PETUGAS JAGA PENGUNDI HANTU


Haaaa...Baru hangpa ada akai....





Penduduk halau demo penyokong PAS

PENDUDUK SINI DAH LAMA BERSATU...MASJID PUN BUAT SENDIRI.....KALAU SETAKAT NAK MAI BERDAKWAH......BANYAK ILMUAN DI KAMPUNG INI.
 
 Pemuda yang di kenali sebagai "Bang Lee" adalah antara pengurus di sebuah kedai makan di hadapan masjid dan bertentangan dengan stesen minyak Petron disimpang Kubang Semang...mengarahkan gang 10 ekoq proulama di kampung mereka supaya beredar.....Penduduk di kampung tersebut sejak zaman berzaman bermuafakat dan bijak dalam berpolitik dan Yusof Rawa, Hj Asri antara pemimipin sejak berzaman dan pernah memenangi parlimen Permatang Pauh sehingga DSAI menjadi wakil Umno dan PKR di Permatang Pauh.



Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.

Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”

Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit.

Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Salah seorang lelaki tersebut kemudian mengambil pembesar suara daripada Azmi sebelum membalingnya ke lantai.

Azmi kemudian meminta kumpulannya berundur dan pergi ke tempat lain selepas melihat penduduk kampung semakin berang dengan kehadiran mereka.