NI BUKAN DI KELANTAN NI.....NI DI SEBUAH NEGERI YANG KONONNYA ISLAM DSRI NEGERI LAIN.


 

DIA IKUT ATOK GAMAKNYA...


 

3 SEBAB UTAMA SADIQ MERAGAM


 

PEMBENTANGAN KSP RMK 12

 

Pagi tadi saya telah membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat. 


Kerajaan Perpaduan kini sedang mempersiap negara bagi menempuhi fasa kedua RMK12 yang diberi tema “Mampan, Berpendapatan Tinggi, Sejahtera” dengan 3 tumpuan utama, yakni memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.


Saya gariskan sebanyak 17 anjakan utama dan 71 inisiatif utama yang diperkenalkan bagi memastikan keberhasilan perkara yang disasarkan. KSP RMK12 ini akan terus memperkukuh agenda pembangunan negara dan rakyat ke arah mencapai matlamat Ekonomi MADANI.


Meniti ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-60, saya yakin inilah masanya kita mengangkat maruah dan martabat negara kembali ke landasan asal serta memastikan bahawa setiap rakyat dapat mengecapi rasa bahagia dan aman hidup negara ini tanpa sesekali merasa disisihkan. Ayuh kita merangkul muafakat menjadi satu ketumbukan ampuh untuk sama-sama memajukan tanah air tercinta ini.


#MalaysiaMADANI 

#KSPRMK12 

#Parlimen 

#DewanRakyat











SUPERSTAR RAJNIKAND KUNJUNGI PMX

 











Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa.


Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.


Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak. 


Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman. 


#MalaysiaMADANI



Buktikan Muda amal politik baharu, letak jawatan wakil rakyat





 

Parti Muda mengumumkan menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan semalam di atas dasar prinsip perjuangan dan politik baharu yang tidak toleran terhadap salah guna kuasa.


Bagaimanapun bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Datin Faizah Ariffin, parti itu tidak wajar terlalu mengkritik lawan politiknya sedangkan presiden Muda juga menghadapi empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) di Mahkamah Tinggi.


Lebih buruk, kata Faizah, rakyat tidak melihat Muda membawa politik baharu apabila semua calon yang parti itu letak dalam Pilihan Raya Negeri lalu kalah teruk sehingga hilang deposit.


Biar pun menghormati pendirian politik Muda dan presidennya Syed Saddiq, Faizah berkata, sekiranya Ahli Parlimen Muar itu benar benar mahu membawa politik baharu, beliau hendaklah memegang teguh prinsipnya dengan mengosongkan kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihanraya sebelum ini di atas bantuan Pakatan Harapan (PH).


"Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dari penyokong tegar PH, saudari Amira Aisya memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022 dan saudara Syed Saddiq memenangi kerusi parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15.


"Atas semangat itu, hari ini parti Muda mempunyai 2 orang wakil rakyat. Bayangkan jika penyokong PH tidak menyokong mereka, pastinya mereka akan hilang deposit.


"Atas nama prinsip perjuangan, saya gesa semua wakil rakyat dari parti Muda meletak jawatan dan kembalikan sokongan kepada rakyat semula. Ini barulah dinamakan prinsip," katanya.


Tambah Ketua Wanita KEADILAN Terengganu itu, Syed Saddiq tidak perlu terus menerus menunding jari ke atas kesalahan orang lain sebaliknya perlu menjadikan diri beliau sebagai ukuran 'kebaikan' dan 'prinsip sejati' ahli politik yang jujur.


"Syed Saddiq tidak perlu mengatakan orang lain jahat untuk menyatakan dirinya baik.


"Jika prinsip menjadi ukuran, maka prinsip beliau pasti lebih baik lagi. Jadi ini masanya untuk membuktikan kononnya Muda membawa politik baharu dalam negara.


"Pesanan saya kepada Syed Saddiq; Kesalahan orang lain selalu terlihat jelas di mata kita, tetapi kesalahan diri sendiri terkadang kita buta untuk melihatnya," katanya lagi.

[terkini] SIDANG MEDIA YB RAFIZI RAMLI MEMBERI RESPON KEPADA APA YANG DI...

Sidang Media Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan, 11hb September 2023

RMK12 dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI - Anwar



 

Rancangan Malaysia Ke (RMK) 12 akan dijajarkan semula dengan wawasan Ekonomi MADANI.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata RMK12 yang memperuntukkan RM400 bilion bagi membiayai projek pembangunan sambungan dan baharu untuk tempoh 5 tahun, bagaimanapun, katanya, bagi tempoh dua tahun yang pertama, prestasi perbelanjaan sebenar hanyalah 34%.


Pada tahun 2021, kata PM, jumlah perbelanjaan pembangunan sebanyak RM64.3 bilion, sementara pada tahun 2022 jumlahnya adalah sebanyak RM71.6 bilion.


"RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh sepuluh tahun.


"Justeru, Kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023 hingga

2025.


"Ini bermakna, Kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12, dan menambah siling sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya RM415 bilion.


"Peningkatan ini adalah bagi menambah keperluan untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat," katanya dalam pembentangan kajian separuh penggal (KSP) RMK12 (2021 - 2025) di Dewan Rakyat sesi pagi.


Menurut PM lagi, anjakan dasar baharu pula akan menumpukan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih, serta meneraju ekonomi Islam


"KSP RMK12 akan menyemak semula dasar, strategi dan sasaran secara menyeluruh dengan mengambil kira kesenjangan

pembangunan kota, desa dan pedalaman dan juga miskin-kaya yang masih wujud, hutang yang membengkak, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan," katanya lagi.


Selain menghapuskan kemiskinan tegar anjakan dasar baharu juga mengutamakan Reformasi Struktur Ekonomi kepada bidang seperti Industri Peralihan Tenaga, Industri Digital, E&E bernilai tinggi (seperti Infineon), Keterjaminan Makanan dan Industri Nadir Bumi


Kerajaan juga akan menerajui Ekonomi Islam dengan tumpuan kepada halal dan toyyiban serta inovasi Kewangan Islam selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dan keadilan. Terutama tumpuan kepada eksport perkhidmatan seperti perkhidmatan global dan industri kreatif, aeroangkasa serta pelancongan.