PRN Sabah: KEADILAN tidak pernah minta sampai 25 kerusi - Christina Liew





KEADILAN Sabah mendedahkan bahawa parti itu tidak pernah meminta sehingga 25 kerusi untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Christina Liew mengakui parti mahu bertanding lebih daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun tidaklah sehingga 25 kerusi.

"Ada laporan yang mengatakan kami tidak berpuas hati sebab mahu 25 kerusi, jumlah itu melampau sangat.

"Bukan 25 kerusi, cuma lebih dari PRU-14. Kita masih berunding, namun apa yang penting adalah kita mesti bekerjasama dan memastikan tidak kira berapa banyak kerusi yang dipertandingkan nanti, kita mesti menang.

"Memenangi semua kerusi dan mengeratkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Sabah, Warisan, Upko adalah amat penting kepada kita," katanya ketika sesi ramah bersama media.

KEADILAN dijangka mempertahankan kerusi Api-Api yang disandang oleh Christina dan merampas semula kerusi Inanam selepas ADUN kawasan itu, Kenny Chua mengalihkan sokongannya kepada Musa Aman.

Dalam pada itu, Christina turut mendedahkan bahawa KEADILAN akan mengetengahkan muka baharu dalam PRN Sabah.

"Kali ini, kita ada muka baharu. Sama ada calon muda, pertengahan umur ataupun yang tua, itu tidak penting. Asalkan mereka bersemangat mahu berkhidmat untuk rakyat dan setia kepada parti serta boleh mempunyai keupayaan untuk menang," katanya.

Penamaan calon bagi PRN Sabah akan berlangsung pada 12 September, dengan hari mengundi awal pada 22 September manakala hari mengundi jatuh pada 26 September.


PRN Sabah: KEADILAN mahu bertanding 14 kerusi, tawar calon berwibawa





Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Simsudin Sidek berkata, walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi lebih besar, atas semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan khususnya WARISAN, KEADILAN hanya bertanding 6 kerusi Parlimen dan 8 DUN pada 2018.

Sehubungan itu, jumlah 14 kerusi adalah munasabah ketika jumlah kerusi mengalami pertambahan berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.

"Atas sebab itu, parti kali ini ingin meletakkan 14 orang calon DUN, satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk PRN Sabah 2020.

"Kali ini, KEADILAN melakukan tapisan rapi untuk memastikan calon-calon yang berwibawa, termasuk muka-muka baharu anak muda dan wanita.

"Ini komitmen KEADILAN untuk mengembalikan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri yang diterajui WARISAN, Pakatan Harapan dan UPKO pimpinan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dalam PRN 2020," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Simsudin lagi, kehadiran KEADILAN di Sabah bukan perkara baharu. Katanya, pada pilihan raya sulung yang disertai parti pada 1999, KEADILAN bertanding 3 kerusi Parlimen di negeri itu.

Pada PRU 2013, KEADILAN menang 1 kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN. Dalam PRU 2018, KEADILAN menang 3 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN.

Dengan jumlah keahlian parti yang telah melepasi 100,000 dan mempunyai jentera pilihan raya yang mantap KEADILAN dijangka mampu menggalas cabaran yang lebih besar.

"KEADILAN mempunyai keahlian mencecah lebih 170,000 orang, menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi dari segi keanggotaan parti selepas Selangor.

"Sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang telah lama menyertai pilihan raya, KEADILAN kali ini berhasrat menampilkan calon Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. KEADILAN juga ingin mempunyai calon di segenap pelusuk Sabah," katanya lagi.

Dua rundingan terakhir KEADILAN-WARISAN sebelum ini melibatkan Shafie Apdal dan pimpinan tertinggi KEADILAN mendapat reaksi yang baik daripada pimpinan kedua-dua belah parti.

Kerusi-kerusi yang akan ditandingi KEADILAN adalah seperti berikut:

1. N. 20 Api-Api
2. N. 18 Inanam
3. N. 09 Tempasuk
4. N. 14 Tamparuli
5. N. 05 Matunggong
6. N. 32 Klias
7. N. 45 Sook
8. N. 43 Kemabong
9. N. 61 Segama
10. N. 27 Limbahau
11. N. 51 Sg Manila
12. N. 31 Membakut
13. N. 08 Pintasan
14. N. 23 Petagas


PKR BERTANDING 14 KERUSI DUN SABAH


Nora Jamilah

Senarai kerusi-kerusi yang ditandingi KEADILAN dalam PRN Sabah 2020.

1. N. 20 Api-Api
2. N. 18 Inanam
3. N. 09 Tempasuk
4. N. 14 Tamparuli
5. N. 05 Matunggong
6. N. 32 Klias
7. N. 45 Sook
8. N. 43 Kemabong
9. N. 61 Segama
10. N. 27 Limbahau
11. N. 51 Sg Manila
12. N. 31 Membakut
13. N. 08 Pintasan
14. N. 23 Petagas....

14 DUN termsuk DUN kami N61.. doakan kemenangan kami. Lawan tetap lawan!! Yihaaakk 💪💪🔥🔥💥💥

LANGKAH AWAL BERSATU SEJAK AWAL DIRAGUI


1. Dari awal lagi, semasa Bersatu di bawah Tun Mahathir menyatakan hasrat bersama Pakatan Harapan, antara yang menjadi keraguan orang-orang PH adalah mereka yang menjadi pembantu-pembantu Tun.

2. Walaupun Tun dilihat begitu bersungguh untuk bersama PH, atas semangatnya mahu menumbangkan Najib dan BN, tetapi orang-orang Tun di kiri dan kanannya sangat tidak cocok dengan semangat PH.

3. Siapa yang dimaksudkan? Ini apa yang kawan-kawan PH sampaikan kepada saya. Kata mereka, cuba tengok siapa yang ada dengan Tun sepanjang Tun bergerak berkempen dan sebagainya.

4. Siapa yang Tun angkat sebagai Pegawai atau Setiausaha Politik nya? Hampir semuanya yang mempunyai rekod permusuhan dengan Anwar.

5. Tiga nama yang kawan saya ini sebutkan. Pertama, Zahid Md Arip. Kedua Khairuddin Abu Hassan. Ketiga, Abu Bakar Yahya atau ABY.

6. Sebenarnya, ramai juga pelik, dalam sekalian ramai cerdik pandai yang Tun boleh pilih sebagai Setiausaha Politik beliau ketika menjadi Perdana Menteri,  kenapa Tun boleh bersetuju dengan nama-nama tersebut.

7. Sedangkan Tun sentiasa menyebut tentang pentingnya mengangkat anak-anak muda yang berkebolehan. Tetapi mereka ini juga yang dipilih.

8. Malah, Zahid Md Arip itu, tersangatlah cacat dari segi rekodnya kerana terlibat dengan kes FGV dengan Isa Samad.

9. Oleh sebab itu, langkah gerak Tun walaupun ramai yang kata tak diatur oleh sesiapa, tetapi sedikit sebanyak nasihat-nasihat atau percaturan-percaturan mereka ini dipakai.

10. Kalau boleh kita lihat secara menyeluruh, kesilapan Tun ini juga harus diperbetul. Sehingga sekarang ini, Abu Bakar Yahaya dan Khairuddin Abu  Hassan masih lagi mempunyai akses dengan Tun.

11. Walaupun kita tidak tahu setakat mana mereka ini berjaya mempengaruhi Tun dan mencatur untuk Tun, tetapi dengan rekod yang ada, kita hairan bagaimana Tun boleh percaya lagi pada mereka.

12. Sekali lagi kita menyaksikan bagaimana tokoh pemimpin yang menjadi tonggak dan harapan rakyat dikawal orang keliling yang menjengkelkan dan merosakkan.

13. Apa pun, kita berharap sebaliknya. Semoga pemimpin-pemimpin ini berkeupayaan menangkis nasihat buruk dari keliling. Mudah-mudahan.

Dr Razam Ramli.


‘Sepatutnya puji Veveonah dedah masalah jurang digital, bukan tuduh melulu’



Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu 9 September 2020:
Zahidi dan Abdul Rahim telah berkonspirasi untuk menggambarkan insiden Veveonah ini sebagai satu episod komedi kesilapan, menunjukkan yang negara kita sedang menjadi sebuah kakistokrasi di bawah kepimpinan Muhyiddin
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri, telah berkonspirasi untuk menggambarkan insiden Veveonah ini sebagai satu episod komedi kesilapan, menunjukkan yang negara kita ini sedang menuju ke arah sebuah kakistokrasi — sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan — di bawah pimpinan kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin. 
Pertamanya, kita dapati Zahidi telah menuduh di dalam Dewan Negara pada Khamis lepas yang pelajar Veveonah Mosibin daripada Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah telah menipu apabila beliau memuat naik satu video Youtube mengenai 24 jam yang diluangkan beliau di atas pokok untuk menduduki peperiksaan kerana sukar mendapatkan sambungan internet. 
Zahidi mengatakan yang beliau telah menyemak kejadian ini dan mendapati kononnya yang Veveonah telah berlakon mengambil peperiksaan di atas pokok untuk menaikkan populariti saluran Youtube beliau. 
Pada waktu malam hari yang sama, Zahidi telah memohon maaf ke atas kenyataan beliau ini. 
Dalam satu catatan Facebook, beliau mengatakan yang beliau tidak menerima maklumat yang tepat semasa beliau bercakap mengenai Veveonah dan beliau meminta maaf kepada Veveonah. Beliau juga mengatakan yang beliau akan membuat pembetulan di Dewan Negara pada hari Isnin depan. 
Pada hari Isnin, Zahidi tidak membuat pembetulan seperti yang dikatakan minggu lepas, sebaliknya, beliau mempertahankan apa yang dikatakan beliau pada hari Khamis lepas dan maklumat tersebut diperolehi oleh Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Kudat yang merangkumi kawasan Pitas. 
Kemudiannya, Abdul Rahim telah termasuk ke dalam isu ini dan menulis di laman Facebook beliau mengenai satu laporan daripada seorang ketua kampung tempatan yang mendakwa Veveonah tidak tinggal di kampung di Pitas seperti yang didakwa beliau dan kononnya terdapat seorang “dekan” Universiti Malaysia Sabah telah mempertikaikan adanya sebarang peperiksaan atas talian. 
Ahli Politik Bersatu tersebut telah mempersoalkan motif Veveonah dalam membuat video Youtube mengenai pengalaman beliau tersebut. 
“Daripada dapatan saya, saya syak yang mungkin terdapat motif tertentu disebalik penyiaran video yang dimuat naik ke Youtube dan ditonton oleh seluruh dunia tersebut,” kata beliau di dalam catatan Facebook beliau. 
Perkara ini kemudian telah membuatkan abang kepada Veveonah, Mekvin Mosibin untuk mencabar kedua timbalan menteri yang menuduh adiknya menipu ini untuk melawat kampung mereka di Pitas untuk menyaksikan sendiri betapa usangnya kemudahan yang ada di kampung tersebut. 
Mekvin telah mempertahankan tindakan adiknya yang memuat naik video beliau memanjat pokok untuk mendapat sambungan internet untuk menduduki peperiksaan atas talian, mengkritik Zahidi kerana mensasarkan Veveonah, dan menjemput beliau untuk melawat kampung mereka. 
“Marilah cuba melawat kampung hulu, mari, mari. Tapi jangan pilih kampung tertentu sahaja, lawat seluruh kawasan. Kawasan paling hulu sekali.
“Cuba rasa bagaimana pengalaman melayari internet di kawasan pedalaman. 
“Dan ini baru saja internet. Kita belum masuk hal air, elektrik, jalan lagi.”
Berkata mengenai cubaan Abdul Rahim untuk mencemarkan nama baik Veveonah, Mekvin mengatakan yang Ahli Parlimen Kudat tersebut jarang sekali dilihat di Pitas dan beliau mencadangkan supaya Abdul Rahim lebih kerap turun ke lapangan. 
Mengenai dakwaan yang keluarga Mosibin tidak lagi tinggal di kampung yang sama, Mekvin mengakui yang perkara tersebut adalah benar dan beliau mendakwa yang mereka telah “dihalau” oleh ketua kampung yang sama yang telah memberikan maklumat itu kepada Abdul Rahim. 
“Ketua kampung ini bukan dari Kampung Sapatalang, tapi dia telah halau ayah saya sedangkan ayah saya berasal daripada kampung ini,” jelas beliau. 
Kemudiannya, Abdul Rahim telah memadan catatan Facebook beliau. 
Perkara ini kemudiannya berpusing kembali ke situasi asal apabila Mantan Menteri Pelancongan Sabah, Masidi Manjun, menggelar Veveonah sebagai pelajar contoh setelah mendapatkan maklumat lanjut mengenai beliau daripada pihak Universiti Malaysia Sabah. 
Masidi yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS pada bulan lepas, berkata yang beliau telah berbincang dengan kedua-dua Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Pusat Asasi Sains dan Teknologi UMS. 
“Saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah Mosibin telah menduduki peperiksaan akhir (online) pada 9-12 Jun 2020.” kata Masidi, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Karanaan. 
Beliau juga mendapati yang Veveonah telah ditawarkan untuk menyambung kursus ijazah sarjana muda sains marin di universiti yang sama. 
Saluran Youtube Veveonah telah ditonton lebih daripada 780,000 kali, satu pencapaian yang tidak dapat dicapai oleh kedua-dua timbalan menteri tersebut. 
Veveonah sepatutnya dipuji di atas kejayaan beliau dalam mendedahkan masalah jurang digital yang dihadapi oleh penduduk di Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia, namun begitu, pengalaman beliau ini cuba dijadikan satu komedi tragis. 
Sekarang, Zahidi pula dituduh sebagai mendapatkan kelayakan akademik daripada kilang ijazah palsu. 
Inilah yang berlaku apabila kita menjadi sebuah kakistokrasi!

JUAI AGAMA LAGI KAH..


Image may contain: 1 person, text that says "Berita Harakahda!h PAS dimusuhi kerana bawa Islam September 7, 2020 KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tetap teguh berdiri membawa perjuangan Islam sejak sekian lama walau pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan."
Yang pertama, PAS tak dimusuhi pun. PAS hanya dikritik. Itupun tiada kena mengena dengan perjuangan Islam. Hanyasanya ia dikritik dan ditegur kerana kelemahan manusia yang memimpinnya, bukan kerana dasar partinya.

Yang kedua, sebagai sebuah organisasi, pemimpin PAS perlu terbuka terhadap kritikan, bukan berlindung di belakang perisai agama bagi mewajarkan kelemahan mereka.

Yang ketiga, PAS ada sumbangan terhadap politik demokrasi Malaysia. Pada masa yang sama kelemahannya juga banyak. Mengiktiraf kelemahan itulah yang membayangkan bahawa PAS hanya sebuah organisasi politik, bukan jemaah yang MEWAKILI agama Islam seperti yang dipercayai oleh sesetengah pengikutnya.

Politik Nabi saw menghnubungkan silaturrahim antara Ansar dan Muhajirin. Dan ketika menghubungkan itu, Nabi tak putuskan silaturahim dengan mana-mana puak lain. Itu je nak bagitau...

Yang ikhlas,

-TuGu DuSun Sahul HM-





KAH...BOSSKAU..NAJIB KENA PICIT ..... RUPANYA




Rizal Mansor mendakwa Rosmah Mansor seorang yang amat mementingkan imej dan menyalurkan RM100,000 sebulan untuk pasukan tentera siber bagi menangkis tanggapan negatif.
Perkara itu dinyatakan Rizal, bekas pembantu Rosmah, dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan rasuah kes projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
“Pada 2012, saya telah menubuhkan satu pasukan cyberstoopers atas arahan Datin Seri Rosmah.
“Pasukan yang diuruskan oleh saya ini ditugaskan untuk memantau kandungan-kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Datin Seri Rosmah,” dakwanya.
Rosmah Mansor
Sebelum itu, pasukan Rosmah memohon mahkamah supaya melarang laporan media dibuat terhadap keterangan Rizal tetapi ditolak oleh hakim Mohammed Zaini Mazlan.
Sementara itu, berkaitan imejnya, Rizal berkata Rosmah sangat mementingkan imej, reputasi dan tanggapan terhadapnya sebagai seorang isteri perdana menteri.
RM100,000 sebulan untuk tentera siber jaga imej Rosmah Mansor
Rizal Mansor mendakwa Rosmah Mansor seorang yang amat mementingkan imej dan menyalurkan RM100,000 sebulan untuk pasukan tentera siber bagi menangkis tanggapan negatif.
Perkara itu dinyatakan Rizal, bekas pembantu Rosmah, dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan rasuah kes projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
“Pada 2012, saya telah menubuhkan satu pasukan cyberstoopers atas arahan Datin Seri Rosmah.
Untuk menghilangkan kedutan, lakukan sebelum tidur setiap hari
VisageMax
“Pasukan yang diuruskan oleh saya ini ditugaskan untuk memantau kandungan-kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Datin Seri Rosmah,” dakwanya.
Rosmah Mansor
Sebelum itu, pasukan Rosmah memohon mahkamah supaya melarang laporan media dibuat terhadap keterangan Rizal tetapi ditolak oleh hakim Mohammed Zaini Mazlan.
Sementara itu, berkaitan imejnya, Rizal berkata Rosmah sangat mementingkan imej, reputasi dan tanggapan terhadapnya sebagai seorang isteri perdana menteri.
“Datin Seri Rosmah sentiasa mahukan publisiti dan liputan media ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau,” dakwa Rizal.
Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovolta (PV) Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel, untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1. 25 bilion dari Kementerian Pendidikan, secara rundingan terus.

Image may contain: 1 person, child and close-up, text that says "NegaraKini RM100,000 sebulan untuk tentera siber jaga imej Rosmah Mansor September September9,20202:37pm 9, 2020 2:37"

HANYA DI NEGARA KA FA RA




"Perempuan paling gah di dunia" bersama suami dalam perjalanan balik dari Pasar..Pn "Merkel" ketua Pentadbir Kerajaan bagi sebuah Negara bergelar JERMAN..

Nilai eksport Negara JERMAN USD1550 billion setahun..yang bestnya, Puan Mrrkel tiada menerima sebarang Perkhidmatan percuma Negara..baik Kediaman rasmi, elektrik percuma, gas free, air percuma, mahupun telefon ber Internet free drp Bajet Negara Jerman..pendek kata, dia dilayan sama rata seperti layanan yang diberi kepada Rakyat Marhaen Jerman yang lain..apatah lagi sebagai seorang PEREMPUAN.

Shopping(beli belah) keperluan spt perempuan lain..bayar sendiri barangan dapur dan rumah..dan jika disaman, beliau bayar guna duit kocek sendiri...
Pernah sekali, seorang wartawan menegur Angela Merker berkata " 

PUAN!!! masih ingat saya yang mengambil gambar PUAN tahun lepas? PUAN pakai pakaian yang sama waktu itu.." Jawab Merkel " saya mempunyai VISI untuk berkhidmat kepada rakyat Jerman..bukan menjadi model Fashion..maaf!!"
Image may contain: 2 people, people standing
Dari fb kamal al ayyubi


RUPANYA GOTONG ROYONG



ZURAIDAH ALI

i ingatkan kerajaan islang bantu ropenya orang kampung gotong royong 🤣🤣


Image may contain: 1 person, text that says "Metro FOLLOW 20 tahun tunggu air bersih BY RAMLI IBRAHIM SEPTEMBER6 2020 AT 1:47 AM Gua Musang: Penantian lebih 500 penduduk Kampung Pulau Setelu, dekat sini, untuk menikmati kemudahan air bersih sejak 20 tahun lalu, tercapai. Ia susulan usaha penduduk bergotong-royong memasang paip air dari kawasan tadahan bukit sejauh tiga kilometer dari kampung terbabit."

