"Politik Semasa - DARURAT" Oleh YB Dr Aziz Bari

TERKINI - "DARURAT" - Bicara Bersama Dr Mujahid Yusof Rawa

UMNO PATUT BERANI KELUAR DARI PN DAN MUHYIDDIN YANG MACARMERBA


HAMDAN TAHA


Umno sepatutnya kena berani untuk keluar dari kerajaan PN jika mahu melihat Bn itu kuat semula....ini pandangan peribadi saya....tetapi kenapa ?

Jika kerajaan Muhyudin ini di buat melalui darurat akan ada masalah yang lebih besar daripada convid 19 iaitu masalah ekonomi...

Apakah jaminan dengan melakukan darurat malaysia dapat selesaikan wabak virus 19 tidak merebak terbukti tidak. Semasa bulan tiga apabila kerajaan PN mengambil alih kerajaan ini di lihat mampu berdepan dengan serangan convid 19. Penularan dari jemaah tabliq akhirnya tamat pada bulan julai. Kerajaan PN juga melaksanakan beberapa kaedah membantu rakyat....dan rakyat di lihat tenang dan gembira sehingga bulan september....

Tiba tiba berlaku prk sabah....dan penghujung sept berlakulah peningkatan convid di seluruh malaysia sehingga hari ini tidak nampak lagi akan berkurangan. Rakyat sudah mula marah dan hilang kepercayaan terhadap muhyudin dan kerajaan PN termasuk kepada menteri menterinya telah menjadi bahan cacian dan lebih sedih termasuk menteri agama....PN telah hilang sokongan dan kepercayaan 50 peratus sokongan dari sebelumnya

Krisis politik antara bersatu,pas dan umno dalam kerajaan menyulitkan lagi keadaan kerajaan Muhyiddin dan PN. Jika Presiden tiga parti sudah tidak ada jalan berbaik dan berunding di manakan ruang untuk berdamai. Maka keadaan politik tetap tidak ada keamanan di dalam kerajaan PN....

Darurat di cadangkan oleh team mayuddin dan saya juga percaya atas nasihat agung. Kerana saya tidak nampak YDPA mahu membenarkan Muhyudin di tukar tambahan oleh Anwar Ibrahim. Kerajaan PN ini adalah pilihan Agung pada bulan tiga dahulu dan mahyudin juga pilihan agung. Mana mungkin membenarkan muhyudin jatuh dan di benarkan kalah di dewan parlimen dalam undi tidak percaya atau dalam pembentangan barget....semua ni sikit sebanyak akan memalukan DYMM Agung. Kerajaan Beta....itu sebab surat dato zahid bocor dan bukan saja bocor ada pula salinannya kepada muhyudin dan Hamzah juga Azmin Ali.....jadi keadaan bukan jadi aman damai tapi lagi berserabut....

Dalam perjumpaan muhyudin dan zahid juga hadi juga hamzah nampak tegang dan di fahamkan berlaku sedikit ugut mengugut dan petengkaran. Ini akan menyebabkan krisis politik yang tidak baik....

Darurat juga akan menyebabkan penganguran meningkat....perniagaan tutup kedai...pelabur luar negara dan dalam negara berundur kerana kesan darurat ini besar ertinya buat pemain ekonomi. Bila pekerjaan tidak ada....akan ada rakyat yang mula hilang pendapatan....sewa rumah pinjaman kereta dan pinjaman apa pun tak boleh di bayar....bank akan terkesan dan semua industri akan lingkup....rakyat akan hilang kesabaran....

Di mana untungnya umno berada dalam kerajaan yang rakyat mula mempertikaikannya. Semua di buat akan jadi serba tak kena....populariti Abah sudah bertambah buruk...kebencian rakyat yang terlibat kepartian kepada Hamzah dan Azmin meningkat....bayangkan Haji hadi dan Pas juga al takiri di jadikan bahan lawak dan hinaan atas sikap Pas dan menterinya....semuanya kerana mempertahankan kononnya kerajaan

terbaik

dalam dunia.....

Kerajaan Muhyudin akan di hina kerana tamak...kepentingan diri....menjual negara demi kuasa....dan mahu terus kekal walau pun satu dunai tahu beliau tidak cukup mejoriti....ini akan menyebabkan negara luar tidak akan berkawan dengan malaysia.....siapa nak deal dengan kerajaan yang rapuh.....tidak ada yang mahu....

Jika mahyudin mahu lakukan juga darurat ...boleh tapi buat dulu satu undian sokongan di parlimen....selepas beliau menang undi tidak percaya maka beliau mengadap agung dan minta darurat di adakan...baru beliau akan di lihat seorang ahli politik yang berani dan tidak tamak kuasa.....tetapi beliau harus betul bekerja ke arah selamatkan negara..... dan satu dunia tahu dia adalah PM yang sah dan ada mejoriti.....dia akan kuat....tetapi jika di buat sebelum sidang dewan budak kecik pun tahu ini di buat kerana muhyudin nak kekal berkuasa dan tak mahu berhenti....tamak kuasa namanya tu....

Jika tidak umno dan bn jangan lah cari getah dengan berada dalam kerajaan darurat mahyudin ....

 




DARURAT PUNYA PASAL..SAHAM MENJUNAM KE LAUT

 Image may contain: text that says "FBM KLCI 1494.64 -4.16 Close High -0.28% 1498.80 1502.67 Open Low :1499.76 1489.83 1498.8 1498 1500 1495 1490 10 11 12 1 1485 4"

Ura-ura darurat punya pasal, saham sudah masuk longkang. Sampai macam ni membawa kemusnahan pun Muhyiddin tak nak berhenti lagi....

SHAHBUDIN HUSIN


TERKINI ...KHABARNYA

FOTO ZAIN AZMAN


 Maklumat yang diterima ....

 

[23/10, 21:04] : Tiada pengumuman darurat malam ini oleh PM kerana YDP 



Agong mahu membincangkan keperluan mengadakan darurat dalam mesyuarat majlis Raja-Raja Melayu.

 

[23/10, 21:04] : Khabarnya cadangan dharurat di buat oleh AA dan didokong oleh Menteri Undang2. YDPA mahu bincang dgn Raja2 dulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jadi relaks dulu lah ....

 


DSAI MUHYIDDIN JANGAN JADI DIKTAKTOR YANG PENDEK AKAL


 Saya mengikuti rapat laporan-laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat proses Parlimen.

Hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkin penyalahgunaan kuasa.

Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran.

Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.

Dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang.

Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.

Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.

Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian.

Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa.

ANWAR IBRAHIM – Ketua Pembangkang – 23 Oktober 2020



Muhyiddin yang ‘darurat’ bukannya negara

 

Muhyiddin yang ‘darurat’ bukannya negara

COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi hari ini

 

Hilmi Malik
COVID-19: Malaysia rekod kes kematian tertinggi hari ini
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 710 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 214 kes.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 710 kes baharu COVID-19 juga direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 24,514 kes.
“Daripada jumlah itu, terdapat satu kes import di Kuala Lumpur yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari Nepal.
“Berdasarkan angka itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 8,416 kes,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata, Sabah masih merekodkan kes baharu harian tertinggi dengan pertambahan 528 kes diikuti Selangor (62 kes).
Setakat hari ini, katanya sebanyak 90 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan di
Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 467 kes dilaporkan telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih COVID-19 sebanyak 15,884 kes.

MEDIA STATEMENT ....BELUM ADA LAGI DALAM BAHASA MELAYU

 Image may contain: text


MEDIA STATEMENT
23 October 2020
I am deeply concerned about reports that the government is seeking to implement emergency measures to curb the parliamentary process. Today, we have a government which lacks legitimacy and which knows it would fail to demonstrate majority support in parliament and is using the Covid-19 crisis as an excuse to justify its abuse of power.
A state of emergency is declared when there is a threat to our national security. But when the government is itself the source of that threat then a state of emergency is nothing more than the descent into dictatorship and authoritarianism. I strongly advise Tan Sri Muhyiddin Yassin to consider the legacy of these actions he is taking out of self-interest and selfishness.
By seeking emergency powers the illegitimate PN government reveals its sheer incompetence in handling Covid-19 health and economic crisis. While the rest of Asia is looking for ways to manage the virus and reopen their economies safely, Malaysia is heading in the opposite direction.
We have yet to see a solid strategy to handle the crisis and on the back of growing criticism, the government thinks a receding democratic power is the best strategy. In fact, to overcome Covid-19 what we need is transparency, accountability and firm action by the various ministries. The government has failed to provide strong leadership in handling this crisis and is instead resorting to undemocratic means to stay in power.
ANWAR IBRAHIM



