POCONG TENGAH CARI TUAN

 

Sam Lim

Tak berani dah aku nak keluar lepas maghrib.
Ada poncong nak cari tuan baru 😬



CERITA KEMAS PEJABAT.


Jamzuri Ardani


Bila kerajaan PH dikhianati, saya adalah antara yang terkesan hilang pekerjaan. Saya mendapat notis tamat kerja pada pukul 4.40pm hari terakhir sebelum Mahaidin umum PKP. Walaupun notis berhenti adalah 30 hari, tapi itulah hari terakhir saya berada di pejabat kerana selepas itu perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa sehingga ke hari terakhir saya sepatutnya bertugas.


Saya tidak ada kesempatan langsung untuk kembali ke pejabat mengemas barang atau bertemu mengucap selamat tinggal kepada rakan staf. 


Saya hanya minta tolong seorang rakan staf untuk kemaskan meja dan tolong simpan dulu apa-apa barang peribadi yang masih ada di pejabat. Tak banyak pun. Satu kotak kecil pun tak penuh. 


Boleh dikatakan saya masuk pejabat sehelai sepinggang dan keluar pejabat juga sehelai sepinggang.

IKLAN TAK BERBAYAR: KHIDMAT SEWA LORI PINDAH BARANG BERBAYAR

 

No photo description available.



BOB KELANANG


PAPA menyediakan perkhidmatan sewa lori pindah rumah, pejabat dan barang…

PARA menti yang berminat nak menyewa, boleh la hubungi papa atau hubungi wakil papa Hona Kia ALipp Capone Lan Laga Ali Husin dan Nick Albatata Mymoon

Papa akan berikan diskaun 50% kepada menti dari PAS… xperlu kutip derma tabung Milo…

SEKIAN… terima kasih

 

🔴[KEMASKINI] HURAIAN DALAM SURAT PERLETAKAN JAWATAN MUHYIDDIN



PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai perdana menteri pada bila-bila masa susulan pusingan U oleh Ahli Parlimen Umno tertentu yang sebelum ini menyokong beliau, kata beberapa sumber. Beberapa sumber dalam Umno dan Bersatu memberitahu FMT bahawa mereka menjangkakan Muhyiddin akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi. “Surat letak jawatan sudah disediakan, namun kami tidak pasti bila beliau akan buat pengumuman,” kata satu sumber yang tidak mahu dinamakan. Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan Umno semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini. Merumitkan lagi keadaan apabila anggota Jemaah Menteri, termasuk menteri Umno dan PAS, menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin berkenaan, yang mengejutkan mereka. Kini, difahamkan, beberapa menteri Umno dan PAS sedang mencari cara untuk berpaling daripada Muhyiddin dan dalam masa sama menjaga air muka masing-masing. “Mood ketika ini begitu suram, dan banyak perbincangan dilakukan sejak semalam. Namun, disebabkan kami tidak mempunyai sokongan majoriti, mungkin cara terbaik untuk keluar daripada kekusutan ini adalah dengan Muhyiddin meletakan jawatan.” Seorang lagi sumber daripada blok pemerintah mendakwa beberapa Menteri sudah pun “berkemas” sebagai persediaan sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan. “Menteri saya sudah mengosongkan pejabat sejak semalam. Saya dimaklumkan menteri lain pun sudah selesai berkemas,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan. Pembantu kepada dua menteri lain turut memberitahu FMT mereka diarah mengosongkan pejabat menjelang 18 Ogos. Sementara itu, seorang pemimpin kanan Bersatu menggambarkan situasi ketika ini “teruk”. “Cadangan perdana menteri meletakkan Ahli Parlimen Umno dan PAS yang setia kepadanya dalam keadaan rumit. “Usaha Perdana Menteri sudah gagal, namun masih ada harapan bagi Perikatan Nasional. Mungkin PM boleh selamatkan keadaan sekiranya dapat sokongan Umno.” Difahamkan beberapa Menteri Umno menyesal mengingkari arahan parti selepas Perdana Menteri membuat tawarannya. Bagaimanapun, sumber dalam kem Perdana Menteri berkata Muhyiddin tidak merancang meletakkan jawatan kerana beliau mahu terus memimpin negara sehingga PRU-15. “Benar beliau berhasrat meneruskan khidmat, terutama menjamin program vaksinasi berjalan lancar. Namun jika Ahli Parlimen tidak menyokongnya, tidak banyak yang dapat kita lakukan,” katanya. “Kami masih sedia berunding,” tambahnya.

Sokongan Majoriti | ‘Tindakan Muhyiddin cabar kuasa Agong’ #KauBoleh


Keengganan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan yang mana beliau wajib mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat malah secara jelas mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin.

PUNYA TAK MALU : SCHEME OF THINGS MUHYIDDIN DAH MACAM ABU JAHAL? | Ustaz Ridzwan Abu Bakar


Ucapan Khas Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin semalam jelas menunjukkan bahawa beliau cuba untuk "merasuah" ahli Parlimen yang tidak menyokong beliau dengan pelbagai tawaran. Ia termasuk tawaran yang dijanjikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

((PANAS)) TERKINI DARI ZAID IBRAHIM: AGONG PERLU BERTINDAK SEGERA! SELAM...

BAIK BELAH JA- TINGGALKAN 18 KETUL TAIK UNTUK BERGAYUT PADA TUAN YANG BAHARU.PUNYA TAK ADA MARUAH SEBAGAI PARTI YANG DULUNYA PEJUANG AGAMA

 

Perkara betul sekarang adalah PM meletakkan jawatan, kata Majlis Peguam
/ August 14, 2021

Majlis Peguam Malaysia berpendapat, tindakan yang paling bermaruah bagi Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sekarang adalah meletakkan jawatan.

“Majlis Peguam berpendapat, cara terbaik sekarang adalah perdana menteri memulakan proses memulihkan negara dan membawa balik kegemilangannya, dengan menghormati semangat, perkataan dan kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan cara mematuhi kehendaknya.

“Apabila Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, langkah yang mulia dan terbaik adalah meletakkan jawatan, kerana ia adalah perkara betul yang perlu dilakukan,” kata Presiden Majlis Peguam Malaysia, A G Karidas.

Majis Peguam juga menyeru Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan kerajaan berfungsi dengan baik demi kepentingan negara.

Dalam ucapannya di televisyen nasional pada 13 Ogos 2021, Perdana Menteri mengakui bahawa beberapa Anggota Parlimen (“MP”) dari gabungan pemerintah telah menarik sokongan mereka kepadanya, menimbulkan keraguan apakah dia masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dia terus mengatakan bahawa dalam keadaan seperti itu, dia mempunyai dua pilihan menurut Perlembagaan Persekutuan – iaitu untuk mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mencadangkan agar pilihan raya umum diadakan, atau mengundurkan diri.

“Oleh itu, jelas bahawa dia sendiri mengakui bahawa kedudukannya tidak lagi mempunyai majoriti,” kata Karidas.

Namun, kata Karidas, Mahiaddin berpendirian, tidak ada anggota Parlimen lain yang menunjukkan bahawa dia mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

“Dengan demikian, jika dia mengundurkan diri, tidak akan ada yang menggantikannya.

“Dan jika dia mengundurkan diri, seluruh Kabinet juga harus mengundurkan diri, yang akan menyebabkan negara ini tanpa pemerintahan yang berfungsi pada masa penting ini untuk memerangi wabak Covid-19,” beritahu beliau.

Untuk mengelakkan kekosongan pemerintahan dan kepemimpinan politik ini, Mahiaddin telah mengumumkan senarai terperinci reformasi perlembagaan dan Parlimen, serta perubahan prosedural dan praktikal pra-perundangan yang dia bersedia tawarkan sebagai pertukaran sokongan dari anggota parlimen dari Pembangkang semasa undi kepercayaan nanti.

“Dengan segala hormatnya kepada Perdana Menteri, soalan-soalan yang diajukan olehnya memperlihatkan salah faham mengenai kedudukannya di bawah Perlembagaan Persekutuan,” kata Karidas.

Fasal 43 (4) Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Perwakilan, maka, kecuali atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, Perdana Menteri akan mengundurkan diri dari kabinet.”

Bagi Karidas, kata-kata itu jelas dan makna serta maksudnya tidak diragukan lagi.

“Sekiranya Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti, kecuali atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, Perdana Menteri mesti mengundurkan diri.

“Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan bahawa Perdana Menteri hanya akan mengundurkan diri dari Kabinet sekiranya ada seorang anggota Parlimen lain yang dapat menunjukkan bahawa dia mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat,” katanya.


KAH..KAH...KAH...CARI TEMPAT GAYUT BARU LAH..TUNGGU APA LAGI......Terkini! Pas buat mesyuarat tergempar petang ini

 

Terkini! Pas buat mesyuarat tergempar petang ini


Kepemimpinan tertinggi PAS dijangka mengadakan mesyuarat, petang ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai intipati perbincangan parti itu nanti.

“PAS saja yang akan mengadakan mesyuarat, hari ini. Nanti kami akan mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menafikan akan ada mesyuarat tergempar dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang ini.

Sumber | BH

PUNYA LA TERUK : Semalam pun kerajaan PN masih meminjam RM4.5 billion

 


Panas! Semalam pun kerajaan PN masih meminjam RM4.5 billion


Semakin hilang keabsahan dan terdesak, semakin laju mereka pinjam duit.