‘Kenapa lawatan menteri pertahanan China ke Malaysia tiada liputan?’


Image may contain: 3 people, text that says "IR Info RAKYAT Muhyiddin de sambut kehadiran Menteri Pertahanan China, bincang kerjasama dua hala 09/09/2020 8:43 AM 08n08ยខบ2a Trugeery"


Saya tidak faham kenapa lawatan ini tidak diberi liputan, lawatan menteri pertahanan China sebenarnya satu perkara ataupun acara penting.

"China, Amerika Syarikat dua kuasa besar dan kepentingan di rantau ini.
“Saya tak pasti lawatan itu diberikan liputan di Malaysia, (tetapi) warga Malaysia dapat maklumat daripada sumber (media) China," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Berita dan gambar berkaitan kunjungan itu dilaporkan di media rasmi Kementerian Pertahanan China kelmarin.

Agensi berita China Xinhua dan akhbar Hong Kong South China Morning Post turut melaporkan lawatan itu semalam.

Liew Chin Tong



DAP bantah keras caj perkhidmatan pembelian dalam talian



DAP membantah keras cadangan kerajaan untuk mengenakan caj perkhidmatan kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian.
Tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ini kerana pengguna telah membayar fee capaian internet, justeru tidak perlu bayar lagi membayar caj perkhidmatan itu. 
“Kerajaan tidak harus memandang rendah, sebaliknya perlu menghormati pengguna internet dalam negara dengan memberikan penjelasan penuh, termasuk rasional syor caj perkhidmatan baru untuk pembelian atas talian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin seperti dilapor media berkata kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian.
Katanya, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya.
Ia kononnya sebagai langkah untuk mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, alasan Zahidi yang diberikan oleh KKMM untuk melaksanakan caj tersebut adalah tidak munasabah dan tidak logik.
Tegas Ahli Parlimen Bagan itu, kerajaan PH sebelum ini mampu memperuntukkan RM290 juta untuk menaiktaraf perkhidmatan kesalinghubungan internet di kawasan pedalaman dalam 152 tapak di seluruh Malaysia tanpa mengenakan caj perkhidmatan seumpama itu. 
“Syor ini tidak masuk akal apabila matlamat menambah baik pembangunan komunikasi luar bandar memang telah diusahakan oleh kerajaan PH di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).
“NFCP sebanyak RM290 juta untuk 152 tapak pedalaman di seluruh negara, dirancang khusus untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan desa agar kawasan pedalaman juga mendapat perkhidmatan internet dan peluang yang sama-rata. 
“Sehingga kini, Datuk Zahidi atau KKMM enggan melaporkan perkembangan dan status NFCP ini. Adakah NFCP dihentikan?” ujarnya.

RBA...ROSMAH BEAN ARMY

Image may contain: 1 person, text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm Rosmah bayar RM100,000 sebulan untuk tentera siber- bekas pembantu malaysiakini.com/news/541889 Translate Tweet 13:55-09Sep 13:55 Sep 20 dlvr.it lyaa Alhadri malaysiakini 56 Retweets 35 Quote Tweets 69 Likes"Image may contain: 6 people, text that says "Malaysiakini M) 4 Rosmah bayar RM 100,000 000 sebular untuk tentera siber bekas pembantu Macam kenal jer dalam bulatan tu.. BULETIN"
BAYANG BAYANG HANTU GIGI PUN ADA...


KEEGOAN PEMIMPIN YANG PERLU DIAJAR



Dua Timbalan Menteri, Zahidi Zainul Abidin dan Abdul Rahim Bakri yang cuba berbalah dan menunjukkan keegoan terhadap Veveonah Mosibin, adalah pemimpin UMNO.
Zahidi adalah Ahli Parlimen Padang Besar, masih Ketua UMNO bahagian tersebut dan menang pada PRU14 lalu atas tiket BN.
Abdul Rahim pula adalah Ahli Parlimen Kudat, menang atas tiket BN pada PRU14 lalu, tetapi kemudian melompat menyertai Bersatu setelah BN hilang kuasa.
Realitinya UMNO kalah PRU lalu, namun kedua-dua pemimpin berkenaan berjaya menjadi timbalan menteri berikutan bertukarnya kerajaan melalui pintu belakang.
Kalau ikut pintu depan dan tidak menjadi katak, kedua-duanya masih lagi merupakan Ahli Parlimen di blok pembangkang.
Sebab itu, apabila kedua-dua pemimpin tersebut cuba berbalah, menunjukkan keras kepala dan lebih ingin mencari salah Veveonah dalam isu isu liputan internet di pedalaman sehingga pelajar berkenaan tiada pilihan selain memanjat pokok untuk mendapatkan liputan yang lebih baik, hakikatnya mereka adalah pemimpin yang sombong diri serta ego.
Kenapa mereka sombong dan ego?
Mereka menjadi sombong dan ego ialah kerana walaupun kalah dalam pilihanraya dan UMNO sudah ditolak rakyat, mereka akhirnya masih mampu duduk sebagai timbalan menteri dalam kerajaan.
Lalu, itulah yang menjadikan perasaan sombong dan ego makin membesar dalam diri mereka sehingga dengan rakyat pun mereka mahu mencari gaduh.
Sebagai wakil rakyat, pemimpin kepada rakyat dan mengharapkan undi rakyat setiap lima tahun, berkelahi dan menunjukkan keegoan terhadap rakyat bukanlah pilihan yang bijak.
Ini kerana, mahu tidak mahu, untuk terus kekal sebagai pemimpin, mereka akhirnya tetap memerlukan sokongan daripada rakyat.
Adalah lebih terpuji jika seseorang pemimpin itu mengakui kelemahan kerajaan dalam soal liputan internet, terutama di pedalaman yang dihadapi oleh Veveonah itu dan kemudian berusaha mengatasi atau menambahbaiknya.
Lagi pula, bukankah kerja pemimpin adalah berkhidmat kepada rakyat?
Lebih memalukan kedua-dua pemimpin itu, bukan saja kerana salah seorang daripadanya terpaksa memadam posting di media sosial berikutan kritikan rakyat yang makin merata, malah kemudian disahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Masidi Manjun bahawa memang Veveonah menduduki peperiksaan dalam talian ketika dia memanjat pokok itu.
“Memang betul Veveonah menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian ketika itu, dokumrn juga telah ditunjukkan sebagai bukti,” kata Masidi lagi.
Sekarang siapa yang malu?
Tetapi, isu ini tidak harus berakhir di sini saja sebenarnya.
Isu ini adalah lambang keegoan dan sombong diri pemimpin UMNO atau yang berasal daripada UMNO dalam menangani hal ehwal melibatkan rakyat.
Tiada lain, sama ada dalam PRN Sabah 26 September ini atau pada PRU15 akan datang, parti yang mewakili kedua-dua pemimpin itu haruslah ditolak pengundi secara mutlak.
Jika tidak, keegoan pemimpin seperti itu atau sejenis dengannya akan terus berulang lagi. 

(Shahbudindotcom 09/09/2020)


PEJUANG HANYA MAMPU CURI UNDI MELAYU – ILHAM CENTRE

NEGERI CINA DAP PENANG 40 TAHUN KE DEPAN .INI SAJA KAJIAN YANG DAPAT?



Kah.....

Ramai yang tak tau,pemimpin-pemimpin PAS ni dia sentiasa kaji sesuatu yang jauh ke depan 😘

Negeri mung nih Usop oiii.. 🤣🤣🤣

ENAM SOALAN KEPADA PARTI “PENUNGGANG AGAMA”