PAS NI TAK KUKUH MANA PUN. KALAU KUKUH SANGAT TAKKAN 18 KERUSI SAHAJA.DAPAT TERENGGANU TAK KEKAL.KEDAH DAPAT SEBAB SEMBURIT PUNYA GANG BELOT..TU SAJA....BAB KERJA...MAKAN GAJI BUTA JA SEMUA.

 Terkini! Pas dalam bahaya, kata penganalisis politik


Terkini! Pas dalam bahaya, kata penganalisis politik


Penganalisis politik melihat sikap PAS yang lebih memihak kerjasama dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) bakal menyaksikan pertembungan antara PAS dan Umno dalam pilihan raya umum ke-15 nanti, terutamanya di kubu kuat PAS.

Menurut Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia, berdasarkan situasi sedia ada, PAS seperti terhutang budi kepada Bersatu yang sebelum ini memberikan jawatan kepada mereka dalam kerajaan Persekutuan.

Umno pula katanya kini dilihat berada dalam keadaan selesa dan yakin untuk merobek kubu kuat PAS.

Azmi memberi contoh di mana terdapat stigma negatif terhadap menteri dari PAS yang dikatakan tidak berfungsi dalam menjalankan tugas mereka.

“Berbanding Umno dan Bersatu, Umno lebih kuat dalam kelompok penyokong yang sama iaitu orang Melayu.

“Jadi apabila PAS memilih untuk bersama Bersatu dan akan bertembung dengan Umno, maka ia dilihat akan menyukarkan PAS untuk mengekalkan kerusi yang mereka menangi pada PRU lalu, apatah lagi untuk menambah kerusi,” katanya.

Pada PRU ke-14, PAS mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan Terengganu sebelum merampas Kedah daripada Pakatan Harapan (PH) susulan Langkah Sheraton pada awal 2020.

Azmi berkata walaupun PAS sudah menguasai Kelantan sejak 1990, tidak mustahil parti itu akan kehilangan kuasanya di negeri berkenaan jika berlaku bertembung dengan Umno pada PRU ke-15.

“Ini adalah kerana terdapat stigma bahawa PAS – yang ada dalam kerajaan persekutuan – tidak berfungsi menteri-menterinya.

“Jadi kalau PAS mengambil keputusan bersama-sama dengan Umno, senarionya agak berbeza… kemungkinan Umno akan boleh bertolak-ansur kekalkan PAS di Terengganu, Kedah dan Kelantan,” katanya yang melihat PAS lebih menjurus untuk bersama dengan Bersatu.

Untuk rekod, PAS sebelum ini mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional dan menyertai PN yang diterajui Bersatu membentuk kerajaan selepas tumbangnya pentadbiran PH.

Bagaimanapun, Umno dalam perhimpunan agung tahunan sebelum ini membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Pada 30 Disember, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata majlis syura ulama parti itu kekal menegaskan kepentingan untuk memperkasakan MN dan PN demi mashlahah terbaik buat Islam dan negara.

PAS terhutang budi

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya juga berkongsi pendapat yang sama apabila dia melihat sikap PAS seakan-akan lebih memihak untuk bersama dengan Bersatu atas dasar terhutang budi kerana diberikan jawatan dalam kerajaan persekutuan.

“Itu agak menghairankan keputusan pemimpin PAS itu kerana keputusan Melaka adalah jelas – kekuatan Umno dan Bersatu itu terserlah,” kata Azmi yang merujuk kepada keputusan pilihan raya negeri Melaka pada November lalu.

Pada PRN Melaka, Umno-BN memenangi 21 daripada 28 kerusi tanpa bergabung dengan mana-mana parti gabungan lain, manakala PN hanya memperolehi dua kerusi. PAS kekal gagal meraih sebarang kerusi.

“Saya berpendapat, kemungkinan kepimpinan tertinggi PAS ini masih mempunyai harapan untuk memujuk Umno menerima Bersatu supaya ketiga-tiga parti ini bekerja di antara satu sama lain dan juga PAS tidak mahu dilihat seperti tidak menghargai apa yang dilakukan oleh Bersatu terhadap PAS – menerima mereka dalam kerajaan persekutuan,” kata Azmi lagi.

Pada Mac lalu, Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menyarankan supaya Umno dan PAS bertanding “secara mesra” dalam PRU15 di ketiga-tiga negeri pimpinan PAS itu supaya dapat mewujudkan persaingan secara sihat agar rakyat diberikan peluang untuk memilih pihak yang layak memimpin negeri.

Ketika itu, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan Umno dalam MN.

Awang Azman (gambar, atas) pula berpendapat dengan pertembungan kedua-dua parti ini dalam PRU ke-15, kedudukan PAS pada masa depan dijangka terjejas kecuali di kerusi kubu kuat mereka.

“Nasib PAS di Terengganu dan Kedah juga boleh tergugat dan ini bergantung kepada kepimpinan Umno di Kedah dan Terengganu.

“Jika Ahmad Said terus menjadi pemimpin Umno, ia dijangka mampu menggugat kedudukan kerusi PAS di Terengganu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan PAS dan Bersatu, Awang Azman berkata rasa terhutang budi PAS terhadap Bersatu masih lagi kekal apabila pertama kali Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri sebelum ini, memberikan jawatan dan tempat kepada PAS.

“Walaupun perdana menteri terkini dari Umno, tetapi sentimen perdana menteri terkini dilihat seolah-olah menerima idea kerjasama PAS, Umno dan Bersatu walaupun tak dizahirkan secara jelas,” katanya.


No comments: