MGID

Perdana Menteri: Anwar puas hati dengan jawapan Tun M

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri, sut dan dalaman
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad behubung penyerahan jawatan perdana menteri.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tidak timbul sebarang isu mengenai penyerahan jawatan tersebut kerana masing-masing memahami janji yang telah dibuat.
Menurutnya, perkara mengenai pertukaran jawatan masih sama dan yang paling penting adalah perkara yang termeterai harus ditunaikan.
“Sekejap lagi saya akan menemui Perdana Menteri. Isu pertukaran jawatan masih sama.
“Tidak ada masalah sama sekali di antara kami, jawapan PM yang penting adalah bahawa yang termetarai dan dijanjikan adalah perlu ditunai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis penyerahan Eaun Sara Hidup Bulanan kepada Sasterawan Negara di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Anwar ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri hari ini apabila berkata beliau hanya akan meletak jawatan dalam masa tiga tahun sebelum menyerahkan tugas kepada Anwar yang juga Presiden PKR.
Persoalan mengenai tarikh beliau akan berundur dan siapa bakal penggantinya mula menjadi perhatian sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Walaupun sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Anwar akan menggantikannya, timbul spekulasi bahawa Dr Mahathir mahukan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas lanjut mengenai perkar itu, Anwar menegaskan, soal penentuan tarikh bagi penyerahan jawatan berkenaan keputusan mengenainya hanya akan ditentukan oleh mereka berdua.
Katanya, masyarakat perlu memberi ruang kepada siapa sahaja yang diberi kuasa untuk mentadbir negara dengan berkesan tanpa diganggu dengan pertanyaan peletakkan jawatan.
“Bagi saya isu ini dan juga bagi Tun Mahathir sudah selesai. Ia dibangkitkan dan kita komen,” ujarnya.
Seramai tujuh sasterawan menerima cek sebanyak RM5,000 sebagai menghargai sumbangan mereka yang dianggap cukup besar dan amat signifikan dalam membangunkan negara menerusi kecemerlangan Bahasa Melayu dan menyemarakkan pembangunan industri kreatif di Malaysia.
Elaun tersebut akan diterima oleh mereka sepanjang hayat dan pembayaran pada tahun ini akan bermula pada Julai hingga Disember dengan peruntukan sebanyak RM35,000 setiap seorang.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. – MalaysiaGazette

PENGAMBILALIHAN 4 LEBUHRAYA UNTUNGKAN RAKYAT






Pada 23 Februari 2019, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan cadangan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol di mana syarikat Gamuda Berhad (Gamuda) berkepentingan. Empat lebuh raya yang terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).
Hasil daripada usaha rundingan dengan pihak Gamuda, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memberikan tawaran rasmi pada 21 Jun 2019 kepada keempat-empat syarikat konsesi tersebut dengan harga ‘enterprise value’ seperti berikut:
Kejayaan tawaran ini adalah tertakluk kepada ketekunan wajar (due diligence), sokongan pemegang saham dan pemiutang syarikat konsesi yang mencukupi serta kelulusan Jemaah Menteri yang muktamad.
Jika proses pengambilalihan lebuh raya bertol ini berjalan secara lancar, kerajaan, melalui sebuah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle –SPV) anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), akan mengambil alih lebuhraya-lebuhraya tersebut pada 31 Disember 2019. Pengambilalihan empat lebuh raya bertol ini merupakan langkah pertama untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya dan merealisasikan janji Pakatan Harapan.
Penjimatan RM180 juta setahun kepada pengguna
Dengan sistem caj kesesakan baharu seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pengguna empat lebuh raya ini akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun. Penjimatan ini bermakna pendapatan boleh guna isi rumah rakyat Malaysia akan bertambah dengan jumlah yang sama.
Caj kesesakan adalah caj boleh ubah yang bergantung kepada masa penggunaan. kerajaan secara prinsipnya akan memberikan diskaun sehingga 30% pada waktu luar puncak dan kadar percuma pada waktu bukan puncak. Di samping itu, bagi tidak membebankan rakyat, kerajaan akan mengekalkan caj kesesakan maksimum pada waktu puncak pada kadar tol sedia ada. Struktur akhir caj kesesakan akan dikaji secara terperinci dan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan pada 1 Januari 2020 kelak.
Penjimatan pampasan RM5.3 bilion kepada pihak konsesi
Di samping itu, pengambilalihan keempat-empat lebuhraya ini akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol di lebuh raya berkenaan sehingga akhir hayat konsesi. Pampasan ini tidak perlu lagi dibayar selepas lebuhraya-lebuhraya ini diambil alih oleh kerajaan.
Ini bermaksud bahawa kerajaan akan mampu memperuntukkan perbelanjaan tambahan melebihi RM5.3 bilion untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. Ertinya, bukan sahaja pengguna lebuh raya bertol akan menerima penjimatan besar dalam langkah ini, rakyat seluruh negara juga akan menikmati manfaat. Fakta-fakta ini dengan secara langsung membuktikan bahawa model konsesi lebuh raya bertol di bawah kerajaan Barisan Nasional hanya menguntungkan pihak konsesi dan tidak mengutamakan rakyat jelata.
Tiada beban kewangan kepada kerajaan
Pihak kerajaan telah berunding dengan pihak konsesi dengan bersungguh-sungguh untuk membuat nilai tawaran pengambilalihan yang paling wajar supaya ia bukan sahaja dapat memaksimumkan pulangan kepada rakyat, tetapi juga tidak akan mengakibatkan sebarang beban kewangan kepada kerajaan.
Pihak SPV akan membiayai harga tawaran sebanyak RM6.2 bilion dengan penerbitan bon. Kutipan caj kesesakan adalah mencukupi untuk membiayai bayaran balik hutang, segala kos operasi serta penyenggaraan lebuh raya tanpa memerlukan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Dengan kata lain, kos pengambilalihan tersebut akan dibayar balik dengan sendirinya daripada kutipan caj kesesakan tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan.
Langkah pertama
Untuk makluman semua, tanpa mengambil kira kumpulan PLUS, keempat-empat lebuh raya ini menguasai 48% daripada jumlah pendapatan lebuhraya-lebuhraya bertol di bandar. Ini meliputi sebahagian besar daripada lebuh raya dalam bandar dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam langkah pertama memenuhi manifesto pilihan raya kami. Sekiranya model pengambilalihan ini berjaya, kerajaan akan terus menjadikannya sebagai asas untuk pengambilalihan konsesi lebuh raya bertol lain, termasuk lebuh raya antara bandar, pada masa hadapan.
Kesimpulannya, tawaran pengambilalihan lebuh raya ini adalah penyelesaian “win-win-win” untuk semua pihak yang terlibat:
  • Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol;
  • pengguna lebuh raya akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun dan juga pengurangan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak; dan
  • sebarang lebihan kutipan caj kesesakan akan disalurkan kepada pembangunan dan penyenggaraan sistem pengangkutan awam Malaysia. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

GAMBAR :ANWAR SAMPAIKAN CEK BANTUAN SARA HIDUP BUAT SASTERAWAN NEGARA

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, sut dan perkahwinan
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman

Hadir ke Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan-Sasterawan Negara di Putrajaya.

Saya selaku peminat dan mengagumi karya-karya sastera menyambut baik kepedulian Kementerian Kewangan ini di bawah kemudi Lim Guan Eng.

Ia memberi mesej jelas bahawa selain tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi namun Kementerian Kewangan tetap komited dalam mempertahan dan mengangkat martabat sastera negara ke tahap yang lebih baik.

ANWAR IBRAHIM


KENAPA RAIS YATIM TIBA2 MEMBODEK TUN M?


Walaupun tidak dinafikan Rais Yatim menyokong PH menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian PRU14 lalu, tetapi beliau hanya menyerahkan borang menyertai Bersatu pada 4 Jun 2018.
Ini bermakna kemasukannya ke dalam keluarga PH hanyalah setelah gabungan itu menang PRU14 menewaskan BN pada 9 Mei 2018.
Juga kemasukannya ialah setelah PH berjaya menjadi kerajaan dan setelah Tun Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri buat kali kedua.
Berdasarkan hakikat itu, boleh jadi jika PH tidak menang pada PRU14 lalu, Rais juga tidak akan menyertai Bersatu.
Hakikatnya, beliau menyertai UMNO setelah PH menjadi kerajaan dan setelah Tun Mahathir bergelar Perdana Menteri. Lebih daripada itu, beliau menyerahkan borang keahliannya juga kepada Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu merangkap Perdana Menteri.
Itulah Rais yang dulu pernah membakar jambatan meninggalkan UMNO untuk bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Semangat 46, kemudian membina jambatan baru untuk kembali semula bersama UMNO dalam era kepimpinan Tun Mahathir yang pernah dimusuhinya.
Sejak itu, beliau dapat bertahan dengan jawatan menterinya sehinggalah ke era kepimpinan Najib Razak, sebelum membakar jambatan sekali lagi meninggalkan UMNO untuk menyertai Bersatu.
Keluar masuk UMNO dan berbaik serta bermusuh dengan Perdana Menteri boleh dikata bukan sesuatu yang asing bagi Rais.
Sementara itu, persetujuan untuk melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana dan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 sekiranya gabungan itu menang PRU14 telah diputuskan dalam Kongres Pakatan Harapan yang diadakan di Shah Alam pada 7 Januari 2018.
Keputusan lain dalam kongres tersebut ialah membebaskan Anwar dan memohon pengampunan penuh bagi tujuan membolehkannya kembali aktif dalam politik.
Oleh kerana ia adalah keputusan kongres yang dimuktamadkan secara muafakat oleh keempat-empat parti dalam PH, bermakna ia adalah perjanjian bertulis yang ada hitam putihnya.
Pada tarikh kongres itu diadakan, Rais masih lagi ahli UMNO, malah mungkin masih kuat menyokong Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Maka, jauh sekali ketika itu beliau ada terlibat atau tahu tentang sebarang keputusan atau persetujuan yang dibuat oleh PH mengenai kedudukan Anwar.
Lalu, tentulah menghairankan apabila Rais dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada sebarang perjanjian hitam putih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Apakah tujuan Rais mengeluarkan kenyataan yang beliau sebetulnya tidak terlibat atau tidak tahu kedudukan yang sebenar?
Lupakah sebelum ini ketika wujud desakan dalam Bersatu agar Tun Mahathir berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke hujung penggal, Rais sendiri tidak setuju dengannya sambil mengingatkan semua pihak agar perasaan Anwar dan Dr. Wan Azizah perlulah dijaga?
Tidakkah ia memberi gambaran Rais sendiri anat sedar ketika itu Anwar adalah pengganti kepada Tun Mahathir?
Mengapa tiba-tiba hari ini beliau berubah nada?
Adakah Rais masih waras atau beliau sedang membodek dan mengampu Tun Mahathir kerana mengharapkan sesuatu?
Benarkah juga perkhabaran yang sedang tersebar luas mengatakan Rais merupakan antara yang sedang melobi untuk menjadi TYT Melaka menggantikan Tun Khalil Yaakob? (Shahbudindotcom 23/06/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...