TIKTOK : DERHAKANYA UMNO PADA RAJA MELAYU- SAMPAI RAJA PUN UMNO SANGGUP TIPU DAN HINA

 

Rm6billion dh dibayar untuk kapal halimunan!Najib dan Hisyam lancar "fake" LCS pada tahun 2017. Rakyat Malaysia yakin Sultan Perak pun tertipu...? DERHAKA UMNO!





TIKTOK : UMNO GAGAL BINA KETAMADUNAN MELAYU


 

TIKTOK: ANAK MUDA TOLAK PAS


 

Najib tak boleh cuci tangan skandal LCS, kata Rafizi




Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli (Kiri) berkata Najib Razak satu-satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh “cuci tangan” dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS), kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, hal ini kerana Najib merupakan perdana menteri ketika kerajaan menandatangani perjanjian bagi projek LCS bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2011 serta merupakan satu-satunya pihak yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal tersebut daripada keperluan tentera laut.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mendakwa keputusan bagi menukar reka bentuk kapal tersebut daripada apa yang dikehendaki pihak tentera laut dikaitkan dengan Kumpulan Naval, syarikat Perancis yang sebelum ini dikenali DCNS.

DCNS merupakan sub-kontraktor bagi projek LCS. Syarikat yang sama turut menjual dua kapal Scorpene milik Malaysia pada 2002.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Rafizi turut mendakwa beliau memiliki dokumen dibocorkan kepadanya yang memberikan gambaran bahawa perjanjian tersebut telah “dimuktamadkan lebih awal” sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan BNS.

Merujuk kepada dokumen dimaksudkan, beliau membayangkan menteri yang terlibat dan BNS mengetepikan pandangan pihak tentera laut melibatkan reka bentuk LCS yang memungkinkan wujudnya campur tangan politik dalam perolehan kapal tersebut.

“Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa bekas perdana menteri, Najib Razak tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini.

“Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal dan pada masa yang sama mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS (melalui pembelian kapal Scorpene) ialah Najib Razak,” kata Rafizi.

Rafizi berkata, Najib lebih berkuasa berbanding menteri pertahanan dan Najib sendiri sewaktu menjadi menteri pertahanan pernah memilih DCNS bagi perolehan kapal selam (Scorpene).

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan BNS telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS.

Wong berkata, tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut, yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein selepas itu berkata, pihak yang terlibat dalam salah laku ini akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan kes itu.

Kenyataan Media Bersama mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada 8 Ogos 2022



DULU MASA PH FB MMP SELALU DESAK BELI JET PEJUANG BARU DAN JUGA KREADIBILITI 2 MENTERI NI. SEKRANG AKU TAK TAU LAH APA KOMEN KAT FB MELAYU ISLE TU..KAH..KAH..KENA PEMBOHONG...BODO SAMPAI TUA...


Kenyataan Media Bersama mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada 8 Ogos 2022

 

Segera nyahklasifikasikan tiga dokumen penting bagi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS)

 

Projek LCS menjadi perhatian selepas laporan PAC berkenaan skandal tersebut diterbit dan dibentangkan di Parlimen pada hari Khamis (4 Ogos) yang lalu.

 

Kami menyeru agar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan membuat keputusan di mesyuarat kabinet pada hari Rabu ini untuk nyahklasifikasikan dokumen-dokumen penting berikut supaya seluruh rakyat Malaysia lebih memahami isu di belakang skandal LCS dan kami dapat bersama mencari jalan penyelesaian.

 

Tanpa nyahklasifikasi dokumen-dokumen ini, banyak soalan akan kekal tidak terjawab.

 

Pertama, kami menyokong cadangan PAC untuk nyahklasifikasikan “Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia” terbitan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang. Laporan ini mempunyai maklumat kewangan yang tidak termasuk dalam laporan PAC.

 

JKSTUPKK ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018 di atas gesaan Menteri Pertahanan pada masa itu, Mohamad Sabu.

 

Dokumen kedua yang perlu dinyahklasifikasikan adalah laporan pengauditan forensik projek LCS dari tahun 2019 oleh Boustead Naval Shipyard (BNS). Pengauditan ini dilaksanakan oleh firma audit Alliance IFA.

 

Laporan pengauditan forensik ini amat penting kerana mempunyai butiran tentang pihak yang bertanggungjawab di peringkat operasi projek.

 

Ketiga, nyahklasifikasikan 10 pucuk surat yang ditulis oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar yang memegang jawatan tersebut dari 1 April 2008 hingga 17 November 2015.

 

Berikut adalah kenyataan Dr. Aziz semasa prosiding PAC:

 

“Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, “Something is gravely wrong”. So, saya tidak mengeluarkan kenyataan- kenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me.”

 

“Despite all the letters, despite seeing personal presentation to all those sama ada KSU, Yang Berhormat Menteri, KSN, KSP dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, we were fighting a losing battle.” (PAC Report, Point 5.1.1 C iii, pages 19-21)

 

Kami amat kecewa melihat teguran dan amaran beliau tidak dilayan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Untuk mendapatkan jalan keluar bagi skandal LCS yang melibatkan berbilion ringgit, kabinet Malaysia perlu segera nyahklasifikasikan dokumen-dokumen ini.

 

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

 

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan

 

 


SIAPAKAH PENGKHIANAT SEBENAR KEPADA ORANG MELAYU?



8 Ogos 2022 bersamaan 10 Muharram 1444


1. Sejak negara Merdeka pada 1957, banyak syarikat, badan pertubuhan dan unit pelaburan ditubuh oleh kerajaan untuk membantu memajukan kepentingan orang Melayu baik dalam bidang perniagaan swasta atau mereka dalam khidmat kerajaan dan pesara termasuk orang awam.


2. Di antara yang terbesar di maksudkan adalah Lembaga Tabung Haji - TH, Lembaga Tabung Angkatan Tentera - LTAT, FELDA dan MARA. 


3. Malangnya entiti entiti ini yang sepatutnya menjadi begitu berjaya dan kaya raya dengan sokongan kerajaan 'Melayu' selama lebih 60 tahun  mengalami berbagai  masalah buatan sendiri oleh 'orang dalam'  Melayu jugak yang sepatutnya menjaga kepentingan orang Melayu dan mereka yang dalam kalangan orang kurang berada.


4. Tabung Haji yang menjaga kepentingan orang Islam dan Melayu khususnya telah mengalami masalah kewangan salah pelaburan yang disedari oleh kerajaan Pakatan Harapan - PH apabila kami memerintah dan menteri PH berkenaan telah mengambil tindakan sepatutnya untuk memulihkan TH.


5. Perkara ini diperakui sendiri oleh Ketua Audit Negara melalui laporan rasminya.


6. Syarikat Boustead yang majoriti besar di miliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera - LTAT juga terbabit dalam kontrak kontroversi merugikan melibatkan urusniaga pembinaan kapal untuk tentera laut di mana RM6 billion telah dibayar  tanpa sebuah pun dari 6 kapal siap dibina. Ini adalah skandal yang besar.


7. Kerajaan PH telah memulangkan RM550 juta kepada LTAT untuk mengelakkan kerugian lebih teruk kepada LTAT.


8. Masalah FELDA dan pelaburan hartanah merugikan termasuk diluar Negara telah menjadi isu besar utama pada PRU 14 yang telah membantu menjatuhkan kerajaan 60 tahun BN pada PRU 14.


9.Tidak tertinggal kontroversi pembelian hartanah di Australia dengan harga terlalu tinggi yang merugikan MARA oleh pengurusan dan pihak atasan, sekali lagi oleh pengurusan orang Melayu yang merugikan MARA 


10.Keluasan  tanah rezab Melayu yang sepatutnya di tahap 50 % tanah negara kini tinggal hanya12 % selepas lebih 60 tahun pemerintahan berterusan kerajaan yang di dominasi "Melayu" bawah BN.


11. Pengurusan atasan keseluruhan Tabung Haji,  LTAT, FELDA dan MARA yang hampir seratus peratus orang Melayu Islam telah mengkhianati bangsa Melayu mereka sendiri.


