KOMEN MACAM ORANG TAK BERPELAJARAN


 

ANWAR BERTEMU TMJ DIIRINGI TENGKU RAHMAN





DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang hari ini, 26 November 2022. Allah Peliharakan Sultan.

———

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor received in audience Prime Minister of Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim together with HRH Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda of Pahang today, 26 November 2022. Allah Peliharakan Sultan.

 

YB MOHD SANY DAKWA PARTI PAS BUAT FITNAH- LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT. PM 10 JANGAN SERONOK SANGAT SEBAB ISU INI AMAT MERBAHAYA




 

KABINET KATANYA HAMPIR 90% TEPAT- SEKADAR HIBURAN

 KABINET KERAJAAN PERPADUAN 2022:

 

PERDANA MENTERI: YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (PKR-TAMBUN)

TIMBALAN PERDANA MENTERI 1: YAB DATO’ SRI MOHAMAD HASSAN (BN-REMBAU)

TIMBALAN PERDANA MENTERI 2: DATO’ SRI FADILLAH YUSOF (GPS-PETRA JAYA)

 

MENTERI KEWANGAN & HAL EHWAL EKONOMI: YB TUAN MOHD RAFIZI RAMLI (PKR-PANDAN)

TIMB MENTERI: YB TUAN MOHD SHAHAR ABDULLAH (BN-PAYA BESAR)

 

MENTERI DALAM NEGERI: YB DATO’ SRI FADILLAH YUSOF (GPS-PETRA JAYA)

TIMB MENTERI: YB TUAN NIK NAZMI NIK AHMAD (PKR-SETIAWANGSA)

 

MENTERI PERTAHANAN: YB DATO’ SERI MOHAMAD HASAN (BN-REMBAU)

TIMB MENTERI: YB SIM TZE ZIN (PKR-BAYAN BARU)

 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: YB TUAN LOKE SIEW FOOK (DAP-SEREMBAN)

TIMB MENTERI: YB DATUK ABDUL RAHMAN MOHAMAD (BN-LIPIS)

 

MENTERI KERJARAYA: YB TUAN M. KULASEGARAN (DAP-IPOH BARAT)

TIMB MENTERI: YB DATUK RUBIAH WANG (GPS-KOTA SAMARAHAN)

 

MENTERI PENDIDIKAN: YB DATO’ SERI PANGLIMA SHAFIE APDAL (WARISAN-SEMPORNA)

TIMB MENTERI: YB DATUK R. RAMANAN (PKR-SUNGAI BULOH)

 

MENTERI PENDIDIKAN TINGGI: YB SENATOR DR MASZLEE MALIK (PKR-SENATOR)

TIMB MENTERI: YB TUAN NGA KOR MING (DAP-TELUK INTAN)

 

MENTERI PERPADUAN NASIONAL & TUGAS-TUGAS KHAS: YB SENATOR DATUK DR ZAMBRY ABDUL KADIR (BN-SENATOR)

TIMB MENTERI: YB TUAN CHANG LIH KANG (PKR-TANJONG MALIM)

 

MENTERI KEHAKIMAN, PARLIMEN & HAL EHWAL UNDANG-UNDANG: YB PUAN FADHLINA SIDEK (PKR-NIBONG TEBAL)

TIMB MENTERI: YB TUAN STEVEN SIM (DAP-BUKIT MERTAJAM)

 

MENTERI HAL EHWAL AGAMA ISLAM: YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB (AMANAH-PULAI)

TIMB MENTERI: YB DATUK HASBI HABIBOLLAH (GPS-LIMBANG)

 

MENTERI HAL EHWAL SABAH & SARAWAK: YB DATUK AARON AGO DAGANG (GPS-KANOWIT)

TIMB MENTERI: YB SENATOR DATUK DR JOACHIM GUNSALAM (GRS-SENATOR)

 

MENTERI PENGANGKUTAN: YB DATUK TIONG KING SING (GPS-BINTULU)

TIMB MENTERI: YB SENATOR TUAN ISHAM JALIL (BN-SENATOR)

 

MENTERI TENAGA, AIR & SUMBER ASLI: YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (DAP-SEPUTEH)

TIMB MENTERI: YB ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS (WARISAN-KOTA BELUD)

 

MENTERI SUMBER MANUSIA: YB DATO’ SERI KHALED NORDIN (BN-KOTA TINGGI)

TIMB MENTERI: YB WILSON UGAK KUMBONG (GPS-HULU RAJANG)

 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: YB PUAN RODZIAH ISMAIL (PKR-AMPANG)

TIMB MENTERI: YB DATO’ HENRY SUM AGONG (GPS-LAWAS)

 

MENTERI KEMAJUAN WANITA, KELUARGA, OKU & MASYARAKAT: YB DATO’ SRI NANCY SHUKRI (GPS-SANTUBONG)

TIMB MENTERI: YB PUAN HANNA YEOH (DAP-SEGAMBUT)

 

MENTERI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT: YB DR DZULKEFLY AHMAD (AMANAH-KUALA SELANGOR)

TIMB MENTERI: YB DATUK WETROM BAHANDA (KDM-KOTA MARUDU)

 

MENTERI INDUSTRI PERTANIAN & UTAMA: YB MOHAMAD SABU (AMANAH-KOTA RAJA)

TIMB MENTERI: YB PUAN TEO NIE CHING (DAP-KULAI)

 

MENTERI LUAR NEGERI: YB DATO’ SERI JOHARI GHANI (BN-TITIWANGSA)

TIMB MENTERI: YB TUAN ADLY ZAHARI (AMANAH-ALOR GAJAH)

 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: YB TUAN GOBIND SINGH DEO (DAP-DAMANSARA)

TIMB MENTERI: YB PUAN AIMAN ATHIRAH AL JUNDI (AMANAH-SEPANG)

 

MENTERI KOMUNIKASI, MULTIMEDIA & TEKNOLOGI SIBER: YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (PKR-SENATOR)

TIMB MENTERI: YB TUAN CHONG CHIENG JEN (DAP-STAMPIN)

 

MENTERI PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN & PEMBANGUNAN LUAR BANDAR: YB DATUK DR NORAINI AHMAD (BN-PARIT SULONG)

TIMB MENTERI: YB TUAN LARRY SNG (PBM-JULAU)

 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR: YB PUAN YEO BEE YIN (DAP-PUCHONG)

TIMB MENTERI:  YB DATUK MOHAMAD ALAMIN (BN-KIMANIS)

 

MENTERI KEMAJUAN USAHAWAN DAN KOPERASI: YB DATUK EWON BENEDICK (UPKO-PENAMPANG)

TIMB MENTERI: YB SENATOR PUAN ZAHIDA ZARIK KHAN (BN-SENATOR)

 

MENTERI PELANCONGAN, BUDAYA, BELIA & SUKAN: YB TUAN SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN (MUDA-MUAR)

TIMB MENTERI: YB TUAN ADAM ADLI (PKR-HANG TUAH JAYA)

HAMAS DAN PALESTINE SOKONG KERAJAAN ANWAR


 

RASANYA PIHAK PDRM BOLEH SIASAT CUBAAN MENJATUHKAN KERAJAAN BAGINDA


 

DUA SITUASI UNTUK ANWAR IBRAHIM MENGESAHKAN DIRINYA SEBAGAI PM DI DEWAN RAKYAT WALAU PUN IANYA BUKAN WAJIB








 

KALAU LAH ADA LANGKAH LANGKAH YANG AKAN DIAMBIL, RASANYA PIHAK BERKUASA TAK DUDUK DIAM DAH. KALAU KERAJAAN BAGINDA NAK DIRUNTUHKAN, MAKA MEMANG MEREKA SEDANG DIPERHATIKAN

 

‘Semua orang dah gila, mana ada Langkah Tropicana’, kata Ismail



Ismail Sabri Yaakob berkata semalam beliau hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Pejabat Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob menafikan ada pertemuan tertutup membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS yang dikatakan berlangsung di Tropicana Golf Resort, semalam.

Naib presiden Umno itu berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga beliau dianggap pengkhianat jika bertemu rakan daripada PAS.

Katanya, manakala pihak yang bertemu pimpinan daripada Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.

“Tak betul (pertemuan tersebut). Mana ada perjumpaan melibatkan 10 orang tu. Tengok senarai nama tu lima orang saja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.

“Hari ni nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan PAS (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,” katanya menurut Malaysiakini.

Dalam hantaran tular di Twitter, pertemuan antara pemimpin BN dan PAS itu dikatakan berlangsung di lokasi berkenaan dari 10.30 pagi hingga tengah hari semalam.

Hantaran itu menyatakaan antara pemimpin hadir termasuk Ismail, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Presiden MCA Wee Ka Siong dan setiausaha akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz.

Khabar angin berhubung pertemuan di Tropicana Golf Resort yang diberi jolokan “Langkah Tropicana” itu berlegar di media sosial, disertakan dengan beberapa gambar yang didakwa dirakam ketika pertemuan itu.

