SEBAB TAK ADA YANG CERDIK..CAM MANA NAK JUMPA...

 

Sumpah! Aku tak pernah jumpa MP PAS yang cerdik selepas tahun 2015. Dari Presiden sampai la ke MP level machai, semua bengong.


Kali ni MP Kepala Batas sekali lagi tunjuk lemau dia. Gelojoh dan tak faham bahasa. Boleh tonton videonya di (https://fb.watch/okdojEnpTp/?mibextid=Nif5oz).


Bila YB Jelutong bangkitkan isu adakah keceluparan seorang MP yang mengaitkan Lee Kuan Yew dengan Komunis akan jejaskan hubungan dagang Malaysia dan Singapura, terus dia melompat.


Sangkaan jahat, katanya. Padahal Jelutong tak sebut nama pun. Terasa lettew! Itu la... Siapa suruh makan cili. Dah cirit birit salahkan orang.


Bila Timbalan Speaker setuju bahawa itu kenyataan tak sebut sesiapa, dia divert isu. Katanya soalan itu tak berkaitan. Dia tanya pulak inikah (Jelutong) wakil yang rakyat harapkan? Chewah!


Bunyi ayat macam bagus. Habis tu dia ingat perangai macam dia tu yang rakyat harapkan dari seorang MP ke? Cakap melalut, selamba buat fitnah sampai boleh jejaskan ekonomi negara!


Dalam ramai-ramai MP PAS (yang masih tak chukop jomelah) tu, berapa ramai yang betul-betul bekerja untuk rakyat? Cer kabo.


Tengok isu yang dibangkitkan. Tak ada satu pun yang beri faedah kepada rakyat. Bahkan perkara yang baik pun dia spin bagi nampak buruk.


Setakat ini belum ada MP PN bahaskan isu yang beri kebaikan untuk rakyat. Yang ada cuma serang PMX dan menteri tanpa fakta yang tepat.


Negara lain perlukan pembangkang untuk semak dan imbang, di negara kita pula pembangkang yang buat onar jadikan segalanya tak seimbang.


Malaysia akan lebih berjaya, aman, makmur, sejahtera dan bersatu padu tanpa pembangkang kalau begini gayanya pembangkang kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NANTI JEMPUT LAGI.

 



YB Siti Mastura menolak pelawaan Debat JPO kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Kita pasrah. Tapi kita akan cuba lagi jemput lain kali. 


Makanya, kita teruskan dengan pemenang carta yang ada. Saudari Siti Aishah Shaik Ismail. 


Esok Jumaat, jangan lupa temu janji kita jam 9mlm. 


JPO bersama LM dan SM. 


- Admin



Kerjasama Malaysia - Google sedia latihan digital 300,000 rakyat tempatan



 



Oleh: Helmi Mohd Foad



Kerjasama strategik yang dijalinkan oleh Malaysia dan Google bakal mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang berkembang pesat.



Ia turut membuka peluang peningkatan kemahiran inklusif kepada 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026 dengan menyediakan lebih banyak peluang latihan digital kepada rakyat Malaysia tanpa sebarang kos.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen terbaharu Google yang bertujuan untuk mempercepat inovasi tempatan dan pembangunan tenaga kerja dalam bidang kecerdasan buatan (AI) pastinya akan meningkatkan daya saing digital negara selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).



"Rangka Kerja Ekonomi MADANI Malaysia disasarkan untuk meningkatkan saiz ekonomi Malaysia, serta memastikan semua pihak berkepentingan terutamanya rakyat dan perniagaan kecil dapat menikmati faedah sosio-ekonomi seterusnya," katanya di San Francisco, Amerika Syarikat hari ini.



Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam menghadiri sidang APEC mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft dan TikTok di sini.



"Saya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat besar yang telah memberi pengakuan akan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran," katanya.



Anwar berkata sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat syarikat terbabit untuk melabur di Malaysia.



"Proses kelulusan juga akan memberi keyakinan kepada mereka. Kepantasan kehadiran pelabur baharu akan memberikan satu rekod baharu kepada Malaysia," katanya kepada pemberita Malaysia selepas sesi pertemuan tersebut.



Google diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangannya Ruth Porat, Enovix Cooperation diwakili Ketua Pegawai Operasinya Ajay Marathe, Microsoft Asia oleh Presidennya Ahmed Mazhari manakala TikTok oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew.



Kawasan San Francisco Bay menjadi tumpuan banyak syarikat Fortune 500 utama untuk bertapak di sini yang mana kebanyakannya adalah firma inovatif dalam pembangunan Kecerdasan Buatan (AI), bioteknologi, perisian, teknologi bersih dan media sosial.



Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Rakan Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG, Jim Coulter. TPG merupakan syarikat pengurusan aset alternatif utama global.



Anwar tiba di San Francisco pada Isnin lalu bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) dari 14-17 November yang merupakan lawatan sulung beliau bagi mesyuarat Kerjasama Asia Pasifik (APEC) sebagai Perdana Menteri.



Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta para pegawai kanan kerajaan yang lain.



Dalam pada itu, Google dalam kenyataan berkata kerjasama itu bermatlamat untuk membantu perniagaan dari semua saiz memajukan daya saing digital mereka melalui program kemahiran, pelaburan dalam infrastruktur digital, inovasi AI yang bertanggungjawab dan dasar mengutamakan awan, lapor Bernama.



Google berkata inisiatif terbaharu itu adalah bersandarkan kepada pelaburannya di Malaysia sejak 12 tahun lepas.



Pada 2022, produk dan program syarikat itu menyokong lebih 47,900 pekerjaan dan turut menyumbang sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada perniagaan tempatan dengan manfaat ekonomi bernilai kira-kira AS$2.8 bilion.



"Perkongsian yang kami umumkan hari ini dengan Kerajaan Malaysia menyelaraskan misi tempatan Google untuk memajukan Malaysia dengan matlamat kerajaan bagi mewujudkan ekosistem yang menyokong inovasi termasuk peluang pekerjaan yang saksama," kata Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangan, Alphabet dan Google, Ruth Porat.

 

40 doktor demo gesa kerajaan Mesir bela rakyat Palestin


 Oleh: Abdullah Zaid


Kira-kira 40 terdiri daripada doktor perubatan wanita berkumpul di hadapan kedutaan Mesir pagi tadi menyatakan sokongan terhadap Palestin hari ini.


Perhimpunan berkenaan dianjurkan Gabungan Wanita Malaysia untuk al-Quds dan Palestin (MWCQP).


Pengerusi MWCQP, Dr Zuraidah Zulkarnain berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menuntut kerajaan Mesir memainkan peranan lebih aktif terutama dalam isu pembukaan sempadan Rafah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.


Kumpulan doktor itu juga membantah sikap kerajaan Mesir yang melabelkan pejuang pembebasan Palestin sebagai kumpulan militan.


"MWCQP menggesa kerajaan Mesir tidak melabel pejuang pembebasan Palestin sebagai pengganas sebaliknya mengiktiraf hak mereka yang sah untuk mempertahankan tanah air mereka.


"Kami juga memohon kerajaan Mesir memimpin pembentukan pakatan Arab-Islam, penubuhan pakatan Arab-Islam yang kukuh terdiri daripada negara-negara yang bersatu dalam mengekalkan tekanan politik (ke atas Israel)," katanya kepada pemberita.


Selain itu, kumpulan doktor berkenaan juga mengharapkan diberhentikan pembunuhan ke atas kanak-kanak dan orang awam Palestin yang tidak bersalah.


Badan pertubuhan wanita itu turut menggesa pengusiran rakyat Gaza dari kediaman mereka di utara dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa syarat.


"MWCQP menyeru agar proses bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa apa-apa halangan selain memberi rawatan kecemasan buat mereka yang tercedera.


"Oleh itu, kami juga mendesak agar segala mereka kekejaman yang jelas melanggar isu-isu kemanusiaan dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," ujarnya.


Terbaharu, konflik antara Palestin dan Israel telah memakan lebih 11,000 korban. Kelmarin tentera Israel menyerang Hospital Al Shifa, sebuah hospital terbesar di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas. Serangan ke atas hospital awam merupakan jenayah perang dan melanggar Konvensyen Geneva.

SPRM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH KETUA PENERANGAN BERSATU!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis ke atas salah seorang pemimpin kanan Bersatu yang membuat dakwaan "fitnah" ke atas agensi berkenaan. Menurut SPRM, mereka merujuk kepada satu hantaran dalam TikTok yang memaparkan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Razali Idris, berceramah di Kemaman pada 10 Nov lalu. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM mendakwa beberapa tuduhan palsu dikeluarkan Razali dalam majlis tersebut. "Beliau telah menyatakan bahawa jentera-jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan semasa, serta mempertikaikan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan," katanya yang merujuk kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sumber berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/686666 2. https://www.malaysiakini.com/news/686673



HAAA....KATA KAT ORANG PANDAI- LUPA KA NYANYUK


 

HEBOH..KATANYA SOQANG LAGI NAK BLAH


 

BAB WAN SAIFUL...


 

PENJELASAN BAB PERUNTUKAN


 

[gempak] “BANGGANG PUNYA MP PENDANG” PANAS LOKMAN ADAM BALUN KAW KAW!

MASAALAH UTAMA NAK DUIT MUDAH DAN TAK MAU KERJA LEBIH- MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS

 


30 peratus tidak minat program eKasih, kerajaan cari kaedah terbaik





Kementerian Ekonomi sedang meneliti kaedah proses pemutihan yang terbaik untuk membasmi kemiskinan tegar secara lebih teratur dan bersasar.


Menterinya Rafizi Ramli berkata, cabaran kementerian kini adalah mengeluarkan golongan kurang berkemampuan itu daripada belenggu kemiskinan dalam pangkalan data sistem eKasih.


Hal itu katanya, sekitar 25 hingga 30 peratus miskin tegar masih menolak untuk terlibat dalam program-program membasmi kemiskinan.


"...kerana bagi mereka, bagi sahaja bantuan tunai. Manakala yang melibatkan menjana pendapatan mereka tidak berminat," katanya dalam Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai perkembangan terkini program pemutihan di bawah sistem eKasih.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, hasil pemutihan yang dijalankan, senarai penerima eKasih yang telah dibersihkan setakat September lalu berjaya dikurangkan sekitar 80,000 isi rumah.


"Selain itu, ada kaedah yang mengabungkan data dalam jabatan kerajaan yang dijalankan secara selari, selain daripada mengerakan pemutihan dalam ekasih dan pemetaan yang dijalankan oleh Kementerian Ekonomi.


"Justeru, usaha itu membolehkan proses pemutihan berjalan dengan lebih baik dan saya yakin kita akan mendapat angka kemiskinan lebih tepat dan terperinci mengikut kedudukan isi rumah keluarga miskin," ujarnya lagi.