Kes TPM di NFA dengan jayanya.
NFA maksudnya “No Further Actions”.
Tiada tindakan lanjut.
Walaupun telah dapat PRIMA FACIE di Mahkamah.
Maksudnya, pihak Pendakwaan telah buktikan kes, yang dia sudah ada kesalahan.
Tinggal side dia nak buat PEMBELAAN.
Tup2 tetiba, tahun lepas, DPP pergi Mahkamah minta DNAA. “Discharge Not Amounting to Acquital”.
Ni macam bebas sebentar, tapi boleh teruskan dakwa kemudian.
Minggu ini, AG putuskan sebab tiada bukti, kes langsung tak diteruskan, buatkan dia lepas bebas.
Of course orang akan marah. Kalau orang biasa boleh ke dapat this privilege?
Dari Prima Facie terus kes di NFA pula. Kalau betul tak bersalah, teruskan je lah kes.
Sure ketika dia membela diri, kalau betul ada alasan pembelaaan yang baik, Mahkamah akan lepaskan. Kenapa nak dipotong sekerat jalan?
Ini akan buat orang anggap undang2 ini ada dua set. Satu set untuk marhein. Satu set untuk kayangan.
************
Hanya pengundi yang naive sahaja, akan berfikir. This got nothing to do with politics.
Come on. This is just POLITICS. Let’s call spade a spade.
Tambah bila UMNO sedang hangat diidamkan banyak pihak. PAS pun hendak. Tetiba arahan NFA muncul. Walau kes berjalan baik sekali.
Cannot blame people to think, undang2 kita dikawal oleh political elites. Walaupun keputusan dibuat ketika PM di Turki.
Kes DS Zahid ni didakwa zaman Tun Mahathir, ada 2 kes. Satu kes UKSB dilepaskan masa zaman TS Muhy, sekarang satu lagi kes Yayasan Akalbudi dilepaskan zaman DS Anwar.
Dia dakwa kes ini pendakwaan politik. Sekarang kita boleh kata ini juga pelepasan politik. Tambah bila kes dah level PRIMA FACIE.
************
10 tahun ini, kita belajar politikus bila tidak berkuasa, akan bercakap pasal IDEALISM. Semua indah2 belaka.
Bila dah naik berkuasa. IDEALISM itu tidak real.
Ada dinamik politik yang mereka kena handle. Kuasa paling utama. Benda lain boleh kompromi juga. At times, kita boleh bertanya, Kedaulatan Undang2 itu hanya atas paper?
************
Ramai dah numb. Pusing2 lebih kurang sama.
Jadi untuk Reformasi Pengasingan Kuasa Peguam Negara vs Pendakwa Raya, kita harapkan perkara ini masuk sama:
1. Semua kes berkepentingan awam melibatkan pemain politik atau kerabat Istana, perlu ada transperansi atau pendedahan kepada awam. Sebab musabab kes dilepaskan dan kalau ada perundingan ringankan hukuman.
2. Kuasa Pendakwa Raya boleh dirayu dan dicabar sekiranya menjejaskan kepentingan awam. Mahkamah boleh buat semak dan imbang.
2 perkara ini kita harap MP Pembangkang all out pastikan ia masuk dalam Rang Undang2 yang Kerajaan nak bentang sesi ini.
Harap mereka pikirkan Negara dan Rakyat, jangan bersekongkol dengan golongan sendiri.
************
Bagi kita Rakyat biasa, ini pelajaran yang pahit tetapi perlu. Jangan terlalu mabuk dengan janji manis politikus. Politik sentiasa ada harga, dan kuasa sentiasa ada komprominya.
Sebab itu yang perlu kita pertahankan bukan individu, bukan parti,
tetapi institusi, proses, dan keadilan yang telus dan patutnya utuh.
IDEALISM boleh memberi arah.
REAL POLITICS menguji keberanian pemimpin mempertahankannya.
Kita terus doakan Tuhan kurniakan kita pemimpin yang baik memerintah negara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- beza kes DSZH ini, tiada usaha nak manipulasi sentimen awam dari mula. Tiada propagandis buat naratif bodohkan Rakyat dan serang Mahkamah. Banding dengan Presiden sebelumnya.

No comments:
Post a Comment