SIAPA YANG MEMULAKANNYA??


Image result for yb nor azam karap

Izinkan sebentar saya membicarakan perihal parti saya-parti keramat,Parti Keadilan Rakyat.

Mungkin akan ada pihak yang tidak menyenangi tulisan saya ini dan mungkin juga akan ada pihak yang menganggap tulisan saya ini mewakili sebelah pihak. Tapi inilah amalan demokrasi paling subur yang sentiasa digunakan oleh kedua-dua pihak ketika berhujah-siapa lebih hebat!

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks



1)Berkenaan isu sokongan kepada Presiden parti,Saudara Tian menyarankan agar ianya dihentikan kerana amalan tersebut bakal memecahbelahkan parti. Tapi tidakkah Saudara Tian sedar,amalan itu bermula dengan sokongan 27 orang kepada Timbalan Presiden berkenaan isu video dan menolak politik kotor dan jijik. Ya,ada anggota parti yang mempercayai video tersebut,ada yang tidak mempercayai dan ada yang masih ragu-ragu. Sebenarnya pada asasnya,pimpinan tinggi seperti Saudara Tian yang sepatutnya meyakinkan anggota parti peringkat bawahan bahawa sebagai salah seorang anggota parti keramat ini,kita menolak sebarang politik jijik dan kotor,bukan mengeluarkan kenyataan yang nampak memilih kepada suatu pihak. Suara anggota parti tidak boleh disekat. Bagaimana anda tidak setuju dengan suara pihak yang lain,begitu juga dengan pihak yang satu lagi. Saya sebagai anggota parti yang memimpin di peringkat negeri, akan sentiasa memastikan setiap anggota parti di bawah seliaan saya untuk menolak sebarang bentuk politik kotor dan jijik-yang kita semua dengar semenjak 1998. Rasanya semua anggota parti menolak politik kotor dan jijik.

Oh,sebelum semua terlupa,masihkah anda ingat akan surat yang ditandatangani oleh 25 orang MPP pada tahun 2017? Cuba ingat kembali apakah tujuan surat itu dikarang. Tak perlu saya tulis di sini.

2)Timbalan Presiden telah dipilih pada pemilihan parti yang lepas secara sah dan beliau juga mewakili suara anggota parti yang menyokong beliau dan mewakili seluruh anggota parti. Wajarkah jika beliau selalu tidak hadir ke mesyuarat bulanan parti? Saya rasa,di situ adalah platform terbaik untuk beliau menyuarakan ketidakpuasan hati beliau kepada mana-mana pihak dan seterusnya membawa suara anggota parti yang menyokong beliau. Saya pernah di nasihatkan oleh penyokong presiden parti,walau tidak suka sebanyak mana pun atas setiap tindak tanduk Timbalan Presiden selama ini,kita kena akui dan hormati jawatan Timbalan Presiden yang beliau jawat itu. Jawatan Timbalan Presiden itu adalah termasuk sebagai salah salah satu sistem yang menggerakkan parti ini. Itulah pegangan saya semenjak pemilihan parti yang lepas. Sewajarnya,Timbalan Presiden datanglah mesyuarat,berbincanglah bersama yang lain.

3)Presiden telah menyatakan bahawa polis telah mengesahkan Timbalan Presiden tidak terlibat di dalam kes video tersebut, maka sewajarnya semua pihak gembira dengan laporan tersebut dan mengambil positif saranan Presiden untuk kita semua kembali bertaut sebagai sebuah parti yang terkuat di dalam Pakatan Harapan. Tetapi masih ada pihak yang masih tidak berpuas hati dan mengaitkan Presiden terlibat di dalam skandal video tersebut. Sebenarnya apa kamu mahu ? Kamu mahu orang percaya bahawasanya Presiden terlibat kerana mahu orang percaya ikut selera kamu? Itu tidak boleh lah saudara.

Jika Setiausaha Politik beliau bersalah, hukumlah SetPol tersebut. Kita semua setuju bab itu. Tapi SetPol telah membuat pengakuan yang beliau tidak terlibat dengan sebarang salahlaku berkenaan video tersebut-seperti mana Timbalan Presiden tidak mengakui yang beliau adalah insan di dalam video tersebut. Maka Keadilan juga perlu ditegakkan kepada SetPol tersebut.

Begitu juga ketika Presiden berkata, ' Kalau Azmin terlibat,maka dia harus berehat'.

4) Akhir sekali, kembalilah ke meja rundingan-berdamailah kita semua. Ini saja harapan dan suara anggota akar umbi di seluruh Malaysia.

Saya menulis atas kapasiti peribadi,tiada didorong atau dipaksa oleh sesiapa pun. Ini hanyalah pemikiran peribadi saya.

Saya meninggalkan kerjaya di laut bukanlah untuk melihat parti keramat ini berpecah,tetapi ingin melihat parti ini menjuarai isu rakyat-bukan menjuarai isu politik.

YB Nor Azam Karap
Kuala Perlis

No comments: