DOK KALUT. DIA ISTIHAR RETA MERDAK DIA... LEBAI BILA LAGI???

 


Dok kalut PMX Pemimpin No 17 Paling kaya di dunia.. 




Kawan tu istihar harta ..  Bukan No 17 tu kira harta berbillion..  RM11 juta ja cik oii .. Berani ka pemimpin PN Istihar harta ?? 😂😂..


Dia jadi Menteri puluh tahun masa dengan Umno dulu ..


 - Menteri Keewangan

 - Menteri Belia Dan Sukan

 - Timbalan Perdana Menteri 


Tapi sampai hari ni aset dan harta cuma RM11 Juta .. 


Anak Saka Tua hampir setengah tahun nak selesaikan istihar harta tak bising pulak hahah ..



#PDRM... MEMFITNAH DENGAN DAHSYAT KONONNYA DIWAJIBKAN BELAJAR BAHASA CINA DAN DIMAKTUB DALAM. PEELEMBAGAAN.


 

SEBAB BUTA HATI PERUT LAH NEGERI KEDAH SATU APA PUN GAK JADI. HANG BUKA MULUT MUHONG... DENGAR SAMPAI HABIS APA YANG DAH DILAKUKAN.


 

DIA TAK BUSUK PERUT MACAM KAMU LA....


 

TAK PA AIHHHH... NANTI PILIHANRAYA KITA SOKONG KAK LAH.. SOH DIA PEGANG MOTORBOT TANPA KUNCI


 

KEH. KEH. KEH.. ORANG SUSAH NAK MAMPOIH NEGERI NAK BUAT TARIKAN PELANCONG... APA PUNYA KEMETOT OTAK LEBAI


 

MASA BANJIR DI PENANG SUATU KETIKA DULU, APA YANG WALAUN TAK KATA... INI BALA... KITA REPORT POLIH... NI BALA.. BILA KENA KE KEDAH KELANTAN.. DEPA KATA NI UJIAN.... NAMPAK?


 

TU DIAAAA... HANG BUAT APA?


 

Beri keutamaan tertinggi kepada mangsa banjir enam negeri – PM

 




Perdana Menteri menggesa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memberikan keutamaan tertinggi kepada mangsa banjir dan penduduk di kawasan terjejas.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan perkara itu susulan enam negeri terkesan banjir monsun ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.


“Setakat jam 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri.

“Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di keenam-enam negeri setakat ini.


“Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang (9,223 keluarga), 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan,” kata beliau.


Dalam masa sama, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah memperkemaskan penyelarasan bagi situasi bencana itu.


Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Parlimen.


Bencana banjir turut menyaksikan golongan warga emas dan sakit terlantar paling terjejas.


PMX BANTU RAKYAT TERLEBIH DAHULU KETIKA INI


 Sempat ketemu Menteri Besar Terengganu usai sesi soal jawab di Parlimen tadi, untuk berbincang terkait program kami di Tasik Kenyir hujung minggu ini.




Mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing di Terengganu, saya memutuskan untuk menangguhkan dahulu rencana itu.


Saat ini, kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana ini menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya. Moga mangsa-mangsa banjir di semua negeri terlibat terus tabah dalam menghadapi musibah ini.


#MalaysiaMADANI



JANGAN PUTAQ ALAM LA SANUSI.


 

HANG CAKAP, WALAUN SPIN, HANG INGAT WALANON NAK DOK DIAM. TAK SAMAN MEMANG NASIB HANG BAGUIH LA.


 

SEMALAM BARU AKU KATA TUNGGU SURAT SAMAN, HARI NI DAH MINTA MAAF. KO TENGOK IKLAN MANA SAMPAI JADI BENGGONG.


 

MAHATHIR PELAKON AIR MATA


 

Hebat hang punya modal.Real tu Scam ? Pemimpin Pas tawar modal hanya sekali seumur hidup tapi untung besar

 


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan menawarkan orang ramai untuk menyertai apa yang digelarnya “real business” bersama Rich Academy Global (RAG).


Dalam klip video berdurasi 2.25 minit yang tersebar di media sosial, Nasrudin memberitahu dia hanya mengeluarkan RM1,560.54 sebagai modal untuk menyertai “perniagaan pintar” itu pada Disember 2023.


“Mungkin modal sekarang lebih murah.

“Jadi, dengan modal hanya sekali seumur hidup, bayar modal dan kemudiannya saya dikembalikan modal tersebut dalam bentuk produk dalam tempoh empat atau lima hari Waktu bekerja, produk tersebut sampai,” katanya.


Nasrudin yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh dalam masa sama juga mendakwa modal yang dikeluarkan “tidak hangus”.


Jurulatih RAG berkenaan juga menambah pada bulan pertama penyertaannya, dia mendapat pendapatan dua kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Semakan mendapati Nasrudin menerusi hantaran di Facebook pada 29 Julai lalu juga mempromosikan “peluang keemasan” yang diceburinya itu.


“Anda tercari-cari peluang perniagaan yang real (bukan skim cepat kaya, bukan pelaburan scammer), namun mudah operasi niaganya dan lumayan pendapatannya, boleh dengar dulu penerangan kami,” katanya.


Menerusi siri hebahannya, pemimpin Pas itu antara lain menggunakan ungkapan “melahirkan usahawan haraki”, “jana pendapatan tambahan yang lumayan” serta “menjana pendapatan lima angka“.


Malah, hari ini Nasrudin menguar-uarkan Bengkel Kecemerlangan Usahawan di Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 30 November ini.




Taikun terkaya Malaysia Ananda Krishnan meninggal dunia

 

Hartawan Malaysia, Tan Sri T Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.


Perkara itu disahkan sendiri syarikat Usaha Tegas Sdn Bhd, iaitu syarikat pegangan pelaburan yang diterajui Ananda.


“Dengan rasa dukacita, kami mengumumkan pemergian pengerusi kami, T Ananda Krishnan, yang meninggal dunia dengan tenang pada 28 November.

“Mendiang memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara dan dunia korporat, serta inisiatif kebajikannya telah menyentuh banyak kehidupan,” kata syarikat itu.


Ia juga memohon agar permintaan keluarga untuk berkabung secara peribadi dihormati semua pihak.


Sebelum ini Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia, selepas hartawan hotel dan hartanah Tan Sri Robert Kuok serta Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong, dengan nilai kekayaan bersih sebanyak USD5.1 bilion.

Ananda juga mengasaskan pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran dan media, Astro Malaysia Holdings Bhd.



'Datuk Seri akan dikenang PM terbaik, tiada lagi gred D' - MP Bersatu



Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) menasihati Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak membeli aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berkualiti. Beliau berkata, jika kerajaan mampu membeli helikopter ATM yang mengikut spesifikasi teknikal, Anwar Ibrahim pasti akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang terbaik. Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau tidak bersetuju untuk membahaskan spesifikasi dan keperluan pembelian helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara terbuka.


[[LIVE]] 23.11.24 PAS TIBAI BERSATU. HASAN KARIM DIGANTUNG. LANGKASUKA G...

Baru citer semalam....



So industri hiburan dan politik ,

illu-minati dan mas0n hilang 2 funder terbesar..


Dalam sukan masih ada Morningstar di Singapura ;

dan Tentera Junta di Golden Triangle.


Kat Mesia ni tinggal MAHathir GrandMaster saja ;

dragon lain banyak dah jilat PMX...


Yeah setiap ciptaan itu ada umurnya,

mason kini diambang kekalahan ✨


WR




NAMA ASAL UPM AKAN DITUKAR. KENAMA ASAL.


 Cadangan untuk menukar semula nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada nama asalnya iaitu Universiti Pertanian Malaysia akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.






YB RAFIZI MEMANG GENIUS PASAL TU LA LEBAI PANAS! SATU PENCERAHAN YANG TE...

TERKINI BERKAITAN PENDAKWAAN TERHADAP ABAHCOW! KEPUTUSAN DARI MAHKAMAH P...



Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memindahkan perbicaraan kes yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Gua Musang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Azmi Abdullah itu adalah berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas. Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin berkata antara alasan dibentangkan pihaknya adalah terdapat isu-isu perundangan rumit dan kesulitan luar biasa yang dijangka timbul khususnya berkaitan dengan isu keperlembagaan beberapa peruntukan di dalam Akta Hasutan 1948. “Kes ini melibatkan mantan Perdana Menteri dan mendapat liputan media yang meluas serta berkepentingan awam,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Pada 4 Nov lepas, barisan peguam Muhyiddin mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Gua Musang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Sebelum ini Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas. Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.




PELIK TAPI BENAR! BETAPA PENGECUTNYA YIDDIN & HADI! EMBANGKANG PULA ASIK...

BIASA ORANG JADI PRESIDEN NI TAK MACAM TUNGGUL KAYU....

 






Mahiaddin tak tahu siapa yang pergi berunding, tiada mandat



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin mengakui tidak tahu siapa yang terlibat untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk jajaran baharu Kerajaan Perpaduan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga menolak dakwaan bahawa PN mempunyai kaitan dengan kenyataan yang dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung usaha memujuk partinya meninggalkan kerajaan sedia ada.

“Saya baru dengar (dakwaan Ahmad Zahid), nak tanya juga siapa orang (yang terlibat) ini.

“Kalau saya sebagai Pengerusi PN dan Presiden Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), tidak buat apa yang disebut (pujuk BN keluar kerajaan).


“Saya tidak tahu pihak lain, sama ada dari dalam atau di luar parti.

“Saya tidak tahu perkara yang sebenar, itu sahaja yang saya boleh kata,” katanya, dipetik Sinar Harian.


Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu terdapat ahli Parlimen pembangkang yang bertemunya dan menawarkan membentuk kerajaan baharu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu turut mendakwa, ahli Parlimen terlibat meminta diberi jawatan empat menteri selain menawarkan jawatann Perdana Menteri kepada gabungan itu.

Walau bagaimana pun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, beliau menolak pelawaan tersebut dengan mengajak untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada.



                              

MP PN KOYAK! PERSOAL KEPUTUSAN MEREKA SENDIRI SEMASA JADI KERAJAAN DARI ...

AMANAH gesa Kementerian Pendidikan pastikan pencapaian pelajar dinilai secara holistik

 




AMANAH menggesa Kementerian Pendidikan membuat kajian menyeluruh ke atas keberkesanan sistem sedia ada bagi memastikan pencapaian pelajar dapat dinilai secara holistik dan lebih efisien.


Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, banyak pihak menyuarakan agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dimansuhkan pada 2022 dikembalikan semula.


“AMANAH mengambil maklum cadangan pelbagai pihak termasuk golongan cendekiawan, pendidik, NGO dan ibu bapa yang mencadangkan sistem peperiksaan umum bagi pelajar Tingkatan 3 (PT3) dan Darjah 6 (UPSR) dikembalikan,” katanya.

Perkara berkaitan peperiksaan UPSR dan PT3 itu antara ketetapan yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional malam tadi.


Dalam masa sama, AMANAH menyatakan sokongan penuh kepada usaha reformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengangkat martabat negara ini.


“Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dalam memulihkan dan membugar ekonomi negara harus mendapat sokongan penuh rakyat.


“AMANAH juga amat menghargai sokongan semua parti gabungan perpaduan yang konsisten mengekalkan kestabilan politik sepanjang dua tahun ini dan tempoh mendatang pentadbiran Kerajaan Perpaduan,” kata Faiz lagi.




KEBIASAAN IKLAN DALAM PORTAL...IKLAN MENGARUT PUN KORANG MAIN PERCAYA BUTA TULI..ADOIII LAAA.

 Gelar PM hebat disenarai 18 pemimpin terkaya dunia, kecaman hujani Wan Fayhsal dan PN

Pemimpin Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dihujani kecaman Gara-gara menulis sepatah perkataan,’Hebat’ susulan penyenaraian nama Perdana Menteri sebagai antara 18 pemimpin terkaya dunia.


Laman web Yahoo! Finance meletakkan Anwar di tempat ke-17 dengan nilai bersih AS$2.4 juta (kira-kira RM10.7 juta).

Nilai bersih yang dilaporkan adalah sebahagian daripada asset Anwar, yang diisytiharkan pada November 2022.

Lapor Yahoo! Finance itu lagi, Anwar memiliki tunai dan pelaburan berjumlah hampir AS$180,000 (RM779,183) bersama-sama dengan majoriti asetnya berjumlah AS$2.2 juta (RM9,529,577) terdiri daripada sebuah rumah dan tiga bidang tanah.


Namun, reaksi ‘hebat’ daripada Wan Ahmad Fayhsal di platform X itu dilihat hanya mengundang cemuhan dan sindiran orang ramai.


Rata-rata membandingkan jumlah kekayaan yang dimiliki dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Yassin serta bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.


Tiga tahun lalu, Mahathir yang juga penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau ‘State-Goverment 4′(SG4) dilapor memiliki kekayaan berjumlah RM45 bilion.

Mahiaddin pula ketika menjadi Perdana Menteri pada 2020 mempunyai jumlah aset melebihi RM10 juta.


Menerusi maklumat dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun itu juga memaparkan Annuar Musa memiliki asset berjumlah kurang dari RM20 juta.






ALAH... TAKAT SHAIDAN KASIM HANGPA NAK BANGGA... DNAA JUGA... LAIN TUNGGU MASA

 









Koyak Rabak Basah Lencun PN PAS 


Peraga pondan macam KEDAH dan KDA FC buat takpe.Halal kata Lebai Kelarah🤣🤣🤣🤣 Moto GP jadi isu utama wakil rakyat kawasan aku.Masa PN jadi kerajaan tak ada pula Menteri Agama PAS Idris Sagon mahupun MP dari PAS tegur 😅


Patut bila umum bonus die dapat duit tetapi die umum staff negeri dapat karangan je. 🤣🤣🤣 Settle karangan die blok orang.Gila koyak dia ni.Hari² meroyan tulis karangan semenjak tak boleh bagi bonus.Woiii MB kayu.Kau lemah mentadbir negeri yang takde pembangkang pun gagal.Lepas tu nak meroyan salahkan orang.Koyak rabak DrAhmadSamsuri.Tak mampu bayar bonus nak marah kat orang lain.Jual tanah mahal sikitlah baru negeri ada untung 🤣🤣🤣


“Nak lawan rasuah tapi angkat Zahid jadi TPM”


“Zahid ada 47 kes prima facie pun PMX lantik jadi TPM”


“Zahid Hoi Hoi Hoi Ya Hoi”


“… Zahid bla bla bla…”


Zuwairi md Yusof



- Walaun PAS,Macai BERSATU,CYTRO2 PN


Belakang senyap-senyap cari Zahid nak angkat jadi PM. 😂🤣😆



SIAPA DIA.


Najib Bakar


 MB Sanusi sebut, ada pihak yang cuba gagalkan pelaburan swasta di Kedah. Harap bukan tuduhan kepada Kerajaan Pusat.





Ianya mungkin berkaitan penarikan diri pelaburan Kumpulan Bin Zayed game changer RM40 billion di Langkawi tu.


Baru dua hari lepas beliau sebut Kedah tak rugi pun sebab dah untung dari premium tanah dan cukai.


Yang menarik, dalam laporan berita yang sama, MB Sanusi sebut dan aku quote balik, 


"Malah projek kerjasama antara BZI dan Widad untuk projek itu juga diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, bukan di Kedah.


"Pengumuman (pelaburan) sebelum ini pun dibuat oleh Menteri Kewangan terdahulu yang kini menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), bukan saya, pergi cari dia," katanya.


Terima kasih sebab sahkan yang jika ada pelaburan sebegitu, yang patut dapat dan ambil kredit adalah Kerajaan Pusat.


Bermakna, pengumuman tambahan pelaburan Infineon berjumlah RM30billion tu, kejayaan PMX dan Kerajaan Pusat yang tarik pelabur.


Janganlah cuma ambil kredit kalau pelaburan berjaya, tapi bila tak jadi, taichi kat orang lain.


Pelaburan Infineon yang besar di Kedah juga bukti bukan Kerajaan Pusat yang gagalkan pelaburan swasta di Kedah.


Betoi? ☺️



HIPOKRATIK AMANAH ATAU KEBEBALAN PAS DALAM MEMAHAMI ISU ROYALTI NEGERI TERENGGANU




28 November 2024


Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mengkritik AMANAH sebagai  tidak menghormati hak federalisme dalam Negara Malaysia dalam isu royalti Terengganu mencerminkan  ketidaktahuan apa apa pimpinan sayap pemuda parti terbabit dalam isu royalti yang dibangkitkan. 


Walaupun kenyataan terbabit memetik isi perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu berbunyi; 


"PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan Negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati di terengganu dan dijual oleh Petronas atau agen-agen atau kontraktor- kontraktor dalam tempoh yang diperuntukan dalam Fasal 2." 


Persoalan saya, bagaimana PAS mengukur sempadan pada klausa "petroleum yang didapati di Terengganu" ?  adakah sehingga hujung dunia?


Disitu kecuaian atau kealpaan besar kenyataan terbabit. PAS harus merujuk Kanun Tanah Negara bagi mengenalpasti sempadan negeri Terengganu, kerana tidak ada apa apa yang tiada sempadan dalam dunia ini melainkan kebodohan. 


Perkara ini telah disebut dalam kenyataan awal dikeluarkan iaitu; 


Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara. Yang mendefinisikan “Tanah Negeri” sebagai ; 


“State land” means all land in the state (including so much of the bed of any river and  of the foreshore and the bed of the sea, as is within the rerritories of the state or the limits of territorial water) other than - 


a) Alienated land;

b) Reserved land;

c) Mining land;

d) Any land which, under the provisions of any law relation to forensts (whether passeed before or after the commencement of this Acr) is for the time being reserved forest:


'Limits of territorial waters’ dalam definisi diatas pula boleh dirujuk melalui Ordinan Darurat 1969 (sebelum mansuh) dan akta 750 (selepas mansuh) iaitu sempadan hak negeri adalah kawasan perairan yang tidak melebihi 3 batu nautica.


Persoalan lain yang ditimbulkan ialah mengapa Perjanjian 1975 dibuat sekiranya petroleum bukan milik Terengganu? Perlu difahami bahawa kewujudan perjanjian tersebut bukanlah bukti bahawa hasil petroleum itu secara mutlak milik negeri. 


Sebaliknya, perjanjian ini dirangka sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa sekiranya petroleum didapati berada dalam sempadan negeri, maka pembayaran tunai akan diberikan kepada negeri yang terlibat. 


Justeru, perjanjian ini tidak menimbulkan sebarang kesalahan kerana ia hanya bertujuan untuk mengesahkan hak pembayaran sekiranya sumber itu ditemui dalam kawasan negeri.


Dua persoalan dibangkitkan dalam kenyataan sama adalah kenapa sebelum menjadi kerajaan persekutuan, pimpinan Amanah lah yang paling hebat kononnya memperjuangkan isu royalti di Terengganu? Apakah ketika itu pimpinan Amanah tak membaca atau jahil tentang undang-undang yang ada berkenaan perkara ini?


Tiada kesalahan untuk memperjuangkan hak royalti negeri Terengganu, AMANAH akan terus memperjuangkan hak royalti negeri namun ia harus dengan kebijaksanaan, bukan kebebalan. Tiada guna jika menuntut pada sesuatu yang tidak menepati akta dan perjanjian yang dibuat. Sebagaimana dilakukan oleh Samsuri, dan PAS kini. 


Ia harus mengikut prosedur dan tatacara yang betul, jika sudah termaktub dalam undang undang negara bahawa hak wang tunai minyak adalah kepada negeri yang terbabit jika dalam sempadan negeri dan Akta 750 (setelah Ordinan Darurat dimansuhkan) menetapkan sempadan negeri adalah 3 batu nautika, maka jalan yang benar untuk memperjuangkan hak bayaran tunai hasil minyak adalah dengan mengembangkan jarak ini pada kadar yang boleh menguntungkan negeri. 


Ini yang TIDAK dibuat oleh PAS termasuk ketika memegang pentadbiran kerajaan persekutuan dan memegang jawatan menteri undang undang. 


Usaha Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memberi hak royalti ini pernah dibuat secara betul oleh beliau pada 2009 sewaktu menjadi Ketua Pembangkang dimana beliau telah mengemukakan cadangan agar peruntukan Seksyen 10 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dipinda dengan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen  tersebut  dan  memasukkan perkataan-perkataan yang berikut:


 “…dan perkataan “di luar pantai” bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Eksklusif bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan  pada  masa  berkaitan.”


Berdasarkan cadangan pindaan ini, Dato Seri Anwar menyedari bahawa Kerajaan Negeri-negeri lain tidak mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai  dan  diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri-negeri.


Walaupun usaha ini tidak berjaya, namun cara Anwar memperjuangkan adalah melalui saluran yang betul iaitu di parlimen, ini yang gagal dilakukan oleh PAS sewaktu menjadi sebahagian dari kerajaan Persekutuan, kini usahlah menyalahkan pihak lain! Dan usahlah meletak beban untuk mengusahakan perkara ini di bahu pihak lain, sementelah pihak yang sehingga kini PAS berusaha mahu runtuhkan. 


Apa yang sebenarnya lebih jelas, perjuangan royalti pada Pas adalah ketika menjadi pembangkang . Setelah mendapat kuasa selama 33 bulan, satu habuk pun tidak dilakukan untuk capai tujuan ini. 


Bahkan PAS merupakan sebahagian dari kabinet bila Menteri Kewangan menyebut di dalam parlimen  ;


"Tiada Bayaran Tunai dibuat oleh PETRONAS, khususnya bagi pengeluaran petroleum kepada mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia termasuk negeri Kelantan. Ini disebabkan oleh kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan."


Jika beginilah sifat perjuangan PAS,  selayaknya PAS menjadi pembangkang untuk 1000 tahun lagi. 


Sesuatu yang menarik dalam dua rujukan dipetik dalam kenyataan Pemuda PAS Terengganu iaitu petikan dari Perjanjian 1975 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Iaitu TIDAK ADA SATU PUN PERKATAAN ROYALTI digunapakai, sebaliknya disebut "Bayaran Wang Tunai" . Perkataan royalti hanya ditambah oleh penulis sahaja sedangkan, besar perbezaan antara dua terma ini. 


Maka, walaupun kedua-duanya melibatkan pembayaran, royalti menandakan pengiktirafan hak milik, manakala bayaran wang tunai adalah lebih kepada bentuk pampasan. Dan perlu ingat, hak kepada bayaran tunai ini JIKA minyak diperoleh dalam sempadan pengairan negeri, bukan sehingga hujung dunia. 


Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir

Pengarah Komunikasi 

AMANAH Negeri Terengganu