NAJIB BERDIAM DIRI LAGI ISU EKONOMI

Anwar : Krisis ekonomi negara kritikal

Lyn Nasir

PETALING JAYA  NOV : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim berkata keadan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang kritikal.

Bagaimanapun kerajaan Umno-BN tidak mempedulikan perkara berkenaan walaupun sebelum ini beliau pada Ogos tahu lalu telah memberi peringatan bahawa krisis kewangan bakal malanda di Malaysia akibat daripada salah urus ekonomi negara.

Namun, tindakan Perdana Menteri untuk membenamkan permasalahan dengan mengambus segala masalah kewangan hari ini membebankan rakyat sekaligus memperjelaskan kegagalan kerajaan untuk mempraktikkan kewangan berhemah, kebertanggungjawab serta ketelusan.

“Di dalam keadaan ini, kita sedang menuju ke suatu krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan juga penyusutan nilai ringgit kepada paras yang belum pernah dilihat semenjak Krisis Kewangan Asia 1997.

“Ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit berbanting USD kepada hampir 3.5000 (1 USD : RM 3.50), rakyat akan menghadapi masa hadapan yang kelam akibat kenaikan harga barang makanan terutama sekali yang diimport.
IMG_8512“Di mana kepimpinan kita? Tidak pernah satu pun kenyataan daripada Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan mengenai ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Tambahnya lagi, sehingga hari ini tiada tindakan yang dilakukan kerajaan berikutan permasalah yang berlaku, sebaliknya hanya terus membuat penafian tanpa sebarang jalan penyelesaian.

“Dengan pendapatan yang semakin berkurangan dan bebanan hutang yang terus membengkak, adakah kita akan terus mebuat satu lagi 1MDB? Ini sudah menjadi ibu segala skandal dan rakyat sudah muak dengan semua ini.

“Negara pastinya akan menghadpai risiko penurunan taraf, pertumbuhan ekonomi akan terjejas dnegan penguncupan aktiviti ekonomi domestik.

“Apa yang lebih menakutkan adalah ekonomi kita tidak dikemudi dengan baik dan nakhodanya juga tidak kelihatan,” ujarnya.

Rakyat Malaysia semuanya baik hati, sanggup bayar semua kerugian skandal pemimpin-pemimpin mereka



Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini sudah 58 tahun kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia dapat memahami keunikan yang ada kepada kita.
Di antara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka.
Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampuk kuasa tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. Mereka tetap tidak merasai apa-apa kerana mungkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara ‘comparative’ nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka.
Jika skandal seperti yang berlaku di negara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana Menteri nya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang berlaku di negara kita. Negara itu tetap utuh walaupun Perdana Menteri nya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat. Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut ‘whim and fancies’mereka.
Di negara kita telah berlaku banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada ‘criminal’nya. Pembunuhan itu berlaku seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan dahulu, saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali, dibunuh dan dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan.
Altantuya, gadis Monggolia mati dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.
Pendeknya tidak ada usaha untuk mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan dihadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku.
Skandal pembunuhan ini diiringi oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal ditampuk kuasa. 1MDB sudah nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40 billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara tetapi juga dalam sejarah dunia moden ini. Ia lebih besar dari sejarah kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam ‘business’ yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan puluhan dahulu.
Dengan berlakunya skandal yang berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku tetapi pimpinan tetap selamat berada ditampuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa yang mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian yang mengerikan itu.
Ratusan billion ringgit wang dan harta rakyat telah hilang ‘dilongkang’ kerana kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan ‘accountable’.. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikkan itu dilakukan tanpa segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang melarangnya.
Sudah menjadi budaya yang setiap pemimpin apabila berada dipesada kuasa ‘mencari duit luar’ melalui jawatan dan kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka. Budaya ‘Mencari duit luar’ ini sudah menjadi amalan yang dihalalkan. Inilah yang menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah yang menjadi masalah kerana kepentingan ‘duit luar’ mereka itu mengganggu daya pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul.
Keadaan sekarang sudah terlalu lama di tanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi buruk ini sekarang sudah sampai ketahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan sejak lama dahulu. UMNO perlukan perubahan yang drastik kerana jika parti itu masih membiarkan ‘set’ pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan lagi.
Selepas ini rakyat mahu UMNO yang dipimpin oleh ‘set’ yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap rakyat.
Ini sahaja lah pilihan yang ada kepada pemimpin UMNO jika mereka benar-benar mahu melihat UMNO itu terus relevan. Yang UMNO masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana di antara mereka masih bercelaru seperti yang kita baca dan dengar melalui media-media massa sekarang ini.
Rakyat pun tidak mahu menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka. Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi sahaja.
Jika perjuangan mereka melaungkan keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu ‘real’ dan bukan hanya tipu helah dan muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk di air yang keruh.
Tetapi jika UMNO dapat melakukan perubahan drastik sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan 'real', bukan setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat sahaja.

Rakyat sudah kenyang dengan tipu muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh berubah dahulu dengan ‘real’ mereka lah yang selayaknya mentadbir negara yang telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu.




UG DAN GU TOLONG BACA DAN FAHAM.....NAK MENANG ATAU NAK KALAH ATAU NAK MASUK UMNO

Sokongan Melayu: Cabaran PAS atau kecundang PRU14

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 17 Disember 2014.

Pendahuluan
1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.
2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.
2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.
3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Data PRU13
1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.'
2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.
3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.
7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.
8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.
Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13
1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India
2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.
3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.
6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.
7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.
8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.
Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR
1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.
2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.
3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.
4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.
Strategi Kemenangan PR PRU14
Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:
1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.
2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.
3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.
4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.
5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.
6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.

BANYAK CANTIK..Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata timbalan menteri


Orang ramai jangan panik dengan kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.Orang ramai jangan panik dengan kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.






















Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran.

"Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan.


"Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini. Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya. – 17 Disember, 2014.

(function() { var d = document, w = window; w

Mengapa perlu takut buka Parlimen?

  Ini bukan kerajaan gagal tapi kerajaan tidak bermaruah MAHIADDIN PM PALING TERUK DLM SEJARAH Rakyat sedang menderita. Ada yg bunuh d...