PESANAN MUZAMIL KEPADA ZAFRUL .SELAMAT MENONTON


 

INI NOTIS TUNTUTAN APA LAK NIH ?KEH...KEH...

 

Ini siapa yang sebar fake news ni? Takkanlah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang nak buat post macam ni sedangkan tak ada aktiviti pembalakan sama ada berlesen atau haram?

Air hujan yang potong balak-balak tu dan lepas itu hanyutkan ke rumah penduduk. Bukan syarikat balak. Dah tu siapa nak tuntut balak ni? Takkanlah hujan nak tuntut? Kan?

Jadi buat apa JPNP buat post begini? Aku syak ini mesti fake news. Orang edit ni...

Raja Gelap





ISU PEMBALAKAN DI PAHANG - KERAJAAN NEGERI PAHANG JANGAN JADIKAN RAKYAT SEBAGAI MANGSA





Isu pembalakan samada berlesen atau tidak sering kami timbulkan agar aktiviti ini dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ini bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut mendatangkan kesan yang buruk kepada rakyat apabila tiba musim tengkujuh.

Malangnya, setiap teguran kami tidak dipandang serius dan seringkali pihak kerajaan negeri memberikan jawapan seolah-olah mereka telah melakukan mengikut peraturan dan terkawal. Terbaru, di dalam musibah banjir yang sedang melanda negeri ini banyak dipaparkan bagaimana kayu-kayu balak bertaburan dihanyut air sehinggakan berlonggok di sungai-sungai sehinggakan menambahkan lagi kesan buruk akibat banjir apabila aliran sungai tersekat dengan batang-batang serta sepihan kayu balak ini. Contohnya yang berlaku di Telemong. Tonton sendiri video yang dibuat secara live di sini https://www.youtube.com/watch?v=Yd2r6hb1yLc&t=96s

Paling membimbangkan, kayu-kayu balak ini turut dihanyutkan air sehingga ke rumah kediaman. Kejadian ini berlaku di Karak dan ianya bukan lagi satu cerita kosong seperti yang cuba dinafikan oleh pihak kerajaan negeri. Sila tonton klip video yang dipetik oleh harian metro di sini http://www.hmetro.com.my/.../trauma-lihat-rumah-ditimpa...

Keadilan Negeri Pahang dengan tegas ingin memberikan amaran kepada kerajaan negeri agar tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan kerakusan segelintir beberapa pihak yang mahu mengaut keuntungan. Kami menuntut agar kerajaan negeri melakukan siasatan segera secara lebih telus dan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan yang terbukti telah melanggar peraturan dan undang-undang dalam aktiviti pembalakan.

Kerajaan negeri harus lebih mengutamakan keselamatan rakyat berbanding dari melindungi taikun-taikun balak yang telah lama menghisap darah rakyat.

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Ketua Komunikasi

KEADILAN Negeri Pahang

02 Januari 2022

Amaran hujan berterusan peringkat buruk di 11 buah negeri

 



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / January 2, 2022

Setakat jam 4 petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat bahaya bagi barat Johor sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran hujan lebat pada peringkat buruk dan waspada di 11 buah negeri sehingga sehingga Selasa depan (4 Januari 2022).

Negeri-negeri yang terlibat adalah timur Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Selain itu, MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama, kedua dan ketiga bagi perairan Pantai Timur Semananjung sehingga Selasa ini.

“Kedua-dua amaran itu melibatkan timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 4 Januari 2022,” kata kenyataan itu dalam kemaskini terbaru di laman web rasminya.

Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF) European Centre for Medium Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), luruan monsun dijangka berterusan sehingga 4 Januari 2022.

“Dalam masa sama, kawasan barat Sabah dan Sarawak juga dijangka mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam,” katanya.

 

Hantar rakyat Terengganu ke Selangor, bukti kerajaan negeri gagal sedia peluang kerja

 


Tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menghantar rakyatnya secara beramai-ramai untuk bekerja di Selangor, diselar Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Menurutnya, penghantaran beramai-ramai rakyat Terengganu ke Selangor membuktikan kegagalan Pas mencipta 20,000 peluang perkerjaan seperti manifesto mereka ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tindakan itu juga katanya, dianggap sebagai pengakuan betapa maju dan dinamiknya Selangor negeri Pakatan Harapan yang selalu dicerca oleh Pas.

“Walaupun Terengganu melahirkan bilangan tertinggi murid sekolah cemerlang tingkatan 5 setiap tahun, tetapi tiada usaha baik dari kerajaan negeri untuk membantu mereka dalam kerjaya seterusnya membuatkan anak muda tidak berpeluang serta tidak berminat kerja di Terengganu dan ingin berhijrah ke lembah Klang negeri ditadbir Pakatan Harapan.