12. Tidak boleh dinafikan salah guna kuasa, penyelewengan dan ketirisan yang berleluasa adalah akibat pengurusan dan pentadbiran kerajaan di kuasai MELAYU ISLAM oleh kerajaan  BN,dan kini PN, yang memerintah secara berterusan sejak Merdeka.


12. Perkara ini di akui sendiri oleh ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan Pemuda BERSATU Wan Ahmad Fayhsal di sebuah sessi forum baru baru ini yang menyatakan konsep 'ketuanan' feudal tanpa pengurusan beramanah tidak boleh diteruskan lagi atas kesan negatifnya.


13. Malaysia sedang  mengalami keruntuhan moral, etika dan amanah pentadbiran serta pengurusan yang amat teruk oleh kumpulan elit Melayu Islam kita sendiri yang sedang memusnahkan negara dan nasib bangsa kita.


14. Untuk mengalih pandangan isu masalah utama sebenarnya, bangsa lain sering dimomokkan untuk mengalih pandangan  serta menimbul kebencian sementara perompak sebenarnya beleluasa.


15. Sebenarnya Melayu ditipu secara berterusan oleh mereka yang berbangsa Melayu sendiri begitu lama dan nilai serta taraf hidup Melayu dan agama terus merosot.


16. Hal ini berlaku secara berterusan begitu lama dengan bertopengkan perjuangan Melayu Islam di mana anak serta cucu cicit kita akan menjadi mangsa jangka masa panjang  di masa hadapan.


17. Mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah tempatan dan luar negara terus di panggil "boss ku' ditambah pula dengan ungkapan tambahan ' malu apa boss ku'.


18. Islam dan budaya Melayu meminta kita mengamalkan sikap ada perasaan malu dan merendah diri demi memelihara akhlak yang mulia.


19. Tanpa sikap malu ini makin terhakislah keMelayuan kita dan nilai moral Islam kita. Sikap malu mencerminkan tahap keimanan kita sebagai seorang Islam dan juga Melayu


20. Semakin dilaungkan konsep kerajaan Melayu Islam makin kurang sikap malu untuk melakukan kesalahan dan makin menyerlah sikap budaya nilai 'cash is king' .


21. Adakah ini nilai Melayu Islam baru yang kita inginkan iaitu  'kekayaan kewangan adalah segala galanya' = cash is King?


22. Tepuk dada tanyalah iman kita.


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu 

Pengerusi AMANAH Terengganu




BERSATU PATUTNYA CALONKAN HAMZAH, BUKAN AZMIN UNTUK TPM…

 

Semalam ada laporan berita yang menyebut Azmin Ali adalah calon tunggal yang dikehendaki oleh Mahiaddin Md Yasin untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini bermakna tiada nama Hamzah Zainuddin atau mungkin nama beliau telah digugurkan daripada pertimbangan hati dan fikiran Mahiaddin sebagaimana yang banyak diperkatakan sebelum ini.

Oleh kerana tiada penafian sehingga ini daripada pihak Bersatu atau Mahiaddin, laporan berkaitan Azmin itu bolehlah dianggap sebagai ada kebenarannya.

Turut dilaporkan ialah Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dikatakan agak keberatan untuk melantik Azmin bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri itu.

Seorang pemimpin Bersatu ketika ditanya tidak menafikan bahawa memang nama Azmin sebagai calon tunggal yang diusulkan oleh Mahiaddin kepada Ismail Sabri untuk dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun tidak tahu sebab sebenar kenapa hanya nama Azmin menjadi pilihan Mahiaddin, sedangkan sebelum ini nama Hamzah turut sama disenaraikan.

Barangkali ini adalah cubaan Mahiaddin untuk memujuk Azmin agar beliau kekal bersama Bersatu dan tidak menyertai Parti Bangsa Malaysia pimpinan Zuraida Kamaruddin.

Tetapi, sebagaimana semua orang sedar, Azmin lebih tercemar imej dan penonjolannya berbanding Hamzah.

Walaupun kedua-duanya Hamzah dan Azmin adalah termasuk dalam kategori pengkhianat dan pelompat parti, menteri MITI itu lebih hitam lagi imejnya di mata umum kerana terkait dengan isu video yang masih kabur sehingga sekarang.

Dengan imej sedemikian, tentulah amat sukar untuk beliau dinaikkan pangkat berlebih-lebihan sehingga ke peringkat Timbalan Perdana Menteri.

Tambahan lagi UMNO yang mengetuai kerajaan sekarang begitu kuat mengkritik dan menghemtan Azmin berkaitan isu video berkenaan.

Matilah UMNO dalam PRU15 akan datang jika setelah kuat membalunnya, tapi tiba-tiba dilantik pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam hal ini, mungkin jika nama Hamzah yang dicadangkan, pertimbangan jadi lebih mudah untuk dilakukan.

Saya percaya kalau nama Hamzah yang dicadangkan, hasilnya barangkali lebih positif, kata pemimpin Bersatu tadi yang turut kecewa kerana partinya gagal memperolehi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

Kini dengan nama Azmin sudah ditolak, tidak munasabah lagi untuk Bersatu membuat cadangan kedua dengan meletakkan nama Hamzah pula sebagai gantinya.

Melepas teruslah nampaknya kedua-dua mereka untuk jawatan tersebut.

Adakah ini suatu kesilapan Mahiaddin? – ShahbudinHusin 08/08/2022.




Dari Rafizi Ramli 8 Ogos 2022 BNS DAPAT DOKUMEN SEBUTHARGA DARI DCNS SEBELUM SURAT LANTIKAN (LOA) KERAJAAN MALAYSIA- RAFIZI RAMLI

 

Dari Rafizi Ramli


8 Ogos 2022

 

BNS DAPAT DOKUMEN SEBUTHARGA DARI DCNS SEBELUM SURAT LANTIKAN (LOA) KERAJAAN MALAYSIA

 

Sebahagian besar dari masalah-masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama:

 

1. Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind (yang ditolak TLDM tetapi diluluskan Menteri Pertahanan)

 

2. Pelantikan kontraktor dan perincian kontrak berat sebelah yang merugikan negara dan TLDM

 

Isu penukaran reka bentuk kapal dari Sigma kepada Gowind menjadi tumpuan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC). 

 

Prosiding PAC menunjukkan Menteri Pertahanan pada ketika itu (Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang) pada mulanya bersetuju (pada 26 Mei 2011) dengan pilihan TLDM untuk menggunakan reka bentuk Sigma.

 

Akan tetapi, dua bulan kemudian iaitu pada 11 Julai 2011, Menteri Pertahanan menukar keputusan itu dan bersetuju dengan cadangan BNS (kontraktor utama kapal perang LCS) untuk menggunakan reka bentuk Sigma.

 

Apa pentingnya pertukaran reka bentuk dari jenis Sigma kepada Gowind ini? 

 

TLDM memilih Sigma demi keperluan dan kehendak pertahanan negara kerana kelas Sigma dinilai sebagai lebih baik dan lebih moden berbanding kelas Gowind. Apabila Zahid Hamidi menukar reka bentuk kepada kelas Gowind, ini bermakna keupayaan pertahanan laut tidak akan menepati kehendak dan perancangan TLDM.

 

Lebih penting lagi, reka bentuk Sigma dan Gowind melibatkan sub-kontraktor yang berbeza. Reka bentuk Sigma, jika dipilih, melibatkan kepakaran pembinaan kapal dari Belanda berbanding reka bentuk Gowind yang melibatkan kepakaran dari Perancis.

 

Dari sinilah kita dapat menyelami punca sebenar berlakunya skandal ini.

 

Ada pihak berkepentingan yang mahukan sub-kontraktor dari Perancis dipilih untuk membekalkan reka bentuk dan membina kapal LCS ini, walaupun keputusan TLDM adalah untuk kapal kelas Sigma.

 

Sub-kontraktor dari Perancis ini bukan asing lagi dalam skandal pembinaan kapal di Malaysia. Akhirnya, sub-kontraktor yang dilantik adalah DCNS, iaitu kontraktor yang sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene.

 

Lebih teruk lagi, dokumen-dokumen dalaman BNS yang dibocorkan kepada saya turut mengandungi dokumen berikut:

 

1. Sebutharga dari DCNS bernombor 10/DCI/ASI/0097 kepada BNS bertarikh 23 Disember 2010

2. Sebutharga dari DCNS bernombor 11/DCI/ASI/0029 bertarikh 4 April 2011

3. Surat Niat (“Letter of Intent”) dari DCNS bernombor BNS/SGPV/LOI/1011 bertarikh 21 Oktober 2011

 

Tarikh-tarikh sebutharga dari DCNS (sebagai sub-kontraktor) kepada BNS (sebagai kontraktor utama Kerajaan Malaysia) adalah sangat penting apabila kita membandingkan garis masa skandal ini.

 

Surat Lantikan (“Letter of Award”) dari Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertahanan) untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011. Ini bermakna DCNS bukan sahaja telah mendapat maklumat sepenuhnya mengenai rundingan pembinaan kapal perang ini, malah DCNS telah pun menghantar sebutharga dan diberikan Surat Niat sebelum pun BNS dilantik menjadi kontraktor utama.

 

Satu siasatan dalaman BHIC (Boustead Heavy Industries Corporation), iaitu salah satu syarikat induk yang memiliki BNS, telah membuat kesimpulan berikut:

 

“.. It is unusual to have a DCNS quotation dated 23 December 2010 even before the LOA was signed by BNS with the (Government of Malaysia) GOM/MINDEF. This indicated that the deal was pre-determined between the vendor and certain vested persons at BHIC/BNS who were at the helm of the decision-making process. The history of DCNS and its unethical practices to bribe Malaysians during the deal is well documented which were filed in the Court by the investigative agencies at France after conducting searches at DCNS & Thales office.”

 

“.. Adalah luar biasa apabila (BNS) sudah pun ada sebut harga dari DCNS bertarikh 23 Disember 2010 sebelum pun Surat Lantikan dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia/KEMENTAH kepada BNS. Ini menunjukkan kontrak ini telah dimuktamadkan lebih awal di antara vendor (DCNS) dengan pihak-pihak berkepentingan di BHIC/BNS yang berkuasa membuat keputusan. Sejarah DCNS dan amalan korupnya yang merasuah individu-individu semasa rundingan kontrak pertahanan diketahui umum dan telah menjadi kes mahkamah di Perancis setelah pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat DCNS & Thales.”

 

Saya yakin rakyat Malaysia bersetuju dengan saya bahawa pegawai-pegawai di BHIC/BNS adalah “ikan bilis” yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan strategik pertahanan negara dengan menukar reka bentuk kapal perang dari yang diputuskan oleh TLDM kepada yang ditolak TLDM.

 

Melihatkan kepada keputusan Menteri Pertahanan pada ketika itu (Zahid Hamidi) yang menukar keputusannya dari memilih Sigma kepada Gowind (yang dibekalkan DCNS) juga membayangkan ada campur tangan pihak yang lebih atas dari Menteri Pertahanan sendiri.

 

Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini. 

 

Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal dan pada masa yang sama mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS (melalui pembelian kapal Scorpene) ialah Najib Razak.

 

Pertama, beliau lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan pada ketika itu untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS, dipilih.

 

Kedua, beliau mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS (dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales) untuk projek-projek besar negara. Selain dari projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS, Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent (sebuah syarikat pembuat paip yang tidak ada pengalaman membina LRT). Saya telah mendedahkan skandal ini dalam tahun 2012 dan boleh dibaca di sini: https://rafiziramli.com/category/skandal-lrt-george-kent/

 

Saya menunggu bagaimana Najib Razak akan menjawab persoalan-persoalan ini. 

 

Pada masa yang sama, saya akan terus mendedahkan pelbagai penyelewengan yang telah berlaku sehingga menyebabkan tidak ada satu kapal pun yang disiapkan setakat ini.

