KENYATAAN MEDIA AYAM







HABIH LA NUSI- TAK SEMPAT NAK BELAT AYAQ MAI PENANG-KERAJAAN PUN NAK REBAH DAH..YELLEPATI YELLEK

 

DUN Kedah goyang, kunjungan PM kuatkan spekulasi

DUN Kedah goyang, kunjungan PM kuatkan spekulasi

Lawatan kerja Perdana Menteri ke Kedah selama dua hari menguatkan desas desus ‘nakal’ yang mengatakan bahawa situasi politik di negeri jelapang padi ini agak tidak stabil.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam jadualnya menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Strategik NCER – Kedah Rubber City (KRC) pada petang isnin.


Namun, menarik perhatian pemerhati politik adalah di Facebook peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom menyiarkan beberapa gambar di sebuah majlis tertutup Perdana Menteri bersama Biro Politik UMNO seluruh Kedah.

Jelas di sini khabar angin yang mengatakan bahawa 2 ADUN UMNO akan tarik sokongan kepada Sanusi mungkin bakal menjadi kenyataan.

UMNO sebagai sebuah parti berpengalaman mungkin berupaya menarik beberapa lagi ADUN yang kemungkinan mempunyai pendirian yang goyah untuk turut ikut serta menumbangkan kerajaan campuran yang diketuai PAS ini.

Terdahulu Sanusi dan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan satu sidang media bagi menafikan khabar angin DUN Kedah bakal terbubar dalam masa terdekat.

MENUNTUT PENJELASAN MENTERI KEWANGAN- ANWAR IBRAHIM

 

Saya pernah membangkitkan perihal Transit Acquirer Sdn Bhd yang ingin membangunkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) untuk sistem pembayaran kesemua tambang keretapi dan bas di seluruh Lembah Klang.

Projek ini telah membelanjakan ratusan juta dari tahun 2015 sehingga tahun 2018 dan beroperasi pada tahun 2019. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang sistem yang dibangun telah digunapakai. Ternyata ini suatu pembaziran dana rakyat dan kerugian besar kepada negara.

Saya telah dimaklumkan awal tahun ini Syarikat Milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOFI) mahu memulakan semula projek ini dan telah mengeluarkan satu tender untuk mengenyahkan 70% pemilikan di dalam TASB yang dianggarkan bernilai RM400 juta ringgit.

Terdapat banyak kekeliruan yang perlu dijawab segera oleh Menteri Kewangan berhubung tender ini.

Antaranya:

(a) Berdasarkan dokumen tender, TASB dikatakan bernilai RM400 juta. Atas dasar apa?

b) Kenapa perlu dilupuskan pemilikan TASB yang mampu menjadi aset strategik negara? Kerajaan sepatutnya memilik dan menguruskannya.

(c) Kenapa jual 70% pemilikan TASB? Siapa yang menentukan sebanyak 70%? Kenapa tidak 0% atau 100% dari TASB?

(d) Kenapa MOF memberikan konsesi kepada TASB selama 20 tahun?

(e) Kenapa setiap operator transit perlu membayar kepada TASB bilamana setiap operator transit telah mempunyai vendor yang melaksanakan platform pembayaran terbuka dalam mendukung agenda nasional?

(f) Dalam dokumen-dokumen tender, dinyatakan di situ bahawa pembida yang berjaya akan ditentukan MOFI tanpa sebarang alasan, dan ianya tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara MOFI. Ini jelas satu peluang dan alasan untuk salahguna kuasa dan rasuah.

Justeru itu, adalah jelas bahawa TASB tidak sepatutnya dijual SEHINGGA kerugian yang berlaku sebelumnya disiasat dan dipertanggungjawabkan.

MOFI tidak sepatutnya cuba untuk menutup kerugian dengan menjual syarikat tersebut (berkemungkinan kepada kroni) yang diarahkan kerajaan di bawah Exclusive Rights Agreement (ERA) (akan ditandatangani) dengan konsesi selama 20 tahun.

Operator-operator transit harus membayar kepada TASB tatkala mereka telahpun melaksanakan sistem tersebut.

Saya tuntut penjelasan terperinci dari Menteri Kewangan.

ANWAR IBRAHIM

7 Februari 2022.


PULIH APANYA- 3 KEMENTERIAN HARGA AYAM TURUN 2 KUPANG- HARGA TELOQ PUN TAK BOLEH SELESAI NAK PULIH APA ?


 

PATUTLAH NAJIB GELAR DIA NI BEBAL---YA SUNGGUH

 

Semalam Najib Razak menggelar Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebagai bebal kerana tidak tahu membezakan antara pilihan raya negeri (PRN) dengan pilihan raya umum (PRU) serta berterusan mendesak UMNO/BN untuk menamakan siapa “poster boy”mereka dalam PRN Johor akan datang ini.

Kata Najib, oleh kerana di Johor ini hanya suatu PRN, maka sudah tentu Menteri Besar, Hasni Mohamed akan menjadi “posteri boy”, sama seperti yang dilakukan UMNO/BN pada PRN Melaka sebelum ini.

Dengan demikian, tambahnya, tiada keperluan untuk meletakkan dirinya, Zahid Hamidi atau Ismail Sabri sebagai “poster boy” dalam PRN Johor.

“Boleh tahan bebal adik buku manifesto ini,” kata Najib lagi.


Hari ini, Wan Saiful sekali lagi menunjukkan kebebalannya apabila menyalahkan kerajaan PH yang mentadbir negara selama 22 bulan selepas PRU14 kerana suka memotong peruntukan tanpa mengambil kira keperluannya untuk rakyat.

“Apabila kita, Bersatu, sebahagian daripada PH, ketika rakyat perlukan bantuan dan minta bantuan, kita lihat bagaimana agenda PH potong sana, potong sini.

“Kurangkan bantuan ini, potong bantuan itu. Sebaliknya mereka beri bantuan RM30.

“Jumlah itu habis selepas sekali atau dua kali makan,” katanya ketika sesi taklimat jentera Perikatan Nasional (PN) di Batu Pahat.

Berikutan cubaannya menyalahkan PH itu, sedarkah Wan Saiful siapa yang mengetuai kerajaan PH ketika itu?

Bukankah Perdana Menteri PH ialah Tun Mahathir Mohamad, Pengerusi Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin selaku Presiden Bersatu adalah merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan ketika itu?

Jadi, Wan Saiful nak salahkan siapa?

Tidakkah yang salah ketika itu ialah pemimpin dan partinya sendiri yang mengetuai kerajaan pada waktu itu?

Walaupun Tun Mahathir sudah tidak lagi bersama Bersatu, tetapi dengan Mahiaddin masih mengetuai parti itu, malah rekodnya sebagai Perdana Menteri jauh lebih gagal sehingga hanya mampu bertahan selama 17 bulan saja, apa yang mahu Wan Saiful buktikan?

Mahiaddin bukan saja gagal sebagai Perdana Menteri, malah ketika menjadi Menteri Dalam Negeri era PH, turut langsung tidak berfungsi sebagai pemimpin banyak pengalaman dalam kerajaan.

Kepada Wan Saiful yang membangkitkan pemotongan peruntukan di era PH, tidakkah beliau sedar ketika Mahiaddin jadi Perdana Menteri, lebih banyak peruntukan disekat dan tidak diberikan sehingga menyebabkan kemarahan lebih merata lantaran di waktu yang sama ancaman Covid19 membawa lebih kesusahan kepada rakyat jelata?

Jika Najib semalam menggelarnya “boleh tahan bebal”, tanpa keraguan lagi sekarang ini gelaran itu memang sesuai untuk beliau. – ShahbudinHusin 07/02/2022.

DAH SEDAR ATAU MAMUN LAGI

 

MMMS


Masa serba tahu cuba halalkan pengkhianatan. Kini dia sendiri sudah di tidurkan di dalam Gua Kelam.



MACAM BAGUS

 

ABDULLAH MAT ISA


Nampak macam bagus je ya! Masih luangkan masa untuk menunaikan impian “wartawan cilik” tu!
Tapi bila pulak agaknya PM nak tunaikan harapan 32 juta rakyat Malaysia supaya harga barang di kawal? Lama dah rasanya kami suarakan hasrat kami ni!
Nampak gayanya PM kita ni macam dah takde benda penting lain yang nak di buat! Seolah2 Malaysia ni dah tak ada masalah lain..




MEREKA INGIN BERPECAH KERANA INGIN MENJADI KETUA





Kalau ulas parti baru seperti Muda dan Pejuang, ada yang akan komen kenapa pembangkang tak mahu bersatu. Kenapa masih nak bertelagah sesama sendiri. Tak sedikit yang menuduh PH dan DS Anwar sombong dan tamak.
Bro... Jawapan aku mudah saja. Mereka yang mahu berpecah. Jika mereka betul fikirkan kestabilan politik, betul matlamat untuk rakyat, betul mahu hapuskan rasuah dan kebejatan, nescaya mereka akan masuk mana-mana parti dalam PH.
Tapi mereka nak jadi ketua. Masuk parti dalam PH, mereka kena duduk di bawah. Mereka tak mahu. Sebab mereka nak kuasa. Jadi mereka buat parti baru untuk lunaskan tuntutan nafsu mereka. Jika begitu, kenapa PH kena patuh?
Kenapa nak salahkan PH tamak? Kenapa tak tanya orang tubuh parti baru ini? Apa tujuan mereka nak buat parti baru? Siapa yang tamak sebenarnya? Masa buat parti tak fikir perpaduan. Bila nampak susah nak menang, baru sibuk cerita pasal khemah.
Bagi aku mudah. Semua yang tubuh parti baru adalah orang tamak yang gila nak jadi ketua. Tidak ada rakyat dalam fikiran mereka. Kemahuan mereka cuma pangkat dan kuasa. Kalau PH tunduk kepada mereka, maka PH bodoh. Guane boh?

Jenuh geng UMNO bagi pelbagai alasan nak buat PRN Johor.

 



LIAYA MARZUKI

Katanya perlu pulangkan kembali mandat rakyat. Sebabnya Kerajaan goyang dek geng satu kolam, mereka ancam hendak tekan butang.
Maka PM6 dan PM8 pun bergaduh sakan dalam FB, membahan satu sama lain.
Yang pastinya kalau betul nak pulangkan mandat rakyat, tak boleh tunggu PRU15? Bukan lama pun. Setahun je tinggal.
Kenapa nak bazirkan beratus juta untuk PRN dan dedahkan rakyat kepada wabak?
Yang pasti Kerajaan Melayu Islam yang dicanang hanya umpan kosong buat Orang Melayu stim.
Dah dapat kuasa, apa yang kita dapat?
Judi dari 8 naik 21 kali setahun.
Bank-bank masih lagi kenakan riba/ keuntungan.
Pemandu mabuk masih ramai.
Kilang arak boleh buka siang malam. Arak masih terjual secara terbuka.
Peramugari still pakai lagu tu jua.
Tu semua dijual dulu sesama 22 bulan PH memerintah. Kononnya Islam terancam.
Nampak sgt dihancing semua untuk kuasa.
Bila dah dapat kuasa, mereka gaduh pulak sesama mereka.
Rakyat nak beli telur ayam pun takda.

KENAPA KJ TEKANKAN TENTANG BOOSTER DOSE

 




HAMDAN TAHA


Apabila kes covid meningkat secara sangat mendadak dan Menteri dan Ketua Pengarah KKM terus menerus mengunakan kenaikan kes ke arah vaksin pengalak dan ini menimbulkan keraguan kepada ramai orang

53 peratus rakyat dah buat dos pengalak dan hampir 98 peratus katanya rakyat dewasa dan vaksin tetapi Kerajaan tetap gagal mengawal kenaikan kes harian
Ada saya baca kenyataan dari pihak pengarah kkm negeri menyebut antara sebab kes mendadak kerana majlis kenduri terlalu banyak dan rakyat tak patuh sop
Kes akan terus meningkat dan penjualan vaksin juga akan laris itu pandangan rakyat apakah jika meningkat lagi akan ada dos ke 4 dan ke 5

KENA LAGI PANGGIL KE BALAI

 

FAHMI REZA

Aku baru terima panggilan telefon daripada polis. Kerajaan nak heret aku ke mahkamah minggu ni atas tuduhan memuatnaik grafik yang menyakitkan hati orang lain bawah S233 AKMM a.k.a. #AktaSakitHati. Aku akan lawan tuduhan ni di mahkamah kerana satire is not a crime. Fuck fear, let's dance!

#SatireIsNotACrime



‘Pas sedar tak Yaman sudah bertahun dibom dan diserang?’ – Kamarul

 


Kenyataan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berhubung pandangan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkenaan tindakan Abdul Hadi Awang yang mendahului kerajaan Malaysia yang masih belum mengiktirafkan kerajaan Taliban di Afghanistan adalah penuh emosi dan tidak memahami peraturan protokol antarabangsa.

Pentadbiran sebuah kerajaan seperti Malaysia berbeza daripada pengurusan sebuah parti politik atau NGO yang mesti memahami dan mematuhi undang undang dan protokol peraturan antarabangsa. Kalau tidak dunia ini lebih huru hara.

Salahuddin telah menyatakan beliau bersetuju rakyat Afghanistan patut dibantu tetapi mestilah mengikut segala peraturan amalan antarabangsa demi menjaga nama baik Malaysia dan menunjukan sikap memahami undang undang tamadun antarabangsa sedia ada.

Abdul Hadi sebagai Duta Khas Malaysia membuat komitmen bantuan kepada wakil Taliban semasa kerajaan Malaysia belum pun lagi mengiktirafkan kerajaan Taliban Afghanistan dan tanpa mandat dari kerajaan Malaysia.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, mengesahkan Malaysia masih menunggu laporan badan antarabangsa PBB sebelum membuat keputusan.

Tiada keputusan memberi mandat pun dibuat oleh kerajaan untuk Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah untuk membuat komitmen sedemikian.

Untuk makluman Ahmad Tarmizi, Afghanistan terletak di luar zon Timur Tengah di luar bidang skop penglibatan Abdul Hadi yang begitu lama sebelum ini tidak membuat apa apa kenyataan sebagai duta khas.

Kenapakah tiada kenyataan di buat tentang kekejamam pembunuhan ribuan di Yaman yang terletak di Timur Tengah akibat serangan pengeboman Arab Saudi dan sekutu baratnya termasuk Amerika Syarikat?

Semasa Haji Hadi berjumpa wakil Taliban di Qatar beliau berada sangat dekat dengan negara Yaman yang diserang berterusan Arab Saudi dan sekutu Baratnya.

Bagaimana boleh terlepas pandang isu Yaman yang begitu dekat dengan Qatar tetapi hanya menyentuh isu Afghanistan yang berada jauh?

Berjuta anak kecil dan dewasa Islam kebanyakannya menghadapi malturasi dan kebuluran akibat tindakan kejam Arab Saudi serta sekutu baratnya.

Kenapakah Duta Khas kita dan Pas tidak pernah menyebut isu ini di Parlimen pun kerana kuasa Barat memang terlibat juga serangan atas Yaman begitu lama?

Tetapi Ahmad Tarmizi menuduh kenyataan Salahuddin kononnya dipengaruhi oleh pandangan pendakwah Barat dan DAP! Cukuplah memainkan emosi serta sentimen perkauman dan agama tanpa merujuk kepada fakta yang nyata dan kukuh.

Kalau Pas sudah menjadi sebahagian dari kerajaan Malaysia, tindakan serta perangai mestilah lebih bertanggungjawab tanpa emosi tetapi dengan hujah kukuh.

Ahmad Tarmizi mengatakan Afghanistan perlu dibantu kerana telah lama dikuasai dan ditindas oleh Amerika Syarikat dan AMANAH sangat bersetuju dalam isu ini tetapi ianya mestilah mengikut cara dan peraturan yang betul.

Sedarkah Pas, Duta Khas Timur Tengah dan Ahmad Tarmizi yang Yaman yang kerdil telah bertahun dibom dan diserang Arab Saudi bersama sekutunya dari Amerika Syarikat, Britain serta Perancis, dan Malaysia pernah terlibat membantu Arab Saudi dalam kekejaman terkutuk ini?

Kalau kita bersimpati dan ingin membela rakyat Afghanistan dalam isu penglibatan kekejamam barat, kita mesti juga membela Yaman. AMANAH dah lama bersuara isu kekejaman Saudi dan Barat di Yaman di Parlimen. Mana dia suara Pas dan Duta Khas Timur Tengah dalam isu Yaman?

Kenapa memilih untuk membisu isu kekejaman kematian dan kebuluran berjuta anak kecil dan dewasa rakyat Yaman yang berterusan sehingga hari ini?

Menuntut keadilan dalam kezaliman menurut Islam tidak boleh cara terpilih!


Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH

ELOK LA....PAS PUN PERNAH KATA BERSENDIRIAN KUAT...APA DA HAL.....ELOK..ELOK...UMPAMA SLOTH BERSENDIRIAN MEMANJAT POKOK

 


Jangan paksa Umno ubah pendirian terima Bersatu, PAS diberitahu




PETALING JAYA: PAS diminta tidak terlalu memaksa Umno untuk mengubah pendirian dan dasarnya yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, walaupun PAS menyebut ia mempunyai strategi taktikal untuk mengikat Umno dan Bersatu, namun beliau yakin usaha itu tidak akan berhasil.

“Kalau dia (PAS) ada strategi taktikal, kita tunggulah…cuma saya dan pemimpin Umno yang lain sudah berkali-kali sebut kita tak menutup pintu untuk bersama PAS tetapi PAS tidak bolehlah asyik memaksa Umno untuk mengubah pendirian dasar kami, iaitu tidak boleh bersama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

“Melainkan strategi dan taktikal PAS cukup hebat untuk mengubah pendirian dan dasar Umno, (tetapi) saya rasa benda itu tidak boleh berlaku,” katanya kepada FMT.

Pada Jumaat, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam berkata, parti itu tidak akan berputus asa untuk mengikat kerjasama tiga penjuru antara PAS-Umno-Bersatu walaupun di luar kerangka Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu dinyatakan sehari selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengisytiharkan parti itu tidak lagi berminat untuk menyertai MN kerana tidak mahu terpalit dengan imej rasuah sesetengah pemimpin Umno.

Mengulas lanjut Shahril berkata, keputusan Bersatu itu disifatkan sebagai “terlalu lewat” kerana Umno terlebih dahulu menyatakan pendirian untuk tidak mahu bekerjasama dengan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau berkata, pendirian terbuka Muhyiddin mengenai kerjasama parti itu dengan Umno memudahkan semua pihak untuk bercakap mengenai hala tuju parti.

Mengenai strategi pihak lawan yang cuba merujuk Umno dengan pelbagai gelaran, Shahril berpendapat itu hanyalah strategi digunakan oleh parti yang tidak mempunyai banyak tawaran untuk dihidangkan kepada pengundi.

Tegasnya, Umno ketika ini fokus untuk menarik undi atas pagar dan tidak akan termakan dengan mainan politik pihak lawan.

“Sebagai Ketua Penerangan Umno saya lebih gemar bercakap mengenai apa yang Umno kena buat untuk tarik pengundi atas pagar. Itu fokus kami, kami selesa dengan pendekatan sebegitu.

“Kalau parti lain berasa mereka tak banyak tawaran dan lebih banyak nak serang Umno untuk dapat banyak undi, itu hak mereka dan itu mainan politik, biarlah mereka buat, tapi saya yakin pengundi akan membandingkan dan menilai sendiri antara parti-parti yang ada,” katanya.

Pemilihan PKR: Farhash sah lawan MB Selangor di Gombak

 


Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, keputusannya mencabar Amirudin Shari bukan bertujuan melenyapkan sebarang ‘kartel Azmin’ atau mencerminkan sebarang prasangka terhadap Menteri Besar Selangor itu.

PETALING JAYA: Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak membuat kejutan apabila mengesahkan menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Bahagian Gombak pada pemilihan parti, April depan.

Farhash juga mahu menentang Ahli Parlimen kawasan itu, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim itu berkata, keputusannya mencabar Amirudin bukan bertujuan melenyapkan sebarang “kartel Azmin” atau mencerminkan sebarang prasangka terhadap Amirudin.

“Tak ada kartel (lagi) dalam PKR, kalau ada pun saki-baki orang yang mungkin bersama Azmin. Tapi saya tak nampak Amirudin bersama Azmin, saya nampak dia jadi ‘party-man’ (orang parti),” kata beliau.

Farhash berkata Menteri Besar Selangor itu juga tidak perlu mencurigai hasratnya bertanding di Gombak pada pemilihan PKR.

“Saya tak nampak kenapa MB harus takut atau pasukan MB harus takut kerana mereka dah buat kerja di situ bertahun, dan saya ahli biasa,” katanya.

Beliau tidak melihat wujud konflik hasil tindakan itu, sebaliknya berpendapat ia adalah proses demokrasi.

“Apa yang konflik, itu proses demokrasi. Jawatan ini hanya sementara dan bukan hak sesiapa kerana itu parti buat pemilihan. Itu hak masing-masing untuk memilih.

“Konflik tu biasalah, mana-mana pun ada konflik, kadang tiga penjuru, lima penjuru benda itu biasa. Mungkin nampak kontroversi sebab saya Pengerusi (PKR) Perak, tapi untuk saya bukan nak gaduh ke apa. Ini pemilihan, kita buat cara baik,” kata Farhash.

Pada pemilihan PKR 2018, Amirudin menang sebagai Ketua Bahagian Gombak, menewaskan pencabarnya Mohamed Nizam Md Saad dengan 1,115 undi.

Lepas jawatan Setiausaha Politik

Farhash mengesahkan meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Disember lalu.

“Sudah dekat nak pemilihan, saya tak boleh bagi komitmen sepenuh masa sebagai Setiausaha Politik, jadi saya minta letak jawatan supaya saya boleh tumpu pada pemilihan dan persiapan PRU15,” katanya.

Menghadapi PRU15, Farhash berkata beliau berhasrat “mencari” Azmin dan Hilman yang lompat daripada PKR untuk menyertai Bersatu susulan Langkah Sheraton pada 2020.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding menentang Azmin atau Hilman, ini cara saya tawarkan diri untuk bertanding di Gombak. Sekiranya mereka lari tempat lain, saya akan cari (mereka). Saya tak kisah DUN atau Parlimen (mana),” katanya.

Kalangan pemimpin PKR melihat Azmin sebagai dalang utama yang mencetuskan perbalahan dalaman parti yang menyaksikan beliau dan sekumpulan Ahli Parlimen lain menyertai Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

SIKIT SANGAT.....

 

Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Isnin, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.
Ia juga merujuk kepada perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini, supaya Ahli Parlimen Rembau itu membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.
Mahkamah turut menolak rayuan Khairy terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang membatalkan permohonannya untuk meminda penyataan pembelaan bagi menyatakan bahawa kenyataan beliau itu adalah komen yang wajar, dengan kos sebanyak RM10,000.


HARIMAU INI SEDANG MENCARI MANGSANYA ORANG LAIN NI...MUNGKIN YANG KATA TEBANG POKOK HABITAT HARIMAU SENANG CARI MAKAN.

 

Aneh! Harimau enggan baham kambing, macam abang yang sedang melindungi adik


Aneh! Harimau enggan baham kambing, macam abang yang sedang melindungi adik



Harimau sememangnya merupakan haiwan karnivor. Oleh kerana itulah, sebuah zoo di Rusia memberi makanan berupa haiwan hidup seperti kambing dan arnab untuk harimau di sana.

Lazimnya, harimau tersebut seakan ‘berpesta’ ketika diberi makan namun ia berubah sebaik sahaja seekor kambing hitam dilemparkan. Apa yang mengejutkan para pengunjung adalah harimau itu bukan sahaja enggan memakan kambing hitam berkenaan.


Malah bertindak seperti pelindung kepada kambing tersebut. Luar biasa bukan? Siapa sangka ia boleh jadi sebegitu.

Di Rusia, sering kali pengunjung zoo tertarik dengan sesi memberi makan di mana harimau yang lapar, akan penuh berselera memakan makanan yang diberikan.

Elok saja lepak bersama..

Dan malangnya, kali ini ‘makanan’ harimau itu bertukar sedikit. Mengejutkan pula apabila harimau itu langsung tidak menganggapnya sebagai makanan.

Sebaliknya, harimau tersebut tidak berasa seperti pemangsa dan hanya membiarkan sahaja kambing itu bebas berkeliaran. Sang harimau juga beralah, beri ruangnya pada si kambing untuk berteduh.

Sumber juga mengatakan bahawa kambing tersebut kerap dilihat mengikuti sahaja langkah harimau tersebut. Mungkin kambing itu berasa selamat di sisinya.

Macam abang yang sedang melindungi adik. Aneh dan ajaib bukan? Kadang kala haiwan lebih menyayangi sesama mereka biarpun berlainan spesies.

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN ANWAR TERKAIT HARGA BARANG DAN JUGA NILAI RINGGIT