4,828 guru DG41 pengambilan khas ‘one-off’ lapor diri 4 Apr. Guru pun ada one off.





Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, semakan penempatan guru
 terbabit boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan
 KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

PETALING JAYA: Penempatan 4,828 lagi calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara “one-off” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, calon yang berjaya akan mula melapor diri pada 4 Apr.

“Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my,” katanya.

Pada 20 Jun, KPM mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara “one off” untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.

Pada 15 Feb, Radzi dalam hantaran di Facebook memaklumkan seramai 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara “one-off” berjaya dalam temu duga Fasa 2 dan 3, akan mula melapor diri di sekolah masing-masing bermula 1 Mac.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya di Facebook.

No comments: