Oleh SITI NUR
ZAWANI MISCON / January 2, 2022
Setakat jam 4 petang tadi, Jabatan Meteorologi
Malaysia (MET) mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat bahaya bagi
barat Johor sehingga hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan
amaran hujan lebat pada peringkat buruk dan waspada di 11 buah negeri sehingga
sehingga Selasa depan (4 Januari 2022).
Negeri-negeri yang terlibat adalah timur Johor, Selangor, Kuala Lumpur,
Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Sabah.
Selain itu, MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang
dan laut bergelora bagi kategori pertama, kedua dan ketiga bagi perairan Pantai
Timur Semananjung sehingga Selasa ini.
“Kedua-dua amaran itu melibatkan timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga
4 Januari 2022,” kata kenyataan itu dalam kemaskini terbaru di laman web
rasminya.
Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting
Model (MMD-WRF) European Centre for Medium Range Weather Forecasts (ECMWF) dan
Global Forecast System (GFS), luruan monsun dijangka berterusan sehingga 4
Januari 2022.
“Dalam masa sama, kawasan barat Sabah dan Sarawak juga dijangka
mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga
malam,” katanya.