27 Julai: Pinjam RM5.5 bilion (bayar balik tahun 2030)

3 Ogos: Pinjam RM4.0 bilion (bayar balik tahun 2050)

9 Ogos: Pinjam RM2.0 bilion (bayar balik tahun depan)

13 Ogos: Pinjam RM4.5 bilion (bayar balik tahun 2028)

Kerajaan PN pinjam RM16 bilion dalam tempoh 13 hari bekerja yang lepas sahaja

 kerajaan PN

Makin mahal “scheme of things 2.0” dan harga durian ke?

Bukan mereka yang bayar balik pun.




SAH MAHIADDIN LETAK JAWATAN, PENGUMUMAN RASMI ISNIN



Sah – Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin secara rasmi menawarkan diri untuk berundur daripada jawatannya.


Pemakluman tentang hasrat tersebut disampaikan oleh Mahiaddin dalam perjumpaan beliau dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN, menteri dan timbalan menteri di Putrajaya, petang tadi.


Namun demikian, pengumuman rasmi dijangka hanya dibuat pada Isnin, 16 Ogos selepas Mahiaddin menghadap Yang Dipertuan Agong, sekaligus menyerahkan surat perletakan jawatannya.


Selepas menyerahkan surat perletakannya kepada Agong, barulah suatu pengumuman rasmi mengenai kedudukan beliau akan diumumkan.


Dalam perjumpaan petang tadi, meskipun Mahiaddin secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk berundur, tetapi timbul juga pandangan lain yang meminta beliau bercuti terlebih dahulu sebelum meletak jawatan.


Pandangan itu seterusnya disusuli dengan harapan agar Ismail Sabri Yaakob dicadangkan sebagai Pemangku Perdana Menteri untuk memastikan kerajaan PN terus dapat dikekalkan.


Mahiaddin bagaimanapun dilaporkan tetap dengan pendiriannya untuk berundur itu kerana beliau kini merasakan jalan di hadapannya sudah menjadi jalan mati.


Khusus yang menyebabkan Mahiaddin jadi terperosok ialah berikutan penolakan blok pembangkang terhadap tujuh tawaran yang diumumkannya semalam.


Bagi Mahiaddin, dengan penolakan tersebut, khususnya oleh DAP, beliau tidak mempunyai jalan lain lagi untuk menambah jumlah sokongan setelah 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya.


Selepas perjumpaan di Seri Perdana yang dihadiri Mahiaddin petang tadi, beberapa menteri dan timbalan menteri kemudiannya berkumpul di pejabat seorang menteri di sebuah kementerian untuk membincangkan langkah susulan seterusnya.


Dalam pertemuan tersebut, ada yang melahirkan rasa kecewa, sedih dan tidak dapat menerima keputusan Mahiaddin untuk berundur daripada jawatannya, tetapi ada juga yang bersikap terbuka serta menghormati pilihan yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri.


Begitu pun, mereka kini sedang berusaha sedaya upaya memastikan kerajaan PN terus kekal dan nasib sebahagian mereka sebagai menteri dan timbalan menteri dapat terus dipertahankan.


Apa pun, segala-galanya akan terpulang kepada Agong membuat penentuan tentang bagaimana bentuk kerajaan seterusnya sama ada melantik Pemangku Perdana Menteri, melantik Perdana Menteri interim atau membenarkan kewujudan kerajaan baru.


Sabar sikit, tunggu Isnin untuk mengetahui segala-galanya, tetapi yang penting, Mahiaddin bukan lagi Perdana Menteri selepas Isnin nanti. (ShahbudinHusin 14/08/2021)

Ahmad Maslan kata hayat PN telah berakhir, berundur je la Muhyiddin


Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan jawatan selepas parti-parti luar daripada gabungan itu menolak kerjasama rentas parti yang ditawarkan, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jangka hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berakhir dengan penolakan tersebut, justeru Muhyiddin perlu berundur tanpa menunggu keabsahannya ditentukan oleh Parlimen pada bulan depan.

Katanya, usaha kerjasama rentas parti yang diumumkan semalam merupakan satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini untuk mengekalkan kuasa yang ada.

“Apabila tawaran itu ditolak, Muhyiddin tidak mempunyai dahan lagi untuk berpaut dan perlu meletakkan jawatan secara terhormat bagi mengembalikan mandat rakyat kepada perdana menteri yang mempunyai sokongan yang cukup.

“Muhyiddin juga tidak berhak menyatakan pandangannya bahawa tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri kerana soal pelantikan tersebut merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Ahmad berkata, peletakan jawatan itu membolehkan Agong, melaksanakan tanggungjawab mengikut Perkara 40 (2) untuk melantik seorang perdana menteri baharu dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Dalam sidang media semalam, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti atau sokongan bi-partisan kepada pembangkang termasuk peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen serta melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi.

Bagaimanapun, Maslan berkata, Muhyiddin tidak perlu menggariskan pelbagai perkara bagi memastikan cadangan kerjasama rentas parti diterima kerana ia sesuatu yang tidak praktik untuk dilaksanakan.

“Kami (Umno) menunggu sehari dua ini, apakah langkah yang akan dilakukan oleh Muhyiddin bagi melanjutkan usia jawatan perdana menteri yang kini telah berada di hujung tanduk,” ujarnya.

Jelasnya, walaupun tindakan Muhyiddin semalam boleh disifatkan sebagai tawaran berunsur rasuah di khalayak awam, namun katanya, tidak mungkin Ahli Parlimen Pagoh itu hendak melanggar undang-undang secara terang-terangan.

Disoal mengenai pendirian Umno, Ahmad menegaskan parti tersebut kekal dengan keputusan mahu mandat rakyat dikembalikan dalam menentukan kerajaan baharu yang akan dibentuk

“Selagi tiada mandat baharu dari rakyat, keadaan seperti ini akan berterusan dan ini akan menyebabkan kedudukan perdana menteri sentiasa dicabar dan dipersoalkan oleh banyak pihak,” katanya.


Perangai Mahiaddin semasa krisis

 


KPM digesa pertimbang semula keputusan buka sekolah 1 September


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan semula keputusan membuka semula sekolah pada 1 September.

Katanya, ia mengambil kira situasi Covid-19 yang semakin memburuk ketika ini. 

“Semasa KPM mengumumkan keputusan itu pada 17 Julai, terdapat 12,541 kes Covid-19 dan 115 kematian pada hari sebelumnya, 16 Julai. Semalam, terdapat 21,668 kes baru Covid-19 dengan 318 kematian dicatatkan.

“Pada 16 Julai, jumlah kes kumulatif Covid-19 adalah 893,323 dengan 6,728 kematian. Hari ini, angka itu meningkat kepada 1,342,215 kes dengan 11,691 kematian,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut menggesa KPM mengadakan perbincangan dengan guru, ibu bapa dan pengamal perubatan mengenai isu tersebut. 

Mengulas lanjut, katanya, beliau bersetuju dengan Aktivis masyarakat, Dr. Mohamad Rafick Khan bahawa setiap sekolah perlu ada Manual Pengurusan Risiko Covid (CRMM) sebelum sekolah dibuka semula.

“Saya bersetuju dengan Dr. Rafick bahawa untuk sekolah dibuka semula semasa musim wabak Covid-19, ia mesti mempunyai CRMM yang baik yang memberi kuasa kepada jawatankuasa pengurusan risiko, menyediakan dana yang diperlukan dan melaksanakan Garis Panduan Pengurusan Risiko Covid (CMRG) di sekolah. Pengurusan risiko adalah usaha gabungan sekolah, ibu bapa dan profesional perubatan.

“Pengurusan Risiko Covid-19 (CRM) berlainan untuk setiap jenis sekolah. Mungkin ada komponen yang sama tetapi secara umum, kelainan itu bergantung kepada jenis sekolah tersebut; sama ada sekolah berasrama penuh atau bukan asrama selain mengambil kira usia pelajar.

“Vaksinasi adalah komponen CRMG, tetapi yang paling penting CRMM dirancang dengan tujuan pencegahan dan pengurusan wabak untuk mengesan mereka yang dijangkiti dan mencegah jangkitan lanjut,” ujarnya.

Buka tutup sekolah: Pastikan keputusan berpandukan data dan sains

 

Oleh Roketkini

Di dalam isu buka tutup sekolah, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menggesa agar Kementerian Pendidikan memastikan segala keputusan yang hendak diambil mestilah berpandukan data dan sains.

Dalam satu kenyataan, JKPPH berkata, keputusan yang diambil kementerian perlu berteraskan panduan yang telah diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengambil kira kadar jangkitan dalam komuniti, peningkatan kes baharu, kadar kematian dan kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). 

“Kedua, KPM hendaklah mempunyai pelan strategik yang jelas, komprehensif dan meyakinkan berkaitan panduan buka dan tutup sekolah yang dibangunkan bersama dengan pihak pakar kesihatan.

“(Pakar kesihatan ini termasuk) dari WHO, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Kementerian Kesihatan dan juga Hospital Pakar Universiti Malaya. 

“Pelan dan SOP yang telus ini mestilah dibentangkan kepada rakyat,” katanya hari ini.

Kenyataan itu turut mengumumkan keputusan pungutan suara yang dijalankan JKPPH sebelum ini yang menunjukkan sebanyak 94.6 peratus daripada 421,446 responden tidak bersetuju untuk sekolah dibuka pada 1 September depan. 

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menambah, Kementerian Pendidikan perlu mengelakkan daripada membuat keputusan berdasarkan kaedah ‘One Size fits all’ (pukul rata). 

Keputusan berpusat (centralized) untuk pembukaan dan penutupan sekolah tidak akan membantu, jelasnya, menyebabkan ramai pelajar keciciran, menyebabkan munculnya kluster sekolah dan telah terbukti gagal sebelum ini. 

Menurut JKPPH, KPM perlulah membentangkan terlebih dahulu prosedur operasi standard (SOP) khas untuk pelajar kategorikan ‘non vaksin’ di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah berdasarkan sains dan data sebelum meneruskan keputusan mereka untuk membuka sekolah. 

Kenyataan itu memberitahu, KPM juga perlu selesaikan proses vaksinasi kepada semua yang terlibat dalam ekosistem pendidikan dari kalangan guru, pekerja sekolah, termasuk kakitangan kantin, pengawal keselamatan dan pemandu bas dan van sekolah tanpa terkecuali. 

“Keselamatan mereka perlu diberikan keutamaan di dalam apa pun keputusan yang diambil. 

“Dahulukan vaksinasi kepada mereka yang luar bandar kerana kadarnya sedikit berbanding di luar bandar, dan agar sekolah-sekolah di sana boleh dibuka segera. Lakukan pemberian vaksin di kawasan sekolah tanpa mereka perlu ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan juga perlu mengkaji semula untuk membenarkan program vaksinasi pada pelajar kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara sukarela. 

“Ramai ibu bapa yang boleh bersetuju dengan keputusan untuk membenarkan anak-anak ini kembali ke sekolah jika anak-anak mereka telah menerima vaksin,” katanya.

Selain itu, jelas JKPPH, KPM harus berbincang dan melibatkan banyak pihak seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGMMB), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), persatuan-persatuan ibu bapa dan pihak Malaysian Paediatric Association (MPA) sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung isu ini. 

Tambahnya, jika KPM bertegas ingin semua sekolah dibuka, pastikan ianya dilakukan secara berfasa dengan keutamaan diberikan kepada: 

(a) Sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman yang kurang murid terlebih dahulu. 

(b) Disusuli sekolah-sekolah di kawasan hijau

(c) Kemudian barulah pembukaan sekolah ke kawasan yang kadar penerima vaksinnya melebihi had imuniti kelompok. 

Pembukaan serentak di seluruh negara dikhuatiri hanya akan mengulangi kluster sekolah seperti sebelum ini. 

Sementara itu, kenyataan tersebut berkata, jadual persekolahan bergilir juga perlu dilaksanakan selain dari SOP yang ketat bagi sekolah-sekolah yang padat demi mengelakkan faktor kepadatan di sekolah mengulangi insiden kluster sekolah sekali lagi. 

“Banyakkan masa murid-murid berada di luar bilik darjah dan di tempat yang terbuka. Penularan virus dalam ruangan tertutup 18 kali ganda dari ruang terbuka. Dalam keadaan terbuka, penularan berkurangan.

“Apa yang utama ialah apa sahaja keputusan yang diambil oleh KPM, kuasa autonomi hendaklah diberikan kepada pihak sekolah dengan kerjasama pejabat pendidikan daerah (PPD) untuk merangka apa yang terbaik dengan keadaan lokaliti mereka berdasarkan panduan dari semua pemegang taruh seperti PIBG, pihak pengusaha kantin dan bas sekolah, Pusat Kesihatan Daerah (KKM), Pihak Berkuasa Tempatan, dan juga pihak MKN. 

“Segala keputusan mestilah berdasarkan analisis data yang terperinci berhubung daerah tersebut,” katanya. 

Survey: 94.6% tak setuju sekolah buka 1 September

 

Pada 

Oleh B. Suffian

Sebanyak 94.6 peratus daripada 421,446 responden tidak bersetuju untuk sekolah dibuka pada 1 September depan, menurut pungutan suara Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH).

Dalam pungutan suara atas talian berkenaan, yang dilakukan dalam tempoh 48 jam dan berakhir hari ini, hanya 5.4. peratus responden yang bersetuju. 

“Dari semua responden tersebut, seramai 87.1 peratus atau  367,079 orang terdiri dari kalangan ibu bapa, manakala 9.7 peratus adalah guru dan 2.4 peratus adalah dari kakitangan sekolah. 

“Bilangan kes yang semakin meningkat, dan juga bilangan kematian yang semakin tinggi menjadikan ibu bapa tidak mahu memperjudikan nasib anak-anak mereka,” kata JKPPH dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Julai lalu, media melaporkan. Kementerian Pendidikan (KPM) membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan.

Susulan itu, banyak pihak meminta kementerian menangguh pembukaan sekolah tersebut ekoran kes harian Covid-19 yang masih tinggi.

Dalam pada itu, JKPPH memberitahu, di samping pungutan suara tersebut, pelbagai pungutan suara juga telah dilakukan oleh banyak pihak melalui atas talian membantah sekolah dibuka pada 1 September nanti. 

“Hal ini perlu diberikan perhatian serius oleh KPM di dalam membuat keputusan berhubung perkara tersebut, katanya.

Kenyataan itu menyebut, dalam mengharungi dampak wabak Covid-19 kepada pendidikan dan dalam membawa solusi kepadanya, kerajaan dan rakyat perlu berpijak di atas lima dasar utama yang tidak boleh diabaikan dan ditinggalkan iaitu:

1.  Keselamatan dan nyawa rakyat wajib diberikan keutamaan;

2.  Akses pendidikan berkualiti untuk semua;

3.  Pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak; 

4.  Tiada satu contoh mithali yang boleh dikatakan terbaik. Usaha inovasi perlu sentiasa berjalan.

5. Pendidikan adalah proses holistik pembinaan kemanusiawian dan potensi di dalam diri individu. – Roketkini.com

Terkini! Muhyiddin tak keruan, jumpa ketua parti dan menteri petang ini

 

Terkini! Muhyiddin tak keruan, jumpa ketua parti dan menteri petang ini


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan satu perjumpaan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di kediaman rasminya di petang ini, kata sumber.

Perjumpaan itu menurut sumber diadakan untuk membincangkan perkembangan semasa negara.

“Betul. Ada perjumpaan perdana menteri bersama ketua-ketua parti. Beberapa pemimpin kanan dan menteri turut dijemput,” kata sumber itu ketika dihubungi.

“Saya pun akan menghadirinya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seorang sumber dalaman memberitahu Malaysiakini kemungkinan besar perjumpaan petang ini akan diadakan di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, Putrajaya.

“Pagi tadi ada satu perjumpaan di kediaman perdana menteri di Damansara. Kemungkinan perjumpaan ini diadakan di Seri Perdana buat masa ini,” kata sumber parti Bersatu itu.

Muhyiddin kini sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen selepas 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya.

Ekoran itu, Muhyiddin ketika berucap pada perutusan khas secara langsung melalui televisyen lewat petang semalam, mengumumkan beberapa tawaran kepada ahli parlimen pembangkang bagi mendapatkan sokongan bipartisan untuk kekal berkuasa dan membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19.

Dia juga berkata tidak akan meletakkan jawatan dan kabinetnya bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti dari luar PN menjelang undi percaya bagi menguji sokongan majoritinya di parlimen bulan depan.

Dia juga menawarkan cadangan supaya ketua pembangkang mendapat imbuhan setara dengan menteri kanan, serta menggubal undang-undang anti lompat parti.

Namun, setakat ini ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sebaliknya pimpinan pembangkang menyifatkan tawaran Muhyiddin itu sebagai “rasuah”.

DIA TAK MAHU DAP DALAM KERAJAAN, TAPI DIA DALAM KERAJAAN PUN TAK BERGUNA JUGA.APA PUN TAK BUAT UMPAMA 18 KETUK TAIK DIHANYUT SUNGAI

 

Muhyiddin mahu DAP sokong, tapi Pas tak mahu DAP dalam kerajaan


Muhyiddin mahu DAP sokong, tapi Pas tak mahu DAP dalam kerajaan


PAS istiqamah dengan pendirian parti itu untuk tidak menerima DAP dalam kerajaan Malaysia, kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

“PAS tetap tidak setuju kalau DAP berada dalam kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Tuan Ibrahim sebelum itu diminta mengulas kenyataan dan tawaran dibuat Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan ucapan yang disiarkan ke seluruh negara lewat petang semalam.

Presiden Bersatu yang sedang berdepan tekanan dan krisis kepimpinan menawarkan jalan berdamai untuk semua ahli parlimen termasuk pembangkang untuk memberikan sokongan kepadanya dalam usul percaya di parlimen.

Antara tawaran yang disebutkan Muhyiddin ialah peruntukan buat ahli parlimen pembangkang yang setara dengan wakil rakyat kerajaan, serta mengangkat kedudukan ketua pembangkang di parlimen setaraf dengan menteri kanan.

Sebahagian daripada tawaran itu pula memerlukan pindaan perlembagaan seperti mengehadkan tempoh jawatan seseorang menjadi perdana menteri kepada dua penggal saja.

Sebelum ini PAS begitu tegas menolak DAP dan menganggap parti berkenaan sebagai musuh Islam dan Melayu. Bagaimanapun untuk rekod PAS pernah bersama dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Buat masa ini, tawaran Muhyiddin dilihat lebih merupakan perjanjian keyakinan dan belanjawan (CSA) yang memerlukan seseorang ahli parlimen menyokong kerajaan dengan balasan tertentu.

Pada masa sama belum ada sebarang tawaran untuk jawatan menteri dibuat.

Ditanya sama ada PAS bersetuju dengan beberapa tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin atau tidak, Tuan Ibrahim berkata parti itu melihat ia sebagai jalan keluar untuk kerajaan menghadapi cabaran Covid-19 dan program vaksinasi.

“Bagi kerajaan, keutamaan ialah menyelesaikan proses vaksinasi, selamatkan rakyat daripada situasi mencabar ini sebab semua pihak terkesan,” katanya.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga menegaskan tawaran dibuat Muhyiddin itu terbuka kepada parti.


Panas! Netizen kata Muhyiddin lebih teruk dari kleptokrat

 Panas! Netizen kata Muhyiddin lebih teruk dari kleptokrat

1- Antara alasan Maahiddin mengajak Pembangkang bersama, Adalah mahu menolak Kleptokrat.. Masa dia dilantik PM boleh pulak Deal dengan Kleptokrat..Bagi aku Mahiaddin hari ini jauh lebih teruk dari Kleptokrat yang telah membuat kerosakan kepada Negara..

2- Aku pun menolak Najib.. Takda Kompromi..Tapi kerosakan yg dibuat Mahiaddin kepada Negara lebih teruk dari Najib, Ya..Dosa Najib tentang Kleptokrat telah dihukum Mahkamah, Itu serah kepada Undang2.. Tapi kerosakan Mahaiddin buat lebih besar..

3- Biarpun Najib dilihat Jahat…Bagi aku dia akur dengan Demokrasi.. Dia tak rosakkan Perlembagaan…Malam PH menang di Putrajaya.. Dia tidak cuba mempertahankan Kuasa ketika itu memujuk PAS atau mana mana Parti gabungan PH, Buat Scheme Of Thing Secara terbuka..

4- Tak Suka macam mana dengan Najib dulu sebagai PM.. Dia dapat Kuasa secara Sah melalui Demokrasi dan Pilihanraya, Bukan Khianat..Apalagi Khianat rakan dan saudara sendiri.. Jadi Antara Perompak dan Pengkhianat, Lebih jauh teruk si Pengkhianat..

5- Kalau ibaratkan Pengurus sebuah Syarikat..Najib umpama Pengurus Syarikat yang Buat Untung RM 100 Billion, tapi Songlap RM 40 Billion.. Ya, Anak bini masih boleh Hidup.. Tapi Mahaiddin Dia diumpamakan menghilangkan dan merugikan Negara lebih 600 Billion habis Keluarga porak Peranda..anak kebulur tak makan..

5- Jadi Mahaiddin tak layak bercakap Soal Intergriti.. bagi lah orang lain cakap Soal Kleptokrat.. Sejarah dia sendiri teruk..Hatta apa yang berlaku hari ini melibatkan Perlembagaan dan Demokrasi jauh lebih teruk dari Najib Razak hatta mana mana Perdana Menteri dari UMNO..



BUKAN KERJA MAHIADDIN SIBUK2 MEMIKIRKAN SIAPA ORANG LAIN ADA MAJORITI ATAU TIDAK UNTUK MENGGANTINYA

 

Dalam perutusan khas bersalut pelbagai tawaran berbentuk rasuah politik petang semalam, Mahiadin Md Yasin berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tiada sesiapa Ahli Parlimen lain yang ada sokongan majoriti untuk menggantikannya.

Sambil mengakui keabsahannya kini menjadi pertikaian kerana ada beberapa Ahli Parlimen menarik sokongan terhadapnya, tapi tambah beliau, tiada sesiapa yang lain pula memiliki majoriti.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baru tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan.

“Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baru tidak dapat dibentuk,” katanya.

Kesimpulan mudah dan nyata daripada kedegilan Mahiaddin untuk berundur, meski menyedari keabsahannya dipertikaikan dan tawaran-tawaran yang dikemukakannya secara tidak langsung pula menunjukkan beliau memang tiada lagi sokongan majoriti, kononnya ialah kerana bimbang tiada pemimpin lain memiliki sokongan majoriti untuk menggantikannya.

Apa yang Mahiaddin perlu faham dan sedar dalam hal ini, soal siapa Perdana Menteri selepas dirinya dijatuhkan bukan lagi urusan beliau untuk memikirkannya.

Walaupun Parlimen boleh menjatuhkan Perdana Menteri atau mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri, tetapi Parlimen tidak ada kuasa melantik seorang Perdana Menteri baru melalui undi majoriti.

Kuasa melantik Perdana Menteri adalah hak mutlak Yang Dipertuan Agong berdasarkan mana-mana Ahli Parlimen yang pada hemat baginda ada memiliki sokongan majoriti.

Siapa calon Perdana Menteri biarlah Agong memilihnya berdasarkan penilaian dan kebijaksanaan baginda atas pelbagai faktor untuk membuat penentuan mengenainya.

Jadi, kenapa Mahiaddin perlu sibuk-sibuk memikirkan orang lain ada majoriti atau tidak?

Apakah Mahiaddin cuba mahu merampas dan mengambil alih hak Agong yang telah termaktub dalam Perlembagaan?

Lebih afdal sebenarnya beliau memikirkan tentang nasib dirinya sendiri yang tidak majoriti lagi ketika ini.

Selain dirinya yang tiada majoriti, yang penting juga harus disedari oleh Mahiaddin ialah undi untuk menolak dan menjatuhkannya memang memiliki majoriti yang mencukupi.

Dirinya yang tiada majoriti dan usaha menjatuhkannya yang memang memiliki majoriti setakat ini sudah cukup untuk membuatkan rakyat boleh bergembira menempuh hari-hari seterusnya selepas ini berbanding kebimbangan Mahiaddin tentang tiada calon Perdana Menteri lain yang yang didakwanya tiada sokongan majoriti.

Lagi pun, menjatuhkan Perdana Menteri yang tiada majoriti serta selama ini takut menguji sokongan dimilikinya jauh lebih penting untuk ditunaikan perlaksanaannya lebih dahulu daripada memikirkan siapa calon Perdana Menteri baru yang ada sokongan majoriti. 


(ShahbudinHusin 14/08/2021)



Media pro Umno dakwa Mahiaddin letak jawatan

 


Menurut portal terbabit, ini berikutan Mahiaddin telah diasak daripada ahli-ahli parlimen Umno pro-kerajaan dan Pas dalam usaha beliau membentuk kerajaan bi-partisan sehingga Julai 2022.

Di dalam ucapan khas semalam, Mahiaddin secara terbuka telah mengakui hilang majoriti justeru beliau bertindak menawarkan kerjasama dengan parti-parti pembangkang melalui usul undi percaya terhadapnya.

Justeru, Suara.tv turut melaporkan Mahiaddin dijangka akan bertemu dengan beberapa orang menteri kabinet pagi ini bagi memaklumkan keputusannya untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan peletakan jawatannya.

Beberapa ahli Parlimen Umno memberitahu SuaraTv mereka tidak diberitahu mengenai the new deal tersebut dan merasa kecewa dengan pengumuman Perdana Menteri semalam.

Masalah yang sama berlaku dalam Pas apabila mereka tidak dimaklumkan dengan jelas bentuk new deal tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang makluman dari Pejabat Perdana Menteri mengenai situasi ini.

Susulan pengakuan Mahiaddin hilang majoriti telah mewujudkan desakan agar beliau meletak jawatan secara segera bukannya menunggu sidang Parlimen yang dijadualkan pada september ini.

AMK buat laporan SPRM secara terbuka tawaran sogokan PM Mahiaddin

 

LAPORAN SPRM: Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur-unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memberi impak negatif kepada kedaulatan undang-undang dan menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan di negara kita.

Dalam Ucapan tersebut, Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dengan jelasnya mengakui bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.



Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun, daripada meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dalam Ucapan tersebut telah membuat pelbagai tawaran yang berbentuk sogokan kepada seluruh ahli Dewan Rakyat bagi mendapat sokongan mereka untuk membolehkan beliau kekal menjadi Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, AMK telah mengesyaki bahawa Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang berikut:

Seksyen 21 Penyogokan pegawai badan awam: Menawarkan suapan kepada seseorang pegawai badan awam sebagai dorongan agar pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana mesyuarat badan awam itu bagi menyokong atau menentang apa-apa langkah, ketetapan atau soal yang dikemukakan kepada badan awam itu.

Memandangkan unsur sogokan tersebut dibuat secara langsung di televisyen, maka AMK kemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara terbuka.



Oleh itu, AMK membuat laporan ini supaya siasatan dapat dijalankan ke atas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin.

Sekian sahaja laporan AMK bertarikh 14 Ogos 2021.



AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia



CHIEW CHOON MAN

Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Malaysia