ISU SST


 

UMNO TERBUKTI BUKAN LAGI PARTI PERJUANGAN



1 July 2025


Walaupun salah seorang pemimpin di peringkat tertingginya “dicuri” oleh parti rakannya sendiri, pendirian rasmi UMNO terhadap perbuatan itu nampaknya cukup lunak dan berdiplomasi kelas tinggi.


Pendirian UMNO yang diputuskan dalam mesyuarat MTnya semalam sekadar menegaskan tidak wajar bagi parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti komponennya.


Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia adalah antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi.


“UMNO berasakan tiada kewajaran untuk parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti komponen gabungan (yang membentuk) kerajaan untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Pendirian UMNO itu adalah merujuk kepada tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum ini mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai PKR.


Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebelum itu mengesahkan beliau ada mengadakan perbincangan dengan Tengku Zafrul berhubung penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu ke dalam PKR.


Melihat pendirian lunak serta lembut itu, tidak syak lagi UMNO bukan saja  sebuah parti yang lembik dan tidak bermaya, bahkan seperti sudah hilang roh perjuangan.


Pemimpin peringkat tertingginya “dicuri” rakan sendiri pun hanya mampu mengangkat jari kelingking saja, jauh sekali untuk berani membantah dengan lantang.


Hakikatnya Tengku Zafrul yang “dicuri” itu bukan bertaraf Ketua Cawangan atau ahli biasa, tetapi merupakan Ahli MT dan juga seorang Ketua Bahagian di Selangor.


Meskipun menyertai mana-mana parti adalah pilihan individu, tetapi dengan berpindah parti dan masih kekal dalam kabinet, bahkan dikhabarkan mahu disambung lagi perjalanan kariernya menikmati kedudukan dalam kerajaan, UMNO seolah-olah tidak bermaya dalam mempertahankan maruahnya.


Selepas ini, kalau ada pilihan raya kecil untuk Tengku Zafrul atau ketika PRU16 di mana beliau bertanding, sudah tentu UMNO akan turut membantu dan berkempen di masa saja beliau bertanding, kononnya atas nama perpaduan.


Lihatlah berapa lekehnya UMNO.


Sepatutnya, sebagai parti yang memungkinkan Anwar dapat jadi Perdana Menteri, UMNO boleh memberi amaran keras dengan mendesak Tengku Zafrul digugurkan serta-merta daripada kabinet atas tindakannya berpindah parti itu atau jika tidak, parti itu akan menarik sokongan dengan segera.


Jika itu dilakukan, barulah UMNO dihormati oleh ahlinya sendiri dan rakyat yang tidak berparti, bahkan parti yang mahu “mencuri” pun ada terasa kecut dalam hati.


Barulah juga UMNO boleh dilihat sebagai parti perjuangan yang tidak boleh dibuat main-main oleh kawan dan juga lawan.


Tetapi dengan sekadar mengatakan tidak wajar untuk mana-mana parti mengambil ahli daripada parti rakan sendiri tanpa disusuli apa-apa tindakan yang ada nilai perjuangan bila pemimpinnya “dicuri”, UMNO hanya akan tinggal kenangan saja selepas ini.


Tiada sesiapa boleh menaruh harapan atau menjadikan UMNO sebagai sandaran untuk perjuangan yang lebih besar.


Di mata rakyat, dengan pendirian UMNO itu, ia tidak lebih hanyalah sebuah parti yang memikirkan tentang kedudukan serta jawatan.


Walhal, kalau UMNO lebih memikirkan soal perjuangan, jangankan jawatan, sebuah kerajaan pun dapat digenggam. – ShahbudinHusin 01July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/umno-terbukti-bukan-lagi-parti-perjuangan/



MINUM AYAQ NI.... BAGUS.



 ๐ŸŒฟ Bahan-bahan:

•1 inci halia

•3 ulas bawang putih

• ½ biji lemon

•1 gelas air suam





๐ŸŒฟCara Penyediaan:

1. Hiris halia & bawang putih nipis.

2. Perah jus lemon ke dalam gelas air suam.

3. Masukkan halia & bawang putih, biar

rendam 10–15 minit sebelum minum.


๐Ÿ“ŒKebaikan Gabungan Ini (berdasarkan

jurnal):

• Halia mengandungi gingerol yang bersifat

antiradang dan antiplatelet (Lancet, 2020).

•Bawang putih terbukti bantu kurangkan

kolesterol & cegah penggumpalan darah (J

Nutr, 2006).

• Lemon kaya vitamin C & bioflavonoid -

bantu kuatkan saluran darah.


๐Ÿ“ŒBila rasa perlu amal:

• Kerap rasa kebas kaki/tangan.

• Dada rasa ketat semasa berjalan.

• Ada sejarah kolesterol tinggi atau strok

dalam keluarga.


#petua #petuanenek #petuaoranglama #petuacantik #tipscantik #tipssehat #resepi




TANGKAP JA... CAP AYAM ULAS BUKAN BOLEH PAKAI.




SISTEM PENCUKAIAN NEGARA.


Mohd Hasni Izuwan






1- Pengumuman semakan semula SST oleh Perdana Menteri (PMX) baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk tuduhan bahawa kerajaan ingin menekan rakyat.


2- Namun penilaian di letakkan secara terburu-buru, penting untuk di fahami apakah bentuk cukai SST, apa bezanya dengan GST, dan kenapa cukai amat penting kepada negara.


3- GST (Goods & Services Tax) ialah cukai kepenggunaan menyeluruh, ia dikenakan pada setiap peringkat dari pengeluar ke pemborong, ke peruncit, dan akhirnya pengguna.


4- Masalah utama GST ialah kesan regresif, di mana semua orang bayar kadar sama, tanpa kira pendapatan. Orang kaya dan orang miskin menanggung beban setara.


5- SST (Sales & Services Tax) pula lebih bersasar. Ia hanya dikenakan pada peringkat tertentu dan ke atas barangan atau perkhidmatan tertentu. Maka, kesannya kurang membebankan rakyat biasa.


6- Inilah sebab mengapa PMX memilih untuk mengekalkan SST dan bukannya mengembalikan GST,  kerana keutamaan kerajaan hari ini ialah melindungi rakyat daripada beban tambahan.


7- Dalam masa yang sama, kita juga perlu jujur dan negara memerlukan pendapatan tetap, dan cukai adalah sumber utama untuk memastikan negara terus kekal berfungsi.


8- Tanpa pendapatan cukai, kerajaan akan berdepan kesukaran untuk menyediakan pendidikan percuma, rawatan kesihatan awam, bantuan tunai, subsidi, pertahanan negara, dan infrastruktur awam.


9- Negara-negara maju seperti Sweden, Jerman, Jepun, dan Korea Selatan mempunyai sistem percukaian yang jauh lebih tinggi, namun hasilnya jelas dan kualiti hidup rakyat mereka dijaga dengan baik.


10- Jadi persoalan sebenar bukanlah “kenapa kutip cukai?”, tetapi “adakah sistem cukai kita adil, cekap dan diagih kepada rakyat dengan amanah?”


11- Pentadbiran PMX sedang menstruktur semula ekonomi negara, dengan beban hasil ketirisan kerajaan terdahulu  dan bukan lah untuk kepentingan politik jangka pendek, tetapi untuk memastikan negara ada daya tahan fiskal untuk masa depan.


12- Kita tidak boleh lupa sejarah yang masih segar, ketika negara dilanda pandemik, pentadbiran sebelum ini di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin  dan Perikatan Nasional gagal menyediakan pelan sokongan ekonomi yang mampan.


13- Sebaliknya, rakyat disuruh menggadai simpanan KWSP sendiri untuk menyelamatkan diri. Ini bukan strategi ekonomi, ini petanda malapetaka kegagalan mengurus negara dengan baik


14- Hari ini, kerajaan berusaha membina kembali keyakinan fiskal, bukan melalui hutang atau retorik, tetapi melalui dasar yang berani, seimbang, dan berpaksikan keutamaan rakyat.


15- Oleh itu, jangan benarkan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu SST dijadikan peluru politik murahan. Cukai bukan musuh rakyat, ia adalah asas berdirinya sebuah negara berdaulat. Yang penting, cukai itu mesti dipungut dengan adil, dan dibelanjakan dengan amanah.




ORANG LAIN BUAT HUTANG.. KERAJAAN KINI KENA LUNASKAN.

 

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐˜€ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฐ๐Ÿด.๐Ÿฌ๐Ÿฒ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—›๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿญ๐— ๐——๐—•


Kerajaan sudah membayar sejumlah RM48.06 bilion daripada keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat ini. Jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac tahun lalu.


Baki hutang 1MDB perlu dibayar bagi sukuk dengan nilai prinsipal adalah RM5 bilion yang akan matang pada 2039.






CURI DUIT BAGI BALIK


 

TUAN GURU BALA...PUJAAN HAGI WALAUN


 

NAK MUNDUR PILIH PAS...TAK PAYAH LA PAS NAK JOIN MADANI......


 

DI MALAYSIA SEBAB ADA PAS...YANG KAPIR MENGKAFIR NI FATWA HADI AWANG..DIA TANGGUNG LAH NANTI


 

MANA ADA NAIK..MASUK KEDAI DULU LIHAT BARANG

 


TAPI UNTUK POLIS LAIN PULAK.. NAK JAGA KETENTERAMAN AWAM LAIN.

 


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan, yang secara langsung menghapuskan keperluan untuk penganjur memberikan notis lima hari kepada pihak berkuasa.





Ketua Hakim Negara Tunku Maimun Tuan Mat, yang berkhidmat untuk hari terakhir sebelum bersara, mengetuai panel lima hakim untuk menyampaikan keputusan sebulat suara dalam cabaran yang dibawa oleh bekas setiausaha agung Muda Amir Hariri Abdul Hadi.


“Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun dalam persidangan terakhir, baru saja membatalkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang menjenayahkan kegagalan untuk memberi notis untuk perhimpunan aman,” kata peguam New Sin Yew dalam catatan di X.


Berita penuh: https://mk.my/qDrl6MT



PUAD TAK TAHU KAH RR NI BANDUAN DULU?



 ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ, ๐—ง๐—”๐—ž๐—จ๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—”






Itu kata Dato’ Puad Zakarshi. 


Bertahun-tahun dia cuit saya tapi saya tidak pernah balas. Sebahagiannya kerana saya menghormati tata cara bila duduk bersama dalam kerajaan, sebagai pimpinan kanan KEADILAN, saya tidak wajar menghentam secara terbuka seorang wakil rakyat dari UMNO.


Sepatutnya, orang berbudi kita berbahasa. Tapi tidak begitulah, sebab manusia ni ada macam-macam jenis.


Saya juga faham kalau Puad Zakarshi ni marah dekat saya sampai bila-bila. Dia dulu Ketua Pengarah JASA (sekarang ni dipanggil JKOM) yang diberi tanggungjawab mempertahankan Dato’ Seri Najib sebelum PRU 2018.


Memang letihlah nak bersilat dengan isu-isu yang saya bawa ke arah PRU 2018.


Mungkin kerana dilihat tidak berapa berfungsi semasa menjadi KP JASA, dia digugurkan dari menjadi calon UMNO Parlimen Batu Pahat dalam PRU 2018. Kecoh sebentar dia nak bertanding bebas, dilaporkan sudah beli dua borang pun.


(Rujuk: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/334700/puad-tak-hadir-penamaan-calon)


Nasib baik, KEADILAN/PH masuk PRN Johor 2022 dalam keadaan sendu. Menanglah kerusi Rengit. Berpuluh tahun penyertaan Puad Zakarshi dalam politik dan UMNO sejak 1990an, menang sekali di Parlimen dan menang sekali di DUN.


Jadi bila Puad Zakarshi bagi nasihat, konon takut saya masuk penjara, saya buat dengar tak dengarlah. Saya anggap ini nasihat mencuri perhatian, supaya media memetik namanya menjadi berita. Kalau nak harap usaha politiknya yang lain, mungkin susah nak masuk berita.


Kalau saya takutkan ada kes, saya tidak meletakkan jawatan. Saya akur kepada apa saja yang dikehendaki. Suruh saya diam, saya diam. Suruh saya melompat, saya melompat. 


Sepanjang saya menjadi menteri, saya tidak pernah memanggil KSU atau pegawai untuk apa-apa yang bersabit perolehan. Bidang yang memang kuasa saya (contohnya meluluskan perolehan hartanah Bumiputra melebihi nilai RM20 juta), itu pun saya buat satu jawatankuasa agar ia diputuskan oleh JK, bukannya saya sendiri.


Insya-Allah, saya tidak pernah diugut, dipanggil atau dilaporkan ada kes. 


Pasal ke penjara, saya pun pernah melalui zaman itu. 


Masa Puad Zakarshi jadi KP JASA, kerajaan itulah dan pimpinan parti dialah yang mengheret saya ke mahkamah sehingga 14 kes, termasuk dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun. 


Masa itu pun saya redha semuanya dan saya serahkan kepada ketentuan Allah.


Nasihat saya kepada Puad Zakarshi, jangan bimbangkan pengakhiran politik saya. 


Lebih baik fikirkan amalan dan dosa pahala masing-masing, lebih-lebih lagi kalau umur itu 20 tahun lebih tua dari saya.



KADUK NAIK JUNJUNG VERSI UMNO.






1- Politik hari ini bukan sekadar isu siapa kuat di media sosial, siapa paling lantang di pentas ceramah, atau siapa paling ‘power’ dalam bahagian.


2- Politik hari ini adalah tentang keupayaan mengekalkan kepercayaan rakyat dan mempertahankan kestabilan negara, lebih-lebih lagi dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada kompromi dan keikhlasan antara lawan bersama.


3- Kenyataan UMNO Jasin memuktamadkan bahawa mereka tidak akan berkongsi kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka nanti telah mencetuskan tanda tanya, adakah ini suara parti, atau suara pemimpin yang sudah rasa terlalu besar dalam kawasan kecilnya?


4- Ini bukan kenyataan biasa. Ini adalah isyarat jelas bahawa ada bahagian dalam UMNO yang tidak sehaluan dan sedang menjauhkan diri dari semangat perpaduan yang telah membenih di peringkat nasional dan memilih untuk mempertahankan kuasa peribadi walau dengan risiko memecahbelahkan kerjasama sedia ada.


5- Lebih malang, kenyataan ini datang daripada pemimpin yang lebih dikenali kerana kenyataan kontroversi dan beremosi, bukan kerana sumbangan besar dalam menyelesaikan isu setempat seperti banjir kilat, jalan rosak atau peluang ekonomi belia luar bandar.


6- Sikap seperti ini bukan sahaja menjauhkan UMNO daripada rakyat, tetapi secara langsung mencemarkan reputasi parti di peringkat nasional, dan menyakinkan bahawa UMNO tidak mampu mendisiplinkan pemimpinnya yang ‘lebih sudu dari kuah’.


7- Tambah menggelisahkan apabila di peringkat bahagian mula membuat keputusan berbeza daripada pucuk pimpinan, seolah-olah mereka memiliki kuasa lebih tinggi daripada Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).


8- Dalam konteks parti politik yang berdisiplin, keputusan agihan kerusi hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan tertinggi, bukan oleh mana-mana bahagian yang mahu menunjukkan keangkuhan politik tempatan.


9- Jika budaya bahagian lebih berkuasa daripada Presiden ini dibiarkan, DS Zahid Hamidi sebagai Presiden akan dilihat semakin lemah dalam mengemudi dan tidak relevan dalam menentukan halatuju parti.


10- Krisis ini mengingatkan kita kepada apa yang pernah berlaku terhadap UMNO dahulu yang saling berebut kuasa dan mencipta legasi yang akhirnya melemahkan UMNO secara dalaman dan memberi kesan penolakan rakyat secara besar-besaran kepada parti tersebut.


11- Kesannya masih terasa sampai hari ini, rakyat menjadi lebih skeptikal terhadap politik, dan undi protes menjadi norma baharu dalam pilihan raya.


12- Sekarang, pola yang sama kembali muncul, pemimpin dalam UMNO di lihat tidak sehaluan dan mula mengkritik antara satu sama lain di dalam kerajaan secara terbuka, dengan niat yang semakin kabur.


13- Terbaru juga, kenyataan Datuk Dr Fuad Zarkashi (MT UMNO) terhadap DS Rafizi Ramli  seolah menunjukkan wujud tanda ketegangan peribadi antara beliau dan bekas menteri tersebut.


14- Datuk Fuad menegur DS Rafizi supaya tidak ‘membakar’ suasana, tetapi cara teguran itu tidak diplomatik, malah dilihat seolah ada masalah peribadi atau dendam tersirat terhadap DS Rafizi yang tidak dijelaskan secara jujur.


15- Kenyataan sedemikian bukan sahaja memberi ruang kepada musuh politik, tetapi mengganggu kestabilan dan persepsi rakyat terhadap keutuhan kerajaan perpaduan itu sendiri.


16- Apabila pemimpin kanan UMNO mula mencipta perberbalahan, rakyat akan melihat UMNO ini bukan sebagai gabungan amanah, tetapi sebagai koalisi rapuh yang menunggu masa untuk berkecai.


17- Dalam suasana begini, tindakan pemimpin yang lebih ghairah membuat kenyataan media dan TikTok daripada menyelami keresahan rakyat, hanya menambahkan api dalam bara.


