KALIMAH ALLAH DI LANGIT

 KALIMAH Allah yang terbentuk di langit tular di media sosial. FOTO ihsan Mohd Nor Firdaus IbrahimKALIMAH Allah yang terbentuk di langit tular di media sosial. FOTO ihsan Mohd Nor Firdaus Ibrahim

Kuala Terengganu: "Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit dan saya terus berdoa," kata Mohd Nor Firdaus Ibrahim.

Mohd Nor Firdaus, 34, dari Kampung Kuala Belara, Manir antara individu yang melihat kalimah Allah terbentuk di awan ketika menjalankan tugas di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di sini, hari ini.

Kalimah Allah yang jelas terbentuk di awan kira-kira 3 pagi itu menjadi tular di media sosial sehingga ada yang mengaitkan peristiwa itu dengan malam lailatul qadar yang berlaku sekali pada Ramadan.

Katanya, dia sedang menjalankan rondaan di pasar berkenaan sebelum melihat awan yang berbentuk kalimah di langit.

"Ketika itu tidak ramai lagi pengunjung di pasar itu dan kejadian itu berlaku sangat singkat sehingga tidak semua orang sempat merakam gambarnya.

"Hanya kurang lima minit awan itu terbentuk kalimah sebelum ia dibawa angin dan tidak lagi berbentuk kalimah.

"Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa," katanya.

Tambahnya, dia tidak berani untuk mengaitkan kejadian itu dengan malam lailatul qadar.

"Memang kalimah itu dilihat pada malam Jumaat dan pada Ramadan tetapi ia tidak berlaku pada 10 akhir Ramadan.

"Bagaimanapun kejadian itu tetap memberi keinsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah SWT," katanya yang juga Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurutnya, dia meminta rakan setugasnya merakam gambar kalimah itu di awan ketika kejadian.

"Telifon rakan saya lebih canggih oleh itu imej kalimah itu nampak lebih jelas di langit apabila dirakam menggunakan telifon bimbitnya," katanya.

MACAMANA NAK BINCANG JIKA SEMUA KENA BLOCK....

 


MOHD MUKHLIS


"Berita VVIP atau menteri langgar SOP biasa kita dengar." ; tapi masih belum Islam terancam lagi kan tokpeti?

Bukankah Menteri yang sama yang tokpeti jamin dapat rahmat dari yang Maha Esa janji pandai baca doa dan jadi imam solat jemaah? Takkan baru satu tahun jadi penjamin al-ghadr sudah mahu berlepas diri?

Macam mana nak bincang secara ilmiah kalau berbeza pendapat semua kena block, wahai mutfi serba tahu?

 May be an image of text that says "Drmaza 53m f Jika kita ke masjid, kita akan dapati secara umumnya masjidlah tempat yang paling mematuhi SOP dibandingkan tempat-tempat lain. Berita VVIP atau menteri langgar SOP biasa kita dengar. Bila masyarakat bising maka dilaporkan kertas siasatan dibuka. Kemudian kita sudah tidak dengar lagi berita seterusnya. Saya rasa pihak masjid lebih wajar mendapat pertimbangan yang sepatutnya sebelum didenda. Sinar Harian Ad BERITA >> Semasa Masjid di Pekan dikompaun RM10,000 kerana tidak patuh SOP 21 Apr 2021"

MULA NAK JADI PROPAGANDA...KENA HENTAM KOYAK



MOHD MUKHLIS


Page KKM dah jadi macam propaganda politik PN, lepas tu kena bambu terus koyak block komen. Pastu lagi mau tanya #apamasalahsaudara?


 May be an image of 1 person and text

Jangan buat tuduhan palsu terhadap semua penganut Kristian, kata bekas menteri

 

Cara terbaik untuk menangani isu sesetengah penganut Kristian yang ‘secara agresif mempromosikan’ kepercayaan mereka adalah melalui dakwah, kata Mujahid Yusof Rawa.

PETALING JAYA: Sebarang tuduhan yang dibuat terhadap penganut Kristian mesti berasas, kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa.

Tindakan membuat kesimpulan umum bertentangan dengan undang-undang Islam, tambah beliau.

Mengulas mengenai sebuah buku yang mendakwa mendedahkan agenda Kristian terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), beliau berkata, seluruh komuniti Kristian boleh dianggap jahat sekiranya dakwaan terbabit tidak dibuktikan.

