MGID

JANGAN SESEKALI LEBEL ORANG KAFIR,MUNAFIK, MALAH BERBAGAI LAGI JIKA SENDIRI TIDAK BETUL......

Hadi hadir mesyuarat atau tidak ia tidak merubah keadaan....BAIK BELAH...

SUSUPAN PETANG                                                                                         MSO

Abdul Hadi Awang
Esok bagi sesetengah mereka yang menaruh harapan tinggi kepada kelangsungan kerjasama tiga buah parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat mengharap mesyuarat Majlis Pakatan yang dijangka dijudualkan diadakan esok berjalan lancar dan mencapai tujuan diharapkan.

Paling diharapkan mesyuarat itu sempurna dengan dihadiri presiden ketiga-tiga parti pakatan berkenaan; PKR, DAP dan Pas. Katanya sudah hampir setahun mesyuarat majlis pakatan tidak dapat diadakan secara "ideal" apabila presiden Pas Abdul Hadi Awang sering kali absen dengan berbagai sebab dan alasan.

Untuk esok katanya presiden parti agama itu akan hadir. Jaminan untuk beliau hadir diberikan oleh sekurang-kurang dua pemimpin tertinggi parti Pas, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Mustapa Ali.

Kata Mustapa Ali, Abdul Hadi akan hadir manakala Mohamad Sabu pula berseloka memberi jaminan kehadiran Abdul Hadi itu sebab Abdul Hadi orang Islam. Ertinya jaminan Mohamad yang Hadi akan hadir kerana beliau amanah dan akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sesuai dengan kepercayaan ajaran agamanya.

Manakala Lim Guan Eng pula awal-awal membayangkan yang mesyuarat esok mungkin tanpa kehadiran Abdul Hadi. Beliau sudah memberi kata dua sekiranya Hadi tidak hadir dia juga tidak akan tidak hadir. Iya, untuk apa beliau hadir atau mesyuarat itu diadakan kalau keputusannya tidak dicapai dengan bulat? Ia membuang masa sahaja disamping memberi model kepada media PB.

Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang bersangka baik dengan Abdul Hadi akan hadir kerana baginya mesyuarat esok penting bagi merangka masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjara. Anwar nampaknya masih belum serit dengan "politik renyok" Abdul Hadi dan terus mengharap sufaat Abdul Hadi bagi menghidupkan Pakatan Rakyat. Naif sangatkah Anwar kini?

Sebelum ini sudah berlaku kesongsangan dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Keputusan yang dicapai mesyuarat itu tidak diakur atau pun dilanggar oleh Abdul Hadi sesuka hatinya. Misalnya dia menyerahkan kepada Mohamad Sabu sebagai mewakilinya dan apabila keputusan dibuat beliau menyanggah begitu sahaja. Beliau boleh menolak keputusan yang tidak dihadirnya seratus peratus.

Kes paling klasik ialah berhubung keputusan dicapai dalam majlis Pakatan Rakyat untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mesyuarat sudah sepakat dengan pelan itu. Tetapi malangnya keputusan itu "dirogol" oleh Abdul Hadi dengan tindakannya mahu mengekalkan Khalid sebagai MB. Beliau tidak ada rasa malu untuk membelakang keputusan sebuah majlis.

Tidak cukup itu apa lebih trajis lagi semasa majlis Pakatan Rakyat bermesyuarat membincangkan hal untuk mengganti Khalid dia pula diam-diam berjumpa dengan Khalid Ibrahim dan memberi alasan kenapa dia tidak hadir kerana kononnya tidak ada dalam negeri? Apa lagi tindakan ini kalau tidak boleh dikatakan munafik?

Berdasarkan senario dan kesongsangan itulah mungkin menyebabkan Guan Eng membuat pendirian awal tidak guna hadir mesyuarat majlis Pakatan Rakyat dijadualkan esok sekiranya Abdul Hadi tidak hadir kerana kalaupun mesyuarat itu mencapai konsensus baik sekali pun tetapi ia akan dicabar dan dinafikan oleh Hadi selepas itu.

Katakan esok Abdul Hadi membuang tabiat akan hadir ke mesyuarat berkenaan. Mungkin malam ini ada "wahyu" baru turun dan diterimanya dan dia akan hadir seperti biasa.  Tetapi percayalah kehadiran beliau itu tidak merubah keadaan yang ada hari ini; bahawa sikap acuh tidak acuhnya dan pendirian tidak istiqamahnya kepada Pakatan Rakyat akan berterusan. Dia akan terus menjadi bandut dalam politik Pakatan Rakyat bagi menghibur hati pihak musuh pakatan itu.

