian sebelum mengambil sebarang keputusan bagi menyakinkan orang awam bahawa tidak berlaku sebarang tindakan pencabulan terhadap kebebasan media.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, adalah sukar untuk mempercayai kenyataan Salleh itu.
“Salleh patut tahu bahawa tidak ada sesiapapun yang akan termakan dengan jaminannya itu. Dan pihak kerajaan perlu diberitahu berulang kali bahawa tidak ada ertinya kebebasan jika kebebasan media itu sendiri tidak ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagi Charles, Sambutan 31 Ogos akan lebih bermakna jika semua rakyat Malaysia dapat merai dan merasai hak kebebasan yang dijamin setiap individu dalam sebuah masyarakat yang demokratik.
“Mengimbau semula pengalaman lepas, saya hanya nampak ruang demokrasi di negara ini semakin hari semakin menghilang, di mana pemerintah elit berterusan menentukan bagaimana kita harus berfikir, hidup dan berkasih sayang.
“Pengalaman itu memberikan saya perasaan seolah-olah dijajah semula oleh pihak penjajah yang menindas,” ujar beliau.
Kerajaan UMNO juga sebelum ini mengambil langkah terbelakang dalam aspek demokrasi apabila memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang antara lain memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat. 

TERUS RUNDINGI PAS: AZMIN MAHU BAWA PKR KE MANA?

‘SUMBER DALAMAN PKR’ TANPA DEDAH IDENTITI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KOMEN ANWAR RUMITKAN DASAR PAKATAN HARAPAN – GAH

BIAR PUN SUKAR, PH TETAP USAHA TAWAN KELANTAN, TERENGGANU

(function() { var d = document, w = window; w

RINGKASAN IMBUHAN YANG DITOLAK ANWAR