 

RAFIZI RAMLI

 

 


BERDOALAH WAHAI SEMUA RAKYAT, SEMOGA PH MENJADI KERAJAAN....KITA NAK TANGKAP KAKI SAPU DUIT MERENGKOK DALAM NEGARA

 


Selamba saja jawab ya....kalau dulu la jadi zaman oh.....Hishammuddin yakin kapal pertama LCS akan siap setahun dua




Hishammuddin Hussein berkata tiada sebuah pun kapal LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi jaminan kapal tempur pesisir (LCS) pertama yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.

“Saya menyatakan sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua ini, saya harap kapal pertama akan dapat kita siapkan,” katanya di sidang Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Razali Idris yang mahu tahu jangka masa kapal tempur itu akan diterima kerajaan, memandangkan sebelum ini Kementerian Pertahanan (Kementah) hanya menjelaskan projek itu akan diteruskan.

Khamis lalu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Kementah dan BNS tidak menghiraukan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih tentera laut telah diluluskan Kementah, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.

Katanya, tiada sebuah pun LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada BNS yang mendapat projek itu secara rundingan terus. Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata bagi memastikan projek itu siap dalam tempoh ditetapkan, beliau akan melaporkan perkembangan pembinaan kapal berkenaan secara berperingkat kepada Kabinet dan orang awam.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada tentera laut dan saya akan maklumkan kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan untuk memastikan kali ini mengikut apa yang telah dijadualkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengakui terdapat kelemahan dari pihaknya berhubung projek itu, yang menyebabkan ramai pihak kecewa termasuk dirinya.

Namun, katanya, semua pihak harus melihat ke depan bagi memastikan isu berkenaan tidak berulang pada masa akan datang.

“Saya tahu banyak kelemahan saya juga, kecewa, ramai kecewa tetapi kita mesti lihat ke hadapan dengan mencari keadilan bagi memastikan kapal ini dapat dibekalkan kepada TLDM dan cari jalan terbaik untuk pastikan ianya tidak berulang pada masa akan datang.”

Duit habis kapal tidak siap, SPRM apa khabar?



Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) sebagaimana didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu merupakan satu pendedahan yang menggemparkan.


Hal itu hanya berlaku apabila PAC diketuai oleh wakil rakyat pembangkang dari DAP Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.


Bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau kagum dengan kerja kerja yang dilakukan PAC sehingga rakyat mengetahui hal yang telah disorokkan oleh pemimpin BN sejak 11 tahun lalu dalam skandal pembinaan kapal Tentere Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenaan.


"Topik hangat minggu ini ialah kapal TLDM tak siap. Kisah ini lama diketahui umum. Hanya tidaklah terperinci sehinggalah PAC umumkan hasil kerja mereka setelah disiasat lebih 2 tahun.


"Saya angkat topi dengan anggota PAC. Tekun, sabar, cermat dan tak heboh buat kerja. Selesai teliti dokumen, kumpul dan semak keterangan saksi dan kemudian siapkan laporan dan bentang kepada Parlimen.


"Fakta yang tak mampu ditangkis ialah duit habis kapal tak siap," katanya.


Oleh itu, Setiausaha Agung KEADILAN itu tertanya tanya apakah tindakan selanjutnya agensi kerajaan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Beliau juga bersimpati dengan TLDM yang tidak memiliki keupayaan tempur yang dijanjikan sejak sedekad lalu.


"SPRM apa khabar?


"TLDM pula tidak dapat kapal. Moral mereka terkesan dan keupayaan terjejas," katanya.


Justeru, Saifuddin sekali lagi memuji ketekunan PAC mendedahkan skandal LCS dan berharap rakyat akan sedar dari lena yang panjang pada Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


"Semoga rakyat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul dan tepat


"Sekali lagi buat rakan rakan Ahli Yang Berhormat anggota PAC saya “salute” anda semua," katanya lagi.

 

(function() { var d = document, w = window; w

Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN

  Gambar pertemuan dikongsi dalam status Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin.   Dua Presiden parti dalam gabungan politik, Perikatan Nasio...