“Dengan sikap demikian Terengganu akan menjadi ‘pesaing sengit kepada Bangladesh’ sebagai pengeksport perkerja teramai dunia keluar dari negeri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak mengumumkan pelepasan pekerja Terengganu ke sebuah kilang Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn.Bhd, di Shah Alam.

Dalam hantaran di Facebook, Alias berkata, ia merupakan salah satu tawaran Manifesto Pas Terengganu pada PRU ke 14 yang lalu untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu Human Resources Development Center (THRDC) atas usaha mengurangkan indeks pengangguran di Terengganu.

Sementara itu Kamarul mengulas, sikap dan polisi kerajaan Pas yang diselar lembab itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menghampakan rakyatnya dengan mengambil  begitu ramai orang Selangor ke dalam pejabat menteri besar dan syarikat GLC negeri.

Bahkan katanya, banyak individu luar dalam GLC Terengganu yang mana setiap seorang daripadanya membolot berbelas jawatan ahli lembaga pengarah seolah-olah tidak ada anak jati Terengganu lain yang layak dan terus tersisih.“Kera di rimba di susukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Ini lah nasib anak jati Terengganu hari ini,” ujarnya.

BENCANA MAHU MENGAJAR KITA ERTI KEMANUSIAAN


Kita sudah halang mereka yang enggan mendapat suntikan atau kurang bilangan suntikan daripada melancong. Semuanya kita lakukan kerana kita beralasan mahu kembali kepada keadaan yang normal, meraikan kawan-kawan, melepak di restoran, shopping mall dan tempat-tempat rekreasi.





ADAKAH SINAR DI HUJUNG TEROWONG BUAT KEBEBASAN MEDIA?


“Tindakan mesti diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan wartawan dapat menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut. “Indeks kebebasan akhbar dunia RSF menunjukkan bagaimana kebebasan akhbar dicekik di Malaysia. Kerajaan mesti berusaha untuk memperbaiki perkara ini dan menghentikan penindasan dan fitnah terhadap wartawan.”

TSUNAMI BALAK - ANTARA DUA CERITA


Pertama: Mereka tidak menolak berlaku kejadian kepala air. Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai, yang menyebabkan aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir laju membawa bersama kelodak, batu dan kayu balak lalu merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. Kedua: Mereka mendapati kayu kayan yang menghentam rumah-rumah rakyat itu bukan daripada pokok yang runtuh, tetapi balak yang dipotong dengan kemas.



RUPANYA BANJIR DI MALAYSIA KALI INI KENA LIBATKAN SEGALA MAKLUK DALAM DUNIA MALAYSIA INI...


HAMDAN TAHA


Asalamualaikum sahabat

Hari ini 2 hb di tahun 2022 dan nampaknya negara kita sedang di landa ujian hampir di seluruh negara banjir telah berlaku dan sedang berlaku juga akan berlaku lagi menjelang dua minggu ke depan
Banjir kali ini banyak yang kita pelajari dan fahami kerana ianya melibatkan di Kota Raya dan di Luar Bandar sehinggakan kita boleh melihat seolah olah negara kita ini baru pertama kali berlaku bencana banjir jika di lihat dan di nilai cara pihak pihak kerajaan dan pimpinan negara menanganinya.
Saya turut simpati dan terkejut apabila di fikirkan banjir kali ini memerlukan sentuhan Perdana Menteri para Menteri dan Raja Raja baru lah nampak ada jalan keluar untuk menyelesaikan atau pun menyelesaikan kes penyelamat kan mangsa mangsa banjir...
Sedangkan negara kita telah berdepan masalah banjir ini semenjak belumnya ujud negara Malaysia pun dah ada masalah banjir ujud negara malaysia selepas merdeka kita telah bersedia semua kelengkapan untuk berdepan banjir. Kita ada ejensi dan kementerian khas untuk berdepan bencana,kita ada MKN dan setiap negeri dan daerah semua jentera dalam senarai telah ada jika kita turun di Pejabat Daerah Pejabat Penghulu sehingga ketua kampung....semuanya ada dan lengkap...
Tetapi semuanya kali ini tidak bergerak pantas dan seolah olah berdepan banjir ini baru kali pertama kita hadapi. Tun Dr M 22 tahun menjadi PM dan setiap kali ada bencana banjir atau bencana lainnya dia tidak pernah sama sekali turun padang seteruk PM Ismail Sabri sekarang tapi semua kes selesai dengan baik dan berjaya kerana jentera kerajaan dan rakyat berjalan baik dan berfungsi....PM menteri hanya cukup di berikan taklimat di Pejabat PM dan buat kenyataan jika perlu....
Tetapi kali ini tidak seperti itu dan setelah saya berfikir antara sebabnya adalah sistem negara atau pun kerajaan yang ada semenjak dari Tan Sri Muhidden ada kepincangan yang melampau menyebabkan Jentera Kerajaan tidak cekap dan pantas walaupun ada menteri Kanan 5 orang sekali pun....
Jawatan Timabalan Perdana Menteri Wajib di ujudkan segera kerana selama ini di zaman BN dari dulu Timbalan Perdana Menteri lah orangnya yang mengetuai Gerakan mengatasi masalah bencana. Timbalan Perdana menteri lah yang akan pusing satu melaya untuk segerakan semua urusan,Timbalan Perdana Menteri lah yang akan buat keputusan Pantas dan mempengerusikan semua mesyuarat di mana saja bersama ejensi kerajaan....maka semua kes jadi cepat dan Pantas....sekarang semua tertumpu pada PM yang nak tengok semua perkara....minum susu gajah dan kuda setiap pagi dan setiap hari pun tenaga dan fikiran PM tak cukup mampu nak selesaikan semua perkara....
Tambahan pula semua pihak dan semua parti politik mengambil kesempatan bencana alam ini untuk kepentingan politik mereka. Banyangkan bantuan banjir yang di umumkan PM sebanyak seribu ringgit dan negeri seribu ringgit di jadikan ALAT Politik berebut rebut tokoh politik nak sampaikan pada mangsa banjir....bila kerajaan selangor dan pusat kebetulan bermusuh lagi jadi celaru bila perebutan kuasa dan perebutan ambil kesempatan berlaku...masing masing berfikir rugi jika keadaan ini tidak di politik kan....
Saya berharap dan berdoa bahawa mereka yang jadi mangsa berkesedaran bahawa Allah uji kita dengan ujian supaya kita lebih dekat dengannya. Jika banjir dan musibah ini pun kita tak sedar dan buat tak kisah dengan Allah alangkan ruginya kita sedangkan Allah hantar makluknya untuk menyedarkan kita....bagi ahli politik juga saya berharap mereka sedar bahawa bencana, kesedihan,kematian dan kesensaraan rakyat bukan lah LABA Politik yang perlu di rebut untuk kepentingan diri dan parti politik....takut Allah murka ketika itu jawatan PM,Menteri Besar,Menteri sudah tidak berguna Termasuk Raja Raja Melayu yang ada....rakyat mula buka mata dan sudah mula berani menegur Raja Raja Melayu.....hati hati lah Raja Raja dan Juga Para yang berkuasa....Kuasa sifatnya sementara....mati pasti datang....dan kebijaksanaan rakyat juga akan muncul....
AllahuaAllam

HAI ....TAKKAN LAH KAU PANGGIL MASSIMO SAHAJA...GARDENIA. LAIN LAIN BARANG YANG KORANG TAK BOLEH NAK HANDLE TAK NAK PANGGIL SIAT SIAT KAH ?KAK.KAH TERKAKAH...

 

KPDNHEP akan panggil pengeluar Massimo jelaskan kenaikan harga roti

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memanggil pengeluar roti Massimo untuk mengetahui alasan kenaikan harga produk dan alternatifnya buat rakyat. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengeluar roti jenama Massimo, The Italian Baker, akan dipanggil untuk sesi konsultasi bagi menjelaskan justifikasi kenaikan harga produk mereka bermula semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.

Ini kerana, katanya, kenaikan harga itu pastinya menjejaskan rakyat yang masih bergelut dengan pandemik Covid-19 dan diburukkan lagi oleh bencana banjir di seluruh negara.“Kita akan panggil pengeluar roti jenama Massimo, kementerian nak tahu apa alasan kenaikan itu dan apa alternatifnya untuk rakyat.

“Ini untuk mengurangkan beban dihadapi rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19 dan bencana banjir,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rosol berkata, pihaknya turut mengadakan sesi konsultasi bersama Gardenia Bakeries ketika harga produk roti itu dinaikkan 1 Dis lalu.

Katanya, syarikat itu memberikan alasan kenaikan harga berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah yang di luar kawalan mereka.

“Kementerian memahami alasan itu dan sebagai alternatif, Gardenia Bakeries berjanji mengeluarkan satu produk baharu roti yang dijual pada harga lama. Langkah sama boleh dibuat pengeluar Massimo supaya rakyat mempunyai pilihan.”

Dalam pada itu, Rosol berkata, kerajaan hanya boleh mengawal harga roti putih biasa dan jika pengeluar berhasrat menaikkan harganya, mereka perlu memaklumkan kepada KPDNHEP terlebih dulu.

“Untuk roti lain, ia tidak tertakluk kepada kawalan harga itu,” katanya yang berharap satu situasi menang-menang dapat dicapai.

FMT hari ini melaporkan, harga roti Massimo bagi White Sandwich 400g adalah RM2.80 sebuku berbanding RM2.38 sebelum ini, White Sandwich 600g RM4 (dahulu RM3.35), Wheat Germ 400g RM3 (dahulu RM2.48).

