(LIVE) Ceramah Grand Finale Keadilan Pakatan Harapan PRN Johor

ANWAR : JANGAN PERCAYA LAGI UMNO/BN/PN MEREKA HANYA MEMENTINGKAN KUASA


 

JOM BANGSA JOHOR : MENGUNDI UNTUK BERUBAH


 

Hadi akhirnya dedah kenapa Pas gagal laksanakan hudud di Malaysia walaupun duduk dalam kerajaan

 Hadi akhirnya dedah kenapa Pas gagal laksanakan hudud di Malaysia walaupun duduk dalam kerajaan


PAS kini berpendapat agenda hudud yang menjadi perjuangan mereka sejak sekian lama kini tersekat kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya Abdul Hadi Awang juga mendakwa usaha mereka itu sukar kerana tidak mendapat sokongan daripada parti politik lain, termasuk daripada Umno.

Kata Abdul Hadi walaupun PAS kini berada dalam kerajaan pusat pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ia hanya boleh berlaku apabila rang undang-undang mengenai mendapat sokongan dua per tiga daripada ahli Dewan Rakyat.

“Apa yang menjadi halangan kita kita sekarang kerana memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti dua per tiga.

“Jika ahli parlimen PAS dan Umno sahaja mengundi tidak cukup. Malah, tidak semua ahli parlimen Umno menyokongnya, apatah lagi wakil rakyat PH,” dakwanya seperti dilaporkan dalam wawancara Sinar Harian yang disiarkan hari ini.

Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata demikian ketika ditanya adakah PAS masih memperjuangkan hukum hudud dan nasib pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355.

PAS sejak berdekad-dekad silam sering membawa agenda pelaksanaan hudud dalam politik mereka. Malah menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu parti itu diberikan ruang untuk membawa usul rang undang-undang atas kapasiti peribadi – melalui Abdul Hadi – bagi meminda Akta 355 di sebalik status mereka sebagai pembangkang kepada BN.

Abdul Hadi membentangkan usul pindaan akta tersebut – juga lebih dikenali sebagai RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 sebagai RUU persendirian.

Bagaimanapun usul itu hanya dibentangkan namun tidak dibahaskan sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini dua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) mengesahkan PAS tidak lagi bersuara mengenai agenda hudud selepas menjadi kerajaan.

Mereka ialah Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Kata Abdul Hadi, sebelum ini PAS sudah berjaya meluluskan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu dengan hudud adalah sebahagian kecil daripadanya.

“Enakmen berkenaan juga sudah diwartakan dan mendapat perkenan Sultan Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?

 







Gempar! Timbul spekulasi baru Tangmo Nida dipaksa lakukan seks dengan VVIP sebelum dibunuh?

Misteri kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida mendapat perhatian dan masih hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Pelbagai spekulasi timbul dan bermacam-macam jenis video tular di TikTok selepas ia didakwa merupakan satu pembunuhan terancang membabitkan golongan VVIP.

Antara individu yang menjadi topik perbualan warganet adalah pengurus Tangmo yang juga merupakan sahabat baiknya, Kratik.

Bukan itu sahaja, terdapat pendedahan di mana Tangmo dikatakan meninggal dunia kerana dicekik oleh salah seorang daripada dua lelaki yang turut berada di atas bot pada malam kejadian.

Dua lelaki yang dimaksudkan adalah Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit dan Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananu.

Menurut mStar, spekulasi baru telah timbul di mana lelaki yang mencekik aktres berusia 38 tahun itu berbuat sedemikian selepas Tangmo menolak untuk melakukan hubungan seks.

Ketika pergelutan itulah Tangmo dikatakan melawan dan menyebabkannya terjatuh daripada bot. Malah, lelaki tersebut juga didakwa telah membayar sejumlah wang kepada Kratik.

Pelbagai persoalan kini menjadi tanda tanya terutamanya tindakan ibu Tangmo menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta didakwa untuk menutup mulut.

Haaaa...bagi ada akai sikit....menggusarkan rakyat ....Syarikat Sotong Ring bakal saman netizen kerana burukkan produk mereka dibuat dari dubur babi

 


Syarikat Sotong Ring bakal saman netizen kerana burukkan produk mereka dibuat dari dubur babi

Syarikat mereka difahamkan berjaya mengesan dua pengguna Facebook yang sengaja memburuk-burukkan pr0duk mereka.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dengan status halal sebuah produk sejuk beku sotong ring selepas ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej berangkai yang mendakwa bahawa ia diperbuat daripada dubur babi.

Malah menerusi rantaian mesej sama, individu berkenaan mendakwa pihak pengeluar dengan sengaja telah menggunakan logo halal demi mengaburi orang ramai.

Isu ini kemudian telah menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan akan melakukan siasatan bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Terkesan dengan isu yang timbul, syarikat pengedar makanan sejuk beku, Shen Hua Resources tampil menafikan bahawa produk Sotong Ring kepunyaan mereka menggunakan dubur babi.

Berjaya kesan dua netizen di Facebook yang sengaja burukkan produk

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shen Hua Resources Rodney Soon, pihaknya berjaya mengesan dua pengguna Facebook yang sengaja memburuk-burukkan produk cincin keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.

Beliau yang tampil menerusi satu sidang media pada Rabu, 9 Mac menggesa berkuasa seperti polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar menyiasat isu berkenaan demi nama baik syarikat mereka.

Malah dia menegaskan akan mengambil tind.akan mahkamah terhadap netizen berkenaan memandangkan penyebaran fakta tidak benar itu telah menjeja.skan jualan produk mereka sekaligus membuatkan mereka kerugian.

Tambah Rodney lagi, pihaknya juga akan membawa perkara berkenaan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.


4,828 guru DG41 pengambilan khas ‘one-off’ lapor diri 4 Apr. Guru pun ada one off.





Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, semakan penempatan guru
 terbabit boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan
 KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

PETALING JAYA: Penempatan 4,828 lagi calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara “one-off” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, calon yang berjaya akan mula melapor diri pada 4 Apr.

“Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my,” katanya.

Pada 20 Jun, KPM mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara “one off” untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Pada 15 Feb, Radzi dalam hantaran di Facebook memaklumkan seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara “one-off” berjaya dalam temu duga Fasa 2 dan 3, akan mula melapor diri di sekolah masing-masing bermula 1 Mac.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya di Facebook.

Pencuri yang tak tahu malu - YB Shah Alam



"Maka pencuri itu berkata 'Alhamdulillah, saya curipun tapi tuan rumah pun ada untung, tak rugi 1MDB'. Pencuri yang tak tahu malu. Apa pandangan YB Kota Raja?," tanya YB Shah Alam, Khalid Samad. #AWANInews #SisiTVParlimen SUBSCRIBE now! @Astro Awani https://www.youtube.com/c/astroawani?...

Mat Sabu: Naik Kereta Kancil, Duduk Rumah Teres, Patut Ini "Apa Malu Bos...

GEMPAK! YB MUJAHID UCAPAN PEDAS & BERCAKAP DALAM MANDARIN!



SEKALI LAGI YB DR. MUJAHID MEMBERIKAN UCAPAN YANG SANGAT PADU DAN MEMBUKTIKAN BAGAIMANA PH SEBELUM BERJAYA DALAM MENYELAMATKAN TABUNG HAJI!!

Anwar Ibrahim: Jelajah PRN Johor Bersama Calon-Calon Keadilan & Pakatan...

SPEKER TOLONG NAJIB ..HANYA DI MALAYSIA


 

TIADA BERLAKUNYA SEBARANG KESALAHAN PENGURUSAN KEWANGAN DI TH

 

Ketua Audit Negara telah memberikan pandangan audit bersih ke atas penyata kewangan Tabung Haji untuk tahun berakhir 31-12-2020.

Sama seperti pandangan audit bagi tahun berakhir 31-12-2019, tidak ada apa-apa “emphasis on matter”.

 





ITU SEBABNYA PENGUNDI JOHOR KENA MENANGKAN PH…


 Dulu kita dah berjaya kalahkan BN dan masa tu, BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah.

Tapi masa tu Pas boleh pula bantu naikkan semula imej BN sedangkan selama ni perjuangan Pas adalah untuk kalahkan BN.

Kalau Pas tak tolong BN lepas PH menang dulu, saya fikir BN susah nak naik semula sebab majoriti rakyat dah berani tolak BN.

Dulu arwah Tok Guru Nik Aziz dah pesan, “UMNO ni bila dia dah kuat dia akan gigit semula tangan kita. Jangan sampai nanti kena patuk ular dua kali dalam lubang yang sama”.

Sekarang lihat apa yang dah jadi?

UMNO bila dia rasa dah kuat sikit dia tinggalkan Pas.

Dulu hari-hari Pas puji UMNO. Sekarang ni hari-hari Pas hentam UMNO dan puji Muhyiddin pulak.

Lepas PRN Johor ni kita tengok apa yang akan jadi pada PN kalau BN yang menang.

Kalau itu berlaku, saya fikir orang Bersatu akan banyak lompat semula ke BN dan itu tentunya akan melemahkan PN nanti. Akhirnya PN juga akan terkubur sepertimana terkuburnya Muafakat Nasional.

Sebab tu di Johor ni pengundi kena menangkan PH sebab jika PH menang di Johor ini, ia akan jadi titik mula untuk menyatukan semua parti pembangkang.

Jika PH kalah, PH boleh survive sebab kita ni dah biasa jadi pembangkang.

Yang susah nak survive adalah mereka yang dah biasa jadi kerajaan tapi kena jadi pembangkang macam pemimpin yang ada dalam Bersatu tu.

ADLY ZAHARI

Bekas Ketua Menteri Melaka.

1MDB dan skandal lain: Apabila malu hilang maknanya di Malaysia

 

1MDB dan skandal lain: Apabila malu hilang maknanya di Malaysia

Apabila sifat malu meninggalkan negara kita, kita sudah tidak punya apa lagi

By

 JD Lovrenciear

 2022

Sifat malu bolehlah diterangkan sebagai sebuah perasaan aib yang terpaksa ditanggung atau menyedihkan diakibatkan oleh kesedaran akan tindakan salah atau bodoh.

Sifat malu menjelma dalam minda manusia sekali gus meninggalkan rasa kesal yang mendalam ke atas sesebuah keadaan atau tindakan.

Kitab agama kebanyakan agama utama dunia memberi begitu banyak pengajaran dan menekankan sifat malu. Kajian psikologi yang meluas juga banyak menyentuh tentang sifat malu. Ahli falsafah juga memberikan buah fikiran mereka tentang hal ini sepanjang peradaban manusia.

Sejak bermulanya kes 1MDB di bilik mahkamah New York, tak seorang patut dipersalah jika ada yang merasakan bahawa perasaan malu itu sudah lenyap maknanya di Malaysia.

Begitu ramai yang merasa tidak malu melihat bagaimana perincian kes dikongsikan di bilik mahkamah serta dipampang di kolum akhbar seluruh dunia. Mereka langsung tidak malu bahawa ada seseorang itu walaupun sudah dijatuhkan hukuman di mahkamah negaranya sendiri masih kekal bebas seperti seekor burung kononnya kerana sedang “menantikan keputusan rayuan”.

Mereka langsung tidak malu berarak dengan penuh bangga sambil berkumpul beramai-ramai dan meneriakkan, “Malu apa, bossku?!”

Mereka langsung tidak malu bahawa ada seorang lagi yang masih bebas, yang pihak berkuasa tidak berupaya langsung untuk menangkap dan menyerahkannya kembali ke Malaysia untuk dibicarakan.

Bukan itu saja. Mereka juga seakan-akan tidak malu dengan gelaran kehormat yang diberikan dengan niat baik serta penuh maruah masih tidak ditarik balik, walhal seluruh dunia tahu bagaimana dosa sosok yang terlibat dengan kebrobokan dana 1MDB.

Terdapat beberapa hal lain juga yang patut diperhatikan di mana sikap malu kita sebagai sebuah negara dengan jelas seperti menanggung biawak hidup.

