Kes saman Anwar terhadap Dr. Mahathir didengar 30 Julai

21/05/2009 2:06pm


PUTRAJAYA 21 Mei — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.


Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok.

SUASANA MALAM DI PENANTI-CERAMAH PERMULAAN TIDAK MENJADI







PENANTI-Malam permulaaan ceramah di tapak ceramah Kubang Semang yang sepatutnya di ketuai olehYB Husam Musa,YB Khalid Ibrahim dan Shamsul Iskandar, namun tak muncul-muncul.Itu iklan di persimpangan ke Kampung Pelet. manakala di persimpangan Kuang Semang pula ada pula iklan YB Husam,YB Azmin Dr Mansor dan juga Yb Yusmadi.

Apa sudah jadi dengan program yang macam merba,tapi tak membuahkan hasil.Ramai yang datang dari jauh merungut dengan program yang entah apa-apa namun nasib beberapa penceramah tampil seperti Yb Yusmadi dan juga calon sendiri Dr Mansor juga .

Namun suasana mula segar dengan pilihanraya walau tanpa kehadiran calon Umno.Suasana tetap sama macam pilihanraya yang lain juga.