Selain itu, harga Wheat Germ 600g dinaikkan daripada RM3.71 kepada RM4.25, harga baharu lain termasuk RM4.10 untuk produk 100% Whole Wheat dan ban krim Duetto berharga RM1.

KAH..KAH..KAH..PUNYA TAK GUNA..NAK BAHAS BAB BANJIR TAK MASUK BOOK...TIBA TIBA PEE LUAQ NEGARA BUAT KERJA..KAH..KAH..KAH...MASA ORANG PUTIH TAK KERJA KITA KERJA..KA..KAH...KAH.

 


Lawatan kerja ke Eropah ketika banjir, Rashid digesa beri penjelasan telus.







Kartunis Zunar berkata, lawatan Mohd Rashid Hasnon atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kartunis Zunar mempersoalkan lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon di luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru.

Sehubungan itu, Zunar menyifatkan kenyataan Rashid yang mendakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.

“Lawatan kerja ketika Krismas? Pertahanan jenis apa itu?Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya kepada FMT merujuk kepada jawapan balas Rashid yang mempertahankan tindakannya melakukan lawatan kerja ke luar negara ketika negara dilanda musibah banjir.

Semalam Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.

Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.

Rashid bagaimanapun berkata, beliau ke negara Eropah itu dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan Timbalan Speaker.

“Saya berada di Vienna dalam lawatan kerja. Saya di sini atas kapasiti saya sebagai wakil rakyat, sebagai ahli Parlimen.

“Saya melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan saya atas kapasiti saya sebagai Timbalan Speaker,” kata Rashid, dipetik The Vibes.

Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.

“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.

Beliau turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.

Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini

AWAK TAK APA LA LALU HIGHWAY TAK JAMM..SEBAB BALAK PUNYA PASAL JAMM HIGHWAY KL-KARAK SEDANG DISELENGGAR

 





Ehhhh rakyat tak kisah lah awak nak beli satu kedai air mineral.

Sebagai PM kalau buat posting yg tidak mendatangkan faedah untuk rakyat, baik jangan post laaaa.
Awak tu pm, walaupun dapat jadi pm kerana mandat rakyat dicuri muhyiddin dan pass kpd awak.
Makanya posting tu biarlah bermanafaat utk kami rakyat baca!!!!

MINTA TOLONG BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BUKAN PECACAI




Aku nak minta tolong rakyat Malaysia.

Kalau ada berita macam bagus tentang pemimpin yang disiarkan oleh media arus perdana, jangan hanya kecam pemimpin itu. Kecam sekali wartawan yang tak punya integriti.
Kita perlu tunjuk yang kita menolak berita bodek seperti apa yang selalu mereka lakukan. Wartawan adalah salah satu punca mengapa kita sentiasa dapat penzalim sebagai pemerintah.

Betul tu Mail. Tak perlu risaukan kecaman rakyat. Takkan ke mana pun. Keputusan PRU15 pun takkan terjejas dengan apa yang berlaku sekarang.
Kerajaan kuasai media arus perdana. Wartawan kita pun bukan ada integriti. Mereka tentu akan cover kejahatan kerajaan dengan cerita yang elok. Tak mungkin keluar cerita yang tak elok.
Media sosial pun bukan masalah. JKom sentiasa ada untuk sebarkan fitnah. SKMM pun takkan ambil tindakan kepada hamba-hamba JKom ni.
Soal sentimen rakyat senang je nak uruskan. Dekat PRU nanti lawat rumah rakyat dengan jurugambar. Nanti ambil gambar suap orang tua makan,
peluk
budak OKU dan cium bayi, sejuk la hati rakyat.
Lebih bagus, bawa beras sekampit. Tak pun kain pelikat pun dah cukup. Salam kaut RM50 pun dah cukup. Hilanglah semua sentimen tu. Macam biasa.

GOTONG ROYONG PKR PUSAT DAN AHLI CABANG TEMERLOH












 W.FAUDZIN

PAS NI TAK KUKUH MANA PUN. KALAU KUKUH SANGAT TAKKAN 18 KERUSI SAHAJA.DAPAT TERENGGANU TAK KEKAL.KEDAH DAPAT SEBAB SEMBURIT PUNYA GANG BELOT..TU SAJA....BAB KERJA...MAKAN GAJI BUTA JA SEMUA.

 Terkini! Pas dalam bahaya, kata penganalisis politik


Terkini! Pas dalam bahaya, kata penganalisis politik


Penganalisis politik melihat sikap PAS yang lebih memihak kerjasama dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) bakal menyaksikan pertembungan antara PAS dan Umno dalam pilihan raya umum ke-15 nanti, terutamanya di kubu kuat PAS.