Terdahulu, Wee menafikan spekulasi beliau terbabit dalam pertemuan itu.

Beliau kecewa orang ramai masih menyebarkan khabar angin dan menuduhnya terbabit dalam gerakan politik walaupun krisis politik susulan pilihan raya umum lalu sudah diselesaikan.

ANWAR DAN ANAK SEMUA BANGSA

 

Oleh: Rosli Khan

‘Politik itu juga sastera. Dengan tidak menyintai sastera, anda cuma hidup sebagai haiwan yang sedikit cerdik.’ Pramoedya Ananta Toer (1925-2006).

Buku kedua dari novel tetralogi penulis terkenal Indonesia ðŸ‡®ðŸ‡© Pramodya Ananta Toer, atau bisa dipanggil Pak Pram, bertajuk ‘Anak Semua Bangsa’.

Beliau adalah seorang sasterawan yang prolifik, pemikir bangsa dan penulis revolusioner yang tajam dan ditakuti dizamannya dahulu.

Walaupun dipenjara tanpa sebarang pembicaraan oleh Suharto dari tahun 1965, Pak Pram, yang disalahkan kerana beliau begitu kritis, menjadi banduan solitari yang terpanjang di pulau Buru, Indonesia.

Corak sastera politiknya yang berkesan, banyak berkisar tentang pengalaman beliau ditengah masyarakat bawahan yang ditindas.

Beliau bermula dalam penjajahan Belanda keatas Indonesia, diikuti zaman penaklukan Indonesia ditangan Jepun sepanjang perang dunia kedua, dan pemerintahan kukubesi Suharto dari tahun 1965.

Ketidaksamaan dalam kutipan cukai pertanian, polarisasi kaum, penindasan dan diskriminasi, menjadi tema utama dalam karya-karya Pak Pram.

Sastera Politik

Perjuangan politik Anwar Ibrahim juga hampir sama. Dia berjuang untuk kaum yang ditindas, bergerak untuk membasmi kemiskinan dan menolak kronisme yang berlarutan ditahun-tahun 1990an.

Dia mahukan politik keterbukaan dan bertanggungjawab (transparency dan accountability).

Anwar menyelit sastera politik dengan laungan transformasi untuk rakyat, terhadap pembubalan banyak legislasi kuno, seperti ISA, OSA, ASA dan berbagai lagi.

Legislasi-legislasi inilah yang digunapakai oleh pemerintahan kukubesi Mahathir dan kemudiannya, Najib, demi mengekang pembaharuan dan pengembangan minda rakyat.

Mereka berdua bukan saja memenjarakan Anwar tetapi juga menyekat segala pemikiran sastera politik yang akan memerdekakan minda rakyat dan negara, dalam erti kata yang sebenarnya.

Cengkaman inilah yang mahu dibebaskan Anwar.

Mungkin secara kebetulan atau secara disedari, konsep ‘Anak Semua Bangsa’ ini, juga menjadi piagam parti yang Anwar tubuhkan pada tahun 1998, selepas beliau disingkir dari Umno dan terpenjara.

Anak Semua Bangsa

Partinya, PKR, berbilang kaum, dan mencuba untuk memberi kesamaan dan nafas baru kepada semua kaum di Malaysia.

Wawasan Anwar ialah untuk melihat anak-anak dari berbagai kaum, keturunan, latar belakang dan sudut negara diberi peluang yang sama dalam segala sektor seperti pelajaran, bantuan kewangan dan kesihatan.  

Tema ‘Anak Semua Bangsa’ ini menjadi konsep utama dalam kempen Anwar pada PRU15 yang baru berlalu.

Menurut Anwar, disitulah terletaknya titik permulaan kepimpinan kepada sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Sememangnya keadaan di negara kita, agak terpisah dalam kesatuan. Ramai yang berpuak dan kurang memahami antara satu sama lain.

Dari awal persekolahan mereka dipisahkan mengikut kaum. Perasaan tertindas dan ditindas dirasai dan ditanami dalam perkauman.

Kaum minoriti berpendapat, kita sebenarnya tidak ada kesamaan.

Tidak hairanlah, politik tanpa sastera ini bergerak dan menuju kearah mono-rasial, mono-lingual dan mono-kultur yang amat membimbangkan.

Hal ini dimainkan pula oleh segolongan ahli politik yang kering dalam pemikiran, seperti Hadi dan Muhyudin, semata-mata untuk memancing undi.