Perniagaan di Malaysia tidak meras malu apabila mereka didenda dengan berat oleh pihak berkuasa asing kerana melanggar hak asasi manusia serta perundangan berkaitan dengan buruh paksa. Mereka hanya berbasa-basi menggunakan taktik perhubungan awam (public relations tactics) bagi menyalut kelakuan mereka yang memalukan itu.

Beberapa penjawat awam berpangkat tinggi juga menjadi tajuk utama akhbar kerana tindakan yang cukup meragukan. Namun, bagi mereka, dimalukan di ruang awam sedikit pun tidak memberi kesan kepada mereka.

Kita juga mendengar bagaimana wujudnya kartel yang bergerak dalam pihak polis kita. Kita juga tahu tentang ‘kluster mahkamah’ di negara kita. Mana rasa malu kita semua?

Paling memalukan, dosa menyonglap dan salah guna kekayaan negara kita ini sekali gus mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat Malaysia – dulu, kini dan masa hadapan.

Kita mungkin tidak berupaya mengubah Malaysia menjadi syurga di bumi. Namun, adakah kita hanya mahu membiarkan saja perkara  yang memalukan ini untuk berterusan?

Bahkan tentang hal penyebaran dan perlindungan agama, kita melihat bagaimana tangan mereka yang tidak tahu malu itu bergerak. Kes melibatkan pertukaran agama sepihak melibatkan konflik bidang kuasa pusat dan negeri juga menunjukkan bagaimana kita semakin tidak malu sebagai sebuah masyarakat.

Kegagalan paling jelas dalam menghentikan pencabulan hutan simpan serta penjarahan hasil bumi menjadi satu penanda jelas tentang betapa berleluasa hilangnya sifat malu kita – dari mereka yang di tampuk kuasa sehinggalah para usahawan tamak yang bebas melakukan apa saja sampailah kepada mereka yang tidak kisah sedikit pun.

Adakah kita tidak tahu tentang kes penderaan pekerja domestik yang tidak dibayar gaji mereka selama bertahun lamanya? Adakah kita tidak tahu ramai warga Malaysia – termasuklah majikan kaya-raya – masih mengeksploitasi pekerja asing menggunakan pelbagai cara yang licik serta menindas?

Ramai di antara kita yang mentah-mentah menolak berita ini tanpa rasa malu dengan mengatakan “Aiya, jangan salahkan semua orang kalau yang buat hanya sedikit” atau pun “Ala, korang tahu tak ada pekerja migran dan pembantu rumah asing yang jahat juga?”

Perasaan tidak malu kita sebagai sebuah negara juga semakin jelas bila begitu ramai yang hanya melepaskan tangan dan mengatakan “Apa boleh buat?”

Saatnya rasa malu itu sudah meninggalkan negara ini, itulah saatnya kita sudah menjual jiwa negara. Saatnya rasa malu itu bukan lagi hal yang perlu diperkiraan bagi mengukur kemajuan serta kejayaan kita, kita sudah memajak negara kita ke sebuah ruang rentan sekaligus menjadikan negara kita mudah untuk dieksploitasi oleh negara penyangak lainnya.

Persoalannya, mengapa kita semakin menjadi tidak malu?

Kita mendengar bagaimana di negara lain, ada pemimpinnya yang letak jawatan bagi menebus rasa malu mereka serta menyelamatkan negara mereka dari dimalukan.

Kita juga mendengar bagaimana para usahawan di seluruh dunia yang mengakui dan menyesal akan salah laku mereka, lalu meletak jawatan dari kedudukan mereka.

Kita juga membaca bagaimana selebriti antarabangsa yang cepat-cepat memulangkan hadiah dari duit haram yang diterima mereka ketika awal-awal skandal 1MDB dibongkar. Namun tidak ada seorang pun yang terlibat menunjukkan rasa malu di Malaysia.

Ramai di antara kita yang tidak merasa malu untuk menipu atau bergelumang dengan tindakan tidak beretika, bagi membuat untung melihat kepada sekelumit peluang yang ada, untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai kita berulang kali, untuk menayang kekayaan yang cukup meragukan itu.

Ramai yang tidak malu untuk membuang prinsip, falsafah dan ajaran agama asalkan semua kepentingan sendiri beres.

Tengoklah, ada juga yang membenarkan Langkah Sheraton yang sebegitu jahat bagi mencantas demokrasi pilihan raya kita. Takkan tiada seorang pun di antara kita yang boleh menghentikan semua rentetan yang memalukan ini?

Alangkah malunya kita semua!

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

SIDANG PARLIMEN SINGAPURA TERPAKSA DITANGGUHKAN.AHLI PARLIMEN TAK HENTI KETAWA.







 

DEMI KEPENTINGAN NASIONAL



MENTERI ALAM SEKITAR DAN MENTERI BESAR TERENGGANU  MESTI SELESAI ISU STESEN JANA KUASA DI TASIK KENYIR.


8 Mac 2022


1. Stesen Jana Kuasa Sultan Mahmud Kenyir telah terpaksa ditutup pada 25 Februari kerana berlaku tanah runtuh di kawasan ampangan.


2. Memandangkan luasa dari empangan ini bersambung ke grid Nasional, implikasi penutupan ini adalah besar. 


3. Ia juga melibatkan runtuhnya Menara Tranmisi 132 KV dan sebuah jambatan berkaitan mengikut kenyataan rasmi TNB pada 2 Mac 2022 Presiden TNB Dato Ir Ibrahim Din.


4 . Timbalan Presiden PAS pusat merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air dan Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu tidak boleh cuba mengelak isu ini.


5. Ini lah sikap PAS yang unik.


6. Mereka tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu dalam politik selain dari kuasa dan apabila mereka dapati apa yang "mereka fikir" mereka hendak, mereka tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya dan mula pening kepala. 


7. Pada tahun 2000 apabila UMNO - BN rampas Royalti Minyak dan Gas Terengganu, PAS meroyan seluruh Malaysia menuntut royalti minyak dikembalikan dan rampasan tersebut satu bentuk kezaliman kerajaan BN ketika itu.


8. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada PRU 14, Kerajaan PAKATAN HARAPAN yang terdiri oleh AMANAH, BERSATU, PKR dan DAP telah memulangkan bayaran penuh Royalti pada Terengganu dan Kelantan atas simpati keatas dua negeri  rakyat termiskin Malaysia.


9. Walaupun tidak mengharapkan pujian tetapi kami juga tidak menjangka serangan dan cacian bertubi tubi yang lebih hebat dari PAS terhadap kami.


10. Apabila PAS bersama UMNO dan BERSATU serta konco membentuk kerajaan pintu belakang, tidak lama kemudian Menteri Kewangan  kerajaan tubuhan PAS mengumumkan royalti Terengganu dan Kelantan di tarik balik !


11. Ada orang kata padan muka percaya berpakat dengan pengkhianat menumbang kerajaan PH.


12. Terkejut Beruk binatang yang di Tasik Kenyir Terengganu dan Harimau Gua Musang dengan berita itu. Mungkin mereka mengamuk sakan di dalam hutan agaknya


13. Hari ini ada Portal tempatan melaporkan pihak kerajaan menafikan pembalakan berlaku di Tasik Kenyir.


14. Apa lagi mengejutkan ialah orang asli yang tahu selok belok hidup, mati, makan,minum dan beranak pinak di Tasik Kenyir mendapati penafian tersebut amat aneh dan jauh dari kebenaran di lapangan.


15. Mereka memanjat bukit bukau dan kenal setiap pokok berdiri dan di tebang berpuluh tahun dan adakah Kerajaan Terengganu hendak memesong dan memutar fakta di tanah?


16. Menteri Besar Terengganu dengan sewenang wenang  menafikan ada pembalakan berlaku dekat kawasan ampangan Kenyir!


17.  Samsuri Mokhtar terkenal sebagai Menteri Besar " in absentia", atau yang sering tiada di Terengganu, dan sudah tentu jarang menjenguk kawasan berkenaan.


18. Ini adalah masalah serius kerana sistem Kenyir terpaksa ditutup beberapa bulan dan Menteri Besar tak boleh urus secara remote control saja seperti putus bekalan air di Kuala Nerus dahulu. 


19. Nyawa beribu boleh terancam jika hujan lebat berlaku lagi dan ribuan balak yang beratur boleh merempuh ampangan dan malapetaka  besar boleh berlaku melibatkan Bandar Kuala Terengganu dengan penduduk kebih 110,000 orang !


20. Gambar setelit menunjuk jelas pembalakan berlaku dekat dengan ampangan dan drone boleh mengesahkan ini. Ini tidak boleh terus dinafi.


21. Saya sebagai Perunding di lantik  oleh Jabatan Perdana Menteri pada 1985 untuk Pelan Induk pembangunan Tasek Kenyir telah mengkaji sendiri undang udang dan peraturan di Tasik Kenyir oleh pihak berkuasa dan TNB.


22. Pembangunan sekitar empangan Utama Kenyir di Jenagor dan jugaempangan "saddle dam" - empangan pelangi, perlu kelulusan pihak TNB kerana keselamatan nya adalah di bawah TNB.


23. Struktur besar yang hendak dibina atau diubah termasuk kewujudan tumbuhan semulajadi memegang bumi mesti dikaji dan dapat kelulusan. 


24. Kecelakaan besar akibat kegagalan empangan telah berlaku di China dan  Brazil. 


25. Ini maksud saya , apa lagi yang PAS Terengganu mahu? Royalti Minyak diberi oleh kerajaan PH tetapi dibiarkan di rampas kembali oleh rakan Melayu Islam Perikatan. 


26 . Tetapi dalam soal balak, ia khusus kuasa mutlak kerajaan negeri dan tidak ada dolak dalih dalam hal ini.


27. Menteri Besar mesti kehadapan dalam hal ini apatah lagi Samsuri mempunyai abang besar Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membantu.


28. Kenyir menyalurkan kuasa di Negeri dan kepentingan grid Nasional. Menteri Besar dan Menteri Alam Sekitar telah menikmati kuasa negeri dan pusat yang di hajatkan. 


29. Sekarang tunjuklah kewibawaan dan kesungguhan menguruskan masalah bukan hanya berada di bandaraya besar glamour kaya Kuala Lumpur , Orang HULU TERENGGANU juga rakyat yang perlu pembelaan.


30. Setelah dapat apa yang dihajatkan tunjuklah kewibawaan melaksanakan kerja. TNB hanya mengurus ampangan dan jana kuasa,  kerja pembersihan balak adalah tanggungjawab kerajaan Terengganu yang mengaut hasil balak serta cukai tersebut.


31. Allah bagi hasil minyak dan gas, PAS biarkan PN dan UMNO rampas semula Royalti minyak lepas PH serah pada PAS Terengganu.


32. ALLAH Anugerahkan stesen jana kuasa HIDRO SULTAN MAHMUD KENYIR, PAS biarkan kayu balak yang hanyut tidak di urus bertahun di tasik dan tanah runtuh menutupkan stesen janakuasa Hidro Nasional Tasik yang terbesar di ASEAN. 


33. Dua hasil kuasa tenaga lumayan dan tenaga besar. Satu- minyak dan gas, Kedua- stesen hidro terbesar Negara di Kenyir, PAS gagal memelihara kedua duanya untuk rakyat Terengganu.


34. Apa lagi yang PAS mahu??


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH 

Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH,

Mantan Pengurus Projek Pelan Induk Tasek Kenyir (1987) untuk JPM.


Sumber foto : trdi.my


TOLAK PARTI DAP..KAWAN PULAK DENGAN PARTI MCA ..

 

Zolkarnain Abidin.


Dulu, parti Pas kata ada parti Cina tertentu tolak hudud. Kita kata, pi la lawan parti Cina tu di semua kerusi, bagi dia kalah. Tak adalah orang tolak.


Parti Pas tak lawan parti Cina tu. Tapi dia pi berkawan dengan parti Cina lain untuk lawan parti Cina tu. Parti Cina hat dia berkawan tu pun tolak hudud jugak.


Lepas tu, dia kata tak boleh buat hudud pasai bukan semua MP sokong. Nak sokong ka, tak sokong ka, kena buat dalam parlimen. Bukan atas pentas ceramah.


Suruh la mentega parti Pas bawa usul dalam parlimen untuk buat hudud. Baru tahu sokong atau tidak. Tuduh orang tu, tuduh orang ni, usulnya tak dibawa.


Lepas tu dia kata plak, Umno pun bukan semua sokong. Oh, baru sedar ka? Umno tu la yang parti Pas bagi nyawa hidup balik lepas lemas. Perpaduan ummah konon!


Begitulah politik parti Pas. Bukan politik nak bela agama atau rakyat macam hat dok sembang pong pang pong pang tu...! Politik parti Pas, politik perut dengan hat bawah perut je!


MASA BN NYAWA NYAWA IKAN...PAS DATANG BANTU...

 

Dulu kita dah berjaya kalahkan BN dan masa tu, BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah. 



Tapi masa tu Pas boleh pula bantu naikkan semula imej BN sedangkan selama ni perjuangan Pas adalah untuk kalahkan BN. 


Kalau Pas tak tolong BN lepas PH menang dulu, saya fikir BN susah nak naik semula sebab majoriti rakyat dah berani tolak BN.


Dulu arwah Tok Guru Nik Aziz dah pesan, “UMNO ni bila dia dah kuat dia akan gigit semula tangan kita. Jangan sampai nanti kena patuk ular dua kali dalam lubang yang sama”. 


Sekarang lihat apa yang dah jadi?


UMNO bila dia rasa dah kuat sikit dia tinggalkan Pas. 


Dulu hari-hari Pas puji UMNO. Sekarang ni hari-hari Pas hentam UMNO dan puji Muhyiddin pulak. 


Lepas PRN Johor ni kita tengok apa yang akan jadi pada PN kalau BN yang menang. 


Kalau itu berlaku, saya fikir orang Bersatu akan banyak lompat semula ke BN dan itu tentunya akan melemahkan PN nanti. Akhirnya PN juga akan terkubur sepertimana terkuburnya Muafakat Nasional.


Sebab tu di Johor ni pengundi kena menangkan PH sebab jika PH menang di Johor ini, ia akan jadi titik mula untuk menyatukan semua parti pembangkang.


Jika PH kalah, PH boleh survive sebab kita ni dah biasa jadi pembangkang. 


Yang susah nak survive adalah mereka yang dah biasa jadi kerajaan tapi kena jadi pembangkang macam pemimpin yang ada dalam Bersatu tu.


SANGGUP LAGI KE NAK BERBOHONG...TAK INSAF KA LEBAI HADI ?


 

Husam Musa.


Masa sibuk bawa bil Persendirian Ruu 355 dulu - nak pinda Perlembagaan ke nak pinda Akta je?


Larat lagi ke nak sambung berbohong? Tak nak insaf ke? 


Kesian diri dan ahli. 


Mempermain dan dipermain. Najib dan Zahid senyum....  (Mudah kena kecek? Atau 'the power of fulus?') 


Kian terbukti hilang bimbingan Ilahi dalam kepimpinan si dia?



ANIMASI TERKINI KARTUNIS ZUNAR MEMERLI PIHAK YANG TERLIBAT DALAM 1MDB


 

Terbaharu, animasi terkini kartunis zunar yang merupakan kartunis isu  politik  negara telah mengeluarkan animasi barahu yang diberi tajuk 1MDB . Ianya memperingatkan pengundi Johor dan rakyat Malaysia khasnya agar berhati hati menerima Umno / waima PN sekali pun agar tidak menjadi bebanan kepada rakyat.


Dalam aimasi itu digambarkan secara ringkas bagaimana hasil 1MDB itu mengalir dikalangan orang tertentu dan yang menjadi bualan sehingga kini ialah bagaimana insan lain yang turut terlibat mendapat habuan melalui hasil curian wang negara tersebut.Selain digambarkan berlian dan bag tangan Birkin, ianya juga menonjolkan orang bernama Jho Lo dan Rohana dengan kunci rumah.


Pencuri mencuri dan kemudiannya dapat juga kepada pencuri lain yang kemudiannya menjadikan wang negara itu sehingga kini membebankan rakyat negara ini. Malahan pencuri terbabit walau telah dijatuhkan hukman 12 tahun bersalah oleh mahkamah Tinggi dan mahkamah Persekutuan masih lagi bebas dan dengan tidak pula merasa bersalah dan malu  masih lagi menaburkan janji janji kepada rakyat Johor yang akan mengundi esok.


INGAT. KELUAR MENGUNDI, PANGKAH KEADILAN DAN PH .

KAH...KAH....ANJING PUN MNGGIGIT- MESTI PENYAMUN


 

Perasuah Suka Pengundi Bodoh!!. BAJU MENARIK UNTUK DIMILIKI



 
πŸ”₯ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—‘π——π—œ 𝗕𝗒𝗗𝗒𝗛 πŸ”₯

Perasuah Suka Pengundi Bodoh!!

Official t-shirt & karya original dari Zunar!

WHATSAPP UNTUK CARTA SAIZ & WARNA SEKARANG ⬇️

(Tekan link kat bawah ni untuk maklum balas yang lebih pantas) 

➡️ www.wasap.my/6012-6286797/BajuPengundiBodoh


πŸ’₯Kain Cotton, Gildan Premium.

πŸ’₯Lengan pendek RM50 

πŸ’₯Lengan panjang RM55

πŸ’₯Saiz bermula dari S hingga 7XL

Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.

πŸš›πŸššπŸš›πŸššπŸš›πŸššπŸš›πŸššπŸš›πŸšš

▶️ RM10 untuk sehelai.

▶️ RM15 untuk ke Sabah Sarawak.


#Zunar

#Stylo



Undilah parti saya, supaya saya dapat sapu lebih banyak #PRnJohor




www.zunar.my

 

TINGGI MAKAM DIA NI....DUA KALI SAJA TURUN ...DIA KATA PN DAH BOLEH MENANG





 

premium.sinarharian.com.my
Selepas dua kali turun padang, Hadi yakin PN mampu menang di Johor
KUALA LUMPUR - Pas optimis Perikatan Nasional (PN) mampu mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan baharu di Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tamat, pada Sabtu...

VATERAN UMNO TUNTUT HADI MOHON MAAP



 

sinarharian.com.my
Veteran UMNO Johor tuntut Abdul Hadi mohon maaf
JOHOR BAHRU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa supaya memohon maaf dan menarik semula dakwaan bahawa masyarakat Melayu Johor kurang memahami politik Islam.

BAJU MELAWAN RASUAH YANG DITUNGGANGI AGAMA





Sdr Fairuz telah membuat T Shirt. Sesiapa berminat sila ke fb dia
πŸ”₯ π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 π—’π—ž π—”π—¦π—”π—Ÿπ—žπ—”π—‘ π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— πŸ”₯
Mentaliti Yang Jahanamkan Negara!!
Official t-shirt & karya original dari Zunar!
WHATSAPP UNTUK CARTA SAIZ & WARNA SEKARANG ⬇️
(Tekan link kat bawah ni untuk maklum balas yang lebih pantas)
πŸ’₯Kain Cotton, Gildan Premium.
πŸ’₯Lengan pendek RM50
πŸ’₯Lengan panjang RM55
πŸ’₯Saiz bermula dari S hingga 7XL
Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.
πŸš›πŸššπŸš›πŸššπŸš›πŸššπŸš›πŸššπŸš›πŸšš
▶️ RM10 untuk sehelai.
▶️ RM15 untuk ke Sabah Sarawak.

(function() { var d = document, w = window; w

PKR TIDAK AKAN PINGGIRKAN SAIFUDDIN..SELAIN BELIAU KUAT BEKERJA..BELIAU ADALAH AKTIVIS AWAL MENENTANG REGIM MAHATHIR...JASA BELIAU HARUS DIHARGAI.KITA BUKAN UMNO

  Harap Anwar tak pinggir Saifuddin, kata akar umbi susulan keputusan terkini pemilihan Anne Muhammad  - May 29, 2022          Timbalan Peng...