VIDEO UCAPAN ANWAR DAN GAMBAR GAMBAR DI MALAM HARAPAN BARU SARAWAK







Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Dalam ucapan sewaktu majlis makan malam Harapan Sarawak Baru malam tadi, saya turut membangkitkan berkenaan isu penebangan hutan di Sarawak dan Sabah yang kian meruncing.
Saya tekankan bahawa kita mesti mempunyai kekuatan dan tekad politik yang jelas bagi menangani permasalahan ini.
Saya sempat berbincang dengan mantan Perdana Menteri BritainGordon Brown dan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gorebagi memohon bantuan dan dukungan terkait isu alam sekitar bagi memulihkan semula dan melindungi khazanah hutan di Sabah dan Sarawak.



Hanya penyokong klepto-teokrasi beria-ria mahu bersama UMNO





Image result for HADI UMNO


Hanya pendukung kleptokrasi dan klepto-teokrasi akan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa partinya tidak akan berkerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan DAP. 

“Soalan yang patut ditanyakan Zahid ialah siapakah yang mahu bekerjasama dengan sebuah parti yang diketuai oleh seorang presiden yang mencipta sejarah dikenakan 87 tuduhan jenayah berkaitan rasuah?

“Lebih-lebih lagi, siapa yang akan bekerjasama dengan sebuah gabungan politik yang mempunyai penasihat yang terlibat dengan skandal 1MDB, digelar kleptokrat dan menghadapi 42 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram?

“Jawapannya mudah – hanya penyokong kleptokrasi dan klepto-teokrasi!” ujar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini. 

Klepto-teokrasi adalah istilah yang digunakan Kit Siang bagi mengambarkan “doktrin politik di Malaysia yang menyalahguna Islam untuk menyokong rompakan, rasuah, tiada toleransi, ketaksuban, pembohongan dan penipuan”.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini, dilantik menjadi penasihat Barisan Nasional baru-baru ini. Ia dilihat pemerhati politik sebagai tindakan terdesak Najib untuk mengukuhkan kedudukannya dalam blok pembangkang itu


TUN M SEPENGGAL: AZMIN LANGGAR KONSENSUS – DR MAZLAN

NAJIB MENGAKU WANG RM42 JUTA MASUK AKAUNNYA, KATA PEGUAM

MENANG DI SARAWAK ATAU HADAPI KEMARAAN UMNO – PAS

YB YAHYA SAARI JAWAB AZMN





KENYATAAN MEDIA

RESPON KENYATAAN YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Setelah saya membaca dan meneliti juga mengamati kenyataan YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan sokongan terhadap pendirian Presiden PAS sebagai alasan untuk memulihkan ekonomi sangat tidak munasabah dan melampau.

Saya sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat serta pendokong utama gerakan Reformasi ingin menyarankan serta menasihati YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil langkah-langkah yang berikut;

1. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu berehat serta menerima rawatan khusus kerana kelihatan kurang sihat serta tidak mampu berfikir secara waras.

2. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu melepaskan semua jawatan di peringkat kerajaan dan parti.

3. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui tidak mampu memikul tugas serta tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi bila memperakui hanya kerjasama dengan PAS  dapat memperkukuh ekonomi Malaysia.

4. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk memikul tugas Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Sekian.

Hj Mohd Yahya bin Hj Mat Sahri
Ketua Cabang Parti Keadilan Tanjung Karang/ Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tanjung Karang

29 Julai 2019 ( Isnin)


PELIK BILA AZMIN TERPEDAYA DENGAN PAS DAN UMNO

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, meme dan teks


BERITA

'Azmin dulu lebih cenderung Pakatan Rakyat, tak sokong Dr M'

News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kenyataan menyokong Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dengan membangkitkan sumbangannya terhadap Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Bagaimanapun rakan seangkatan Syed Saddiq dalam Bersatu, Rais Hussin menyangkal beberapa perkara yang dibangkitkan Syed Saddiq dan mengkritik Azmin berkenaan peranannya dalam gabungan itu.
Mengulas tulisan menteri itu yang bertajuk 'PH amat terhutang budi pada Azmin', Rais yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Bersatu berkata "ia adalah naratif baru".


Semua tahu, sebelum PRU14 sewaktu PH menamakan Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, berbagai kenyataan dari Pas dan Umno yang memperlekehkan Tun M. Di kalangan parti KEADILAN sendiri ada dua tiga kerat pimpinan yang menyuarakan rasa tidak senang apabila Tun M dinamakan.

Pas pernah menyatakan negara ini akan rosak binasa jika Tun M menjadi PM semula. Hadi tanpa rasa malu sebagai seorang ulamak kononnya, memperlekehkan Tun M dengan menyatakan Tun M hanya layak menjadi doktor di klinik 1 Malaysia. Pemimpin Umno lebih hebat lagi menghina Tun M dengan menggelarnya orang tua nyanyuk dan sebagainya.


Di dalam KEADILAN waktu itu, pernah kita dengar Azmin selaku Timbalan Presiden menyokong Tun M sebagai PM? Tiada. Apa yang ada hanyalah suara-suara tidak puas hati dari beberapa orang kuat Azmin seperti Zuraidah. Ertikata lain, waktu itu tiada suara sokongan dari Azmin pun untuk menyokong Tun M sebagai PM. Mungkin beliau impikan namanya diangkat mengambil kesempatan Anwar di dalam penjara.

Hari ini, Azmin mengeluarkan kenyataan menyokong Pas dan Umno yang turut kononnya menyokong Tun M sebagai PM. Azmin sebagai orang lama dalam politik sepatutnya boleh membaca mengapa sekarang Pas dan Umno menyokong Tun M? Azmin bukan tidak tahu, Anwar lebih awal menyokong Tun M sebagai PM sewaktu beliau di dalam penjara lagi, disaat Azmin sendiri tidak mengeluarkan sokongan kepada Tun M.

Mengapa sewaktu Anwar dan KEADILAN mengeluarkan kenyataan menyokong Tun M, Azmin selaku Timbalan Presiden tidak mengeluarkan sokongan kepada kenyataan ini? Secara tiba-tiba sekarang, Azmin sokong kenyataan Pas dan Umno? Ada udang balik batu.

Tidaklah bodoh sangat kita untuk menjangkakan mengapa Pas dan Umno sokong Tun M sekarang ini, bukan dahulu lagi. Ini adalah kerana pertamanya mereka mahu wujudkan perpecahan di dalam PH. 
Keduanya, mereka amat takut Anwar jadi PM sebelum PRU15 kerana potensi Anwar untuk hancurkan Pas dan Umno amat besar sekali. Anwar seorang yang komited dengan agenda reformasi. Hanya dengan melaksanakan agenda reformasi sahaja bakal menguburkan pas dan Umno. Ini yang amat ditakuti oleh Umno dan Pas.

Mengapa Azmin turut menyokong strategi dan helah Pas dan Umno itu? Mudah saja, beliau mahu "nyawa" politiknya dipanjangkan. Hanya Tun M sahaja mampu memberi "oksigen" kepada beliau yang kini "semput dan nazak" dengan isu video Sandakan. 
Demi kepentingan diri, beliau sanggup menyokong Pas dan Umno sama seperti beliau pernah lakukan sewaktu beliau menjadi MB Selangor dahulu.

Cukup-cukuplah Azmin dengan sandiwara mu itu.

WFAUZDIN NS


AZMIN NYATA SUDAH TAWAR HATI DENGAN PKR, ELOKLAH CARI WADAH BARU….



Imej mungkin mengandungi: teks







Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak hadir lagi dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diadakan semalam.
Ini bukanlah kali pertama beliau tidak hadir mesyuarat MPP, malah difahamkan ketidakhadirannya telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu lagi.
Selain itu, Azmin juga dikatakan sudah sekian lama tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR, meskipun beliau adalah pemimpin nombor dua dalam parti.
Kenapakah Azmin sudah lama tidak hadir mesyuarat PKR, sedangkan melalui parti itulah beliau beroleh tiket untuk bertanding dalam pilihanraya dan seterusnya menikmati jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan?
Walaupun mungkin Azmin ada jawapan tersendiri mengenai ketidakhadirannya dalam mesyuarat PKR, tetapi oleh kerana ia berlaku sudah sekian lama, jawapan yang ternampak logik ialah beliau sudah mula tawar hati terhadap PKR.
Jika Azmin masih ada perasaan sayang kepada PKR atau menghargai sumbangan parti dalam pembinaan karier politiknya selama ini, beliau tentunya tidak ambil mudah mengenai kehadirannya dalam mesyuarat.
Lebih-lebih lagi dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR, ketidakhadiran dalam mesyuarat untuk suatu tempoh yang agak lama adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.
Apakah Azmin berbuat demikian kerana merasakan PKR tidak penting lagi baginya?
Adakah ini disebabkan beliau melihat bahawa menjaga hati dan membontoti ke mana saja Tun Mahathir Mohamad pergi adalah jauh lebih penting daripada menunaikan tanggungjawabnya kepada PKR?
Yang nyata, jika ini berterusan, Azmin memang tidak sesuai lagi untuk terus berada dalam PKR.
Beliau sebaiknya memilih jalan sendiri dengan menyertai mana-mana parti pilihannya, termasuk Gerakan atau menubuhkan partinya sendiri.
Lagi pun jika Ezam Mohd Nor dan Ibrahim Ali pun berani menubuhkan parti sendiri untuk meneruskan perjuangan masing-masing, tiada sebab untuk Azmin memperlihatkan dirinya lebih penakut daripada kedua-dua mereka itu.
Dengan adanya parti baru itu nanti, bolehlah beliau mengangkut semua orang dalam PKR yang menyokongnya bersama partiitu. (Shahbudindotcom 29/07/2019)


TUN M TAK MAHU JADI ALAT KEPADA DALANG, TAPI APAKAH MELINDUNGI MAKSIAT TINDAKAN LEBIH MULIA.?







Berikutan kecaman ramai terhadap pendiriannya yang dilihat berbeza antara tahun 1998 dengan sekarang apabila muncul isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali, Tun Mahathir Mohamad menolak ia sebagai sesuatu yang bercanggah.

Katanya, tidak ada percanggahan dalam pendiriannya.

Fakta pertama, Tun Mahathir berkata, beliau tidak pernah mempengaruhi mahkamah pada 1998, tetapi menjelaskan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu diputuskan oleh mahkamah.

“Tidak ada percanggahan. Tindakan yang diambil pada 1998 tidak berdasarkan klip video.

"Mahkamah telah membuat keputusan itu. Video-video yang berikutnya tidak mempengaruhi mahkamah atau orang lain, tidak mempengaruhi saya," kata Tun Mahathir dalam catatan terbaru di blognya.

Fakta kedua, Tun Mahathir seterusnya sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa kes video yang didakwa melibatkan Azmin itu adalah  jelas permainan politik kotor yang mahukan beliau bertindak kepada individu yang dituduh.

"Sekiranya saya mengambil tindakan seperti yang diharapkan mereka, saya akan menjadi alat kepada perancangan itu.

"Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi alat kepada mereka dan saya tidak akan menjadi sebahagian daripada politik kotor itu," tegasnya lagi.

Bolehkah diterima hujah-hujah Tun Mahathir ini?

Dalam kedua-dua hujah yang disebut oleh beliau itu, semuanya adalah salah dan Tun Mahathir ternampak tidak memperlihatkan kejujuran serta keikhlasannya dalam berkata-kata.

Dalam fakta pertama, kenyataan Tun Mahathir yang menyebut pemecatan Anwar diputuskan oleh mahkamah adalah suatu pembohongan dan cuba memutar-belit sejarah.

Hakikatnya, Anwar telah dipecat pada 2 September 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir atas kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Pada malamnya pula, dalam mesyuarat tergempar MT UMNO, Anwar seterusnya dipecat pula sebagai ahli UMNO yang bermakna semua jawatannya dalam parti tergugur secara automatik.

