WALAUN.....TAK YAH BOIKOT..,BAGI KE AKU.

 


CEH..MUKA TAK MALU..

 


Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kekal teruskan tugas selaku Ketua Pemuda UMNO, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.






Noor Helmy mengesahkan perkara tersebut ketika beliau bertemu Dr Muhamad Akmal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini sebelum menaiki pesawat menuju Sandakan untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang bermula esok.


“Setakat hari ini saya tak dengar apa-apa cerita pasal peletakan jawatan. Ini baru jumpa beliau di lapangan terbang. Dalam 1.15 tengah hari tadi penerbangannya ke Sandakan untuk PRK Kinabatangan,” kata Noor Helmy ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.


Baca lanjut:https://www.astroawani.com/berita-politik/cuti-sudah-habis-akmal-saleh-bekerja-semula-untuk-umno-adun-duyong-554769

#AWANInews



IDEAL vs REAL






Kes TPM di NFA dengan jayanya. 

NFA maksudnya “No Further Actions”.

Tiada tindakan lanjut. 


Walaupun telah dapat PRIMA FACIE di Mahkamah. 

Maksudnya, pihak Pendakwaan telah buktikan kes, yang dia sudah ada kesalahan. 


Tinggal side dia nak buat PEMBELAAN. 


Tup2 tetiba, tahun lepas, DPP pergi Mahkamah minta DNAA. “Discharge Not Amounting to Acquital”. 

Ni macam bebas sebentar, tapi boleh teruskan dakwa kemudian. 


Minggu ini, AG putuskan sebab tiada bukti, kes langsung tak diteruskan, buatkan dia lepas bebas. 


Of course orang akan marah. Kalau orang biasa boleh ke dapat this privilege? 


Dari Prima Facie terus kes di NFA pula. Kalau betul tak bersalah, teruskan je lah kes. 


Sure ketika dia membela diri, kalau betul ada alasan pembelaaan yang baik, Mahkamah akan lepaskan. Kenapa nak dipotong sekerat jalan? 


Ini akan buat orang anggap undang2 ini ada dua set. Satu set untuk marhein. Satu set untuk kayangan. 


************


Hanya pengundi yang naive sahaja, akan berfikir. This got nothing to do with politics. 


Come on. This is just POLITICS. Let’s call spade a spade. 


Tambah bila UMNO sedang hangat diidamkan banyak pihak. PAS pun hendak. Tetiba arahan NFA muncul. Walau kes berjalan baik sekali. 


Cannot blame people to think, undang2 kita dikawal oleh political elites. Walaupun keputusan dibuat ketika PM di Turki. 


Kes DS Zahid ni didakwa zaman Tun Mahathir, ada 2 kes. Satu kes UKSB dilepaskan masa zaman TS Muhy, sekarang satu lagi kes Yayasan Akalbudi dilepaskan zaman DS Anwar. 


Dia dakwa kes ini pendakwaan politik. Sekarang kita boleh kata ini juga pelepasan politik. Tambah bila kes dah level PRIMA FACIE.


************


10 tahun ini, kita belajar politikus bila tidak berkuasa, akan bercakap pasal IDEALISM. Semua indah2 belaka. 


Bila dah naik berkuasa. IDEALISM itu tidak real. 


Ada dinamik politik yang mereka kena handle. Kuasa paling utama. Benda lain boleh kompromi juga. At times, kita boleh bertanya, Kedaulatan Undang2 itu hanya atas paper? 


************


Ramai dah numb. Pusing2 lebih kurang sama. 


Jadi untuk Reformasi Pengasingan Kuasa Peguam Negara vs Pendakwa Raya, kita harapkan perkara ini masuk sama:


1. Semua kes berkepentingan awam melibatkan pemain politik atau kerabat Istana, perlu ada transperansi atau pendedahan kepada awam. Sebab musabab kes dilepaskan dan kalau ada perundingan ringankan hukuman. 


2. Kuasa Pendakwa Raya boleh dirayu dan dicabar sekiranya menjejaskan kepentingan awam. Mahkamah boleh buat semak dan imbang. 


2 perkara ini kita harap MP Pembangkang all out pastikan ia masuk dalam Rang Undang2 yang Kerajaan nak bentang sesi ini. 


Harap mereka pikirkan Negara dan Rakyat, jangan bersekongkol dengan golongan sendiri.


************


Bagi kita Rakyat biasa, ini pelajaran yang pahit tetapi perlu. Jangan terlalu mabuk dengan janji manis politikus. Politik sentiasa ada harga, dan kuasa sentiasa ada komprominya.


Sebab itu yang perlu kita pertahankan bukan individu, bukan parti, 

tetapi institusi, proses, dan keadilan yang telus dan patutnya utuh.


IDEALISM boleh memberi arah.

REAL POLITICS menguji keberanian pemimpin mempertahankannya.


Kita terus doakan Tuhan kurniakan kita pemimpin yang baik memerintah negara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


NB- beza kes DSZH ini, tiada usaha nak manipulasi sentimen awam dari mula. Tiada propagandis buat naratif bodohkan Rakyat dan serang Mahkamah. Banding dengan Presiden sebelumnya.



AMBULANCE IS COMING‼️ WHICH COUNTRY GIVES WAY THE FASTEST⁉️🇲🇾🇮🇩🇹🇭🇸🇬 | Wa...

Gempar! Rakaman Tak Sengaja Tv British Di Malaysia Gegarkan Dunia!

Titah Agong isu orang tengah di Mindef amaran serius keselamatan negara


 


Titah tegas Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar ejen dan orang tengah tidak dibenarkan berlegar di Kementerian Pertahanan perlu ditanggapi sebagai amaran serius berkaitan keselamatan negara, bukan sekadar isu tatakelola pentadbiran.



Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, berkata Kementerian Pertahanan dan ATM yang mengurus maklumat strategik, aset ketenteraan serta kesiapsiagaan pertahanan negara mesti memastikan sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan pembabitan orang tengah ditangani secara tegas.



Menurut Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu, amalan sedemikian bukan sahaja mencemarkan integriti institusi pertahanan, malah membuka ruang kepada kebocoran maklumat sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.


“Sejarah mutakhir menunjukkan dakwaan penjualan maklumat dan kartel perolehan pertahanan bukan isu kecil.



“Dalam dunia keselamatan, maklumat adalah senjata. Bila maklumat bocor, nyawa anggota dan kedaulatan negara dipertaruhkan,” tegasnya menurut kenyataan hari ini.



Dalam masa sama, Mahfuz menegaskan, seperti yang dititahkan Seri Paduka Baginda, kepimpinan berintegriti perlu bermula dari peringkat tertinggi.

“Pembersihan dalam Kementerian Pertahanan dan ATM perlu dilaksanakan secara menyeluruh, berani dan tanpa pilih kasih demi melindungi anggota tentera yang setia serta menjaga maruah institusi pertahanan negara,” ujarnya.


Beliau turut menekankan bahawa usaha pembersihan tersebut bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak, sebaliknya untuk menyelamatkan institusi pertahanan daripada terus terdedah kepada ancaman dalaman.


“Keselamatan negara tidak boleh dikompromi demi kepentingan segelintir individu.


“Titah Agong wajar dijadikan titik mula reformasi integriti secara total dalam ekosistem pertahanan negara,” kata bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.






MN tak jadi, PN bergoncang: Pas alami dilema besar menuju PRU16


 


Pas kini berdepan dilema politik yang besar apabila percubaan menghidupkan kembali kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO tidak menjadi kenyataan, sementara masa depan Perikatan Nasional (PN) pula dilihat semakin tidak menentu.

Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim, berkata situasi yang dihadapi Pas ketika ini ibarat yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran, merujuk kepada kegagalan usaha MN 2.0 serta krisis dalaman yang melanda PN.

Menurut beliau, secara tradisi Pas merupakan parti yang kuat di kawasan majoriti Melayu, khususnya di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu serta sebahagian kawasan utara seperti Kedah, namun agak sukar menembusi kawasan Pantai Barat dan zon selatan negara.



Bagaimanapun, katanya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memberi keuntungan berganda kepada Pas apabila pembentukan PN bersama Bersatu membolehkan parti itu menembusi segmen pengundi yang sebelum ini gagal dicapai.

“Melalui jenama PN dan keyakinan pengundi Melayu terhadap calon Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pas muncul sebagai parti tunggal yang memenangi kerusi Parlimen terbanyak dan mempunyai wakil paling ramai di Dewan Rakyat,” katanya.

Namun, Yusri berpendapat menuju PRU16 yang dijangka dalam tempoh dua tahun lagi, masa depan PN berada dalam keadaan tidak stabil susulan krisis dalaman Bersatu termasuk pertembungan dua kem kepimpinan serta ketegangan hubungan dengan Pas, khususnya selepas krisis politik di Perlis.

Beliau berkata, keadaan menjadi semakin rumit apabila wujud ura-ura kebangkitan semula kerjasama MN antara Pas dan UMNO, yang secara tidak langsung memburukkan hubungan Pas dengan Bersatu.

Menamatkan spekulasi

Ketegangan itu akhirnya, kata beliau, membawa kepada perletakan jawatan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa pemimpin kanan lain daripada Bersatu.

Tambahnya, perkembangan itu turut disusuli pengumuman rasmi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa UMNO tidak akan menjalin kerjasama dengan Pas, sekali gus menamatkan spekulasi MN 2.0.

Penganalisis politik itu berpendapat, pada peringkat awal perletakan jawatan Muhyiddin dilihat membuka ruang luas untuk Pas mengambil alih kepimpinan PN.


Namun selepas itu, ujarnya, beberapa dilema besar mula timbul, khususnya berkaitan pemilihan figura yang sesuai untuk mempengerusikan gabungan tersebut.

“Secara konvensyen, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat calon paling layak.

“Namun timbul persoalan mengenai tahap kesihatan beliau serta keupayaannya meraih keyakinan awam untuk mengetuai gabungan besar seperti PN,” katanya.

Yusri berkata, antara nama lain yang sering disebut ialah Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, namun cadangan itu turut mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan parti komponen PN dan dalaman Pas sendiri.


Isu yang dibangkitkan termasuk kesesuaian pemimpin yang berada pada hierarki lebih rendah dalam parti untuk mengetuai gabungan besar, selain rekod penglibatan beliau dalam pentadbiran PN yang dianggap kurang menonjol selepas meletakkan jawatan sebagai Bendahari PN pada Disember 2024.

“Bagi Pas mungkin ok, tapi bagi parti-parti lain mungkin agak janggal apabila presiden mereka terpaksa jadi timbalan kepada pengerusi yang lebih rendah hieraki dalam parti, yang tidak memiliki kuasa eksekutif secukupnya dalam parti sendiri,” kata beliau.

Wujud kelompok

Pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu turut menjelaskan bahawa wujud kelompok dalam Pas yang lebih cenderung melihat Presiden atau Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai calon lebih selari dengan prinsip kepimpinan parti.


“Bahkan ada pandangan menyatakan, sekiranya bukan dua figura ini, lebih baik jawatan Pengerusi PN dikekalkan kepada Bersatu,” katanya.


Beliau menambah, selain dilema politik besar, PN juga berdepan kekangan pentadbiran apabila perletakan jawatan Muhyiddin hanya sah selepas diluluskan Majlis Tertinggi PN, sedangkan Setiausaha Agung yang berperanan memanggil mesyuarat turut telah meletak jawatan.


“Persoalan sama ada mesyuarat dapat diadakan dan sama ada Majlis Tertinggi akan menerima perletakan jawatan tersebut turut menjadi perhatian banyak pihak,” katanya.


Menurut Dr Mohd Yusri, dalam sistem politik Malaysia, PN masih dilihat sebagai ‘kerajaan menunggu’, justeru sebarang perubahan dalam gabungan itu akan memberi kesan langsung kepada landskap politik negara.


“Sebab itu PN khususnya Pas dan Bersatu terus jadi sorotan utama lensa politik negara sehari dua ini,” kata Yusri lagi.





PM Anwar Selamat Tiba Di Tanah Air Dari Turkiye

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang setelah menamatkan lawatan rasmi ke Turkiye dan terus mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Januari 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Republik Türkiye.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau kemudian terus ke pejabatnya bagi mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang setelah menamatkan lawatan rasmi ke Turkiye dan terus mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Januari 2026. Foto PMO

“Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Türkiye. Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk Malaysia!,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, lawatan rasmi itu diadakan dari 6 hingga 8 Januari ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye yang telah lama terjalin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang setelah menamatkan lawatan rasmi ke Turkiye dan terus mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Januari 2026. Foto PMO

Sepanjang lawatan rasmi itu, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi (High-Level Strategic Council) antara kedua-dua negara.

Beliau turut ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi dari Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang setelah menamatkan lawatan rasmi ke Turkiye dan terus mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Januari 2026. Foto PMO

Sebanyak tujuh dokumen penting ditandatangani antara Malaysia dan Turkiye dengan menumpukan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi manfaat bersama.




Lawatan Rasmi Buka Lembaran Baharu Malaysia-Turkiye – PM Anwar

 


Foto kenangan pertemuan dua pemimpin dari Malaysia dan Turkiye iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip ErdoÄŸan sempena lawatan rasmi di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto AK Parti

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Lawatan rasmi tiga hari ke Republik Türkiye disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) yang dipengerusikan bersama kedua-dua pemimpin mencerminkan tahap kepercayaan dan persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Türkiye.

Katanya, lawatan berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada hubungan ekonomi dan strategik, malah turut menegaskan komitmen bersama Malaysia dan Türkiye dalam mempertahankan prinsip keadilan serta kemanusiaan sejagat, khususnya berkaitan tragedi kemanusiaan yang sedang melanda Gaza.

“Lawatan ini juga menegaskan komitmen bersama untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya dalam menangani tragedi kemanusiaan di Gaza.

“Keseluruhannya, kunjungan ini melebihi jangkaan dan memperkukuh tekad bersama untuk memastikan setiap persetujuan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di platform X di sini hari ini.


NI SEBAB DIA...BUKAN PASAL DAP PUN....ITU CUMA MAINAN POLITIK.


 

KAH KAH KAH


 

PAK MUD NAK BARANG PERCUMA SAJA..MINDA MISKIN MENTALITI SUBSIDI

 


BARANG NAIK ? BARANG APA NAIK?

 


DIA BANYAK DUIT DENGAN BERNIAGA

 


Banyak betul duit DAS ni ye sampai boleh bagi 30 Juta Kepada TSK Untuk pelaburan.. speechless sekejap! Dia bagi bukan Dalam setahun Dua ni..kalau tak silap sebelum PKP Lagi...tapi pernah dengar DAS cakap Dalam podcast Ketika usia dia 23 tahun dia sudah Ada 20 Juta...


Kalau nak Kaya berniaga, kalau makan Gaji dengan gomen tapi Kaya...itu rasuah!! Hahahaha....





PEMIMPIN KAKI FITNAH..WALAUN BAWAHAN LAGI LA..



 Dosa fitnah menjadi mainan bagi mereka yang merasa terpaling benar dalam pejuang agama.