TERUSKAN MEMBONGKAR KEMELUT POLITIK Bn







Teruskan mebongkar kemelut politik Bn yang selama ini cuma memnangkan diri mereka.suku sakat mereka ,kroni,nepotisme.Maka kerana itu membongkar salah laku pimpinan mereka adalah penting.
Mula mula aku bertanya, ape ke bodoh lawyer ni. Bila dah baca berita di sini, diberitahu lawyer tu dari komponen parti gerombolan juga. Memang pun patut depa ni bodoh .. sebab dalam gerombolan memang bodoh-bodoh belaka. Maka tak hairan la ..

Selepas solat Jumaat tadi, maka ramailah yang berkumpul bantah. Timbul lagi persoalan, liputan meluas di akhbar dan tv cerita pasal benda yang sama dan antara yang berkumpul tunjuk perasaan tentang isu ni adalah geng gerombolan .. si songkok tinggi. Tak pelik ke?

Rancang atau tidak sengaja?
Wakakakak !!!

Nkorang cium apa yang aku cium?
(Update: baca SINI)

Friday, January 14, 2011

Nkorang cium apa yang aku cium?

UMNO/BN SEMAKIN DITOLAK DI PEDALAMAN ?

sabahdaily




BERTEMPAT di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka. Ternyata segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tidak ‘mengena’ di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.

Berucap di perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya tentang halatuju parti PKR."

"Selama 48 tahun Sabah sudah merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.

Menurut beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka sebagai pemimpin rakyat.


Padahal kata Halik, kerja mereka saban hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.



"Maka kerana itulah, rakyat kini bertekad untuk beralih arah kepada PKR dan Pakatan Rakyat kini telah bertekad untuk mendambakan nasib mereka kepada kepimpinan PKR dan PR. Inilah peluang rakyat yang terakhir untuk merubah Kerajaan UMNO/BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, jika rakyat benar-benar mahu merubah nasib masa depan mereka," tambah Halik lagi.

Mengakhiri ucapan beliau, Ketua Cabang PKR itu mengalu-alukan lebih ramai lagi penyertaan ahli-ahli UMNO/BN dalam PKR dan beliau berjanji PKR tidak akan sama sekali mengulangi kesilapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO/BN. Para pemimpin PKR akan membuat contoh yang berkualiti dalam memimpin Negara dan rakyat Malaysia.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KHAIRY STANDARD HANG YANG NI...

PKR tawarkan Khairy Pengarah Strategi Rafizi untuk debat

January 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan Pengarah Strateginya Rafizi Ramli untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berhubung dasar ekonomi khususnya berkaitan dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, dua pemimpin PKR telah menawarkan diri untuk berdebat dengan Khairy atas alasan ketua Pemuda Umno dan BN itu tidak “setaraf” kedudukan Anwar.

Kedua-dua mereka ialah Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Pelawaan asal Anwar selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang adalah kepada Najib.

“Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, PKR menawarkan Rafizi Ramli untuk berbahas dengan Khairy,” kata Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, pada masa yang sama PKR menerima jemputan Khairy kepada Anwar untuk membahaskan Program 100 Hari.

Jemputan Khairy itu dihantar secara rasmi pagi semalam.

Kata beliau, Rafizi selaku pemimpin muda adalah regu sesuai untuk Khairy.

Katanya Rafizi juga merupakan jurutera dan akauntan bertauliah dan pernah menjadi Pengurus Kanan di Petronas dan Pengurus Besar di Pharmaniaga.

“PKR berharap Khairy bersetuju dan perbahasan tokoh-tokoh muda ini menjadi pembuka tirai kepada perbahasan antara Najib dan Anwar.

“Diharapkan lebih banyak wacana politik berbentuk ilmiah dan intelektual dapat diadakan bagi memberikan peluang rakyat membuat penilaian sewajarnya,” kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar menghantar jemputan peribadi kepada Khairy malam kelmarin manakal Saifuddin pula menawarkan dirinya semalam.

Dewan Pemuda PAS juga mengundang Khairy menyertai forum khas mengenai Program 100 Pakatan pada Selasa depan.

Muhammad Nur berkata PKR kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak pelawaan Anwar untuk membahaskan sama ada Kerajaan mampu melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat atau tidak.

Katanya, pelawaan Anwar dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara.

“Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas, syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun.

“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan tawaran Anwar kepada Najib masih terbuka dan Pakatan bersedia menimbang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib untuk perbahasan tersebut,” katanya.

(function() { var d = document, w = window; w

[LANGSUNG] #AWANI745 3 Ogos 2021 | #KauBoleh