Kesamaan dan Perlawanan

Seperti Pak Pram yang terpenjara selama lebih tiga dekad lamanya, Anwar berjuang diatas dasar kesamaan selama hampir 25 tahun, demi menegakkan idealismanya dan reformasi yang semakin pudar.  

Adalah amat sukar apabila politik lawan berkisar disekitar kapitalisma yang memanjang, kumpulan elit yang berpengaruh serta budaya dan sastera negara yang kian terpinggir.

Suatu masa lalu, Anwar dianggap seperti cuba untuk menghidupkan kembali unggun api yang telah hampir mati.

Dari sudut perlawanan, Hadi dari Pas berkempen diatas konsep rakan parti Anwar, DAP, sebagai parti komunis.

Ada persamaan sewaktu Suharto menuding jari kepada Pak Pram dipermulaan konsep ‘Order Baru’ di Indonesia dahulu.

Isu komunis inilah senjata yang memusnahkan pemerintahan zaman Sukarno dan melonjak naikkan Suharto.

Hampir keseluruhan pengikut berhaluan kiri disingkir dan juga dihapuskan oleh Suharto.

Rakan Hadi, Muhyudin pula menggunakan  konsep yang hampir sama, iaitu kad agama yang tidak keruan.

Agen yahudi kononnya akan menkristiankan penduduk Malaysia dengan maksud menjadikan ancaman kepada kepercayaan yang sedia ada. Satu dongeng yang tiada asas.

Inilah antara perbezaan besar dalam pemikiran Anwar, Hadi dan Muhyudin. Anda tentunya dapat bezakan antara ideologi dan polemik.

Mujurlah kita masih mempunyai media yang bebas. Pemikiran sebegini diberi ruang dan pilihan kepada rakyat.

Ia memisahkan para pemikir dari pengelamun. Yang serius dari yang badut. Yang memimpin dari pemimpin.

Agak malang bagi Hadi dan Muhyudin, konsep ‘Anak Semua Bangsa’ ini kembali hidup dan dipercayai ramai.

Konsep ini mulai mendapat tempat dihati kalangan ramai pengundi dan mesti dilebarkan kepada semua kaum.

Memerdekakan minda masyarakat mesti diteruskan.

Di sinilah bermulanya titik kepimpinan Anwar yang tergelincir dan disita hampir 25 tahun itu. – Rosli Khan – 25 Nov 2022



PH Pahang sokong BN tubuh kerajaan negeri, kata Amirudin



Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Amirudin Shari berkata pihaknya
 mencapai persetujuan menyokong Barisan Nasional untuk membentuk
 kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Pahang mencapai persetujuan sebulat suara memberikan sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH Pahang, Amirudin Shari, berkata keputusan itu hasil mesyuarat dipengerusikannya hari ini.

Katanya, keputusan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi BN (16) dan PH (lapan), sekali gus melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan Pahang yang baru pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Pada PRU15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi daripada 41 DUN Pahang, manakala BN memperoleh 16 dan PH lapan kerusi.

Anwar tak perlu uji majoriti di Parlimen, kata Ramkarpal

 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata jelas sekarang Anwar Ibrahim mempunyai majoriti besar di Parlimen.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Ramkarpal Singh menggesa Anwar Ibrahim tidak membuat usul percaya terhadap kepimpinannya ketika persidangan Dewan Rakyat 19 Dis ini kerana ia “tidak diperlukan lagi”.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, lebih baik perdana menteri memberi tumpuan kepada bajet 2023 yang akan dibentangkan kemudian.

“Adalah jelas sekarang bahawa beliau (Anwar) mempunyai majoriti besar, melebihi 140 kerusi,” katanya.

Awal minggu ini, Anwar dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri berkata, beliau akan “menguji” majoritinya di Parlimen melalui undi percaya.

Selain itu, beliau turut berkata kerajaannya akan membentangkan belanjawan yang disemak semula “dalam sebulan lagi atau lebih”.

Ramkarpal, yang juga seorang peguam berkata kenyataan Anwar bahawa beliau akan menguji sokongannya di Dewan Rakyat dibuat sebelum bekas perdana menteri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengakui bahawa PH “mempunyai angka yang mencukupi”.

“Dengan pengakuan dan pengesahan Muhyiddin bahawa PN akan memberikan semak dan imbang kepada kerajaan dengan menjadi pembangkang, keperluan undi percaya tidak lagi timbul,” katanya,

LANGKAH TROPICANA?-MAHU JATUHKAN KERAJAAN BAGINDA?