18- Jika Presiden UMNO tidak segera mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin yang keluar dari barisan beliau, maka UMNO bukan sahaja akan ditolak oleh rakyat, malah akan kehilangan arah dalam kerajaan sendiri.


19- Masa depan UMNO dan masa depan kestabilan politik negara terletak pada keberanian kepimpinan untuk memulihkan disiplin, mengawal ego, dan menolak politik sensasi yang tidak berasas.


20- Jika UMNO terus membiarkan pemimpin bahagian dan ahli MKT mengawal parti dari bawah dan bergerak tanpa kawalan, maka kerusi PRN tidak akan bermakna apa-apa, kerana kerusi sebenar lahir dari kepercayaan rakyat dan akan ditarik balik perlahan-lahan.



Diam diam aiberuk- Fitnah Wan Faysal, Hasnul mahu bukti



 Fitnah Wan Faysal, Hasnul mahu bukti

HASNUL VS WAN FAYSAL 


Mantan Exco Perak, Hasnul Zulkarnain mencabar Wan Faysal buktikan hospital mana kehabisan ubat dan sekolah mana yg roboh dgn perbelanjaan ditanggung olehnya… sehingga kini Wan Faysal dikatakan hanya blue tick sahaja.




FAHAMI NIAT SEBENAR PMX


CnP





Anwar hanya mahu bantu orang miskin terutama orang Melayu. Kenapa ada cukai dan subsidi bersasar…? Semua itu dikutip dari orang kaya untuk dimanfaatkan kepada orang yang susah atau memerlukan.


Anwar tidak curi duit rakyat, tapi dia ambil duit tauke2 besar melalui cukai dan subsidi bersasar untuk diberikan kepada orang miskin. 


Anwar tidak mahu lagi orang kaya bertambah kaya, orang miskin papa kedana. Anwar tidak mahu lagi melihat bangsawan2 dan kroni politiknya merompak kekayaan negara.


Kita patut hargai perjuangannya….



PUAK TERKESAN MARAH.. ADA NAMA DALAM SENARAI GAMAK YA

 


Marah pulak dorang ni bila konttak ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ (๐—–๐—) ๐—ง๐˜‚๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ป sepertinya tak akan disambung.


Pertama, kenapa mereka marah agaknya ya? Adakah kerana Tun Tengku Maimun telah menjalankan tugas dengan ๐—ฏ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ sekali. Jika itu sebabnya, maka kredit harus diberikan kepada ๐—ฃ๐— ๐—ซ.


Maka terbuktilah PMX ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ urusan mahkamah dan terbuktilah ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€. Sebab kalau mahkamah tak bebas, takkanlah CJ boleh jalankan tugas beliau dengan berkesan.


Bererti segala keputusan mahkamah dalam setiap kes adalah ๐˜๐—ฒ๐—น๐˜‚๐˜€. Semua pihak wajib terima dengan hati yang terbuka dan ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ. Tapi kenapa masih ada yang nak tuduh PMX macam-macam?


Kedua, sana sini boleh dengar seruan agar PM jangan masuk campur urusan perlantikan CJ. Tapi puak yang sama sibuk pula desak kontrak CJ disambung. Dah kenapa ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฒ pulak yang masuk campur?


Begitu la politik Malaysia. Ada yang mengkritik bukan sebab perkara yang berlaku tu salah. Tapi sebab nak tunjuk orang yang dia kritik tu tak betul walaupun tak ada salah sebenarnya.


Ada yang mengkritik setakat supaya namanya ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜. Dan ada yang cuma nak tunjuk berani bersuara. Yang benar-benar kritik untuk faedah rakyat tu jarang-jarang berlaku. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BETUL... JANGAN JADI WALAUN. TAK MAHU PIKIR...

 


Ye ke mulai hari ni, I Julai, kos hidup akan makin meningkat? Entah la. Cakap tak guna, tembak tak kena. Sendiri keluar pergi kedai dan beli barang. Lepas tu tahu la.





Masa GST dulu pun itulah yang aku buat. Aku tak komen banyak. Aku beli barang di Tesco (sekarang Lotus's) dan tengok perbezaan belanja.


Tapi masa tu memang besar bezanya. Aku biasa beli barang dalam RM800 sebulan naik jadi RM900 dan ada juga kena RM1,000.


Bila GST dihapuskan belanja aku turun semula. Dan sekarang ni, sejak Madani, belanja aku lebih kurang RM500 je tiap-tiap bulan.


Sebab minyak masak dah turun harga, telur dan ayam pun turun harga. Inflasi pun stabil. Mungkin tu punca belanja aku mengurang sekarang.


Walaun memang takkan percaya. Aku pun bukan suruh korang percaya bulat-bulat. Sendiri ada otak. Sendiri buat perbandingan dan sendiri kira.


Jangan dengar sangat cakap pemfitnah. Dorang tu bukan pandai pakai otak sangat. Tengok pada diri sendiri. Banyak sangat ke naik kos hidup?


Tengok sekali bil elektrik dan sebagainya. Betul ke apa yang didakwa atau jelas memang sengaja nak dibesar-besarkan (fitnah) demi politik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JIKA KEKAL ENGGAN MERAYU, LEBIH BAIK HISHAMMUDDIN FIKIR WADAH BARU



30 June 2025


Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi mesej yang jelas bahawa tiada laluan mudah untuk Hishammuddin Tun Hussein kembali ke dalam parti itu.


Katanya, seseorang yang dihukum,  sama ada digantung atau dipecat daripada UMNO, hendaklah mereka sendiri mengemukakan rayuan jika ingin diterima semula ke dalam parti.


Sehingga ini, tambah beliau, bekas Naib Presiden UMNO itu tidak pernah mengemukakan sebarang rayuan.