Hanya selepas itu, setelah dimalukan dengan pendedahan mengaibkan melalui media-media arus perdana, barulah beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

Dalam kes salah guna kuasa, Anwar dihukum penjara selama lima tahun, tetapi dalam kes liwat, bellau kemudian dibebaskan di peringkat rayuan tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Jadi, di mana wujudnya keadaan seperti yang disebut oleh Tun Mahathir bahawa pemecatan Anwar diputuskan oleh mahkamah?

Memang selepas itu Anwar ada membawa ke mahkamah untuk mencabar pemecatannya dan beliau kalah dalam kes tersebut, tetapi fakta yang seluruh dunia tahu ialah bukan tandatangan hakim yang memecatnya daripada kerajaan, sebaliknya tandatangan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri.

Lagi pun, hanya kerana Anwar tidak berjaya mencabar pemecatannya itu  dan ia disahkan oleh mahkamah sebagai tindakan yang sah, ini tidaklah bermakna mahkamah yang telah memutuskan pemecatan itu.

Hakikatnya Anwar telah dipecat sebelum beliau mencabar kesahihan pemecatannya di mahkamah.

Dalam fakta kedua, Tun Mahathir jelas bertegas tidak mahu bertindak apa-apa terhadap Azmin yang dikaitkan dengan perlakuan seks sejenis sebagaimana terpapar dalam video dan ditonton oleh majoriti rakyat Malaysia adalah semata-mata kerana tidak mahu menjadi alat atau diperalatkan oleh mereka yang menyebarkan video berkenaan.

Pendirian Tun Mahathir berkaitan perkara ini mungkin betul dan boleh diterima sekiranya video tersebut adalah palsu dan pelakunya bukan Azmin sebagaimana yang dikaitkan dan dipercayai ramai.

Selain mengapa Azmin masih tidak menyaman Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu adalah pasangan seks sejenisnya yang terus menimbulkan kegairanan jika benar beliau bukan pelaku dalam video itu, keengganan Tun Mahathir menjadi alat dan diperalatkan dengan sendirinya pula mengesahkan Azmin adalah lelaki dalam video berkenaan, meskipun tidak dapat dikenalpasti oleh pihak polis setakat ini.

Tidakkah dengan tidak sedia mengambil apa-apa tindakan dan hanya kerana tidak mahu dijdikan alat, bermakna Tun Mahathir sudah jadi pelindung kepada kemaksiatan?

Mengapa pada 1998 Anwar dipecat hanya berdasarkan pengakuan seseorang yang mendakwa telah diliwat, tetapi sekarang dengan paparan dalam video yang jelas dan terang, tindakan tetap tidak mahu diambi?

Mengapa pada 1998 ia dikata isu moral dan bukan isu politik, tetapi pada 2019 dikata ini isu politik dan bukan isu moral?

Apakah tafsiran moral sudah berbeza dalam diri Tun Mahathir antara tahun 1998 dengan 2019?

Lebih daripada itu, apakah pendirian Tun Mahathir yang enggan bertindak terhadap Azmin kerana tidak mahu diperalatkan itu merupakan tindakan yang suci, mulia dan lebih terpuji daripada menjadi pelindung kepada kemaksiatan?

Mengapa tidak, selain dalang dicari, pelaku dalam video itu juga sepatutnya turut dihukum atas perlakuan kejinya? (Shahbudindotcom 28/07/2019)

SIAPA YANG MEMULAKANNYA??


Image result for yb nor azam karap

Izinkan sebentar saya membicarakan perihal parti saya-parti keramat,Parti Keadilan Rakyat.

Mungkin akan ada pihak yang tidak menyenangi tulisan saya ini dan mungkin juga akan ada pihak yang menganggap tulisan saya ini mewakili sebelah pihak. Tapi inilah amalan demokrasi paling subur yang sentiasa digunakan oleh kedua-dua pihak ketika berhujah-siapa lebih hebat!

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks



1)Berkenaan isu sokongan kepada Presiden parti,Saudara Tian menyarankan agar ianya dihentikan kerana amalan tersebut bakal memecahbelahkan parti. Tapi tidakkah Saudara Tian sedar,amalan itu bermula dengan sokongan 27 orang kepada Timbalan Presiden berkenaan isu video dan menolak politik kotor dan jijik. Ya,ada anggota parti yang mempercayai video tersebut,ada yang tidak mempercayai dan ada yang masih ragu-ragu. Sebenarnya pada asasnya,pimpinan tinggi seperti Saudara Tian yang sepatutnya meyakinkan anggota parti peringkat bawahan bahawa sebagai salah seorang anggota parti keramat ini,kita menolak sebarang politik jijik dan kotor,bukan mengeluarkan kenyataan yang nampak memilih kepada suatu pihak. Suara anggota parti tidak boleh disekat. Bagaimana anda tidak setuju dengan suara pihak yang lain,begitu juga dengan pihak yang satu lagi. Saya sebagai anggota parti yang memimpin di peringkat negeri, akan sentiasa memastikan setiap anggota parti di bawah seliaan saya untuk menolak sebarang bentuk politik kotor dan jijik-yang kita semua dengar semenjak 1998. Rasanya semua anggota parti menolak politik kotor dan jijik.

Oh,sebelum semua terlupa,masihkah anda ingat akan surat yang ditandatangani oleh 25 orang MPP pada tahun 2017? Cuba ingat kembali apakah tujuan surat itu dikarang. Tak perlu saya tulis di sini.

2)Timbalan Presiden telah dipilih pada pemilihan parti yang lepas secara sah dan beliau juga mewakili suara anggota parti yang menyokong beliau dan mewakili seluruh anggota parti. Wajarkah jika beliau selalu tidak hadir ke mesyuarat bulanan parti? Saya rasa,di situ adalah platform terbaik untuk beliau menyuarakan ketidakpuasan hati beliau kepada mana-mana pihak dan seterusnya membawa suara anggota parti yang menyokong beliau. Saya pernah di nasihatkan oleh penyokong presiden parti,walau tidak suka sebanyak mana pun atas setiap tindak tanduk Timbalan Presiden selama ini,kita kena akui dan hormati jawatan Timbalan Presiden yang beliau jawat itu. Jawatan Timbalan Presiden itu adalah termasuk sebagai salah salah satu sistem yang menggerakkan parti ini. Itulah pegangan saya semenjak pemilihan parti yang lepas. Sewajarnya,Timbalan Presiden datanglah mesyuarat,berbincanglah bersama yang lain.

3)Presiden telah menyatakan bahawa polis telah mengesahkan Timbalan Presiden tidak terlibat di dalam kes video tersebut, maka sewajarnya semua pihak gembira dengan laporan tersebut dan mengambil positif saranan Presiden untuk kita semua kembali bertaut sebagai sebuah parti yang terkuat di dalam Pakatan Harapan. Tetapi masih ada pihak yang masih tidak berpuas hati dan mengaitkan Presiden terlibat di dalam skandal video tersebut. Sebenarnya apa kamu mahu ? Kamu mahu orang percaya bahawasanya Presiden terlibat kerana mahu orang percaya ikut selera kamu? Itu tidak boleh lah saudara.

Jika Setiausaha Politik beliau bersalah, hukumlah SetPol tersebut. Kita semua setuju bab itu. Tapi SetPol telah membuat pengakuan yang beliau tidak terlibat dengan sebarang salahlaku berkenaan video tersebut-seperti mana Timbalan Presiden tidak mengakui yang beliau adalah insan di dalam video tersebut. Maka Keadilan juga perlu ditegakkan kepada SetPol tersebut.

Begitu juga ketika Presiden berkata, ' Kalau Azmin terlibat,maka dia harus berehat'.

4) Akhir sekali, kembalilah ke meja rundingan-berdamailah kita semua. Ini saja harapan dan suara anggota akar umbi di seluruh Malaysia.

Saya menulis atas kapasiti peribadi,tiada didorong atau dipaksa oleh sesiapa pun. Ini hanyalah pemikiran peribadi saya.

Saya meninggalkan kerjaya di laut bukanlah untuk melihat parti keramat ini berpecah,tetapi ingin melihat parti ini menjuarai isu rakyat-bukan menjuarai isu politik.

YB Nor Azam Karap
Kuala Perlis

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..