Apa yang sudah ternyata hari ini daripada sikap, penerimaan dan ulasan-ulasannya, secara peribadi Abdul Hadi sudah tidak dapat duduk bersama, bukan hanya dengan DAP saja tetapi dengan Anwar Ibrahim juga. Tidak perlu diluruhkan bukti-bukti menunjukkan kejengkilan beliau kepada Anwar dan DAP. Hari ini yang menjadi "hidung tidak mancung dan pipi terjolor" kepada Pas dan Hadi ialah dipihak Anwar. Ada kalanya sikap Anwar ini merendahkan martabatnya sebagai politician ampuh.

Seperti yang saya catatkan dalam posting di bawah itu, sesiapa tidak dapat melindungi yang kononnya Pakatan Rakyat tidak ada masalah, dan masalah dihadapinya berpotensi untuk berpecah. Sesaiapa yang cuba menafikan ianya samalah dengan aktiviti Pak Pandir yang menyembunyikan guni garamnya dalam air itu.

Anwar sendiri mengakui perbalahan dalam Pakatan Rakyat bahaya dan ia perlu ditangani sekiranya pakatan itu mahu terus hidup dan memberi cabaran kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Ditegaskan kehadiran Abdul Hadi esok (kalau hadir) dalam mesayuarat itu ia tidak membawa perubahan dan kemajuan. Kalau pun dia hadir, ia lebih kepada satu kehadiran untuk beliau menyatakan pendirian tegasnya dan ia boleh menyerabutkan perut. Dan kalau dia hadir esok, kehadiran itu mungkin yang terakhir tidak lagi selepas ini.

Sikap Abdul Hadi terhadap konsensus dalam Pakatan Rakyat ini samalah dengan perangai seorang perempuan tua yang diceritakan dalam Quran yang kerjanya simpul tali kemudian rombak kemudian simpul semula kemudian rombak semula.

Dalam penglihatan saya jalan depan Hadi dengan Pakatan Rakyat sudah tertutup rapat dan gelap. Apa yang berkaca dan bersinar dalam matanya kini ialah bergabung dengan Umno. Sunah politik Allahyarham Mohd Asri Muda yang dikecam suatu masa dulu kini cuba dipraktikan dalam Pas. Hakikat ini hendaknya disedari. Adalah sia-sia mengajak Hadi untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat kerana secara hakikinya jiwa dan hatinya sudah kering untuk Pakatan Rakyat.

Hadir atau tidak esok, ia tidak membawa apa-apa makna kecualilah ia hanya akan menjadi isu sebagai menyambung persoalan sebelum ini mengenai sikap politik hadir yang pelik, tidak istiqamah dan adakalanya kebudak-budakan.

Sejujurnya eloklah para penasihat politik Abdul Hadi menyarankan kepada presiden Pas itu membuat kenyataan terbuka dan terus terang yang beliau sudah "tidak amboh" lagi kepada Pakatan Rakyat tanpa berselindung disebalik tindakan-tindakan politik persis "ombak dilaut sekejap naik sekejap turun" ataupun puyuh yang menyembunykin kepala tetapi ekor terjolor.

Hadi sendiri harus membuktikan kepada umum yang ahli Pas majoritinya masih bersama beliau. Carilah apa juga kaedah untuk mendapat kepercayaan dan sokongan itu. Tidak ada guna "mengelip" di sebalik tiang eletrik. Belajarlah menjadi seorang yang gentlemen yang menempati maksud dalam hadith atau firman yang selalu dibaca sejak berdekad lalu.

Jangan hanya tahu mengingatkan orang jangan cuba pecahkan kapal, sedangkan kita sendiri sedang mengemudikan kapal ke destinasi yang bertentangan dengan kehendak anak-anak kapal? Jujur dan beranilah sebelum kapal dipukul ribut dan karam. Dan para penasihat 20% jangan merobekkan maruah Hadi. [wm.kl.7:20 pm 07/02/15]

Mahathir Tetap Tolak Najib



Apabila tersebar dengan meluas gambar Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan ianya sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih.

Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.

Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan  hutang 1MDB.

Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu.  Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.

Soalnya, benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?

Walaupun tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.

Dalam pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.

Mahathir tetap  lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada negara.

Secara keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.

Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.

Kata sumber itu lagi, berjumpa,  bersalam dan sama-sama tersenyum tidak boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula kepimpinan Najib kerana yang  dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan masa depan negara.

Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi. (SH 04/02/2015)

Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...

Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

1. Pak Samad bukan orang berpolitik. Terguran beliau menunjukkan bahawa ada yang tak kena pada Hadi.

2. Pas mengaku bahawa mereka mempunyai pengikut yang ramai. Tak perlu tunduk pada sesiapa. ini pandangan penyokong ulamak dan juga puak UG.kebanyakkanahli Pas menyatakan bahawa Pas mempunyai jentera yang kuat. Kita mengakuinya.

3.Pengikut UG tidak mahu mengaku bahawa Hadi pernah mengaku mahu  mewujudkan perpaduan dengan Umno..Maka eloklah jika hasrat ini dilaksanakan, Akan adanya penentangan antara pakatan lawan Umno Pas.

4. Elok Pas keluar dari Pakatan Rakyat dibawah Hadi kerana difikirkan membawa lebih membawa  keburukan dari kebaikan dalam Pakatan dan boleh bertanding di semua kerusi DUN atau Parlimen.

5. PASma yang dikatakan parti perosak Pas boleh bergabung menjadi satu gabungan baru menggantikan Pas. Bukan tidak ada perpecahan sebelum ini, dan kita hendak melihat ianya menguji kekuatan Pas dibawah Hadi yang mengakui kekuatan Pas dan boleh berdiri sendiri.

6. Ahli Pas percaya kalah menang adalah kerja Tuhan dan setelah berusaha jika manusia tidak mahu mengikutinya , Pas berserah. Tanpa mengambil kira suasana politik semasa dan tidak pedulikan tentang keadaan masyarakat, Elok dan terbaik buat Pas memutuskan keluar dari Pakatan.


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. 

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.
“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini. 


“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.
  “Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”

Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – 7 Februari, 2015.

Pertikai proses demokrasi : Nik Abduh sepatutnya lebih bijaksana

 Oleh:Pukul Canang


Persoalan terbaharu yang dilontar oleh ahli parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz adakah sistem beraja yang diamalkan Malaysia perlu dimansuhkan demi menjayakan proses demokrasi, sudah tersasar jauh daripada hala tuju politik PAS.

Berkata Nik Abduh: “Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” kata beliau menerusi catatan di Facebook.

Sejak sekian lama PAS berjuang melalui sistem demokrasi dan mengiktiraf pilihan raya. Belum pernah terjadi seorang ahli parlimen parti itu mempersoalkan sistem pilihan raya atau demokrasi.

Sebelum ini, Nik Abduh juga menggelar ahli politik yang mahukan pilihan raya PBT sebagai ekstremis demokrasi.

Faktanya, tidak wujud erti kata ekstremis dalam sistem demokrasi. Setiap pemimpin dipilih rakyat. Proses pengundian akan terdedah kepada debat dan dalam debat seorang boleh menang atau kalah. Ekstremis tidak suka kepada debat dan sering memaksakan idea mereka ke atas semua orang.

Nik Abduh boleh sahaja tidak suka kepada pilihan raya PBT secara peribadi tetapi tidak boleh mempertikaikan proses pemilihan tersebut yang mana beliau sendiri diangkat sebagai ahli parlimen melalui pengundian. Beliau juga tidak boleh menyamakan tindakan menyingkir raja sebagai ekstrem demokrasi. Di negara Arab yang mengekalkan institusi raja pun banyak negara yang tidak beraja.

Cara lantik pemimpin

Demokrasi adalah satu sistem yang paling mudah untuk melantik pemimpin. Islam juga tidak menghalang pilihan raya dalam mana-mana peringkat sekiranya dengan cara itu pemimpin terbaik boleh dilantik.

Islam pernah berada dalam sistem pemerintahan khalifah selepas zaman para sahabat Nabi Muhammad swt. Namun terdapat sistem yang lebih baik untuk menjamin pentadbiran yang telus pada zaman moden melalui proses pilihan raya umum. Ia juga sesuai diamalkan untuk masyarakat berbilang bangsa seperti di Malaysia. Kaum Cina dan India sebagai minioriti misalnya, perlu diwakili melalui perwakilan yang dilantik secara langsung oleh rakyat.

Sekiranya tidak, akan berlaku ketidak cekapan dan diskriminasi terhadap sesuatu kaum yang membantutkan perkembangan ekonomi. Malaysia bukan negara kaya minyak dan mampu memberi subsidi dalam semua perkara. Rakyat perlu bersaing untuk hidup dan maju.

Amat merisaukan pemikiran generasi pimpinan muda PAS yang berfikir secara berundur ke belakang. Corak pemikiran Nik Abduh hanya boleh ditemui dalam jemaah Tabligh. Tabligh menentang demokrasi kerana percaya falsafah sistem itu akan menjadikan pengikutnya berkiblat kepada Yahudi dan Nasrani.

Tidak mungkin jemaah PAS mahu dibawa ke dalam arus fikiran 'ketinggalan' seperti itu. Di sinilah timbulnya persimpangan antara puak ulama PAS dan puak profesional.

Membelakangkan demokrasi

Ahli PAS yang yakin ulama mampu membimbing mereka ke arah politik yang betul harus memikirkan kembali konsep 'walak tidak berbelah bahagi' mereka selepas wakil puak ulama, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan konsep demokrasi.

Adakah PAS akan dibawa ke arah yang betul apabila puak ulama ini menguasai jawatan-jawatan penting dalam parti itu pada Muktamar pemilihan Jun nanti?

Inilah persoalan yang sangat sukar untuk dijawab. Setakat ini ulama seolah-olah tidak toleran dengan kritikan rakyat. Sedangkan rakyat itulah yang mengundi mereka dalam PRU lalu. Rakyat hanya mahu PAS melaksanakan janji-janji demokratik yang dimeterai dalam PRU.

Pilihan raya PBT termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor. Rakyat Selangor yang bertanya bilakah ia akan dilaksanakan dan mengkritik pimpinan PAS sama sekali tidak boleh dipersalahkan. Jika PAS tidak bersetuju dengan pilihan raya PBT maka rakyat akan mengundi parti lain.

Namun adakah PAS akan terus berkeras dengan keengganan itu sekiranya mereka kalah dalam PRU 14 kelak? Berkemungkinan besar ulama sama yang anti demokrasi akan mengubah kebijaksanaan.

Bagi mengelakkan PAS naik turun prestasinya maka perwakilan ke Muktamar kelak wajib berfikiran terbuka dengan mengukuhkan kepimpinan  puak profesional. Sekurang-kurangnya, pendirian puak profesional lebih berjejak di bumi nyata. Mereka menyokong pilihan raya pada semua peringkat kerana mereka diangkat ke kedudukan politik melalui proses tersebut.


Cek RM12j Nong Chik, Chegu Bard sedia berjumpa

Oleh: Webmaster


1. pertamanya saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenai cek tersebut malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersama.

2. Bila saya siarkan imej cek bernilai lebih RM 12 juta (yang merupakanhanya sebahagian dari yang diterima) ada beberapa penyokong yang saya tak pasti penyokong parti yang disertai RNC atau penyokong RNC sendiri muncul untuk menyerang saya kononya imej cek tersebut palsu dan sengaja saya cipta.

3. Gambar - gambar tersebut saya terima dari sumber yang tak dikenali namun setelah saya kenal pasti kesahihanya maka dikenalpasti ia benar dan selaku rakyat maka saya ajukan pertanyaan.

4. Akhirnya semalam RNC akui imej cek tersebut benar dan akui itu wang dia. Maka dengan sendirinya mensenyapkan penyokong - penyokong yang bersungguh muncul untuk nyatakan saya menipu dan menfitnah RNC.

5. Cuma kenyataan RNC dalam portal The Malaysian Insider yang dengan nada sedikit angkuh bukan sahaja mengakui wang bernilai lebih RM12 juta itu wang nya tetapi turut menyatakan dia sememangnya kaya malah sejak dari ayahnya sudah punya beratus juta. Seperti biasa bila pemimpin Umno membuat kenyataan pasti bau sentimen perkauman akan ditiup, begitulah juga RNC ketika menjawab isu imej cek bernilai lebih 12 juta miliknya. Dia cuma mengalih perhatian dengan seolah saya anti Melayu dengan menyatakan "salahkah Melayu kaya...?"

6. Wahai RNC, sesungguhnya tidak salah siapa pun baik Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke atau orang asal ke untuk kaya tetapi selaku bekas menteri, senator dan ahli politik... adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab pertanyaan awam khususnya terhadap harta yang dia miliki.

7. Kerana itulah juga perlunya mewajibkan membuat pengistiharan harta terbuka buat semua menteri dan wakil rakyat... bukan sahaja kakitangan awam sahaja yang perlu istihar harta. Jika dari awal kita istihar harta maka tidaklah menjadi fitnah, sangsi atau salah sangka awam.

8. Akhirnya buat semua menteri yang sombong dan ego dengan harta mereka yang kononya dari kecerdikan dia berniaga, jika kamu tidak mahu dipertikai maka kamu pilihlah nak berniaga kumpul harta kekayaan atau mahu menjadi Menteri yang berkhidmat kepada rakyat kerana akhirnya dilema pertembungan konflik kepentingan tetap akan dipertikaikan.

9. Sekali lagi saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya juga ada beberapa pertanyaan susulan berkenaan cek tersebut tetapi pertanyaan terbuka menjadi agak kurang relevan bila RNC sendiri memberikan respon dan sedia berjumpa. Setakat ini saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenainya malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersamademi kepentingan ramai.



Che'Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

KERAJAAN BN SILA TURUNKAN HARGA BARANG KAWALAN DAHULU!

  Oleh: Webmaster

 Kenyataan Media: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (PENYEDAR) dalam kajian di lapangan dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu ini dan melihat keadaan yang sediada sekarang ini menunjukkan harga minyak akan terus turun ke satu tahap sehingga USD 40/tong. Peniaga tidak akan menurunkan harga secepat mungkin atas alasan simpanan bekalan yang lama belum habis dan akan menghitung kerugian yang ditanggung ketika kos minyak yang naik secara mendadak tidak lama dulu. Dalam masa yang sama, mereka juga akan mengambil sikap tunggu dan lihat setakat manakah serta berapa lamakah penurunan harga minyak ini akan berterusan di dalam Negara kita.

Mereka juga akan berhujah bahawa, kesukaran untuk mereka menurunkan harga barangan kerana gaji pekerja telah dinaikkan selaras dengan kenaikan kos sara hidup akibat dari kenaikan harga minyak sebelum ini. Apabila gaji seseorang pekerja telah dinaikkan, ianya tidak boleh diturunkan sewenang-wenangnya kerana menyalahi undang-undang Negara.  Malangnya juga, kita tidak mempunyai satu undang-undang yang membolehkan kerajaan menyusun atur  atau menetapkan penurunan harga barangan terutama bahan makanan khususnya.

Untuk itu, kerajaan mesti menunjukkan contoh teladan terlebih dahulu dengan menurunkan harga barangan kawalan seperti gula, tepung dan susu sesuai dengan penurunan harga minyak kini di pasaran dunia. Walaupun Menteri yang terlibat sebelum ini mendesak dan mengarahkan agar restoran, pengusaha bas, teksi dan peniaga ikan untuk menurunkan harga jualan atau perkhidmatan mereka dan keadaan ini agak lucu kerana keadaan ini berpunca dan dikawal oleh kerajaan sendiri. Sepatutnya sebagai seorang Menteri, sebuah kerajaan atau parti yang memerintah, perlu menunjukkan sikap dan perbuatan yang logik sebagai ikutan bagi rakyat seluruhnya.

Penyedar, menyimpulkan bahawa punca kenaikkan harga barangan dalam Negara kita terletak di bahu kerajaan dan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang memerintah dan sewajarnya kementerian yang terlibat perlu mencari mekanisma terbaik yang menguntungkan rakyat dan bukannya membebankan rakyat dan pengguna khususnya. Dan kepada peniaga, mereka cukup tertekan akan suasana yang ada kini kerana beban yang terpaksa mereka tanggung oleh kerana kelemahan pihak lain dan kerajaan dilihat gagal mengendalinya dengan baik dan berkesan. Jesteru, rakyat perlu jelas akan kuasa mereka di dalam urusan jual beli dan tidak tertipu serta menjadi sasaran atas suasana dan keadaan kini yang jelas harga minyak pasaran dunia turun dan mengapa kita perlu bayar lebih!

(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...