DAP kecam kenyataan PKR 'hormati' keputusan Umno

Kabinet setuju darurat, PM dijangka mengadap Agong

33 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA PANAS MENYUSUL

 



TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR. LAGI BERITA PANAS AKAN MENYUSUL.PENGULAS RAKYAT BERJIWA MERDEKA.

SAHIH AKIBAT TAK CUKUP BILANGAN MP.ATAU TAKUT UNDI TIDAK PERCAYA?

 

Parlimen ditangguh, ‘darurat separa’ di zon merah?

Pegawai kanan dikatakan mahu peraturan seperti darurat untuk menggantung sidang Parlimen dan menangani kes Covid-19 di zon merah.

PETALING JAYA: Pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.

“Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.

Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu. Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Difahamkan, Belanjawan 2021, yang sepatutnya dibentangkan 6 Nov ini, mungkin ditangguhkan jika sidang Parlimen digantung.

Sumber berkata, “darurat separa” mungkin tidak membabitkan tentera dan mungkin sama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dari Mac hingga Mei lalu.

Katanya, pegawai kanan mencadangkan tentera membantu polis mengadakan sekatan jalan, seperti ketika PKP.

“Aktiviti harian akan dibenarkan, tetapi dengan lebih banyak sekatan,” katanya sambil menambah kedai runcit dan perniagaan masih boleh terus beroperasi.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang mungkin membincangkannya dengan anggota Kabinetnya.

Terdahulu, Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet untuk membincangkan Belanjawan 2021. Tidak diketahui jika cadangan “darurat separa” dibincangkan.

Mesyuarat khas itu diadakan di Putrajaya bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari tadi. Selain menteri, difahamkan Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang, Peguam Negara, Idrus Harun dan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador turut hadir.

Menteri yang menghadiri mesyuara itu dipercayai termasuk Ismail Sabri Yaakob (Pertahanan), Hamzah Zainudin (Dalam Negeri), Radzi Md Jidin (Pendidikan), Wee Ka Siong (Pengangkutan), Rina Harun (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ronald Kiandee (Pertanian dan Industri Makanan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).

Daerah yang diisytiharkan zon merah Covid-19 ketika ini ialah Kota Setar (Kedah), Larut-Matang-Selama (Perak) serta Timur Laut, Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Seremban (Negeri Sembilan).

Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor, serta Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kudat dan Penampang di Sabah juga dalam senarai zon merah Covid-19.

Kira-kira 700 hingga 800 kes Covid-19 dilaporkan setiap hari.




Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?Atau takut jatuh undi tidak percaya dalam Parlimen?

 

Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?

Agensi
Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mungkinkah kerajaan akan mengisytiharkan darurat ekonomi? Itu spekulasi yang tersebar susulan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya, pagi tadi.
Akhbar Singapura, Straits Times memetik beberapa sumber yang tidak dinamakan memberitahu, mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan beberapa cadangan berkaitan pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan bulan depan, ketika negara sedang 'berperang' dengan gelombang ketiga COVID-19.
Salah satu pilihan ketika ini adalah darurat ekonomi, yang boleh menggagalkan kemungkinan pilihan raya, sekali gus memberikan lebih banyak masa kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengendalikan pandemik COVID-19 tanpa terganggu oleh krisis politik.
"Ia tidak sama dengan darurat pada 1969, di mana tentera mengambil alih.
"Sebaliknya, kehidupan seperti biasa diteruskan di bawah perintah kawalan gerakan tetapi tanpa campur tangan politik," kata sumber itu.
Pengisytiharan darurat akan mengakibatkan penggantungan Parlimen, cabang eksekutif kerajaan akan diberikan kuasa khusus yang dianggap perlu untuk keamanan masyarakat.
Akhbar tersebut juga mendakwa Raja-Raja Melayu telah dimaklumkan tentang kemungkinan kuasa khas diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malaysia hanya pernah melalui keadaan darurat sekali, iaitu semasa rusuhan kaum pada tahun 1969.
Sebelum itu, darurat pernah diisytiharkan ketika pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1948, semasa pertempuran dengan Komunis.
Pilihan lain adalah mengemukakan 'bajet perpaduan' untuk sebagai langkah segera bagi mengatasi masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Akhbar The Star pula memetik sumber tanpa nama mendedahkan cadangan lain dalam mesyuarat Kabinet hari ini adalah berkaitan pengenalan undang-undang khusus untuk menghentikan lonjakan jangkitan COVID-19.
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu A Aziz hari ini telah menjelaskan definisi darurat dalam konteks Perlembagaan negara Malaysia.
Darurat membawa suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.
Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.


KEBENCIAN ITU MEMBINASAKAN

UNDANG-UNDANG DUA DARJAT, MENTERI HUDHUD SELAMAT

BERITA VIDEO BENARKAH BERLAKU GENCATAN POLITIK?

VIDEO BERITA VELLFIRE SEMAKIN PANAS, MAHFUZ KENA SAMAN

VIDEO BERITA : Tiada PM Interim, Senarai Kabinet Baharu Hanya Spekulasi | EDISI MG 3ptg...

DEMI NEGARA ALANGKAH BAIKNYA JIKA UMNO DAN DAP DAPAT BEKERJASAMA

 

Walaupun UMNO dan DAP diketahui sudah bermusuhan sejak sekian lama, permusuhan itu jika dihalusi hanyalah sia-sia saja.

Ini kerana kedua-dua parti tidak pun bertembung dalam pilihanraya di kawasan yang sama.

UMNO hanya bertanding di kawasan Melayu atau luar bandar, manakala DAP lebih tertumpu di bandar serta kawasan majoriti Cina.

Tindakan UMNO terus memusuhi DAP hanya meringankan kerja MCA dan membuatkan parti Cina dalam komponen BN itu lebih banyak masa untuk goyang kaki daripada membuat kerja.

Sepatutnya, biarlah MCA saja mendepani DAP kerana ia parti Cina juga, selain itulah lawannya dalam pilihanraya.

Ini tidak, UMNO lebih melihat DAP macam mereka takutkan hantu, walaupun tidak pernah melihat rupa sebenar hantu.

DAP juga begitu, mereka turut takut kepada UMNO seperti takutnya kepada hantu.

Hakikat mudahnya, ketakutan UMNO kepada DAP, begitu juga ketakutan DAP kepada UMNO, lebih banyak diselubungi imaginasi.

Realiti yang nyata, UMNO adalah parti Melayu yang bukan saja bertanding di kawasan Melayu, tetapi turut menang banyak kerusi di kawasan Melayu.

Sama juga dengan DAP, ia adalah parti Cina yang cuma bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang banyak kerusi di kawasan Cina.

Makna kata, kedua-dua parti iaitu UMNO dan DAP adalah parti yang diterima di kawasan masing-masing yang berbeza kelompok kaumnyq.

Jadi, di mana logiknya mereka perlu bermusuh dan bergaduh?

Kebelakangan ini, berikutan ura-ura Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan baru dengan sokongan UMNO, ternampak ramai sekali pemimpinnya menolak kerjasama itu dengan alasan ada DAP di dalamnya.

Sesetengah pemimpin juga enggan memberi komitmen kerana ia melibatkan UMNO.

Sebagaimana disebut di atas, ketakutan itu sebetulnya hanya imaginasi dan seperti takutnya kepada hantu, walaupun seumur hidup tidak pernah melihat rupa hantu.

Kenapa perlu takut sesama sendiri sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama dan bertanding pula di kawasan yang berbeza?

Dalam konteks masyarakat majmuk dan untuk kebaikan negara, oleh kerana UMNO adalah parti paling diterima oleh orang Melayu, sementara DAP parti paling diterima oleh orang Cina, bukankah lebih baik jika mereka saling bekerjasama?

Dengan bekerjasamanya UMNO dan DAP dalam kerajaan, mereka mampu saling berperanan dengan lebih baik untuk memajukan negara mewakili sokongan kuat daripada kaum masing-masing

Lebih daripada itu, dengan bersama dalam kerajaan juga, mereka mampu saling menyesuaikan diri, berkompromi dan mengawal atau menegur antara satu sama lain dalam mengurus negara.

Lagi pula, dengan kedudukan MCA yang ditolak oleh pengundi Cina, keharmonian kaum hanya dapat dicapai melalui wujudnya kerjasama kedua-dua parti yang mendapat sokongan kaum Melayu dan Cina itu.

Selagi mereka bermusuhan dan seperti takutkan hantu, selagi itulah keharmonian antara Melayu dan Cina tiada jambatan penghubungnya.

Namun demikian, UMNO dan DAP tidak perlu bersama dalam sebuah gabungan parti yang sama, mereka boleh terus berbeza seperti sedia ada untuk menghadapi pilihanraya.

Mereka bebas bertanding di kawasan yang berbeza, tetapi setelah pilihanraya selesai dan demi kebaikan negara, bersama membina negara dalam kerajaan adalah pilihan yang lebih baik daripada terus bermusuhan dari segi politik dan bermusuh juga dengan satu pihak menjadi kerajaan dan satu pihak lagi menjadi pembangkang.

Sebagaimana musuh DAP adalah MCA, musuh UMNO yang sebenar ialah parti Melayu seperti Bersatu yang bukan saja mahu merampas banyak kawasan Melayu yang biasa ditandingi UMNO, malah merupakan halangan terbesar kepada parti itu untuk mendapatkan balik kerusi Perdana Menteri.

Berbeza dengan DAP, oleh kerana kawasan Cina kurang berbanding kawasan Melayu, parti itu tidak mengancam survival UMNO dan kerusi Perdana Menteri yang dikejarnya.

Seperti sudah ramai orang Melayu suka makanan Cina serta dim sum dan ramai orang Cina pula gemar masakan Melayu serta hidangan pedas-pedas, berdamai dan bersama dalam kerajaan dengan masing-masing harus sedia berlapang dada dan melakukan penyesuaian tidak harus lagi dilihat sebagai imaginasi atau seperti takutkan hantu.

 (Shahbudindotcom 23/10/2020)



DHARURAT? TIDAK MASUK AKAL, INI MAINAN MEDIA KARTEL SEMBURIT


Media kawalan kartel tengah giat promosi agar kerajaan istihar dharurat. Ini semua hanya untuk halang kemaraan Anwar Ibrahim dan sesi parlimen yang bakal menyaksikan kerajaan Muhyidin tumbang. Kita nak bgtahu, tiada keperluan untuk laksanakan dharurat yg pastinya akan memusnahkan ekonomi dan pelaburan dalam negara ini. Negara dan pelabur mana mahu melabur di negara yang sedang dharurat?

Tiada keperluan dharurat, kerana;

1. Negara kita masih aman damai.

2. Tiada mana-mana parti politik yang menimbulkan huru-hara, semuanya ikut perlembagaan.

3. Tiada masalah atau pergaduhan kaum dan agama.

Masalah Covid? Itu bukan alasan untuk istihar dharurat kerana negara lain juga alami masalah yg sama, cuma mereka dpt tangani dgn telus dan cekap. Negara kita tidak cekap dan tidak telus, itu saja.

Masalah politik? Semuanya terkawal. Tiada himpunan atau demontrasi. Cuma, PM yang tiada lagi sokongan majoriti masih mahu terus berkuasa dan leka dengan tawaran2 serta rundingan jawatan untuk mengekalkan kuasa tanpa fokus kepada masalah Covid.

Pihak Pembangkang, PH sendiri sentiasa berdisiplin dan mematuhi segala perintah dari YDP Agong, di mana proses pengambil alihan kuasa oleh DSAI itu ditangguhkan kerana PKPB di KL dan Sgor. Kami menghormatinya dan sedia untuk bersabar tanpa mencetuskan provokasi.

Apa perlunya dharurat ? Mengapa pilih jalan yang sukar kerana kita ada pilihan yang lebih baik? Semoga agenda mereka yang mahu menyekat kemaraan DSAI ini akan gagal.

WFAUZDIN NS

 


MKN digesa muktamadkan SOP dulu sebelum umum elak rakyat keliru

 


Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bertarikh 22 Oktober 2020

Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa memuktamadkan semua Prosuder Operasi Standard (SOP) sebelum ianya dikeluarkan tanpa orang ramai perlu menunggu pengumuman kementerian lain sebagai rujukan sebagaimana SOP panduan Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home yang terlalu umum dan sangat mengelirukan.

Arahan yang mengelirukan dan setengah masak ini mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutamanya komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga. Mereka inilah yang paling terkesan kerana bagi sesebuah perniagaan, setiap hari begitu penting bagi mereka.

Sektor perniagaan sedang menghadapi suasana kelembapan ekonomi dan berpotensi kehilangan lebih banyak peluang akibat ketidaktentuan ini. SOP yang kabur dan mengelirukan ini turut menyukarkan pegawai penguatkuasa menjalankan arahan dan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan di kalangan orang awam.

Saya menggesa kerajaan segera menjelaskan kekeliruan ini dan memastikan denda tidak dikenakan kepada sesiapa yang didapati keliru dengan SOP yang dikeluarkan oleh kedua-dua Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob dan Mohamed Azmin Ali. Subsidi juga seharusnya diberikan kepada majikan yang terpaksa membuat ujian Covid-19 untuk pekerja mereka akibat kekeliruan dalam pengumuman Menteri.

Saya juga menggesa Menteri-Menteri yang bertanggungjawab segera belajar untuk menyelaras secara bersama sebelum sesuatu keputusan diambil kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan sesuatu yang baharu, malah ianya telah bermula sejak bulan Mac lagi. Saya cuma mahu mengingatkan mereka yang masa untuk berbulan madu telah pun tamat.

Saya juga menggesa Menteri Kanan Pertahanan berhenti mengadakan sidang media hariannya jika beliau tidak mempunyai apa-apa pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat. Sidang media bukan tempat untuk mempromosikan baju atau barang pameran di rak. Ini kerana semakin banyak yang diumumkan, orang awam menjadi semakin keliru. Hentikan kekeliruan, ia akan menghentikan Covid-19! Apa yang paling menakutkan kita ialah sekiranya Covid-19 tidak pun membunuh ekonomi kita, semestinya ketidakcekapan para Menteri akan melakukannya! 

SOP BERTERABUR ,MENTERI GELAK

 Image may contain: one or more people and people standing, text that says "BERITA KEINTERIANPERTAWANVANMALANSIA Ismail Sabri 'tergelak ramai keliru SOP kerja dari rumah RAKYAT MERANA KERANA SOP TERABUR KERAJAAN MENTERI BOLEH GELAK! #MuhyiddinOut"


RINA HAMZAH

Rakyat pening SOP terabur, sekejap itu sekejap ini.

Sumber infomasi kucar kacir. Kejap Menteri Pertahanan umum, kejap MITI umum, kejap MKN umum.

Menteri boleh pulak gelak ??!

Tak kelakar lah.. gelakkan rakyat gadai nyawa mencari rezeki.

#MuhyiddinOut

SR

 



TAK APA ASALKAN MELAYU PERINTAH

 

Credit to

Farin Ahmad

 

Takpe. Tengok abah kluar tv, sejuk hati meleis-maleis.

Tukar pm?

Tak mau! Nanti Melayu dihalau kluar dari Malaysia.

Kami hanya mau mereka yang terjerit-jerit  nak jaga Melayu (wpun kps tu buat bnda lain)

Malaysia akan kembali ke zaman 80an, ketika tu kadar kemiskinan tinggi.

 


MENTERI PN, KEJAP BOLEH, KEJAP TIDAK?


(function() { var d = document, w = window; w

GILA TALAK KA NIH ?

Hamzah Rie Na Sekarang korang tahulah kan? Kerja pas siang mlm ratip salah DAP. Punya gila essim dengan dap, Tak ada ribut Tak ada petir nak...