Menjelang mesyuarat MT UMNO malam ini, kenyataan Zahid Hamidi itu dengan terang memberi maksud bahawa usul UMNO Bahagian Sembrong yang mahu Hishammuddin diterima semula sebagai ahli UMNO, disertai dengan sokongan Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi berkaitan perkara yang sama adalah tidak laku sama sekali.


Yang laku untuk dipertimbangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat MT UMNO hanyalah jika Hishammuddin sendiri menulis surat rayuan kepada UMNO.


Sediakah Hishammuddin membuat rayuan?


Berdasarkan pendiriannya sebelum ini, ternampak agar sukar untuk Hishammuddin berbuat demikian.


Ini kerana, sebagaimana pernah disebutnya sebelum ini, beliau tidak tahu dan tidak pernah diberitahu tentang kesalahannya sehingga dihukum gantung selama enam tahun daripada UMNO selepas PRU15 lalu.


Menurutnya, tiada sebab untuknya membuat apa-apa rayuan memandangkan beliau sendiri tidak tahu tentang kesalahannya.


Kali ini pun, Hishammuddin dipercayai kekal dengan pendirian tidak akan mengemukakan rayuan itu.


Ertinya, penggantungan Hishammuddin tidak akan berubah selagi beliau sendiri enggan membuat rayuan, walaupun dalam hatinya ingin kembali bersama UMNO.


Berbeza dengan  bekas Ahli MT dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, penggantungannya dilepaskan baru-baru ini setelah beliau sendiri menulis surat rayuan lebih tiga kali kepada UMNO.


Berbalik kepada Hishammuddin, tanpa kesediaannya menulis surat rayuan, tak usahlah beliau berharap dapat kembali kepada UMNO, meski ada usul daripada UMNO Sembrong serta disokong oleh Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz yang juga adalah anak saudaranya.


Semua itu tidak bermakna kerana apa yang Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO mahu ialah individu berkenaan sendiri menulis surat rayuan itu.


Kiranya Hishammuddin masih tidak sedia berbuat demikian, bererti tiada harapan untuknya kembali semula ke dalam UMNO, sekurang-kurangnya selagi Zahid Hamidi masih Presiden UMNO.


Dengan kekal digantung selama enam tahun dan statik enggan mengubah haluan, Hishammuddin dengan sendirinya tiada peluang untuk bertanding lagi pada PRU16 akan datang.


Terlepas jadi calon pada PRU akan datang, ertinya masa depan beliau automatik jadi suram dalam politik negara ini.


Hanya satu pilihan yang ada buat Hishammuddin kalau beliau tetap dengan pendirian enggan membuat rayuan, tetapi masih berminat untuk aktif dalam politik di peringkat yang relevan dengan dirinya.


Pilihan itu ialah segera mencari wadah baru selain UMNO.


Jangan takut tinggalkan UMNO kerana UMNO bukan lagi jaminan untuk menggapai kerusi Perdana Menteri.


Tun Mahathir Mohamad (PM kali kedua), Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO yang berjaya menjadi Perdana Menteri setelah meninggalkan UMNO. – ShahbudinHusin 30Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/jika-kekal-enggan-merayu-lebih-baik-hishammuddin-fikir-wadah-baru/




AAAIIIKKK...KEKAYAAN BERTAMBAH....DULU TU FITNAH LA YA..


 Zuwairi Md Yusof


Dulu PMX di fitnah konon nak jatuhkan Syed Mokhtar....



    Hari ni katanya kekayaan dia lagi bertambah sekali ganda...jika betul PMX ni jahat nak jatuhkan usahawan Melayu MUSTAHIL lah dia semakin kaya...sepatutnya semakin miskin lah...



    PMX kata keluarlah sikit bagi kat pesawah....syukur dia ikut cakap PMX bagi sedekah....harta dia bertambah bukan makin miskin....benarlah janji Allah...




SOKONG PMX 2 PENGGAL Abu Hasanah

 

SOKONG PMX 2 PENGGAL

Abu Hasanah




Tentulah sedih bila tahu Rafizi Ramli dikalahkan dengan cara penipuan terancang dalam Pemilihan PKR 2025. Kalah disusuli letak jawatan Menteri Ekonomi. Negara dan rakyat rugi besar kehilangan Menteri 'genius'. Bawah kepimpinannya dan komitmen tinggi seluruh warga KE, 80% perancangan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh 30 bulan, termasuk penyediaan Draf RMK13.


Persoalan sekarang, adakah kita mahu membiarkan PMX sepenggal saja? Redha dan relakah kita menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada PN yang korup dan sakau? Tidak sama-sekali! PN terbukti gagal mentadbir dan mengurus negara. Ratusan bilion RM lesap. Jangan lupa fakta ini. Muhyiddin sendiri sedang hadapi perbicaraan rasuahnya.


PM8 Muhyiddin melalui Jabatan Peguam Negara secara tiba-tiba tak meneruskan pendakwaan dan membebaskan Musa Aman while trial in progress. Faham molek sini. Muhyiddin dan Musa Aman sama jer korup! Kita faham game PM8 tolong bekas CM Sabah tu. Hari ni dilantik pulak TYT.


Terus-terang kecewa bila PMX sendiri majukan Permohonan Royal Pardon Najib ke YDP Agong. Nak kata apa? It's happened. Itulah sifat luhur PMX yang pemaaf dan tidak berdendam walhal dia tahu Najib sumbat dia ke penjara tanggal 10 Feb 2015.


Amat terkilan dan marah juga bila DSAI merestui anaknya bertanding TIm Presiden lawan Rafizi. Sebab dari awal lagi dia sendiri buat kenyataan terbuka beri laluan mudah kepada Rafizi tapi yang berlaku sebaliknya. Akhirnya, berlaku pertembungan team Hiruk vs Damai. Natijahnya, parti lemah dan beri impak negatif dalam PRU16.


Samada kita setuju atau tak, PMX perlu kekal 2 penggal sebelum kita angkat Rafizi PMXI. Negara dan rakyat priority kita.




