LEBIH 30 RIBU SAMBUT ANWAR



LEBIH 30 RIBU SAMBUT ANWAR SEBAGAI WIRA RAKYAT


Seberang Jaya 5 Julai- Sambutan terhadap wira rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim ketika pulang berceramah di Parlimen Permatang Pauh semalam membuktikan bahawa beliau ketika ini diterima rakyat sebagai wira mereka.Beliau yang berceramah di tapak expo Seberang Jaya dibawah Parlimen Permatang Pauh telah menerima puluhan ribu kebanjiran rakyat. Turut bersama ialah timbalan ketua menteri Tuan YB Lim Guan Eng,Dato Zaharin ,ahli parlimen Bayan Baru merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri PKR dan juga ahli-ahli YB dari PakatanRakyat.


Dalam ucapan beliau , Dato Seri Anwar Ibrahim tetap menegaskan bahawa komitmen kerajaan Pakatan Rakyat ialah membentuk sebuah Negara yang perihatin kepada rakyat dan mengulangi lagi bahawa jika rakyat percaya dengan kerajaan Pakatan Rakyat, dan jika hari ini Pakatan Rakyat menjadi kerajaan esok juga harga minyak akan diturunkan.

“Jika kamu(BN tidak layak untuk menolong rakyat biar kami (PR) yang memerintah.”demikian jelas Anwar .Beliau juga mempersoalkan kemana hilangnya wang berbillion ringgit dengan kenaikkan harga minyak.Jika rakyat mahukan perubahan ,rakyat harus mendesak ahli Parlimen mereka untuk bertukar kepada Pakatan Rakyat.

Berhubung dengan kes yang menuduh beliau melakukan liwat ,Anwar juga mnegaskan bahawa ada pakatan yang cuba mengaibkan beliau dan ini sudah tentunya telah dirancang.”Saya telah membuat laporan berhubung penglibatan Musa Hassan dan juga Gani patail berhubung dengan kesilapan membuat laporan kes saya pada tahun 1998 dulu”









Beliau juga menegaskan bahawa begitu mudah rakyat yang bernama Saiful ini mendapat layanan istimewa dari seorang Timbalan Perdana Menteri dan datang kerumah siap dengan hidangan makanan dan ini sudah tentulah menimbulkan kesangsian.

Jika ada bukti dan hakim yang berwibawa,bawa saya ke mahkamah”Saya akan lawan habis-habisan”."Memang ada sokongan dari pihak luar misalnya dari Sheikh Yusoff Al Qardawi yang terus menyokong saya."demikian jelas Anwar lagi.




“Saya juga ada bukti bagaimana UMNO memberi wang kepada pelobi Yahudi yang bernama Jack Alamos,bagaimana pula dengan perjumpaaan Abdullah Badawi dan juga Jack Cheney.?






Anwar juga menjelaskan bahawa beliau ke kedutaan Turki adalah untuk menjamin keselamatan beliau dan juga sebagai menunggu jaminan dari pihak kerajaan bahawa beliau tidak akan dianiaya,dan keluar setelah mendapat jaminan dari kerajaan.
“Saya cuma mahukan jaminan.Siasat saya jika ada bukti saya menulis surat untuk meminta perlindungan kepada Amerika Syarikat,jika ada dakwa saya”demikian jelas Anwar.




“Saya bukan takut jika siasatan untuk saya dijalankan secara telus, macamana saya nak percaya jika sepuluh tahun dulu saya ditangkap ,dipukul sehingga hampir mati dan Ketua Polis Negara(Rahim Noor) dan menyatakan bahwa saya dalam keadaaan selamat.Apakah saya tidak bimbang jika perkara ini akan berlaku lagi?Malah saya telah mengikut undang-undang ketika itu namun saya tetap dipukul dan dianiaya,tidak ada rawatan sehingga ditubuhkan Suruahanjaya Siasatan diRaja, malah saya telah maaafkan semua yang telah menganiaya saya, namun mereka masih juga mahu mengaibkan saya ”demikian jelas Anwar.






Kepada rakyat, beliau menyeru agar rakyat berubah fikiran,pilih pimpinan yang dapat menolong rakyat dan rakyat harus bermuafakat untuk selamatkan Malaysia.Isu ini diketengahkan untuk mengalihkan perhatian rakyat ,isu harga minyak ,isu barang ,elektrik dan ini membebankan rakyat ,.Rakyat harus bijak menggunakan kuasa mereka.Saya percaya dalam jangkamasa 2 bulan lagi ekonomi kita akan punah ranah .Oleh itu tanggungjawab rakyat ialah mendesak agar pimpinan mereka bersama Pakatan Rakyat.


Sambutan luar biasa dengan kawalan ketat bridget UKP keadilan mebuktikan bahawa sambutan dan kawalan kepada beliau kini dipertingkatkan.