
Foto kenangan pertemuan dua pemimpin dari Malaysia dan Turkiye iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdoğan sempena lawatan rasmi di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto AK Parti
KUALA LUMPUR, 9 Jan – Lawatan rasmi tiga hari ke Republik Türkiye disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik.
Menurut Perdana Menteri, penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) yang dipengerusikan bersama kedua-dua pemimpin mencerminkan tahap kepercayaan dan persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Türkiye.
Katanya, lawatan berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada hubungan ekonomi dan strategik, malah turut menegaskan komitmen bersama Malaysia dan Türkiye dalam mempertahankan prinsip keadilan serta kemanusiaan sejagat, khususnya berkaitan tragedi kemanusiaan yang sedang melanda Gaza.
“Lawatan ini juga menegaskan komitmen bersama untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya dalam menangani tragedi kemanusiaan di Gaza.
“Keseluruhannya, kunjungan ini melebihi jangkaan dan memperkukuh tekad bersama untuk memastikan setiap persetujuan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di platform X di sini hari ini.




No comments:
Post a Comment