Ini dia jumlah kerusi DUN yang mahu ditandingi PH di dalam PRN Sabah



Pakatan Harapan mahu bertanding di 34 kerusi DUN di dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

“Bilangan DUN yang mahu ditandingi sudahpun dinyatakan kepada BN dan GRS,” kata ketua penerangan UPKO Peter Nainthin kepada Harapan Daily.


“Jumlah tersebut termasuklah sembilan kerusi di mana penyandangnya Adun PH, termasuk DUN Kedamaian,” tambahnya.


Terdapat 73 kerusi DUN di Sabah. UPKO pula ialah satu-satunya parti tempatan di dalam PH.

Kedamaian ialah satu-satunya kerusi yang diwakili oleh presiden UPKO Datuk Ewon Benedick. Beliau Adun selama dua penggal.

Ewon juga Ahli Parlimen Penampang dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Sebelum ini Harapan Daily telah melaporkan bahawa UPKO mengintai sejumlah 16 kerusi untuk ditandingi di dalam pilihan raya kali ini.






PDRM Diingat Pertahan Profesionalisme Tanpa Abai Kebajikan Anggota – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Mohd Khalid di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengangkat darjat sebagai badan keselamatan yang profesional, berintegriti dan dipercayai setiap pihak tanpa mengabaikan kebajikan pegawai, anggota serta veteran mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau menitipkan pesanan itu semasa menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin.

“Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah soal memodenkan pasukan PDRM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dengan kecanggihan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, PDRM yang juga institusi penting kepada rakyat dan negara memerlukan iltizam serta komitmen tinggi bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus dipertahankan.

“Selamat maju jaya kepada Dato’ Seri Mohd Khalid, semoga dapat mengangkat aspirasi, imej serta reputasi PDRM ke peringkat tertinggi,” katanya.

Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun mulai 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2027.

Beliau yang sebelum ini Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.



PM Anwar Luncur Aerotrain KLIA Baharu hari ini

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan pemeriksaan mengejut di kaunter kastam dan imigresen, Terminal 1 KLIA pada 2 Julai 2023


KUALA LUMPUR, 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis pelancaran Aerotrain KLIA di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) iaitu sistem perkhidmatan penggerak penumpang automasi tersebut yang telah dinaik taraf, akan menyambung semula operasi pada 10 pagi esok.

Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali lapangan terbang itu kini bersedia melancarkan semula perkhidmatan itu yang dimodenkan sepenuhnya sekali gus menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam agenda transformasi lapangan terbang negara.

Diangkat sebagai ikon KLIA sejak 1998, perkhidmatan Aerotrain telah menjalani proses baik pulih yang menelan kos sebanyak RM456 juta bagi menggantikan flit dan infrastrukturnya yang sudah uzur di bawah peruntukan RM742 juta Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang MAHB bagi menjamin masa depan antara hab penerbangan tersibuk di rantau ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memegang dokumen 
kelulusan operasi penuh Aerotrain KLIA yang akan 
diluncurkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jam
 10 pagi 1 Julai 2025. Foto Facebook Loke Siew Fook

Kini dilengkapi set tren Alstom Innovia APM 300R yang canggih, sistem itu memiliki tiga unit tanpa pemandu yang mampu membawa sehingga 270 penumpang pada kelajuan 56 kilometer sejam.

Justeru itu, perjalanan antara terminal utama dan bangunan satelit kini dipendekkan kepada kurang daripada tiga minit.

Setiap tren dipasang dengan sistem pemantauan keadaan yang canggih bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan, meningkatkan kecekapan operasi serta keselesaan serta keselamatan penumpang sekali gus menangani kebimbangan sebelum ini mengenai kerosakan yang sering berlaku.

Sistem baharu ini telah menjalani ujian ketat selama enam bulan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) antara Januari dan Jun 2025.

Perkhidmatan Aerotrain KLIA antara Terminal Utama dan Terminal Satelit KLIA bakal beroperasi mulai jam 10 pagi 
1 Julai 2025.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata ujian teknikal dan keselamatan itu telah dilaksana bagi memastikan operasi tanpa kesilapan.

Pada asalnya, ia dijadualkan siap pada Mac 2025 namun projek itu berdepan kelewatan disebabkan isu rantaian bekalan global, cabaran integrasi sistem dan kerumitan pemasangan sistem tanpa pemandu yang baharu sambil memastikan operasi di KLIA.

KLIA T1 kini menguruskan pergerakan lebih 100,000 penumpang setiap hari dan Aerotrain memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesalinghubungan yang lancar terutama bagi proses memindahkan penumpang antarabangsa.

Apabila Aerotrain kembali beroperasi, lapangan terbang itu kini lebih bersedia untuk memenuhi peningkatan jumlah penumpang terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dan memulihkan KLIA seperti yang diunjurkan ke tahap trafik prapandemik.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menandatangani dokumen berhubung perkara tersebut yang dibenarkan beroperasi mulai jam 10 pagi 1 Julai 2025.




JKOM Koyak Rabak SKOMM Basah Lencun.


Zuwairi Md Yusof


Mantap Admin. Sebagai PAP Parlimen Hang Tuah Jaya, aku dah tahu siapa nak dijatuhkan dalam PRU 16 nanti. Team Hiruk akan bekerja keras untuk pastikan Kartel Damai tidak lagi menjadi wakil di tempat kita masing2. #cantasdamai #REFORMASI2.0 #RafiziRamli #LTL #gelombanghiruk #teamhiruk #RR #batalpemilihan2025



Ada sesiapa yang ingin membantah tajuk yang tertera di posting ini lagi?Majoriti sebulat suara menerima usul ini dan di jadikan resolusi buat belasan juta pengundi2 atas pagar tidak menyertai mana2 parti untuk menumbangkan calon2 dari kem Nurul Izzah DAMAI dan KARTEL PKR PRU16 2026 nanti di semua Parlimen dan DUN mereka tandingi,ekekeke.SKOMM - Se Kumpulan Orang Madani Mamai.Hari itu Yanie Ladybug koyak dengan penolakan Rafizi kali ini si katak politaik Haidar pula koyak dengan posting Nik Nazmi,siapa ja yang tak koyak team DAMAI,KARTEL PKR itu?Baik Fadhlina Men KPM,katak macam Izzat,mahupun pencacai berbayar macam Taufik dan Harun.Tidak di lupakan AMK Perlis sekor yang melantun sama Syamil.







Mak Leha telah menutup warung roti canai pagi ini pergi menghalau seekor anjing gila bernama Abang Botak yang telah berkeliaran di kampung Springfield.Di khuatiri virus Rabies merebak dan boleh berjangkit.Kau relax je,aku rasa siapa siapa namanya di petik RR lepas ini memang akan melekat dalam X ni seminggu.Contoh minggu ini YB Fadhlina.Mati akal dekkk puak cytro gov nak counter.Sudahnya jadi macam Walaun PAS main personal attack,main issue kempen PRU13,main agama ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ Jika tak wujud Gelombang Reformasi 2.0 takkan Fadhlina koyak,Topek meroyan,Yanie melenting,Haidar melantun,Harun menggelupur,Meriza meracau,PAKYA Penang menghilang,AMK PERLIS Syamil meraban dan ramai lagi,kahkahkah


Banyak di kem DAMAI,KARTEL PKR di kelilingi makhluk bernama Bootlickers,Sycophants,Yes-Men dan Court Flatterers.Mereka berselindung bawah terma “loyalty/kesetiaan” tapi sebenarnya ialah dubuk kelaparan.Mereka bukan sekadar penghias meja mesyuarat tetapi adalah 'racun perlahan'.Kumpulan2 ini punca reformasi menyeluruh tergendala kerana mereka ade agenda masing2 sepanjang berkuasa.Tanpa kuasa mereka akan melompat mencari mereka yang mempunyai kuasa.


#CantasDAMAI #SingkirKARTEL #AngkatReformasi2.0 #UpGelombangReformasi  


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1938492926583312672



Cukai-cukai naik petanda kelemahan Pengurusan ekonomi, tapi bukan Anwar ...

Fahmi Fadhil tunggu apa lagi cekup Hishamudin Rais Mahafaka...

HOT! MAHATHIR SAYS MACC ABUSE, WHAT IS THE EXPLANATION OF FAMILY ASSETS ...

JIRAN TERTUJU MATA !! Mentri Pertahanan Berjaya Penyerahan Kontrak 10th ...

Pelanjutan tempoh Tengku Maimun - ada hipokrisi jelas dalam saranan lanj...

AZAM BAKI DILANTIK 2020 OLEH PN, MAIMUN DILANTIK 2019 OLEH PH — FADHLI SHAARI HIPOKRIT!!

 

Sham Ghaz. 





HATI HATI DENGAN MAMAT NI.. DIA KAKI AUTA. TIADA FAKTA. 



Fadhli Shaari pertikai Kerajaan tak sambung Tun Maimun, tapi kekalkan Azam Baki.


Persoalan kami — bila pula PAS mula jadi pejuang prinsip?


๐Ÿ“Œ Fakta #1: Azam Baki dilantik oleh Perikatan Nasional


▪️ Tarikh: 9 Mac 2020

▪️ Perdana Menteri ketika itu: Tan Sri Muhyiddin Yassin

▪️ Kerajaan: PN + PAS

๐Ÿ“Œ Soalnya — kenapa Fadhli tak pernah persoal lantikan ini dulu?


๐Ÿ“Œ Fakta #2: Tun Tengku Maimun dilantik semasa PH


▪️ Tarikh: 2 Mei 2019

▪️ Beliau dilantik kerana kredibiliti, bukan kehendak politik


๐Ÿ“Œ Fakta #3: Kerajaan Madani tak pernah ganggu keputusan kehakiman


▪️ Tiada campurtangan dalam kes 1MDB, SRC, DNAA

▪️ Tun Maimun sendiri bebas membuat keputusan walaupun tidak memihak kepada individu tertentu dalam kerajaan


๐Ÿ“Œ Ini bukti prinsip “Rule of Law” dihormati, bukan dikawal.


๐Ÿ”ฅ Pepatah kata: “Jangan ludah ke langit kalau dulu diam masa berkuasa.”


Fadhli cakap soal kriteria. 


Tapi yang lantik Azam Baki dulu, kerajaan yang Hadi Awang dan Tuan Ibrahim dan pimpinan PAS sendiri duduk dalam Kabinet! 


Kenapa ketika itu membisu? Best makan gaji buta Menteri, Duta dan Pengerusi GLC ke? 


Sekarang bila Anwar tak jadi diktator macam Mahathir — dia pula kata campur tangan?


Anwar BUKAN diktator seperti Mahathir


๐Ÿ”น Mahathir pernah pecat Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas, 1988)

๐Ÿ”น Tetapi Anwar Ibrahim menghormati kebebasan badan kehakiman


๐Ÿ“Œ Beliau pernah dizalimi sistem itu. Mengapa beliau mahu ulang kezaliman sama?


Ironinya, PAS diam membisu masa Azam Baki dilantik. Tapi bila tak dapat kawal sistem kehakiman, baru jerit konon tak telus.


✅ Kerajaan Madani:


 • Hormat sistem kehakiman

 • Tidak ganggu institusi bebas

 • Lantik ikut merit & Perlembagaan


❌ PAS & PN:


 • Lantik waktu berkuasa, diam

 • Bila hilang kuasa, reka persepsi

 • Cipta naratif palsu untuk politik murahan


Rakyat dah celik. Mereka tahu beza antara pemimpin jujur dan politik hipokrit.


Kalau benar perjuang prinsip, kenapa Fadhli tak pertahan integriti semasa PAS berkuasa?



JOM DEBAT

 


Dr Akmal pun sambut baik niat berdebat secara terbuka & mahu dipercepatkan tarikh๐Ÿ™ 


Baca artikel di bawah๐Ÿ‘‡




KITA RAIKAN PELBAGAI OENDAPAT.



Zuwairi Md Yusof



 Anwar Ahli Silap Mata PKR


Sejak Anwar keluar penjara pada 2018 banyak perkara "tiba-tiba" seperti


1.Tiba-tiba Setpol dia Farhash.Kebanyakan Reformis tak kenal siapa Farhash.Tiba-tiba Farhash di lantik MPN Negeri Perak.Tiba-tiba Yusuf Rawter meletup.Pun kita tak kenal.Tiba-tiba meletup kes Sandakan,Azmin & Haziq.Kita pun tak pernah terpikir Azmin macam itu.


2.Tiba-tiba PRN Johor dan Melaka PKR hilang sokongan.Kita panik.Rafizi dalam mood bercuti.Butang 999 pun di tekan untuk pujuk Rafizi.Tiba-tiba pemilihan parti Farhash sibuk nak lawan Rafizi.Wow.Kita semua melenting.Datang dari mana entah tetiba muncul terus nak lawan 'orang lama'.Anwar buat buat tak nampak.


3.Tiba-tiba muncul pulak nama Fadhlina bertanding Ketua Wanita.Pun kita tak tahu datang dari mana.Menang pula tu.Lagi sekali faktor wow.Tiba-tiba Adam Adli yang belum cukup tempoh keahlian & bukan dari mana2 AMK cabang bertanding Ketua AMK.Menang jugak.Wowwww lagi.


4.Tiba-tiba Zaliha jadi Menteri.Ketua JPP je pun.Bukan ketua MPN atau jawatan tertinggi parti.Tiba-tiba Fadhlina di lantik Menteri Kanan di Kementerian Pendidikan.Naib Presiden pun kena sailang.Banyak betul wow. 


5.Tiba-tiba Pemilihan PKR 2025,Nurul Izzah pula dapat restu lawan Rafizi.Rafizi tewas.Tiba-tiba pemilihan cabang seluruh negara jadi pelik.Ketua kalah tapi AJK menang.Semua orang yang pro Rafizi kena cantas.Tiba-tiba Ramanan dapat undi tertinggi Naib Presiden.Lagi pelik.Baru masuk 4 tahun tak tahu apa jasa dalam Parti dan Rakyat.


6.Terlampau banyak 'tiba-tiba' dan akhirnya ramai yg tak perform jadi Menteri.Itu pun tiba-tiba yang kalah MP dan parti dapat tempat dalam kabinet seperti Fuziah Salleh.Lagi wow terus jadi Setiusaha Agong parti pulak sekarang.


7.Tiba-tiba kajian kata sokongan meningkat.Betul buat aku tiba-tiba rasa nak guling guling atas katil.Cubit peha kang baru tahu.


#CantasDAMAI #SingkirKARTEL #AngkatReformasi2.0 #UpGelombangReformasi  


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1939333794898887033









“KETUA POLIS NEGARA POTONG Q? – INI FAKTA, BUKAN FITNAH!”






Isu pelantikan Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara ke-15 kononnya “potong Q” daripada Ketua Cawangan Khas jadi KPN terus — itu naratif dangkal dan malas semak fakta sejarah.


Pelantikan beliau BUKAN KES PERTAMA.


Ini senarai tokoh hebat PDRM yang juga tidak ikut turutan jawatan tradisi, tetapi dilantik atas merit, prestasi dan kelayakan:


๐Ÿ“Œ Ini BUKAN Kes Pertama ‘Lompat Tangga’ Jadi KPN


๐Ÿ”น Tan Sri Abdul Hamid Bador

▪️ Dari Cawangan Khas → terus ke KPN ke-12

▪️ Lantikan zaman Tun Mahathir sebelum ini, tanpa isu


๐Ÿ”น Tun Hanif Omar

▪️ KPN ke-4

▪️ Dilantik muda, ketika umur 35 tahun — bukan dari jawatan tradisi Pengarah JSJ


๐Ÿ”น Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

▪️ Ketua Cawangan Khas juga sebelum dilantik sebagai KPN ke-11


๐Ÿ”น Dato’ Sri Mohd Khalid bin Ismail

▪️ KPN ke-15 (2025)

▪️ Ketua Cawangan Khas — berpengalaman luas dalam keselamatan, perisikan dan antiterrorisme

▪️ Lantikan selaras prinsip profesionalisme & keselamatan negara, bukan tekanan politik


๐Ÿ“š Pelantikan BUKAN Bidang Politik — Ini Kuasa Perlembagaan & Profesionalisme


✅ Mengikut Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan KPN dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.


✅ Cadangan dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis, bukan sesuka hati Menteri.


✅ Bukan soal siapa lama, siapa senior – soal siapa paling layak berdasarkan keperluan keselamatan semasa.


✅ PMX Anwar Ibrahim & Menteri KDN Saifuddin Nasution Tak Salah – Mereka Buat Keputusan Strategik


 • Dalam dunia hari ini, ancaman bukan jenayah fizikal sahaja, tapi risikan, sabotaj, hibrid war, dan perpecahan dalam pasukan keselamatan.

 • Siapa lebih faham Cawangan Khas, lebih strategik kawal kestabilan negara.

 • Khalid Ismail adalah aset PDRM dalam dunia keselamatan hibrid.


“PMX & Saifuddin tidak angkat orang politik. Mereka angkat tokoh keselamatan.”


“Yang marah sebab ‘potong Q’ tu — mungkin sebab Q tu untuk kepentingan diri, bukan untuk negara.”


“Yang pasti bukan “Budak Kita” seperti Hamzah Zainuddin jadi Menteri KDN dulu!”


Syam Ghaz