Hari pertama Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan memulakan kerja di
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya sungguh bermakna selepas 24 tahun
tidak berada puncak kuasa.
Selepas dua dekad, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke
Bangunan Putra Perdana pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh kakitangan kanan
Kerajaan Persekutuan.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, beliau disambut oleh
Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana
Menteri. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan
Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi
pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda
bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.
"Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Datuk Seri
Anwar bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku
selamat datang dan selamat bertugas," kata kenyataan itu.
Ahli Parlimen Tambun tersebut kemudiannya mengadakan sesi suai
kenal dan mesyuarat ringkas bersama penjawat awam kanan bagi mengetahui
perkembangan pentadbiran awam.
Menurut kenyataan itu lagi, Anwar dialu alukan kedatangan ke JPM
selepas dimasyhurkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10, semalam.
Jabatan Perdana menteri turut mengeluarkan biografi Anwar:
Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947 (75 tahun)
Asal : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Isteri : Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
PROFIL:
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dikenali di
seluruh dunia sebagai seorang Muslim Demokrat dan Reformis.
Diangkat sebagai Bapa Reformasi atas perjuangan yang konsisten
menentang ketidakadilan dan rasuah.
Seorang pemimpin berwawasan yang sentiasa meletakkan permasalahan
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sebagai keutamaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba disekat dua kali melalui
pertuduhan bermotifkan politik, kali pertama pada 1998 sehingga 2004 dan kali
kedua pada 2015 hingga 2018.
Kezaliman ini bahkan memperkuat roh perjuangan beliau untuk terus
membela nasib rakyat. Atas dasar kesedaran dan kemanusiaan, YAB Datuk Seri
Anwar Ibrahim kekal menjadi jurubicara dan denyut nadi rakyat untuk melakar
Malaysia
yang lebih adil buat semua.
PENGLIBATAN DALAM BADAN BUKAN
KERAJAAN DAN ORGANISASI ANTARABANGSA
1980 - Kini : Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran
Islam Antarabangsa (IIIT)
2006 - 2008 : Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington
DC
2006 : Felo Pelawat John Hopkins University, Washington DC
1997 - 1998 : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia
1988 - 1991 : Ahli Lembaga Pengarah dan Presiden Majlis Umum
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Paris 1983 - 1998 : Canselor dan
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1972 - 1982 : Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM)
1973 - 1976 : Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
1973 : Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1971 : Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik
PENGLIBATAN DALAM POLITIK
UMNO
1990 - 1998 : Timbalan Presiden UMNO
1987 - 1990 : Naib Presiden UMNO
1982 - 1987 : Ketua Pemuda UMNO
PARTI KEADILAN RAKYAT
(KEADILAN)
2020 - Kini : Pengerusi Pakatan Harapan
2018 - Kini : Presiden KEADILAN
2005 - 2018 : Ketua Umum KEADILAN
PENGALAMAN SEBAGAI AHLI
PARLIMEN
2022 - Kini : Ahli Parlimen Tambun
2008 - 2015
2020 - 2022 : Ketua Pembangkang
2018 - 2020 : Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen
2018 - 2022 : Ahli Parlimen Port Dickson
1982 - 1998
2008 - 2015 : Ahli Parlimen Permatang Pauh
PENGALAMAN DALAM KERAJAAN
1993 - 1998 : Timbalan Perdana Menteri
1990 - 1998 : Menteri Kewangan
1987 - 1990 : Menteri Pendidikan
1984 - 1986 : Menteri Pertanian
1983 - 1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
1982 - 1983 : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
PENGIKTIRAFAN
2017 - 2022 : Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal
Islamic
Strategic Centre, Jordan
1996 : Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney
1993 : Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMone