Ini Kalilah Balik Mengundi PRU13


KEADILAN desak Umno henti fitnah seks, debat dengan Anwar malam esok

KEADILAN desak Umno henti fitnah seks, debat dengan Anwar malam esok

(Kenyataan oleh Naib Presiden KEADILAN yang juga calon Parlimen Batu, Tian Chua)
Pilihan raya umum semakin dekat, blogger pro Umno menyebarkan video seks yang melibatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk menyerang Pakatan Rakyat (Pakatan).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas Umno menggunakan helah jijik lagi untuk serangan peribadi.

KEADILAN juga mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin terhadap insiden sebegini.

najib penakut-debatPakatan sudah beri amaran bahawa pemimpin Pakatan mungkin diserang dengan video seks buatan pihak musuh, agar disebarkan semasa pilihan raya umum akan datang.

Sasaran mereka termasuk pemimpin Pakatan yang juga Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak ambil sebarang tindakan untuk memantau atau menyiasat, sehingga kini tersebar video seks yang libatkan Mustafa Ali.

Oleh demikian, kami percaya semua ini adalah helah kotor pihak musuh, matlamat mereka adalah fitnah pemimpin Pakatan.

Isu video seks di arena politik Malaysia bermula pada pilihan raya 2008, iaitu video seks mantan Menteri Kesihatan MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Tian ChuaHelah kotor digunakan dalam anggota parti BN ini, sekarang sudah “dipertingkatkan” dan menjadi senjata politik. Mereka mencipta beberapa video atau gambar seks menyerang pemimpin Pakatan, sasaran banyak menuju kepada Anwar.

Namun begitu, pihak polis tidak pandang serius dan ambil tindakan terhadap gambar atau video rekaan ini, malah membisu apabila media pro Umno melaporkannya demi menjatuhkan imej Pakatan.

Contohnya semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011, insiden Datuk T dedahkan video seks serang Anwar, walaupun Anwar melaporkan perkara itu kepada polis, kes ini tidak ada apa-apa tindakan dan tidak ada orang dikenakan tindakan.

Pihak mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dalam kes Fitnah II pada Januari tahun ini. Anwar juga menang dalam kes saman terhadap Utusan Malaysia yang menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) awal tahun ini.

Kenapa Utusan Malaysia yang dikawal Umno dan juga blogger pro Umno, Papagomo masih boleh gunakan isu sama untuk serang Anwar lagi?

Mustafa Ali adalah mangsa baru helah kotor Umno. Beliau sudah menafikan terlibat dalam video seks, malah menuduh Umno cuba fitnah beliau.

Malaysia adalah negara di bawah pemerintahan undang-undang. Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan segera untuk mengelakkan orang berkenaan menggunakan helah kotor menyebar fitnah, mencemarkan arena politik negara kita.

KEADILAN mematuhi kedaulatan undang-undang, menghormati pilihan raya yang demokrasi, adil dan saksama.

Saya menyeru Barisan Nasional (BN) berhenti memainkan helah kotor, lantaran mencabar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak hadir di forum manifesto pilihan raya anjuran Bersih pada Rabu (17 April), berdebat dengan Anwar di kalangan rakyat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50528