Sebuah Idea.
Pagi tadi saya minum bersama dua orang kawan, salah seorang membawa ayahnya sama. Ayahnya mengenali saya sebagai penulis buku politik dan juga merupakan ahli Pas seumur hidup, tetapi sudah bertukar arah mencemuh Pas kini.
Saya bukan hendak menceritakan keburukan Pas disini, tetapi nak berkongsi idea yang dicadangkan bekas ahli Pas seumur hidup itu. Beliau memberi pendangan politik yang bagi saya munasabah dan praktikal.
Katanya, masalah air bersih ketiadaan lebuh raya dan sampah sarap tidak menjadi isu kepada rakyat Kelantan. Perkara itu sudah mangli bagi rakyat Kelantan yang sedikitpun tidak mengugat minda mereka. Mereka menerimanya sebagai takdir Allah sejak azali. Kita yang menimbulkan akan dimarah pula dengan menuduhkan kita dengki.
Jadi katanya apa yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian rakyat Kelatan khasnya anak-anak muda ialah sediakan seruang tanah untuk mereka dijadikan bekalan hidupku. Kelantan masih banyak tanah dan boleh dibuka (terokai) untuk diberikan kepada rakyat Kelantan yang tidak bertanah. Program itu lebih menarik dan disambut.
Tanah kerajaan yang masih luas, boleh dibuka untuk diusahakan oleh anak-anak Kelantan. Kemudian kawasan itu bangunkan sebagai bandar baru dan penempatan moden. Cara itulah lebih menarik dan mengesankan daripada memainkan isu air atau kesesakan jalan raya.
Saya sokong seratus peratus idea berkenaan. Teringat saya kepada apa yang sering disebut Husam Musa. Katanya ratusan ribu tanah di Kelantan diberikan kepada orang asing atas alasan peladangan dan juga pertambangan. Sedihnya anak-anak muda Kelantan yang tidak bertanah dibiarkan merantau jauh untuk membina kehidupan.
Saya yakin apabila bekas Exco kanan Kelantan itu menimbulkan perkara itu idea seperti disebut di atas sudah ada dalam kepalanya. Husam adalah seorang ekonomis yang memikirkan soal kehidupan rakyat.
Saya yakin itu. Tetapi rancangan itu tidak disebut Husam atau dimasukkan sebagai manifesto semasa pilihan raya ketika beliau bertanding. Namun saya cukup yakin idea itu ada dalam kepalanya.Maka sekiranya beliau memimpin Kelantan program itulah diutamanya sebagai penerusan kepada program Ladang Rakyat. Dengan kedudukannya sebagai Pengerusi SPNB kini tentu program boleh dilaksanaklan jika ada kerjasama dengan kerajaan Kelantan.
Nah, kini idea itu telah disebut di sini. Tidak jadi masala kalau MB baru Kelantan Nasaruddin Daud ingin mengambilnya sebagai misi dan agenda politiknya. Memberi tanah kepada rakyat lebih berkesan dan afdal daripada memberi apa-apa janji termasuk untuk melaksanakan hukum Hudud.
Saya parçaya kalau Nadsaruddin bersedia menerima idea ini sebagai misi dan gagasan pentadbirannya ia akan mengakat martabatnya sebagai MB. Trims.