PENJUAL UBAT JANGANLAH GUNA NAMA USTAZ

 


HAMDAN TAHA


Negara kita antara negara yang mempunyai pesakit kencing manis paling tinggi di dunia ikut purata penduduk

Begitu juga masalah jantung dan darah tinggi,jantung adalah punca kematian utama bersama kencing manis dalam negara kita

Kerana itu maka berlambak lambak lah dalam pasaran mengeluarkan produk yang boleh menghapuskan terus penyakit kencing manis,jantung dan darah tinggi

Ramai lah penjual penjualnya termasuk lah ramai ustaz ustaz,artis artis jadi juru cakap produk yang mereka pun tak tahu betul ke tidak boleh menyebabkan kencing manis boleh hilang dan pesakit jantung boleh baik,tapi kempen mereka beribu ribu orang telah berjaya di selamatkan kerana produk ini,itu lah ayat mereka

Bayangkan lah minyak zaiton,hasbatulsauda,sacha inci di katakan boleh menyebabkan kencing manis boleh baik dan menurunkan kadar gula di bawah 6 dan 5

Semua ini satu pembohongan sahaja tak ada satu produk pun boleh menyebabkan kencing manis boleh pulih dan hilang jika produk mereka itu boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan jantung boleh hilang hospital hospital lah tempat ubat itu bukan di FB FB

Ada beberapa produk saya tak nafikan boleh turunkan kadar gula dalam darah termasuk daun ketum pun boleh turunkan kadar gula atau bunga bakawali yang pahit itu tapi tidak boleh menyebabkan penyakit kencing manis dah tak ada

Beberapa orang sahabat saya percaya sakan dengan ubat ubatan yang di jual di fb fb konon boleh hilangkan kencing manis,dan dia suka membeli dan mencuba berbagai ubat entah ubat apa,kononnya herba dan baru baru ini tiba tiba dr maklumkan buah pingang dia telah rosak tahap 2 kerana terlalu banyak makan ubat entah dari mana asal usul ini

Artis dan ustaz ustaz yang jadi penjual hati hati lah jangan kira dapat duit je terus jadi duta dan keluarkan ayat ayat surga sedangkan itu semua tidak benar

Negara kita juga antara negara tertinggi pesakit buah pingang di sebabkan kencing manis dan ubat ubatan juga ubat ubat yang tak tahu asal usul

Juga ramai yang kena buah pingang di sebabkan makan ubat kuat sex bagi lelaki selagi ada ubat dia dengar boleh naikkan si anu pasti dia beli dan cuba akhirnya buah pingang rosak kerana kandungan ubat kuat itu ada yang menyebabkan buah pingang rosak

Negara kita juga ramai orang sakit gaut dan bila ada gaut maka ubat tahan sakit di makan macam gula gula dan satu keperluan akhirnya buah pingang juga jahanam cepat

Jadi sahabat sahabat jangan percaya kepada ubat ubatan kononnya boleh menyebabkan kencing manis boleh hilang atau menurukan kadar gula dalam darah ke tahap yang melampau iaitu dari 20 le 5 dari 24 ke 4.8 ini semua pembohongan,tidak akan berlaku perkara begitu dalam perubatan kencing manis

Konon makan ubat mereka makan lah apa pun tak apa tak perlu lagi diet dan kawal makan,makan lah apa pun kerana makan produk dia gerenti gula turun,bohong tahap melampau

Minyak zaitun minyak sacha inci minyak hasbatul sauda tidak boleh menurunkan mendadak gula dalam darah ini semua bagi saya tidak benar

Tapi minyak minyak itu boleh membantu memperbaiki saraf,kesihatan jantung itu yer boleh di terima tetapi berkaitan kencing manis tidak boleh di terima

Penjual produk tak payah lah guna nama ustaz...saya ada ustaz saya adalah pakar semua ni akhirnya penjual barang jer

 

No comments: