NORMAN RADZUAN
Pengkhianat bergaduh sesama sendiri..
ANWAR TETAP TENANG DAN TERUS BERJUANG
Yg mengkhianati rakyat, PH dan Anwar Ibrahim adalah Mahathir, Muhyiddin, Zahid & Hadi Awang melalui langkah Sheraton. Langkah sumbang, khianat, jahat dan kejam yg tidak pernah berlaku dlm sejarah negara.
Konon atas nama agama dan bangsa... kuasa manusia tidak boleh mengatasi kuasa Allah. Tidak sampai 3 tahun pun kononnya demi bangsa dan negara kini mereka sendiri bersengketa atau kata mengata. Tuhan ingin tunjukkan adakah manusia seperti ini yg kita boleh percaya utk perjuangkan agamaNya.
Muhyiddin berperang mulut dgn Najib. Yg sana kata situ pengkhianat, yg situ kata yg di sinun lah pengkhianat sebenar. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.
Terbaru perang mulut antara Hadi Awang dan Zahid Hamidi. Hadi yg terkenal dgn perumpamaan binatang kali ini dia mengatakan UMNO seperti itik yg patah kaki. Sindiran itu dibalas Zahid dgn mengatakan Hadi layak menjadi zoologi.
Pernah anda melihat Anwar Ibrahim melatah walaupun dia dikhianati oleh Mahathir hingga gagal sekali lagi utk beliau menjadi PM. Ada perumpamaan binatang atau hinaan Anwar lemparkan kpd Mahathir, kpd Muhyiddin, kpd Zahid dan kpd Hadi Awang?
Patut Anwar la yg maki hamun mereka sb Anwar pembangkang tetapi keempat mereka yg bergaduh sesama sendiri itu adalah dari kerajaan. Pelik tak?
Anwar tetap tenang dan sentiasa tersenyum. Beliau hanya menyuruh ahli, penyokong dan rakyat tenang. Terus berjuang melawan rasuah dan terus berprinsip walaupun dgn prinsipnya beliau tidak akn menjadi PM.
Tetapi itulah Anwar Ibrahim pejuang tulen yg tidak pernah meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat.
Tanya saya mengenai PRN Johor kekalahan di sana ada pro dan kon. Kekalahan juga ada kebaikan demi masa depan negara, agama dan juga utk PH. Kenapa saya kata begitu... biar UMNO lupa diri. Biar UMNO rasa dirinya kuat. Sebab jika UMNO kalah mereka akn kembali perbodohkan PAS utk mereka berkuasa.
UMNO tahu PAS mudah diperbudakkan. Sb itulah PAS kejap berkawan dgn S46, Berjasa, PKR, Dap, UMNO dan terbaru Bersatu. Jelas beberapa pemimpin PAS walaupun pelbagai pemimpin2 utama UMNO menolak utk bersama mereka tetapi pemimpin PAS terus mahu bersama sama UMNO.
Sebab apa mereka sanggup 'menyembah' UMNO walaupun berkali kali UMNO menolak? Tentulah kerana jawatan... sb PAS tahu tanpa UMNO nasib mereka akn seperti dahulu. Hilang jawatan Menteri, Tim Menteri, GLC, Ahli majlis, ketua kampung dan bermacam mcm lagi.
Lihat bila mereka menjadi kerajaan apa yg mereka perjuangkan? Langsung mereka tidak bersuara. Saya berdoa biarlah PAS ditolak oleh UMNO, PH, mahupun Bersatu demi utk kebaikkan agama.
Katalah PAS pelacur, bohsia, zoologi dan bermacam2 lagi... pemimpin PAS tetap mahu bersama UMNO sb mereka tahu nikmatnya menjadi Menteri dgn kuasa, kebanggaan, gaji puluhan ribu dan bermacam mcm kemudahan lagi.
Sebab itu saya katakan kekalahan PH di Johor ada juga pronya walaupun bukan itu yg kita mahukan. PAS dan UMNO bila2 masa boleh bekerjasama kembali sb mereka saling mahu mempergunakan antara satu sama lain. Keduanya dgn niat utk kuasa. UMNO sb mahu menjadi paling berkuasa dan PAS cukup sekadar menumpang kuasa walaupun sekadar Menteri biasa2.
Kontra pula disebalik kemenangan BN atau kekalahan PH... kemungkinan rakyat mula terpengaruh dgn kemenangan tersebut. PH dilihat semakin lemah. Tapi jgn lupa yg paling takut akn kekalahan ini adalah Bersatu.
Saya katakan sekali lagi, andaikata PN tewas teruk jgn terkejut PAS akn meninggalkan mereka. Bersatu atau PBBM akan lenyap selepas PRU15. Pengikut (ahli2 biasa) atau pemimpin2 mereka ketika itu akn bertempiaran menyertai parti2 yg ada samada kembali kpd UMNO, menyertai PH dan lain2.
Tujuan utama UMNO mahukan PRN Johor ini utk menghancurkan Bersatu dan melemahkan PH. Kemenangan ini sebagai kemenangan moral utk dilihat rakyat mahu kembali bersama mereka. Hati2 Negeri Sembilan jgn terlena kerana selepas ini kemungkinan giliran anda.
Untuk saya sukar utk kita memaafkan Bersatu dgn menerima mereka kembali. Kerosakan dan kegagalan PH selama 22 bulan adalah disebabkan mereka. PH masih lagi menerima tempias dari kegagalan dan kerosakan dilakukan Bersatu dari dalam sehingga skg.
Sebab apa kita sukar bangkit dgn kadar segera???
Dlm kehidupan pemohonan maaf boleh diterima apabila melakukan kesalahan tetapi bukan membuat seseorang hilang kepercayaan. Anda boleh membuat kesalahan tetapi jgn sesekali membuat seseorang hilang kepercayaan. Sebab memaafkan itu mudah tetapi melupakan 'kepercayaan diberikan' sgt mustahil.