ONG TIDAK PERCAYA,CHUA TERLEPAS JAWATAN-DUA-DUA KALAH

Ahli MCA bijak membuat keputusan.Tak macam ahli Umno.Ong Tee Kiat di undi tidak percaya sebagai Presiden, manakala keputusan pemecatan Chua pula di bantah,namun beliau juga terlepas jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Maknanya Chua memang tidak layak menjadi timbalan, manakala pemecatan beliau ala DSAI tidak diskong oleh ahli MCA.

Ahli Umno,ikut macam lembu sahaja.Kaki rasuah pun dilantik menjadi wakil.Betapa tak cerdiknya politik orang Melayu.Ahli Umno tidak memandang jauh kehadapan kerana ,ianya bukan sahaja merugikan parti tersebut yang tidak mahu menerima generasi baru dalam parti dan orang bijak mewakili mereka, ahli Umno mahukan yang sedia ada menjadi wakil walau terpalit dengan rasuah dan ketidak cekapan.

DUA RESOLUSI DIGUGURKAN-KEMENANGAN CHUA TERBAYANG

UPDATES 10.10.2009

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini menggugurkan dua daripada lima resolusi yang diumumkan sebelum ini.

Speaker EGM, Datuk Yik Phooi Hong berkata, dua resolusi tersebut adalah membatalkan sebarang pelantikan jawatan Timbalan Presiden oleh Jawatankuasa Pusat (CC) MCA dan tiada tindakan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memanggil EGM diadakan.

Beliau berkata, tiga resolusi yang akan diundi oleh perwakilan pusat adalah usul undi tidak percaya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, mengembalikan keahlian bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek.

KRISIS MCA-UNDIAN BERMULA

UPDATES 12.00/ 10.10.2009

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Proses pengundian untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA bermula pada pukul 10.33 pagi ini di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.

Sebanyak 2,307 perwakilan pusat MCA hadir pada EGM selepas proses pendaftaran ditutup pada pukul 10.30 pagi tadi.

Speaker EGM, Datuk Yik Phooi Hong memberitahu, sebanyak 96.93 peratus daripada 2,380 perwakilan pusat MCA hadir mengundi pada EGM kali ini.

Krisis bermula apabila Ong Tee Kiat memecat Datuk Chua Soi Lek dalam satu usul yang dianggap Chua sebagai tidak telus. Chua kemudian yang dikatakan mempunyai 45-50% penyokong mendesak agar satu EGM luar biasa di adakan dan menyatakan bahawa Ong harus melepaskan jawatan kerana skandal PKFZ.