Beliau mengakui ada sesetengah penganut Kristian yang “secara agresif mempromosikan” kepercayaan mereka, dan cara terbaik untuk menangani perkara ini adalah melalui dakwah.

Beliau berkata, oleh kerana orang bukan Islam dilarang menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, maka orang Islam boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melakukannya.

“Jika ada penganut agama lain (selain Islam) yang melakukan ini, undang-undang harus dilaksanakan,” kata beliau.

Kata beliau, bukan semua penganut Kristian terbabit dengan gerakan evangelisme, malah ramai yang menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

“Saya percaya ada penganut Kristian yang ingin hidup bersama-sama secara aman dan damai.”

Menurut Mujahid, penganut Kristian dan orang Yahudi, dianggap sebagai “Ahli Kitab”.

Kata beliau, menurut Al-Quran, penganut Kristian lebih dekat dengan umat Islam berbanding orang Yahudi dan musyrikin.

Meskipun demikian, kata beliau, Islam memberikan panduan kepada umatnya yang tinggal dalam komuniti yang pelbagai dan “meletakkan garis batasan antara musuh dan rakan”.

“Bagi mereka yang menindas umat Islam atas nama agama, membunuh orang Islam dan mengusir mereka dari rumah, mereka adalah musuh.

“Bagi mereka yang menghormati dan tidak membenci orang Islam, mereka adalah teman yang patut dihormati,” kata beliau.

E-buku percuma berjudul “Pendedahan Agenda Kristian” yang diterbitkan MAIS pada 2014, juga boleh dimuat turun di laman sesawang agensi berkenaan, selain salinan dalam bentuk PDF dikongsi di aplikasi WhatsApp.

Buku digital itu mengupas tentang gerakan evangelisme dan usaha mengkristiankan orang Islam, khususnya di Selangor.

Buku 120 muka surat itu membuat beberapa kesimpulan yang antara lain menggesa umat Islam untuk berwaspada terhadap “musuh Islam yang sentiasa berniat jahat serta memaparkan sikap negatif kepada umat Islam”.

Ia juga memberi amaran terhadap golongan yang “berusaha sehabis mungkin untuk menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan umat Islam”.

Buku itu menyifatkan gerakan evangelisme sebagai salah satu daripada beberapa ciri-ciri mazhab gereja

Buku ‘Pendedahan Agenda Kristian’: MAIS akan ‘teliti’ jika ada aduan, kata jurucakap exco negeri

 

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan mendakwa buku berjudul “Pendedahan Agenda Kristian” mencetuskan ketidaktenteraman di kalangan penganut bukan Islam.

Jurucakap kepada EXCO Mohd Zawawi Ahmad Mughni, ketika dihubungi FMT berkata, MAIS menyatakan kesediaan menjalankan penelitian yang diperlukan sekiranya menerima aduan.

Beliau berkata pejabat EXCO sudah pun menghubungi MAIS dan Jabatan Agama Islam mengenai buku berkenaan.

“Ya, memang benar buku itu diterbitkan pihak MAIS dan ia hanya sebagai panduan kepada umat Islam di negeri ini serta menceritakan situasi Kristian sebelum ini.

“Bagaimanapun, setakat ini, kita belum terima aduan dari mana-mana pihak mengenai penerbitan buku berkenaan, sekiranya ada aduan, barulah pihak MAIS akan buat siasatan atau (memperolehi) maklum balas,” katanya.

Buku digital itu mengupas tentang gerakan Evangelisme dan usaha mengkristiankan orang Islam, khususnya di Selangor.

Buku 120 muka surat itu membuat beberapa kesimpulan, yang antara lain, menggesa umat Islam berwaspada terhadap “musuh Islam yang sentiasa berniat jahat serta memaparkan sikap negatif kepada umat Islam”.

Ia juga memberi amaran terhadap golongan yang “berusaha sehabis mungkin untuk menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan umat Islam”.

Buku itu menyifatkan gerakan Evangelisme sebagai salah satu dari beberapa ciri-ciri mazhab gereja.

Buku digital itu dicetak kali pertama pada 2014, dan salinan e-buku itu bertebaran di media sosial akhir-akhir ini. Ia boleh dimuat turun secara percuma di laman MAIS.

“Penerbitan buku ini merupakan salah satu tanggungjawab MAIS untuk memperkasa dan menjaga agama Islam di bumi Selangor,” kata pengerusi MAIS ketika itu, Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam kata aluan buku itu.

“Masyarakat Islam khususnya di negeri Selangor perlu diberikan pendedahan dan kefahaman berkaitan gerakan kristianisasi dan evangelisme.”

Dalam penutup buku itu, MAIS berkata umat Islam di Malaysia tidak mahu memusuhi penganut Kristian, namun merasa terganggu oleh tindakan evangelis Kristian yang cuba memurtadkan umat Islam.



TERKINI : FAHMI REZA DITAHAN. DITUDUH DIBAWAH AKTA HASUTAN

 


Artis grafik Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya sekitar jam 7 malam tadi, Peguam beliau Yohendran Nadarajan memberitahu bahawa beliau di bawa ke balai polis Dang Wangi dan akan diuduh di bawah akta hasutan dan di bawah undang undang multemedia dan komunikasi.



KALAU ADA SOKONGAN KENAPA BELUM DIBUKA PARLIMEN

 

SHAHBUDIN HUSSIN


Kononnya ada sokongan 67 peratus...

Tapi...masih bergayut kepada darurat dan...

Takut adakan sidang Parlimen...

Takut bersoal jawab dengan media...

Takut bubar Parlimen....

 May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini MUHYIDDIN BERITA ddin Yassin Facebook Kajian: 67 peratus sokong Muhyiddin sebagai PM"

Woi Mohd Faiz!!! Mun belajar dengan PAS ko membinatangkan orang ni?? Mun...

Undang-udang jadi Mainan orang Berduit: Hari ni kena jamin RM40K, habis ...

Adakah KP Kesihatan ada tawar insentif setiap kompaun yang dikenakan, soal PPIM



#KerajaanGagal: Hari ketujuh dengan lebih daripada 2,000 kes baharu

 

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 22 April 2021:

Negara kita mencatatkan 2,340 kes baharu Covid-19 semalam — hari ketujuh berturut-turut negara ini mencatatkan lebih daripada 2,000 kes, membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 kepada 381,813 kes. 

Kita berada di tempat ke-44 di antara negara-negara di seluruh dunia dengan jumlah kes terkumpul Covid-19 tertinggi, dan kita bakal mengatasi kedudukan Bulgaria yang berada di tempat ke-43 dengan 392,913 kes dan Arab Saudi di tempat ke-42 dengan 408,038 kes. 

Namun, hanya 1.4% penduduk di Malaysia telah menerima vaksin sepenuhnya, berbanding dengan 55.2% peratus di Israel, 33% di Bahrain, 29.2% di Rusia, 26.4% di Amerika Syarikat, 16.1% di UK — kita berada di belakang kira-kira 75 buah negara dari segi jumlah populasi yang telah menerima vaksin. 

Perkara ini patut menjadi kegusaran utama Menteri Kesihatan, Kabinet, dan Perdana Menteri. 

Namun, kita mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang lebih pedulikan hal ehwal semantik, dengan mengatakan bahawa kita tidak akan berhadapan dengan gelombang keempat Covid-19 di Malaysia melainkan gelombang ketiga wabak ini (yang merupakan antara gelombang penularan yang terpanjang di dunia) telah menurunkan kadar peningkatan hariannya kepada sifar, sedangkan rakyat Malaysia bimbang jika kita dilanda gelombang keempat sebelum kita berjaya mengawal gelombang ketiga sepenuhnya. 

Dan semalam, Kabinet bermesyuarat tanpa sebarang pengumuman mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan negara kita berhadapan dengan gelombang keempat wabak Covid-19 sedangkan seorang pakar epidemiologi telah memberikan amaran yang Malaysia mungkin akan mencatatkan lebih daripada 50,000 kes aktif menjelang Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan Mei. 

Jelas sekali, Perdana Menteri silap dalam mengisytiharkan darurat dan menggantung sidang Parlimen sedangkan beliau sepatutnya mengambil pendekatan menggerakkan semua pihak dengan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”, melalui Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dalam melawan wabak Covid-19 ini. 

Saya seru Perdana Menteri untuk beralih arah dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk menamatkan darurat dan memanggil Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri untuk bersidang untuk melancarkan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan Covid-19.



ADUN CINA BANTU DENGAN PENUH DEDIKASI...ADA SOQANG PROFF PULAK BINGAI...PATUT UUM SEHARUSNYA KAJI KHIDMAT KAKITANGAN YANG BODO

 

Usaha Adun DAP bantu kaum ibu hantar susu rentas sempadan diiktiraf MBOR


Oleh B. Suffian

Usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stulang, Andrew Chen Kah Eng membantu ibu-ibu menghantar susu merentas sempadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Sumbangan bantuan Andrew itu diiktiraf MBOR sebagai Penghantaran Bantuan Susu Ibu Rentas Sempadan Semasa PKP Terbesar (Largest Cross-Border Breastmilk Relief Aid Delivery During MCO).

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, beliau mewakili semua ibu yang menyusukan anak ingin mengucapkan terima kasih kepada Andrew.

“Saya menyusukan tiga anak saya untuk kira-kira 4.5 tahun. Saya tahu bagaimana mencabarnya menyusukan anak ini. Dan tidak dapat dinafikan, pandemik Covid-19 telah menjadikannya bertambah sukar kerana lebih ramai ibu-ibu yang bekerja terpisah dengan anak-anak mereka.

“Tanpa bantuan dan penyelarasan oleh Saudara Andrew, ibu-ibu ini tidak dapat terus memberi susu ibu yang berharga ini kepada anak-anak mereka ketika bekerja di Singapura,” katanya di Facebook semalam.

Media pada tahun lalu melaporkan Andrew dengan kerjasama pelbagai pihak telah membantu kaum ibu yang terperangkap di Singapura ekoran PKP, untuk menghantar susu badan kepada anak mereka di Malaysia.

Melalui usaha rentas sempadan, susu badan ibu melalui kiriman peti seberat 3,000 kilogram dilaporkan berjaya dihantar sebelum ini. – Roketkini.com


KENAPA PR1MA MASIH TIDAK JAWAB KOS ANJUR MAJLIS IFTAR?


KECILKAN SAIZ KABINET JIMAT RM7 BILION, TAK PERLU DANA KWAN


Gempar! Bank Dunia jangka separuh pekerjaan di Malaysia bakal ‘lenyap’

 

Gempar! Bank Dunia jangka separuh pekerjaan di Malaysia bakal ‘lenyap’

Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, berkata perubahan dalam sektor pekerjaan ketika ini tidak dapat dielakkan kerana digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan.

Ini kerana menerusi tinjauan yang dijalankan Bank Dunia ia memberikan gambaran sektor tenaga kerja berisiko tinggi untuk digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang..

Malah, tegasnya, sudah terdapat teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia.

“Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak.

“Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi.

“Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit,” katanya pada webinar Bank Dunia bertajuk ‘Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan’, semalam.

Antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Schmillen berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera dan ini akan melambatkan perubahan teknologi.

Katanya, perubahan ke arah automasi memerlukan kos yang tinggi dan hanya beberapa bidang pekerjaan yang mungkin dapat dilakukan oleh teknologi.

“Namun, masalah utama ketika ini adalah kos peralihan ke arah teknologi sangat tinggi dan lantaran itu kami tidak menjangkakan teknologi ini akan digunakan secara keseluruhan.

“Selain itu, terdapat juga rintangan dari segi perundangan, peraturan atau normatif yang menghalang pengambilalihan pekerjaan oleh teknologi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kebanyakan majikan kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.

Elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja adalah beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.

Beliau berkata, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

“Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.

“Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar.

“Yang pertama adalah kualiti pendidikan. Malaysia telah membuat kemajuan besar dalam meningkatkan akses pendidikan sejak beberapa puluh tahun lalu.

“Namun pembelajaran tetap menjadi satu cabaran besar. Secara dasarnya pelajar Malaysia menghabiskan 12 tahun untuk pendidikan rendah dan menengah.

“Ia adalah tempoh yang tidak efektif kerana hanya sembilan tahun pembelajaran yang disifatkan benar-benar digunakan sepenuhnya manakala baki tiga tahun lagi tidak digunakan dengan produktif,” katanya. .

Kes Covid-19 meningkat di sekolah: Aminolhuda tempelak Menteri Pendidikan, jangan jadi bisu

 

Kes Covid-19 meningkat di sekolah: Aminolhuda tempelak Menteri Pendidikan, jangan jadi bisu

Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak terus membisu dan segera mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan kes Covid-19 di sekolah.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan segera perlu diambil untuk melegakan keresahan warga pendidikan.

Menurutnya, sehingga Khamis sebanyak 27 buah sekolah dan sekolah agama di Johor ditutup ekoran penularan Covid-19 dalam kalangan guru dan pelajar.

“Rentetan daripada situasi ini, ibu bapa telah melahirkan kerisauan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

“Pada masa sama, PH Johor menyeru agar seluruh rakyat khususnya ibu bapa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka,” katanya yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara Johor.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan sebanyak 27 sekolah di Johor terpaksa ditutup setelah merekodkan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas, murid dan pelajarnya.

Penutupan itu meliputi 10 sekolah agama dan 17 lagi merupakan sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, kesemua 17 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan itu ditutup secara berperingkat sejak tiga hari lepas. 



VIDEO : NETIZEN 409 | PELIK!! SELEPAS BERTEMU AGONG, TIBA-TIBA MAHATHIR 'U-TURN'...

PERDANA MENTERI BANTU AZMIN DI GOMBAK?UMNO UMPAMA MELUKUT DI TEPI GANTAN...

MENGAMBIL WANG KWAN TANDA MAHIADDIN TERDESAK


 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin benar-benar terdesak sekarang. Jika tidak terdesak, masakan duit masa depan generasi akan datang dalam Kumpulan Wang Amanah Negara akan digunakan untuk membeli vaksin.

Inilah padahnya apabila Kerajaan PN sebuah pemerintah yang sangat besar saiz. Bilangan kementerian, menteri dan timbalan menteri mencatatkan rekod paling ramai sejak Malaysia merdeka.

Untuk menampung sebuah kerajaan yang “tidak mengukur baju di badan sendiri”, maka Kerajaan PN memerlukan perbelanjaan tambahan sebanyak RM7 bilion.

Jika saiz kerajaan dikecilkan, bilangan menteri dan timbalan menteri dikurangkan maka Kerajaan tidak perlu menyentuh Kumpulan Wang Amanah Negara.

Wang amanah tersebut adalah untuk generasi akan datang.Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 dan diurus oleh Bank Negara di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, wang dalam tabung tersebut tidak pernah disentuh oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. Kerajaan PN sekarang patut berasa malu.

Saya ingin bertanya dua soalan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, di luar Parlimen sekarang kerana Parlimen telah digantung sejak 11 Januari 2021.


Soalan saya yang pertama ialah di manakah perginya Tabung Covid-19 yang telah diuntukkan sebanyak RM55 bilion (RM38 bilion untuk tahun 2020 dan RM17 bilion untuk tahun 2021)?

Soalan kedua saya ialah, tidakkah Parlimen sebelum digantung telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk membeli vaksin.

Ke mana pergi duit itu? Adakah RM3 bilion masih tidak mencukupi sehingga duit amanah di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara hendak diambil?

Wang di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara tidaklah sebanyak duit yang tersimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara hanya terdapat sebanyak RM16.9 bilion sahaja berbanding wang dalam KWSP bernilai beratus bilion ringgit.

Itupun, Kerajaan PN tergamak untuk ambil duit dari Kumpulan Wang Amanah Negara yang dikumpul sedikit demi sedikit dari sumbangan Petronas dan sumbangan dari negeri-negeri yang menerima royalti petroleum.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin betul-betul nekad. Betul-betul terdesak tidak ada duit kerana bebelanja boros selama lebih setahun ini sejak berkuasa pada 1 Mac 2020.

Untuk mengelak supaya tidak dituduh pecah amanah dan menjarah Kumpulan Wang Amanah Negara, Kerajaan Darurat PN ini sanggup meluluskan Ordinan Darurat yang baru untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 bagi membolehkan kerajaan menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara itu untuk membeli vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Ini semua dapat dilakukan oleh Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN pimpinannya kerana Parlimen digantung.

Ini antara lain sebabnya maka Darurat disytiharkankan supaya kerajaan PN yang tidak ada mandat ini dapat memerintah tanpa melalui proses semak dan imbang oleh Parlimen.

Tragedi malang yang menimpa negara dan rakyat sekarang ini dapat dielakkan sekiranya Parlimen masih dapat bersidang.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang.




8 MP PAS, JUDI JADI 22 CABUTAN, KALAU 88 MP?


VAKSIN COVID 19: YANG PENTING RAKYAT CAPAI 80% IMUNITI KELOMPOK


(function() { var d = document, w = window; w

[LANGSUNG] #AWANI745 3 Ogos 2021 | #KauBoleh