 LANGKAH TROPICANA?





Norman Radzuan

Jangan lalai…broker2 politik tidak akn diam

BAIK DAN BURUKNYA KEABSAHAN DI PARLIMEN


Buka HP dlm percutian kawan send foto ini yg sebenarnya saya sudah melihatnya di group. Saya ditanya mengenai isu keabsahan di Parlimen. Jawab saya ada pro & kon. PRO nya utk buktikan keabsahan tanpa ragu sokongan tersebut.


KON nya akn membuat ahli politik mulakan LANGKAH seperti Langkah Tropicana utk malukan PM. Sdgkan Akta Lompat Parti sudah sedia maklum ia keputusan En Bloc. Broker2 politik mana peduli lantikkan Agong, mana peduli kestabilan politik utk ekonomi rakyat.


Ia hanya sekadar membuat sedikit kebimbangan rakyat adakah akn berlaku keruntuhan kerajaan Perpaduan ini. Ini kerana sudah beberapa kali ia berlaku. Di Perak 2 kali, federal 2 kali. Broker politik ini tidak akn pernah diam. Mereka bimbang salah guna kuasa dan mahukan kuasa utk merompak harta negara.


Apatah lagi bila pembentukan kabinet berlaku pastinya ada pihak yg tidak berpuashati. Bimbang akn berlaku Langkah sulit utk memalukan PM malah ia hanya membuat ketidakstabilan politik sehingga tarikh 19hb ini. 


Sepatutnya kita sudah fokus kpd pemulihan ekonomi bukannya bimbang apa akn berlaku pada 19hb apabila kita membuka jalan. 2018 kita mahu ketelusan hingga media dikuasai pembangkang. Itu yg saya kebimbangan peribadi saya mengenai undian Parlimen yg tidak perlu pun sebenarnya.


So apa caranya utk menyekat dari ia berlaku…ada caranya tapi tidak bolehlah diceritakan secara terbuka. Tanya saya perlu atau tidak undi 19hb ini?… Bagi saya tak perlu sb parti2 secara bersurat bersetuju menyertai kerajaan Perpaduan iaitu kerajaan saranan Agong.



DOKOMENTARI DARI TV INDONESIA MENGENAI DSAI- Penantian Panjang Anwar Ibrahim, dari Dipenjara hingga Jadi PM Malaysia

KENDERAAN APA IRINGI PM 10-Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri

KENDERAAN ROADRUNNER IRINGI PM 10 -ANTI TERORIST  MENGHALANG PANGGILAN 








MGNews : Desak Tindakan Tegas Terhadap Pihak Yang Mengadu Domba Sentimen...

BAIAH- ATAU SUMPAH TAAT/ AKUJANJI NAK JADI WAKIL RAKYAT PAS...JOMKITA FAHAM


 

MALAYSIA BANGKIT SEMULA DIPIMPIN SECARA DINAMIK


LANTIK KERAJAAN TIDAK LAGI GUNA SD, SECARA EN BLOCK


LEBAI HENTAM LEBAI- TONTON MENARIK : NASIHAT BUAT MAHIADDIN DAN HADI AWANG. NAMPAK MEREKA SILAP DAN MENDERHAKA AYDPA


 

Misi Underground-Mereka mula merancang.

 Misi Underground





Adakah ini langkah Bajang eh Kajang juga....

 

*Perjumpaan Tertutup Tertutup Pemimpin BN dan PAS*

 

Pada 25 November 2022 (Jumaat) jam 10.30 am hingga 12.00 pm bertempat di Coffee House, Main Wing, Tropicana Golf Resort, Tropicana, Petaling Jaya berlangsung perjumpaan tertutup beberapa pemimpin BN dan PAS yang diketuai oleh Dato’ Sri Ismail Sabri.

 

*Kehadiran*

 

2. Seramai 10 orang yang terdiri daripada pemimpin BN dan PAS telah hadir. Antara yang dikenali ialah :-

 

(a) Dato’ Sri Ismail Sabri (Naib Presiden UMNO);

 

(b) Tan Sri Annuar Musa (KUB Ketereh);

 

(c) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS); 

 

(d) Wee Ka Siong (Presiden MCA); dan

 

*Ulasan*

 

3. Difahamkan perjumpaan tersebut diadakan secara _ad-hoc_ dan tiada sebarang tempahan awal dibuat. Setakat ini, tidak dapat dipastikan tujuan perjumpaan tersebut melibatkan pemimpin intraparti.

 

Sekian untuk makluman YDH Datuk.