Menurut Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, berdasarkan situasi sedia ada, PAS seperti terhutang budi kepada Bersatu yang sebelum ini memberikan jawatan kepada mereka dalam kerajaan Persekutuan.

Umno pula katanya kini dilihat berada dalam keadaan selesa dan yakin untuk merobek kubu kuat PAS.

Azmi memberi contoh di mana terdapat stigma negatif terhadap menteri dari PAS yang dikatakan tidak berfungsi dalam menjalankan tugas mereka.

“Berbanding Umno dan Bersatu, Umno lebih kuat dalam kelompok penyokong yang sama iaitu orang Melayu.

“Jadi apabila PAS memilih untuk bersama Bersatu dan akan bertembung dengan Umno, maka ia dilihat akan menyukarkan PAS untuk mengekalkan kerusi yang mereka menangi pada PRU lalu, apatah lagi untuk menambah kerusi,” katanya.

Pada PRU ke-14, PAS mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan Terengganu sebelum merampas Kedah daripada Pakatan Harapan (PH) susulan Langkah Sheraton pada awal 2020.

Azmi berkata walaupun PAS sudah menguasai Kelantan sejak 1990, tidak mustahil parti itu akan kehilangan kuasanya di negeri berkenaan jika berlaku bertembung dengan Umno pada PRU ke-15.

“Ini adalah kerana terdapat stigma bahawa PAS – yang ada dalam kerajaan persekutuan – tidak berfungsi menteri-menterinya.

“Jadi kalau PAS mengambil keputusan bersama-sama dengan Umno, senarionya agak berbeza… kemungkinan Umno akan boleh bertolak-ansur kekalkan PAS di Terengganu, Kedah dan Kelantan,” katanya yang melihat PAS lebih menjurus untuk bersama dengan Bersatu.

Untuk rekod, PAS sebelum ini mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional dan menyertai PN yang diterajui Bersatu membentuk kerajaan selepas tumbangnya pentadbiran PH.

Bagaimanapun, Umno dalam perhimpunan agung tahunan sebelum ini membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Pada 30 Disember, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata majlis syura ulama parti itu kekal menegaskan kepentingan untuk memperkasakan MN dan PN demi mashlahah terbaik buat Islam dan negara.

PAS terhutang budi

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya juga berkongsi pendapat yang sama apabila dia melihat sikap PAS seakan-akan lebih memihak untuk bersama dengan Bersatu atas dasar terhutang budi kerana diberikan jawatan dalam kerajaan persekutuan.

“Itu agak menghairankan keputusan pemimpin PAS itu kerana keputusan Melaka adalah jelas – kekuatan Umno dan Bersatu itu terserlah,” kata Azmi yang merujuk kepada keputusan pilihan raya negeri Melaka pada November lalu.

Pada PRN Melaka, Umno-BN memenangi 21 daripada 28 kerusi tanpa bergabung dengan mana-mana parti gabungan lain, manakala PN hanya memperolehi dua kerusi. PAS kekal gagal meraih sebarang kerusi.

“Saya berpendapat, kemungkinan kepimpinan tertinggi PAS ini masih mempunyai harapan untuk memujuk Umno menerima Bersatu supaya ketiga-tiga parti ini bekerja di antara satu sama lain dan juga PAS tidak mahu dilihat seperti tidak menghargai apa yang dilakukan oleh Bersatu terhadap PAS – menerima mereka dalam kerajaan persekutuan,” kata Azmi lagi.

Pada Mac lalu, Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menyarankan supaya Umno dan PAS bertanding “secara mesra” dalam PRU15 di ketiga-tiga negeri pimpinan PAS itu supaya dapat mewujudkan persaingan secara sihat agar rakyat diberikan peluang untuk memilih pihak yang layak memimpin negeri.

Ketika itu, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan Umno dalam MN.

Awang Azman (gambar, atas) pula berpendapat dengan pertembungan kedua-dua parti ini dalam PRU ke-15, kedudukan PAS pada masa depan dijangka terjejas kecuali di kerusi kubu kuat mereka.

“Nasib PAS di Terengganu dan Kedah juga boleh tergugat dan ini bergantung kepada kepimpinan Umno di Kedah dan Terengganu.

“Jika Ahmad Said terus menjadi pemimpin Umno, ia dijangka mampu menggugat kedudukan kerusi PAS di Terengganu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan PAS dan Bersatu, Awang Azman berkata rasa terhutang budi PAS terhadap Bersatu masih lagi kekal apabila pertama kali Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri sebelum ini, memberikan jawatan dan tempat kepada PAS.

“Walaupun perdana menteri terkini dari Umno, tetapi sentimen perdana menteri terkini dilihat seolah-olah menerima idea kerjasama PAS, Umno dan Bersatu walaupun tak dizahirkan secara jelas,” katanya.


KAH..KAH..KAH..KAH...KAH..UMNO NI PUN BUKAN KUAT SANGAT.....NAK JADI CHAMPIANG....DAH KUTUK UMNO KAW KAW...TUMPANG TUAH MENANG PILIHANRAYA DENGAN LANGKAH SYAITON...NAK AJAR UMNO PULAK...

 


Panas! Veteran Umno pula bedal Hadi cakap merapu, lebih baik tutup mulut


Panas! Veteran Umno pula bedal Hadi cakap merapu, lebih baik tutup mulut


Veteran Umno hari ini mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak “jahil” terhadap struktur Umno apabila menyarankan ahli parti terbabit mengikut kehendak majlis kerja tertinggi (MKT) dan mengabaikan pandangan pemimpin di peringkat bawahan

Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub malah menganggap pandangan ahli parlimen Marang itu seolah-olah mengajar itik berenang.

Tambahnya usul berkenaan datang daripada 143 bahagian Umno di seluruh negara.

“Hadi jangan cuba nak mengajar itik berenang. Umno berenang dalam kolam sendiri.

“Umno tidak berenang dalam dua kolam. Umno lebih tahu cetek dan dalamnya air di kolam sendiri. Oleh itu Hadi lebih baik tutup mulut daripada bercakap merapu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Abdul Hadi mencadangkan agar ahli Umno mengikut kecenderungan MKT mereka dan usah mengambil kira pandangan di peringkat bahagian semasa menentukan status kerjasama di antara kedua-dua parti.

Malah duta khas bertaraf menteri itu juga berpendapat bahawa Umno tidak patut mengikut acuan “demokrasi Barat”.

Semasa ditemui media di Marang, Terengganu, Abdul Hadi mendakwa dia diberitahu majoriti anggota MKT Umno cenderung mahu meneruskan kerjasama PAS – yang konsisten mengekalkan keberadaan mereka bersama Bersatu.

Ia kemudian mendapat teguran segera daripada Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan.

Mustapha berkata Abdul Hadi mungkin hanya mendapat maklumat daripada sumber yang cenderung mahu mengekalkan kerjasama dengan PAS.

“Kenapa Hadi tidak bertanya dengan ahli MKT yang tidak mahukan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN)?



Menurut Mustapha ketetapan dibuat Umno sekarang berpunca daripada usul di peringkat bahagian sebelum dipersetujui perhimpunan agung parti dan diluluskan MKT.

TENGKU ZAFRUL HARUS TANDING PRU15, BARU BOLEH TAHU DIRINYA PEJUANG ATAU PENGHASUT RAKYAT?

 

Selain kerajaan Perikatan Nasional atau PN adalah kerajaan pintu belakang kerana beroleh kuasa tanpa menang pilihanraya, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mula diperkenalkan ketika itu sebagai Menteri Kewangan juga adalah menteri pintu belakang.

Beliau tidak pernah bertanding atau menang mana-mana kerusi pilihanraya, malah tidak diketahui parti mana yang dianggotainya.

Sebelum itu, Tengku Zafrul adalah CEO bank dan kedudukannya dalam sektor perbankan dikatakan adalah asas utama perlantikannya itu.

Dengan status itu dan tidak pernah bergelumang dengan derita rakyat, malah mungkin datang pula daripada keluarga berada, beliau boleh dikata diturunkan daripada kayangan untuk menjadi Menteri Kewangan ketika Mahiaddin Md Yasin menjadi Perdana Menteri.

Sebagai Menteri Kewangan, selain mengurus ekonomi negara, memahami denyut nadi rakyat dan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan adalah harapan yang disandarkan kepadanya melalui jawatan tersebut.

Pemahaman mudah bagi rakyat ialah Menteri Kewangan itu kerjanya menjaga atau mengatur duit untuk kesejahteraan mereka.

Bersekali dengan pengalamannya menerajui bank yang memang berorientasikan keuntungan, tidak menghairankan bila Tengku Zafrul selalu mempamerkan sikap yang bertentangan, walhal tugas sebagai Menteri Kewangan tidak lagi berpaut kepada untung rugi.

Tugas Menteri Kewangan ialah berorentasikan perkhidmatan dan kesejahteraan, biar pun dengannya negara terus kena berhutang.

Paling ketara sikap bertentangan berkenaan adalah berkaitan pengeluaran KWSP yang dituntut oleh banyak pihak sejak Covid19 melanda lagi.

Kalau ikutkan hasrat Tengku Zafrul, beliau mungkin tidak membenarkan sama-sekali wang KWSP dikeluarkan kerana tindakan itu akan menjejaskan keuntungan masa depan kerajaan.

Dalam perjumpaan pelbagai pihak dengannya, beliau tetap menolak perkara itu.

Pengeluaran yang dibenarkan sebelum ini pun, sebenarnya telah ditolak awal-awal lagi oleh Tengku Zafrul dan beliau hanya bersetuju setelah Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahiaddin kemudiannya mahu ia dibenarkan.

Kini, dengan banjir yang melanda negara, tuntutan agar kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP kedengaran kembali – kali ini dengan jumlah maksimumnya sebanyak RM10 ribu.

Tengku Zafrul sekali lagi memunculkan dirinya paling kerap bersuara menolak tuntutan itu.

Selain mempertikaikan niat mereka yang memperjuangkan perkara tersebut, beliau juga mendakwa mereka adalah penghasut rakyat.

Wah….hebatnya….

Soalnya, apakah memperjuangkan nasib rakyat suatu tindakan menghasut rakyat?

Jika membela nasib rakyat dianggap menghasut rakyat dan diragui niatnya, adakah tidak mengendahkan keinginan rakyat, malah menolaknya, suatu perbuatan memperjuangkan rakyat?

Dalam hal ini, Tengku Zafrul tidak ada pilihan lain melainkan mesti memberanikan dirinya bertanding dalam PRU15 akan datang agar beliau boleh tahu siapa dirinya di mata rakyat – pejuang rakyat atau penghasut rakyat? – ShahbudinHusin 02/01/2021.



ISMAIL SABRI TIDAK MAMPU SELAMATKAN NEGARA INI.LEMAH YANG AMAT

 

Perdana Menteri telah pun menyampaikan ucapan tahun baru beliau. Dan Yang Di Pertuan Agong pun sudah menyampaikan titah baginda. Tetapi saya masih merasa pilu dan bimbang nasib negara tercinta ini. Saya langsung tidak optimis tentang masa depan kita. Mengapa?

Banyak sebab yang boleh saya berikan tetapi untuk minggu ini memadai hanya dengan satu perkara yang pelik sudah cukup untuk meyakinkan pembaca bahawa Malaysia ini sudah tentu menuju ke arah negara yang akan porak peranda.

Perdana Menteri negara adalah dari parti Umno. Tetapi penyokong kuat beliau ialah Hadi Awang, ketua parti Pas, Mahaiddin Yassin dari Bersatu. Abang Jo dari GPS Sarawak dan Azmin Ali yang mungkin kini dari Parti Bangsa Malaysia.

Saya percaya Umno tak memberi sokongan terhadap Ismail Sabri, kecuali kelompok kluster menteri. Tetapi luar biasanya di Malaysia ini seseorang itu boleh jadi Perdana Menteri tanpa sokongan parti yang mewakili kumpulan rakyat yang terbesar.

Lebih luar biasa ialah beliau juga disokong oleh PH ( yang dikatakan progresif) untuk kekal sehingga satu tarikh baru. Ismail Sabri boleh kekal menjadi Perdana Menteri tanpa mendapat sokongan dari partinya sendiri.

Malaysia telah mencipta satu model kerajaan demokrasi yang unik yang tidak pernah ada di dinia ini, di mana parti-parti rojak bersepakat untuk mengekalkan jawatan masing masing.

Inikah dipanggil kepimpinan demokrasi kuasa rakyat? PH pun selesa dengan kerajaan ini kerana wakil rakyat mereka dapat RM2.5 juta setiap seorang untuk jaga kawasan Parlimen masing-masing.

Apa beza mereka dengan PAS yang dapat jawatan, menteri Umno yang dapat jawatan, GPS yang dapat MA63 dan lain-lain parti yang dapat untung masing-masing?

Kumpulan rojak yang menyokong Ismail Sabri ini tidak mampu melaksanakan tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah negara. Ada guru tak mahu ambil vaksin tetapi Menteri Pendidikan takut mengambil tindakan. Menteri Pas tidak mempu mengawal Jabatan Alam Sekitar dan meluluskan projek Lynas tanpa siasatan rapi dan tiada siapa sanggup bersuara.

Menteri Kewangan buat keputusan berkenaan pengeluaran wang KWSP dengan alasan yang dangkal, pun tiada siapa berani menegurnya. Kayu balak sudah habis, minyak Petronas sudah habis untuk biayai projek besar, tapi projek 5G dan pembinaan bangunan tinggi tak ada siapa berani memberi teguran.

Kesimpulannya Perdana Menetri yang dipilih oleh kumpulan rojak ini tidak mampu menunjukkan kuasa dan menyelamatkan negara ini.

Saya lebih rela kita adakan pilihan raya secepat mungkin. Memang ada orang beritahu saya, kalau ini dilakukan, maka kumpulan kluster mahkamah Umno mungkin akan menang. Bagi saya kalau rakyat pilih Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahmad Maslan, kita sepatutnya terima keputusan itu.

Itulah kelebihan demokrasi. Kita hormat keputudsan rakyat. Kita berttindak atas keputusan ramai. Jangan ingat kita sahaja ada moral, tahu apa yang baik untuk negara ini, tahu siapa yang boleh memimpin.

Kalau kita tidak sanggup menerima keputusan rakyat, tidak perlulah kita adakan pilihan raya. Ambil sajalah wang RM900 juta bagi memgurus pilihan raya dan bahagikannya kepada wakil rakyat yang ada, termasuk daripada PH juga. Dengan cara itu mereka akan terus pilih dan sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

ZAID IBRAHIM

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber – https://www.facebook.com/100045060983840/posts/458577848987577/?d=nIII



ELOK LA DUA DUA BUKAN BOLEH PAKAI PUN....BUAT MELAYU MAMPOIH LAAGI ADA...NAK URUS AYAM PUN TAK BOLEH..NAK HARAP APA LA



Panas! Pemimpin Umno tempelak Hadi sibuk nak jaga tepi kain parti lain


Panas! Pemimpin Umno tempelak Hadi sibuk nak jaga tepi kain parti lain


Umno meminta PAS agar untuk tidak sewenang-wenangnya memberikan komen yang menyentuh isu dalaman parti lain seperti yang dilakukan Abdul Hadi Awang pagi tadi.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan berkata sepertimana dia tidak wajar untuk mengajar PAS mengenai cara mengurus hal dalaman parti mereka, perkara yang sama diharapkan daripada Abdul Hadi.

Katanya rakan sekutu Umno wajar menghormati “decorum” dalam hubungan antara parti dan mengelak daripada membuat komen bagi pihak Umno.

“Tanpa mengurangkan hormat kepada Presiden PAS, saya menganggap kenyataan (Abdul Hadi) mengenai pendirian majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebagai kenyataan yang kurang wajar dikeluarkan oleh pimpinan parti lain.

“Sama ada majoriti ahli MKT menyokong atau tidak menyokong sesuatu perkara, ia menjadi rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan di luar.

“Yang penting ialah pendirian dan keputusan parti kelak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook petang ini.

Terdahulu semasa ditemui media di Rusila pagi tadi Abdul Hadi mendakwa sebahagian besar anggota MKT Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan PAS.

Sudah diulas berkali-kali

Malah ahli parlimen Marang itu menambah Umno wajar mengikut ketetapan yang dibuat kepimpinan MKT dan bukannya suara di peringkat bahagian.

Duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berpendapat penetapan pendirian itu sepatutnya tidak mengikut acuan “de timokrasi Barat”.

Shahril berkata seperti organisasi lain yang punyai struktur sendiri, sesuatu keputusan dibuat hanya selepas ia dimurnikan dan selepas itu barulah pendirian rasmi dikeluarkan.

“Soal pandangan mana-mana individu yang dibincang atau dibahas dalam mesyuarat, itu soal dalaman organisasi yang tak perlu dispekulasi oleh pihak lain.

“Apatah lagi semua ahli MKT telah bersumpah (menyimpan) rahsia sejak awal penggal lagi,” tegasnya.

Pada masa sama, Shahril berkata, dalam isu Muafakat Nasional (MN) Umno tidak pernah sesekali menolaknya seperti yang ditegaskan secara rasmi oleh Perhimpunan Agung Umno 2020.

Pun begitu katanya tindakan politik PAS meletakkan Umno dalam keadaan sukar.

Menurut Shahril lagi keputusan Umno mahu mempertahankan MN perlu diselaraskan dengan satu lagi ketetapan iaitu menolak kerjasama dengan Bersatu semasa PRU ke-15.

“Maka, apabila PAS bertegas mahu meneruskan jalinan kerjasama pilihan raya bersama Perikatan Nasional, maka ia meletakkan Umno dalam keadaan sukar untuk merancakkan MN seperti mana – sehingga terpaksa ada pertembungan pelbagai penjuru – apatah lagi jika PAS bertanding atas lambang PN seperti di PRN Melaka,” tambahnya.

Jelas Shahril, semua perkara ini telah diulas berkali-kali dan umum mengetahui dilema yang wujud adalah disebabkan pendirian PAS.

Meskipun begitu, kata Shahril, yang paling penting ialah Umno menghormati pendirian PAS dan tidak memaksa PAS melakukan apa-apa yang mereka tidak rela.

“Sebagai tanda keikhlasan persahabatan, harapnya PAS juga menghormati pendirian Umno dan tidak memaksa kami atau menghebahkan spekulasi dengan harapan kami melakukan sesuatu yang sememangnya sukar – khususnya berkenaan hubungan bersama pihak ketiga.

“Mungkin dengan penghormatan dua hala itu, barulah ada sinar untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerjasama yang pernah mewarnai pentas politik penggal ini,” katanya.